KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090929

PMR SPM 3 Okt 09 Us Zulkarnain Hamzah Seremban

Program Motivasi dan Munajat Kejayaan PMR dan SPM 2009
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban
Tarikh : 3 Oktober 2009 ( Sabtu )

Tentatif
4.00 pm Pendaftaran Peserta
4.15 pm Solat Asar Berjemaah
5.00 pm Motivasi Pecutan Akhir ( Ibu bapa dan Calon PMR & SPM 2009 )
6.30 pm Rehat
7.30 pm Solat Maghrib Berjemaah, Solat Hajat Berjemaah & Bacaan Yaasin, Solat Isya’ Berjemaah
9.00 pm Ceramah Perdana Aidilfitri, Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Majlis Dipimpin oleh : Ustaz Zulkarnain b Hamzah
( Hos Kalam Suci Astro Oasis )

Yuran : RM 10 ( setiap seorang calon PMR & SPM )

Anjuran : Biro Pendidikan & Biro Kebajikan Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Hubungi : Hj Norazman ( 0196400062) Hj Rosli ( 0196547354) /En Samsudin ( 0193938015)

Maklumat lanjut di http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/09/munajat-kejayaan-pmrspm-sambutan-hari.html

Blog Live dari Bagan Pinang

Berita terkini dari Bagan Pinang di http://baganutama.blogspot.com

Promosi Lot Perniagaan di Terminal 2 Seremban

Banyak peluang perniagaan yang dapat diterokai di Terminal 2, Era Square, Seremban.

Di Terminal 2 terdapat lot-lot perniagaan untuk disewa dari serendah RM600 untuk lot kedai serbaneka dan dari RM1,200 untuk lot-lot kedai biasa dengan keluasan dari 291 kps.

Untuk maklumat lanjut hubungi :
Nizam Salleh
ERA BARU SERVICES SDN BHD
Terminal 2, Level 4, Lot 7968-C, Jalan Era Square 4
Era Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-768-7680 Fax:06-768-7686 hp: 019-251 5607
E-mel : nizam@erabarugroup.com
Laman web : http://www.erabarugroup.com

20090925

Bagan Pinang, rugi N.Sembilan tiada landasan terbang

Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang sepatutnya menjadi medan “WIN WIN SITUATION” untuk Negeri Sembilan secara amnya dan rakyat di negeri ini secara khususnya.

Inilah masanya Negeri Sembilan menjadi tumpuan seluruh Malaysia atau mungkin seluruh dunia.

Mungkin tiada projek “Mee Segera” di Negeri Sembilan , tetapi mana-mana projek sebelum ini yang telah dirancang haruslah segera dilaksanakan. Mana-mana projek yang selama ini tertangguh haruslah segera disiapkan.

Dalam sektor pelancongan misalnya Negeri Sembilan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jiran yang lebih kecil iaitu Melaka.

Baru-baru ini saya berkesempatan menemui seorang usahawan bumiputera di Seremban Plaza (Bangunan MARA) yang mengusahakan perniagaan kapalterbang mainan kawalan jauh (remote control).

Agak kagum dengan kesungguhan Encik Safri yang mempunyai begitu banyak variasi kapalterbang, helikopter, jet dan bot mainan kawalan jauh yang menggunakan kuasa petrol (nitro) di kedainya.

Perniagaan ini diusahakan oleh beliau secara solo dengan dibantu oleh isterinya. Saya bertanyakan kepada beliau ada tak mana-mana sekolah yang mengadakan kelab kapalterbang mainan di sekolah-sekolah. Menurut beliau tak banyak lagi di Negeri Sembilan ini.

Setakat ini beliau menyertai pertunjukan udara di Chembong dan beberapa latihan bersama teman-teman di sekitar Seremban.

Sepatutnya Negeri Sembilan telah lama ada landasan terbang atau air strip untuk aktiviti udara termasuk microlite aircraft.

Secara tidak langsung ianya akan menjadi daya tarikan pelancongan sukan. Di samping itu aktiviti seperti ini akan menanam minat para remaja dan pelajar sekolah untuk menceburi bidang avionik , kejuruteraan penerbangan dan angkasa.

Menurut Encik Safri aktiviti microlite aircraft di Negeri Sembilan ini dijayakan oleh seorang usahawan bukan bumiputera yang juga temannya di Rantau.

Satu ledakan kesedaran semua pihak terutamanya kerajaan negeri dan agensi kerajaan diperlukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi, pelancongan, industri , kesukanan di Negeri Sembilan ini.

Dan Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang harus membuka mata semua pihak untuk membawa Negeri Sembilan lebih maju ke hadapan bukannya memainkan isu-isu lapok , sentimen perkauman dan serangan peribadi.

Saya sarankan kepada ibu bapa bawalah anak-anak melawat RC HOBBY FLY untuk menarik minat anak-anak kita terhadap sains dan teknologi terutamanya kejuruteraan angkasa. Saya pasti anak-anak kita semua terutama yang lelaki akan terpikat apabila mengunjungi RC HOBBY FLY di Seremban Plaza (Bangunan MARA).

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
Encik Safri bin Semail
RC HOBBY FLY
G.05 Seremban Plaza (Bangunan MARA), Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban
Tel : 019-3976021 , 019-6692214 , 06-7674802
E-mel : rchobbyfly@yahoo.com
Laman web : http://rchobbyfly.webs.com/

Perkhidmatan :
- Menjual alat-alat permainan jauh seperti jet, kapalterbang, helikopter, bot & kereta yang menggunakan minyak atau bateri.
- Memasang, membaiki, mengajar (dalam tempoh promosi latihan diberikan secara percuma)
- Menerima undangan untuk sebarang majlis(gimik perasmian atau pertunjukkan)

20090923

Khutbah tumpaskan kerajaan Iblis di N.Sembilan

Pada 20 September 2009 kami sekeluarga telah menunaikan solat sunat Idil Fitri di sebuah masjid kariah dalam daerah Rembau , N.Sembilan.

Khutbah Idil Fitri telah dibaca oleh seorang khatib dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dari teks kemungkinan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau Jabatan Mufti.

Walaupun khutbah tersebut dibaca daripada teks ianya begitu padat dengan mesej ketaqwaan sesuai dengan matlamat Ramadhan untuk menjadikan umat Islam , umat yang bertaqwa.

Antara yang banyak disentuh ialah kewajipan umat Islam untuk menumpaskan kerajaan Iblis yang sentiasa hendak menyesatkan manusia yang penuh dengan maksiat, rasuah dan sebagainya.

Disamping itu khutbah tersebut menyatakan dengan jelas bahawa punca perpecahan umat ialah apabila tidak pernah rukuk dan tidak mengimarahkan masjid.


Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar. Kalau ada salah dan silap sila rujuk kepada khatib dan mereka yang menyediakan teks khutbah tersebut.

Rakaman khutbah tanpa gambar hanya bunyi.

20090922

Kedai Ibu Tunggal terbakar , perlu bantuan


Sebuah gerai makan milik seorang ibu tunggal di Seremban telah kebakaran pada 21 September 2009. Kepada mereka yang ingin membantu ibu tunggal tersebut yang amat memerlukan bantuan kita semua , sila ke pautan berikut untuk cerita lanjut SINI

20090920

Idil Fitri yang sebenarnya

Alhamdulillah , Idil Fitri adalah hari kemenangan ke atas umat Islam. Ianya haruslah disambut dengan rasa penuh keinsafan, kesyukuran, kemaafan, ukhuwwah. Hiburan, makanan biarlah mengikut syarak.
Ianya amat bermakna kali ini kerana saya dapat meraikan dengan semangat ukhuwwah dengan ahli keluarga dan sanak saudara di rumah emak dan ayah di Rembau.
Malam raya semua pakcik dan makcik sebelah emak berkumpul di Bongek.
Selepas Isya pada malam Raya tadi saya dan abah pergi ke rumah Atok dan Wan di Tanjung. Ramai sahabat yang kaget mendengarkan atok dan wan saya masih hidup. Mereka antara beberapa orang di Rembau yang berusia lebih 9o tahun. Atok saya sekitar 95 tahun tetapi tidak berapa sihat dari segi akal, Wan sekitar 90 tahun tidak berapa sihat dari segi pendengaran.

Ini gambar Wan saya, sebelah tu abah. Abah baru lepas selesai suap Atok ketupat pulut dengan rendang. Begitu berselera Atok makan.
Ini pula gambar Atok saya. Baru lepas cukur janggut. Abah minta saya tolong cukurkan. Sesungguhnya inilah hadiah Idil Fitri yang paling bermakna, dapat bersama kedua orang tua.



Memandang wajah ibu bapa merupakan pahala. Memandang wajah para alim ulama dapat pahala. Memandang wajah artis tak tahulah saya ? Selalu selalulah pandang wajah orang tua dan alim ulama.

20090918

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI

Selamat Hari Raya Idil Fitri
Maaf zahir dan batin
Daripada kami sekeluarga.
InsyaAllah tahun ini kami beraya di Rembau. Jemputlah datang rumah.

20090916

Sultan Selangor tiada rumah terbuka

Semoga lebih ramai pemimpin negeri dan negara mencontohi Sultan Selangor dengan tidak mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Idil Fitri untuk mengelakkan penularan wabak H1N1

*************************
Wednesday September 16, 2009
Sultan not holding open house to prevent spread of A(H1N1)

KUALA LUMPUR: The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah will not be holding the Hari Raya Aidilfitri open house this year to prevent the spread of the Influenza A(H1N1) virus.

His private secretary, Datuk Mohamad Munir Bani, said in a statement that the Sultan had instructed him to make the announcement as the A(H1N1) was listed as an infectious disease that must be curtailed, reported Bernama.

The Sultan of Selangor also wished Selamat Hari Raya to Muslims and hoped they will look after their health, besides maintaining the solidarity, prosperity and peace.

In Klang, some 1,000 people from all walks of life broke fast with Sultan Sharafuddin Idris Shah at the Masjid di-Raja Sultan Suleiman here yesterday.

The guests had gathered at the royal mosque located next to the Istana Alam Shah as early as 5pm.

At the event organised by the Selangor government, the Sultan presented Hari Raya donations to 400 underprivileged people, including orphans and the hardcore poor before the breaking of fast followed by terawih prayers.

One of the receipients, Siti Mastura Nasharudin, 15, from Kampung Jawa, who came with her 11-year-old sister Khairunnisa, said she was thrilled to have met the Sultan.

“He is a very nice man. He is the first royal VIP that I have met,’’ she said.

During his speech, Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Klang Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir, said the holy month called for tolerance and the spirit of forgiveness.

“Let us forgive each other and carry out our duties diligently. Do not let our emotion overcome us.

“I always pray to see again that kind of family harmony and peace that existed way back in the 50s and 60s,” he added.

Selangor investment arms, the Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) and Selangor Economic Development Corporation (PKNS), presented RM562,000 and RM4.18mil zakat to the Sultan.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2009%2F9%2F16%2Fnation%2F4724359

20090914

Hukum Bersanding

Apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

20090912

Iftar bersama Sheikh Nurudin Banjari 13 Sep 09 Seremban

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ulama
Tarikh : 13 September 2009 (Ahad)
Masa : 7.15 malam
Jemputan Khas : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki
Tempat : Surau Al-Amin, Taman Cempaka 2 /Rose Mewah, Senawang, N. Sembilan.

Aturcara :
- Bebuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhon oleh Syeikh Muhammad Nuruddin.
- Solat Insya'
- Solat Tarawikh ( Khatam Quran )
- Majlis Penutun dan Moreh.

Semua DiJemput Hadir.

http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/09/majlis-berbuka-puasa-bersama-ulama.html

20090911

Laman Web Rasmi PRK Bagan Pinang

Berikut ialah laman web rasmi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang di http://prkn31baganpinang.pas.org.my

Laman weblog PAS Negeri Sembilan di http://pasns.blogspot.com

TABUNG PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG
Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya Kecil Bagan Pinang PAS N.Sembilan sila salurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad :
No Akaun : 05030010000462
Nama Akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
Hubungi Tn Hj Md Nor Rahman 019-2556206 (Bendahari PAS N.Sembilan)

Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya Kecil Bagan Pinang peringkat PAS Kawasan Rembau sila salurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad :
No Akaun : 05012010065457
Nama Akaun : DEWAN PEMUDA PAS KAW REMBAU
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458 (Bendahari PAS Kawasan Rembau)

20090908

Jadual Ramadhan 1430 bersama Ulama Palestin

BERSAMA ULAMA’ PALESTIN & KUTIPAN DERMA
10 – 15hb September 2009
Anjuran HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my dengan kerjasama Bahagian KESUMA, JAKIM

1. Sheikh Hussein Khalil Saqar al-Awawidah (Sh Abu Bakr) - Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin
2. Sheikh Ziad Said al-Kishawi (Sh Abu Ahmad) - Koordinator Bantuan Kemanusiaan Rabithah Ulama Palestin
3. Sheikh Ahmed Aboushousha (Sh Abu Wael) - Ketua Koordinator Sosial, Perkhemahan Pelarian Khan Danun

KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2009
Masjid Mu’az bin Jabal, Jalan Setiawangsa, KL - Tarawih

JUMAAT, 11 SEPTEMBER 2009
- Bank Islam Malaysia Berhad, Darul Takaful, KL - Kuliah Dhuha (Kakitangan BIMB Sahaja)
- Masjid Telipot, Kelantan - Kuliah Subuh
- Kota Baru (Bersama Kuliah Mingguan YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan) - 10:00 pagi
- Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi - Kuliah sebelum Solat Jumaat (12:30 tghri)
- Masjid Machang, Kelantan - Kuliah Jumaat
- Masjid Matang Pagar, Sg Buloh - Berbuka Puasa
- Masjid Tanah Merah, Kelantan - Tarawih

SABTU, 12 SEPTEMBER 2009
- Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya - Kuliah Subuh
- Masjid Bandar Baru Sg Buloh - Kuliah Dhuha
- Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang - Berbuka Puasa
- Masjid Kg Tunku, SS1 Petaling Jaya - Tarawih
- Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Shah, Jalan Templer, Petaling Jaya - Tarawih

AHAD, 13 SEPTEMBER 2009
- Masjid Negeri Shah Alam - Kuliah Dhuha
- Pejabat HALUAN Palestin, Subang - 2:30 – 4:30 petang (Sesi bersama wakil-wakil NGO sahaja)
- Masjid An Naim, Jalan Kebun, Klang - 4:40 petang – Iftar Perdana
- Masjid Sayyidina Umar, Bukit Damansara - Kuliah Maghrib
- Masjid Mukminun USJ - Tarawih
- Masjid Amaniyyah, Batu Caves - Tarawih

ISNIN, 14 SEPTEMBER 2009
- Balai Islam, Tenaga Nasional Berhad, Bangsar - Kuliah Zuhur
- Surau Seksyen 8, Shah Alam - Berbuka Puasa & Tarawih
- Masjid Mukhlisin, Jalan Damai Bakti, Alam Damai, Cheras – Tarawih

SELASA, 15 SEPTEMBER 2009
- Surau Jalan 7 Bukit Rahman Putra - Berbuka Puasa & Tarawih
- Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh - Berbuka Puasa & Tarawih

20090906

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

Siapa sangka bahawa Pilihanraya Kecil akan diadakan di Negeri Sembilan. Semuanya adalah ketentuan Ilahi.

Untuk mengetahui perkembangan terkini di Bagan Pinang bolehlah melayari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

InsyaAllah saya dan rakan-rakan akan bersama jentera Pilihanraya PAS Negeri Sembilan dan PAS Kawasan Rembau.

Sebarang sumbangan daripada semua adalah amat dialu-alukan , terutamanya tenaga dan wang ringgit.

Saya SMS pada sahabat saya di seberang sana :
“ Orang Umno saudara kita juga. Kita nak sama-sama masuk syurga dengan membebaskan umat Melayu daripada perhambaan dan meminta-minta sesama manusia kepada perhambaan dan meminta hanya kepada ALLAH”

20090905

Solat Tarawih bersama Imam dari Gaza 7 Sep Seremban

SOLAT ISYA DAN TARAWIH
Bersama Imam Mohamed Tayseer dari Gaza , Palestin
Isnin 7 September 2009
Di Masjid Taman Panchur Jaya , Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran : Al Quds Malaysia , TERAS Pengupayaan Melayu cawangan N.Sembilan dan Masjid Taman Panchur Jaya

Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973

20090904

Orang Melayu kedekut buat masjid dan madrasah

Orang Melayu ni kalau bab nak buat surau, masjid atau madrasah boleh dikatakan kedekut. Semua harapkan sumbangan para dermawan, badan korporat akhir sekali tunggu bantuan kerajaan.

Nak buat surau, masjid atau madrasah pula nak tunggu duit dalam akaun beratus ribu atau berjuta baru nak buat. Sanggup sewa rumah atau kedai kecil sementara duit dalam akaun berpuluh atau berpuluh ribu terkumpul. Sedangkan tanah dah ada.

Kalau dah ada tanah mulakan pembinaan yang asas dulu. Yang penting ada tempat umat Islam setempat untuk berkumpul solat jemaah.

Adik ipar saya beritahu bahawa suami dia yang kerja kampung telah siap buat surau sendiri. Dan Ramadan ini ramai penduduk tamah perumahan sebelah yang solat tarawih. Tak malu ke mereka yang duduk di bandar , orang kampung yang tiada pekerjaan tetap, boleh buat surau untuk kemudahan umat Islam menggunakan duit sendiri dan tulang empat kerat ? Gambar surau tersebut semasa dalam pembinaan di sini http://waghih.blogspot.com/2008/10/buat-surau-guna-duit-sendiri-jangan.html

Saya tanya sahabat saya di Taman Bandar Senawang macamana surau di sana. Dia kata sekarang ni masih menyewa tingkat atas bangunan kedai untuk dijadikan surau.

Di Taman Sri Pulai 3 pun sama, menyewa rumah untuk dijadikan surau , sementara menunggu duit sumbangan. Rujuk sini http://nogori.blogspot.com/2009/08/surau-oh-surau-jom-buat-pelaburan.html

Inilah jadinya, otak orang Melayu ni , otak subsidi. Nak buat apa-apa , tunggu sumbangan itu , sumbangan ini. Mana perginya semangat gotong royong dan semangat sederhana dalam membuat masjid atau surau ?

Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.

Marilah kita berebut-rebut buat istana di syurga, di akhirat dengan berebut-rebut buat masjid, surau, madrasah, rumah anak yatim di dunia bukan berebut-rebut buat banglo mewah untuk diri sendiri semata-mata.

Umat Islam Solat tarawih di kuil orang Yahudi

Di Amerika Syarikat disebabkan semakin ramai yang menganut agama Islam , masjid tak cukup, jadinya rumah ibadah penganut Yahudi atau Sinagog digunakan pada bulan Ramadan untuk solat tarawih.

Dulu masa saya berada di Iowa City, Amerika Syarikat , disebabkan masjid tidak ada, kami penduduk Islam di sana menyewa salah sebuah dewan di sebuah gereja untuk dijadikan surau.

Di Malaysia masjid makin kosong di penghujung Ramadan, yang makin meriah Bazaar Ramadan, mercun dan bunga api. Apa nak jadi orang Melayu ni. Kalau lepas Ramadan lagi kosonglah masjid dan surau, yang meriah Pasar Malam, Dataran, Konsert, Jom Heboh.

Anak-anak orang Melayu sekarang pun semakin biadap dan kurang ajar. Main mercun berhampiran surau ketika orang tengah solat.

Orang Melayu jangan marah kalau kuil Hindu di Malaysia ini makin meriah. Sebabnya orang Melayu dah tak minat memakmurkan masjid dan surau , mereka minat memakmurkan Bazar Ramadan dan Pasar Malam.

Di Pedas, Rembau, dekat Stesen Timbang JPJ ada sebuah kuil Hindu tepi jalan. Setiap kali saya lalu pada waktu malam penuh kuil tersebut dikunjungi oleh penganut Hindu. Sedangkan masjid di Rembau banyak yang kosong , dan banyak pula yang terbiar dan runtuh. Contoh di sini http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/08/rintihan-terakhir-anak-rembau.html

Tidak hairanlah semakin hari semakin banyak Bala turun di Malaysia ni, wabak pelbagai penyakit, banjir, dadah, jenayah dan banyak lagi.

Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.

**********************
Sumber dari laman web Ustaz Hambali Seremban : http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/09/umat-islam-us-sewa-sinagog-selama.html

Umat Islam U.S Sewa Sinagog Selama Ramadhan

Di daerah Reston, Virginia sebuah sinagong telah dibuka bagi umat Islam melaksanakan solat sepanjang Ramadhon khususnya untuk solat Tarawikh sebagaimana yang dipaparkan di dalam Washington Post.

Berdasarkan apa yang berlaku, salah seorang kepimpinan Yahudi di daerah berkenaan Rabbi Robert Nosanchuk menyatakan bahawa, “ Nabi Yahya (Yesaya) mengatakan bahawa rumah-rumah kita akan menjadi tempat ibadah semua orang. Sekarang saya tidak tahu apa yang dapat dibayangkan oleh Nabi Yahya bila sekarang ini sinagong telah menjadi tempat ibadat umat Islam selama bulan Ramadhon.” Namun idea dasarnya datang dari kata-kata Nabi Yahya a.s.

Masjid yang dapat menampung 4000 jamaah seperti masjid Adams di Herndon telah mengalami peningkatan 13 kali ganda sejak tahun 2000 lalu, namun sampai sekarang masih belum mampu membina ruang ibadat yang baharu dibebabkan beberapa masaalah setempat.

Sumber Islamonline http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1248188147155&pagename=Zone-English-News%2FNWELayout

20090903

Tazkirah Ramadhan 090909 N9 Senawang

TAZKIRAH RAMADHAN
Tarikh : 9 September 2009
Hari : Rabu
Masa : 9:30 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Oleh : Ustaz Kahirudin Mokhtar dari Pusat Tahfiz dan Pengajian Islam Abu Bakar asSidiq , Kg Pelangai (Sempadan Pahang – N.Sembilan)

Pelancaran Dana Sumbangan Pembinaan Asrama dan Surau Pusat Tahfiz dan Pengajian Islam Abu Bakar asSidiq

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20090901

KLCC ditawan orang Perancis sehari selepas Merdeka

Akhirnya Alain Robert @ Spiderman berjaya menawan puncak Menara Berkembar KLCC pada 1 September 2009 , sehari selepas Persekutuan Tanah Melayu menyambut Hari Kemerdekaan atau Malaysia menyambut Hari Kebangsaan.

Antara penaja utama Alain Robert ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi dari negara Arab iaitu HCT , UAE http://www.alainrobert.com/index.php/english/Sponsors.html

The Higher Colleges of Technology is the largest higher educational institution in the United Arab Emirates with the current enrolment exceeding 16,000 students, all UAE nationals. http://www.hct.ac.ae

Senarai model kereta yang boleh guna RON 95

Kebanyakan kereta boleh guna petrol RON 95. Tidak semua kereta boleh guna RON 95. Untuk senarai model kereta yang boleh guna RON 95 , sila ke pautan berikut :
http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1977/page_m.asp

Mereka yang menggunakan RON 92 atau RON 97 sebelum ini dan ingin bertukar ke RON 95 , sebaiknya biarkan minyak (petrol) dalam tangki kereta hampir kosong dan isi penuh dengan minyak (petrol) RON 95.