Blog bermaklumat khusus untuk warga Negeri Sembilan. "Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sebarang pertanyaan hubungi : Rozmal bin Malakan Tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com NEGERI SEMBILAN BERSIH , CERIA DAN INDAH
20110331
Kes jenayah makin banyak di Parlimen Rembau
Tip percuma resume penting untuk graduan mencari pekerjaan
20110330
Seminar Kerjaya 9 April 2011 RM10 je di Seremban

SEMINAR KERJAYA
Sabtu 9 April 2011
9 pg – 5 ptg
Di Kompleks ISMA Seremban
Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2010
Yuran hanya RM10 seorang
Hubungi 0195983655 Arief Hamzah ariefhamzah@yahoo.com
Antara slot menarik :
- Ke Manakah Anda Selepas SPM
- Panduan Biasiswa dan Proses Permohonan ke IPTA/IPTS
- Cabaran dan Transisi ke Alam Universiti
- Bengkel Kerjaya Mengikut Bidang (Medic, Enginrg, Acct dll)
- Selingan Games Menari
Poster program dan info lanjut di http://www.isman9.com/2011/03/seminar-kerjaya-kursus-lepasan-spm-2010/
Keluhan pesara tentera yang baru pencen, tolong dengar
Ketika menunggu solat jemaah maghrib di surau, saya sempat bertanyakan jiran saya yang baru bersara dari ATM. Semasa berkhidmat beliau hanya anggota tentera pangkat bawahan berpangkat Lans Koperal. Saya pun kata, senanglah dah pencen sekarang ni, dah bebas. Dia mengeluh, bebas apa, poning kepalo pikir bilo nak dapat pencen, kurang-kurang 3 bulan nak tunggu. Ada sarjan tu dah bersara 5 bulan belum dapat pencen lagi, dan katanya banyak kes macam ni.
Saya tanya dia, perkara ni dari dulu ke macam ni? Dia kata semasa UGAT atau Unit Gaji Angkatan Tentera uruskan hal pencen tiada masalah, tapi bila di ambil alih oleh Veteran atau JHEV, masalah ini berlaku.
Saya bertanya lagi, bila JHEV buat urusan pencen ni. Katanya dah 2-3 tahun jugalah.
Kawan saya ni dah tamat kursus. Anak-anak masih bersekolah menengah dan rendah, memang pun pening kepala. Itu yang duduk Seremban, bagaimana mereka yang duduk di Kuala Lumpur, Sabah atau Sarawak yang kos sara hidup amat tinggi?
Kepada Dato Dr Zahid Hamidi dan Jeneral-Jeneral kat atas tu, cubalah selami masalah anggota peringkat bawahan yang baru pencen ini.
Kita sepatutnya semakin canggih, kem tentera termoden pun baru dirasmikan, kampung pun dah ada Wifi, takkanlah urusan pencen tentera ni semakin mundur ke belakang pula.
Saya tanya kawan saya, kenapa tak mengadu ke pihak atasan, masuk dalam akhbar ke. Katanya mengadu pun tak guna, nanti akan diberi pelbagai alasan teknikal.
Adakah perkara ini wakil rakyat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sedar? Atau sibuk nak bincang isu Video Lucah, projek Kereta Perisai RM8 billion, projek Kapal Laut?
Baru-baru ni ayah saya seorang pesara tentera mendapat undangan peribadi dari bekas Panglima ATM untuk hadir ke majlis Reunion Rejimen 1 Renjer Diraja di Kuching, tetapi tidak dapat hadir kerana ayah menunaikan umrah. Agi Idup, Agi Ngelaban.
Saya pun carilah dalam blog lain akan masalah pencen ini, jumpalah satu blog di bawah ini :KES Faizzal Jinong Abdullah - Jangan Lagi Berlaku Kepada Pesara Lain
Kes Seorang pesara tentera iaitu Faizzal Jinong Abdullah telah menggemparkan Kementerian Pertahanan setelah disiarkan oleh Buletin 1.30 bertarikh 29/12/2009 di TV3. Sebenarnya perkara ini boleh diatasi jika individu yang terlibat, pasukan terakhir di mana individu bertugas dan Kementerian Pertahanan (JRP/UGAT dan JHEV) memainkan peranan masing-masing.
SUATU perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah...kelewatan bayaran pencen kepada persara tentera....... mengapakah pembayaran pencen, ganjaran perkhidmatan, pembayaran Caruman LTAT dan pembayaran FGCR sering berlaku kelewatan sehingga 2 ke 3 bulan selepas tarikh tamat perkhidmatan. Suatu perkara yang perlu difikirkan ialah......... APA KELUARGA MEREKA NAK MAKAN DALAM TEMPOH 2 KE 3 BULAN ITU.
Sumber http://persaratenteraterabai.blogspot.com/2010/01/kes-faizzal-jinong-abdullah-jangan-lagi.html
Tanah Adat N.Sembilan dijadikan Kampung tersusun
Kenapa tanah adat di N.Sembilan ini boleh diambil dengan mudah, murah dan banyak dari orang Melayu dalam projek pembinaan landasan keretapi berkembar tetapi tidak diusahakan untuk diambil tanah adat ini dengan mudah dan murah untuk dijadikan kampung tersusun yang feadahnya akan dapat kembali kepada lebih ramai orang Melayu anak N.Sembilan?
Artikel saya sebelum ini mengenai isu ini : Rumah Pertamaku, mana cerdik pandai di N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2011/03/rumah-pertamaku-mana-cerdik-pandai-di.html
Kampung tersusun di pekan Merlimau
Sinar Harian 30 Mac 2011
SUNGAI RAMBAI - Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat, termasuk menyediakan kediaman lebih selesa bagi keharmonian rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman berkata, menyedari kawasan Merlimau banyak kemudahan, Kerajaan Negeri bakal mewujudkan penempatan kampung tersusun berhampiran pekan Merlimau.
Menurutnya, cadangan itu sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk di kawasan Merlimau memiliki rumah sendiri menerusi projek penempatan tersusun seluas kira-kira 16 hektar.
“Projek ini bersesuaian dengan Merlimau yang banyak keistimewaannya termasuk institusi pengajian tinggi (IPT).
“Secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan di kawasan perindustrian Merlimau dan R&R Sungai Rambai,” katanya pada Majlis Penutupan Tilawah Pendidikan Khas Zon Merlimau, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Penyelia Kanan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri, Yusof Jalamudin; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Nor Hayati Abu Bakar dan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Bahari Ahmad.
Hassan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri berkata, dalam usaha ke arah mencapai matlamat Melaka Maju sepenuhnya banyak lagi projek yang menyumbangkan kepada sumber ekonomi bakal dilaksanakan.
“Projek ini bukan hanya memberi keuntungan kepada rakyat, malah dapat menarik pelancong asing ke negeri ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8920426.asp
Program Infaq Rehal untuk Sekolah Tahfiz

Program Infaq Rehal untuk Sekolah Tahfiz di Alor Setar dan ITQAN di Gemencheh N.Sembilan
Permohonan bantuan membeli rehal untuk dua sekolah tahfiz :
1. Sekolah Tahfiz di Alor Setar (Darul Ulood Al-Hilmiah) = 157 rehal x RM40 = RM6,280
2. Institut Tahfiz di Gemencheh (ITQAN) = 150 rehal x RM40 = RM6,000 Jumlah rehal diperlukan : 307 rehal x RM40 = RM12,280
Harga rehal : RM40.00 seunit (termasuk kos pengangkutan dengan lori)
Kawan-kawan yang ingin menginfak rehal (seikhlasnya - sedikit atau banyak semua diterima dengan rasa syukur), boleh berhubung dengan Hajah Mahawa Pilus di talian :- 0163283909
Info lanjut di http://tabungtampin.blogspot.com/2011/03/infaq-rehal-untuk-sekolah-tahfiz-di.html
20110329
Politik Hipokrit Malaysia, aku semakin bosan
Bersama Syeikh Nuruddin al Banjari 9 Apr 2011 Seremban
PENGAJIAN/DISKUSI KITAB Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Tarikh : Sabtu, 9 April 2011 Masa : Zuhur - Maghrib Tempat : Madrasah Az-Zein, Seremban Madrasah Az-Zein Lissuluk Ilallah http://az-zein.blogspot.com 9299, Taman Guru Melayu, Jalan Paroi-Senawang Info lanjut di http://majlisilmu.blogspot.com/2011/03/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html 20110328
Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia
20110327
Mentaus kebanggaan Melayu N.Sembilan dan Malaysia
Artikel saya sebelum ini Ijazah Kedoktoran Parang Melayu di http://waghih.blogspot.com/2010/11/ijazah-kedoktoran-parang-melayu.html
Rahsia parang Zamri tajam
Kosmo 27 Mac 2011
Cicit Mat Tukang, seorang pandai besi di Negeri Sembilan, menggunakan paku landasan kereta api untuk membuat parang.
"KALAU nak uji ketajaman parang, jangan rasa dengan jari. Itu pantang kerana mata parang akan cepat tumpul dan berkarat.
"Seelok-eloknya lelas mata parang pada kuku, jika rasa kesat dan ada kesan takik, maknanya mata parang sudah tajam," ujar Ahmad Basri Mukmin, 54.
Dia yang juga seorang penyembelih lembu adakalanya memperuntukkan masa hampir sejam untuk mengasah parang terutama ketika musim Hari Raya Korban dan cuti sekolah.
"Penyembelihan binatang korban memerlukan mata parang yang benar-benar tajam. Saya sendiri menggunakan empat jenis batu asah berlainan gred dalam proses mengasah.
"Selain memastikan ketajaman, teknik mengasah yang betul juga dapat menjamin mata parang agar sentiasa berkilat dan tidak mudah tumpul," katanya yang sudah lebih 10 tahun diberi tanggungjawab menyembelih binatang korban di kawasan kejiranannya di Kuala Langat, Selangor.
Ahmad Basri memberitahu, bukan sembarangan parang boleh digunakan untuk menyembelih binatang.
"Besi yang digunakan untuk dijadikan mata parang juga perlu dipilih daripada jenis yang sesuai.
"Bagi tujuan sembelihan, saya hanya akan memilih mata parang yang ditempa daripada besi paku landasan kereta api kerana sifatnya yang tahan lasak dan tidak mudah patah atau sompek," ujarnya yang menempah parang khusus untuk kerja-kerja penyembelihan, melapah dan memotong tulang daripada tukang besi dari Jelebu, Negeri Sembilan.
Menjejaki pembuat parang yang dimaksudkannya, Jurnal pergi ke Jelebu untuk melihat sendiri proses pembikinan pelbagai jenis senjata besi, terutama parang.
Kunjungan ke Kampung Mentaus yang terletak dalam mukim Sungai Durian, Jelebu, menemukan kami dengan seorang tukang besi dan tukang sarung parang yang cukup terkenal iaitu Zamri Wahid, 42.
Dianggap sebagai tukang besi tersohor di Negeri Sembilan, kepakaran Zamri menghasilkan mata parang yang licin dan halus serta kreativitinya membuat sarung parang lengkap dengan ukiran daripada tema flora seakan sudah menjadi tanda dagangan perniagaannya yang sudah mencecah usia 16 tahun itu.
ATAS: Pembakaran sempurna besi hingga terbit warna kemerah-merahan penting dalam menghasilkan mata parang yang bermutu tinggi.
"Mungkin darah tukang parang yang mengalir di tubuh saya masih kuat. Sebab itu orang di sekitar kampung ini tidak hairan jika saya pulang ke kampung dan menyambung legasi keturunan Mat Tukang," ujarnya ketika ditemui di bengkel parangnya baru-baru ini.
Menyingkap susur galur anak kelahiran Temerloh, Pahang ini, Zamri merupakan cicit kepada Mat Tukang yang merupakan tukang sarung parang dan keris yang disegani bukan sahaja di sekitar Jelebu, bahkan seluruh Negeri Sembilan.
"Menurut cerita orang tua-tua, banyak hasil kerja moyang saya dibeli oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Luak Jelebu.
"Saya tidak sempat berjumpa dengannya, tetapi masih dapat melihat hasil kerjanya yang saya anggap begitu halus dan berseni.
"Datuk saudara saya, anak Mat Tukang juga seorang tukang sarung parang tetapi tidak begitu aktif, namanya Tok Empat Adnan.
"Selepas Tok Empat, bapa saudara saya, iaitu cucu Mat Tukang, juga dikenali ramai dengan kepandaiannya membuat sarung parang, namanya Yusof tetapi lebih dikenali sebagai Hashim.
"Dia aktif membuat parang sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an. Orangnya masih hidup tetapi sudah tidak aktif membuat sarung parang.
"Kini, saya, generasi keempat Mat Tukang yang masih meneruskan warisan tukang besi dan pembuat sarung parang.
"Bakat turun-temurun ini nampaknya akan terus disambung oleh anak sulung saya yang juga ciut Mat Tukang iaitu Muhammad Abqari, 17," ceritanya.
Sungguhpun mewarisi darah tukang parang, Zamri tidak pernah belajar menempa besi atau mengukir sarung parang daripada generasi terdahulu.
Sebaliknya dia mempelajarinya daripada tukang parang dari Jawa dan Kelantan.
Zamri turut belajar teknik menghasilkan besi berkualiti tinggi daripada seorang penyelia warganegara Jepun ketika bekerja di kilang besi di Seremban dahulu.
TEKNIK mengasah mata parang sehingga permukaannya licin, halus dan berkilat adalah kelebihan di bengkel Zamri.
Kini Zamri menggaji lima pekerja di bawah jenama Mentaus Craft. Bermula secara kecil-kecilan, kini perniagaan parang Zamri dianggap antara yang paling berkembang di negara ini.
Selain kehalusan mata parang, keunikan hulu serta sarung parang, perusahaan yang dimulakan di belakang rumah kini sudah bertaraf komersial apabila berupaya mengeluarkan hampir 200 bilah parang sebulan.
Menjelang cuti sekolah atau Hari Raya Korban, tempahan yang diterima pula mampu mencecah dua kali ganda.
"Walaupun pengeluaran kita besar, Mentaus Craft tidak berkompromi dalam soal kualiti. Malah setiap senjata besi, tidak kira pisau, parang atau kerambit, mesti sampai ke tangan saya dahulu untuk diberi sentuhan akhir.
"Dalam proses menyepuh besi misalnya, hanya saya yang boleh melakukannya. Begitu juga dengan ukiran pada hulu dan sarung.
"Bukan tidak percaya dengan keupayaan pekerja, tetapi untuk proses paling penting ini, saya masih mahu mengekalkan sentuhan peribadi supaya pelanggan tidak keliru dengan kualiti Mentaus Craft," ujarnya yang sering dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam pameran kraf senjata di peringkat kebangsaan.
Turut berkongsi pelbagai tip penjagaan parang dalam blognya, Zamri percaya ilmu yang kerap diamalkan akan membongkar lebih banyak rahsia dan kelebihan.
"Memang penting tahu dan pandai mengasah parang, sebab satu alat yang masih dalam bentuknya, digunakan dari zaman kuno sampai sekarang ialah jenis keluarga parang," katanya.
Jelas Zamri lagi, tidak kira apa gelarannya, lembing, lading, parang, kelewang, badik, belati, pisau, kerambit, lawi ayam ataupun tumbuk lada, kegunaan besi tajam dianggap terpenting bagi orang Islam untuk menyembelih haiwan dan tidak boleh ditukar ganti.
"Bertitik-tolak daripada itu saya melihat parang mempunyai potensi untuk dijadikan produk perniagaan," jelasnya yang menjual pisau dari harga RM60 hingga RM120 manakala parang di antara RM100 ke RM500 sebilah.
Rahsia
MAN Misai adalah tukang asah parang berpengalaman di Mentaus Craft.
Melihat ketekunan Muhammad Abqari menempa mata besi di bengkel milik bapanya, nyata minat anak muda ini terhadap pembuatan parang bukan sedikit.
"Saya rasa puas bila besi yang bengkok dapat diluruskan, yang tebal dinipiskan dan yang karat dapat dilicinkan.
"Lebih menyeronokkan apabila besi yang berkarat dan tumpul dapat ditajamkan sehingga mampu memotong tulang mahupun paku tebal," katanya.
Gemarkan kerja di bahagian mata parang, Abqari bersama Abdul Rahman Samsudin atau Man Misai, 54, merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran mata parang, daripada proses membakar, mengetuk hingga mengasah.
"Proses membuat parang bermula dengan membakar besi hingga warnanya merah menyala. Bagi tujuan membuat parang beberapa jenis besi boleh digunakan antaranya besi bearing, papan chain saw, paku rel kereta api. Lain jenis besi, lain pula jenis kemerahannya.
"Sesudah itu, besi dikeluarkan dari dapur bara sebelum ditempa atau diketuk dengan tukul bagi mendapatkan bentuk parang yang diinginkan sebelum permukaannya diratakan menggunakan mesin pengasah pisau atau grinder.
"Selepas diketuk, mata parang akan melalui proses sepuh bertujuan mengeraskannya. Mata besi yang panas akan dimasukkan ke dalam air tanah liat," ujar Abqari.
Sambungnya lagi, untuk menghasilkan sarung dan hulu parang pula, bapanya akan menggunakan kayu yang berkualiti yang diambil di sekitar kampung.
"Ada juga pelanggan inginkan kayu tertentu. Jika sukar diperolehi, kita akan beli.
"Kayu-kayu tersebut kemudian dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.
"Selepas itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif atau idea tertentu sebelum digosok dengan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat.
"Setelah sarungnya siap, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah sehingga ia tajam," jelas Abqari.
Tidak hanya dijual untuk kegunaan harian, parang keluaran Mentaus Craft juga dijual sebagai cenderahati.
"Jangan terkejut kerana ramai juga yang menempah parang untuk dijadikan hantaran perkahwinan," ujar Zamri.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm



