KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130829

Rayuan bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak


Berikut saya panjangkan surat rayuan dari satu keluarga yang amat memerlukan bantuan dikala kita masih dalam suasana gembira dengan rumah terbuka dan menyambut kemerdekaan.

Rayuan bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan suami saya yang bekerja di sebuah kilang di Senawang telah pun diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Gaji suami saya untuk bulan Ogos 2013 telah dipotong kesemuanya oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia dan bulan-bulan berikutnya akan dipotong sebahagian dari gaji suami saya.

Saya hanyalah seorang surirumah dan mempunyai 3 orang anak berumur 4 tahun dan 2 orang lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lavender Height, Senawang.

Sehubungan dengan itu kami keputusan kewangan untuk membeli barang keperluan makanan harian untuk bulan September ini. Sebelum ini beberapa agensi kerajaan telah membantu kami, namun untuk bulan September ini kami perlu berusaha sendiri.

Antara barang yang diperlukan ialah :
Beras 10 kg – cukup untuk 1 bulan
Minyak 2 paket – cukup untuk 2 minggu
Roti 1 buku – cukup untuk bekal anak ke sekolah untuk 2 hari
Susu 4 tin – cukup untuk 1 minggu
Milo 1 paket 500 g – cukup untuk 2 minggu
Teh 1 paket kecil – cukup untuk 1 minggu
Gula 2 paket – cukup untuk 1 bulan
Telor 30 biji – cukup untuk 3 minggu
Bawang besar 1 kg – cukup untuk 1 bulan
Bawang putih 0.5kg – cukup untuk 1 bulan
Sardin 2 tin besar – cukup untuk 1 bulan

Kami juga mempunyai bil air dan elektrik yang tertunggak untuk beberapa bulan. Kepada mereka yang ingin membantu menjelaskan tunggakan bil kami, berikut nombor akaun bil tersebut ;

Bil Air Syarikat Air Negeri Sembilan, No Akaun : 05001024050712 , Tunggakan RM 276.10

Bil TNB, No Akaun : 03200059372010 , Tunggakan RM 225.45

Untuk penghantaran barangan makanan atau pembayaran bil sila hubungi suami saya di 017-6055185.

Kepada mereka yang sudi membantu, kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah memberkati mereka yang membantu kami.

Sekian, wassalam.

Liza binti Jamaludin
Blok N N6/1,
Rumah PPR Senawang 3,
Taman PPR Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan
28 Ogos 2013

20130828

Masalah zina dan remaja terlanjur di kawasan Felda perlu perhatian


Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh seorang lelaki. Dia ingin bertanyakan pusat perlindungan remaja wanita yang terlanjur. Menurutnya, saudaranya mempunyai anak perempuan berumur 18 tahun yang sudah 5 bulan hamil anak luar nikah. Dia sedang membantu saudaranya ini untuk menghantar remaja ini ke pusat perlindungan.

Disebabkan saudaranya ini tinggal di Felda, mereka tidak mampu hendak menghantar anak perempuan mereka ke pusat perlindungan swasta.

Dia mendapat telefon saya apabila terbaca artikel dalam blog saya mengenai masalah ke mana nak hantar remaja perempuan yang terlanjur ini. Saya kata, saya hanya bantu iklankan beberapa pusat perlindungan remaja, tetapi saya tidak menguruskan atau bekerja di pusat perlindungan tersebut.

Saya pun tak pasti samada di Negeri Sembilan ada pusat perlindungan remaja perempuan yang hamil yang diusahakan oleh Felda, Majlis Agama Islam atau kerajaan negeri serta pusat.

Lalu saya nasihatkan dia supaya cuba menghubungi pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan.

Saya amat sedih dan hampa kerana ini sebelum ini telah banyak panggilan seumpama ini yang diterima, saya hanya mampu minta mereka bersabar dan berserah pada Allah, kerana kelemahan diri saya sendiri yang tidak tahu ke mana hendak diarahkan begitu ramai remaja perempuan Melayu/Islam yang terlanjur ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

20130823

TOYOTA INNOVA UNTUK DIJUAL




Toyota Innova (M) Tahun 2009
Low Mileage (kurang 100,000km), Accident Free
Warna Biru Metalik, Full accessories/skirting
Pemilik wanita
Harga : RM65,000 (boleh dirunding)
Hubungi pemilik 0136227432 (Senawang)

20130820

Lagi anggota tentera maut dipanah petir




Sudah 3 kes yang menyebabkan kematian empat anggota tentera akibat dipanah petir di Kota Tinggi. Satu angka yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Malaysia adalah negara yang kedua tertinggi di dunia yang menerima kekerapan panahan petir. Adakah Kota Tinggi antara kawasan yang paling kerap menerima panahan petir dan apakah doa serta langkah keselamatan yang perlu diambil?

Anggota tentera maut disambar petir
20 Ogos 2013

JOHOR BAHRU - Seorang anggota tentera maut manakala seorang pegawainya terselamat akibat disambar petir ketika berkawal di Pos Tentera Tuan Seh, Tanjung Sedeli di Kota Tinggi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, dari Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, hanya pengsan.

**********   
Pada 26 Julai 2013 seorang anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera dipanah petir di Kg Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor semasa latihan ketenteraan.

Pada 29 Oktober 2009 dua anggota tentera maut dipanah petir ketika menjalankan rondaan mencegah pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

Himpunan berita kejadian petir di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Titik gempa bumi menghampiri Malaysia




Guru, pelajar sekolah di Baling rasai kesan gegaran
20 Ogos 2013

KEDAH : Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong dekat sini. Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya.

Beberapa laporan gempa bumi di Malaysia sebelum ini serta laporan titik gempa yang menghampiri Malaysia di http://gempamalaysia.blogspot.com

Kelas Ibtidai' , I'dadi dan Tahfiz di Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim




Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau kini menawarkan tiga kelas untuk pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :

1. Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2. Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama dengan menggunakan Bahasa Arab
3. Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran

Tempat adalah terhad
Tenaga pengajar yang berkelayakan

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustaz Khairuddin 012-3752240
Ustaz Faizal 013-2300595
Ustaz Afiq 017-2138006

Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim,
Kampung Bongek Acheh,
71300 Rembau.
Fax : 06-6858468

20130818

PAS MELAKA BATAL JAMUAN RAYA, GANTI DENGAN SUMBANGAN PADA RAKYAT MESIR


Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap menggantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat Mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat Mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog PAS Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

20130816

Sudan dahului Malaysia dalam teknologi helikopter


Sudan bukanlah sebuah negeri yang kaya, aman dan membangun seperti Malaysia. Pendapatan per kapita rakyat Sudan cuma 2,400 USD sedangkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah 16,900 USD. Ini bermakna rakyat Malaysia 6 kali lebih kaya dari rakyat Sudan.

Namun Sudan telah pun mengeluarkan helikopter mereka sendiri untuk kegunaan tentera dan pelbagai guna diambil dari teknologi helikopter AK 1-3 Ukraine.

Malaysia sebenarnya boleh mengilangkan helikopter sendiri. Namun usaha yang dilakukan oleh para pelajar UTM pada tahun 2006 terhenti begitu sahaja tanpa usaha untuk mengkomersialkan atau mengilangkan helikopter buatan anak tempatan.

Helikopter UTM tersebut dari model Exec 162 dengan 4 tempat duduk telah berjaya dalam ujian penerbangan.

Semoga ada komitmen dari para pemimpin negara untuk memberi kepercayaan kepada anak tempatan untuk menghasilkan helikopter, kapal terbang, roket dan banyak lagi yang dapat menjimatkan kos pengeluaran , disamping menambah peluang pekerjaan kepada anak bangsa secara tidak langsung dapat menjimatkan wang negara untuk bayaran komisyen.

20130814

Wanita trauma diragut ketika bersolat di Masjid Chendering


Mari perhebatkan dakwah untuk cegah jenayah. Seolah-olah tiada kesudahan jenayah di Malaysia. Masa solat jemaah di masjid pun penjenayah berkesempatan nak meragut. Marilah kita mohon doa kepada Allah, bertaubat, agar diberi petunjuk kepada para pemimpin dan polis untuk mencegah jenayah yang semakin menjadi-jadi dan semakin pelik ini.

Wanita trauma diragut ketika bersolat di Masjid Chendering
14 Ogos 2013

KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

20130813

Rakyat perlu berani cegah jenayah bersama polis


Kenyataan Ketua Polis Negara di bawah ini yang ingin menjadikan Malaysia Bebas Judi Internet perlu disokong oleh orang awam kerana orang awam yang tahu di mana lokasi judi internet berhampiran kawasan perumahan mereka, tanya budak sekolah pun mereka tahu di mana ada lokasi judi internet. Marilah kita buat sebanyak mungkin laporan lokasi judi internet di kejiranan kita.

Sistem laporan polis “online” belum siap lagi. Tapi kita di N.Sembilan boleh buat laporan di Portal Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my . Cara nak buat laporan di portal ini ada di http://rozmal.blogspot.com/2013/07/bersama-kita-mencegah-maksiat.html

Mari kita pastikan kejiranan kita Bebas Judi Internet, dan mari kita pastikan setiap laporan yang kita hantar dibuat tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara komited untuk jadikan Malaysia Bebas Judi Internet, Ketua Pengarah JAKIM bila pula nak buat komitmen Umat Islam, Orang Melayu Bebas Judi 4 Nombor Ekor di Kedai Yang Berlesen?

Bebas judi Internet
6 Syawal 1434 H / 13 Ogos 2013
Shah Alam: Ketua polis semua peringkat seluruh Malaysia membabitkan ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua polis balai diminta memastikan kawasan pentadbiran masing-masing bebas daripada aktiviti perjudian Internet yang berselindung di sebalik kafe siber dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang aktiviti kurang sihat itu.

Difahamkan, kesungguhan polis membanteras kegiatan berkenaan bermula sebulan lalu selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta aku janji daripada semua pegawai tinggi PDRM seluruh negara bagi mengenal pasti dan memaklumkan kegiatan seperti itu di kawasan masing-masing.

Sumber memberitahu, aku janji terbabit turut merangkumi arahan supaya memastikan semua aktiviti perjudian dihentikan serta-merta dan pemantauan berterusan dilakukan pasukan khas yang akan menggempur pusat perjudian berkenaan.

“Sehubungan itu, polis di peringkat negeri bukan saja diminta memantau, malah menggandakan operasi bagi memastikan pusat perjudian yang mengundang pelbagai masalah sosial itu ditutup dalam tempoh terdekat,” katanya.