KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140330

KALAU REZEKI PAYAH, BANYAKKAN ISTIGHFAR


Dalam siri Kuliah Tasawuf di TV Hijrah Al Fadhil Ustaz Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri berkata kalau siapa rezekinya payah, banyakkan istighfar.

Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

20140327

Judi adalah haram, samada berlesen atau tidak berlesen


Judi adalah haram, samada berlesen atau tidak berlesen. Negara ditimpa pelbagai bencana sekarang, satu demi satu kapalterbang kita hilang, langgar itik, generator terpadam dan semalam enjin terbakar. Konsert dan hiburan di TV telah dikurangkan. Akhbar berbahasa Melayu pun sepatutnya ambil langkah serupa dengan tidak menyiarkan lagi keputusan judi berlesen.

NEGERI SEMBILAN ISYTIHAR PERANG JUDI HARAM

SEREMBAN 26 Mac 2014 - Kegiatan judi haram siber yang menjadi ancaman keselamatan masyarakat akan diperangi habis-habisan dalam apa cara sekalipun bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terjamin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kegiatan judi siber haram ini yang dikategori sebagai ancaman keselamatan dalam negeri ini melibatkan segelintir masyarakat dilihat sebagai kronik dan perlu dihentikan dengan segera kerana ia boleh membawa kepada masalah sosial lain.

20140323

PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA REUNION PENCETUS UMMAH DAN USTAZAH PILIHAN

PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA REUNION PENCETUS UMMAH DAN USTAZAH PILIHAN
Tarikh : 27 Mac 2014
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban
Sasaran : Remaja berumur 10 - 17 tahun
Pelaburan : RM30 seorang / RM 60 untuk 3 orang

Penceramah terdiri daripada 4 orang Pencetus Ummah, dan seorang daripada Ustazah Pilihan.
1. Pencetus Ummah Izzat
2. Pencetus Ummah Fakhrul
3. Pencetus Ummah Salman
4. Pencetus Ummah Razi
5. Ustazah Pilihan Fizah

Antara topik yang akan dikongsi oleh Pencetus Ummah dan Ustazah Pilihan.
1. Pelajar A+++
2. Akhlak Anak Soleh
3. Oh My Solat
4. Teknik Belajar Berkesan
5. Cinta Remaja, Boleh Ke?
6. Muslim Superb!
7. Nasihat Buat Anak

Pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi nombor berikut :
1. Ustazah Syazwani (014-7203218)
2. Ustazah Mimi (017-2938403)


Empat cara mudah untuk mendaftar.

1. PM kepada inbox kami dengan maklumat berikut
-nama ibu/bapa/penjaga
-no.telefon untuk dihubungi
-bilangan peserta yang mahu didaftar
-nama penuh anak, dan no.kad pengenalan

2. Kami akan memberikan no.akaun syarikat, dan jumlah yuran dipatut dibayar

3. Tuan/puan membuat pembayaran yuran samada melalui ATM atau Internet Banking

4. Nama anak tuan/puan akan disahkan masuk ke dalam senarai peserta

KARNIVAL INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival :

> Edaran risalah Indahnya Hidup Bersyariat
> Tarikh lahir dalam bulan Islam
> Pertandingan Mewarna kanak-kanak & Catur
> Bengkel Surah al-Fatihah dewasa bersama Us Muhsin Ahmad
> Persembahan Qasidah & Selawat

> Diskusi Santai Indahnya Hidup Bersyariat
-Moderator Us Saifullah Jamaludin
-Panel : Ust Dr Syuhadak Mahmud & Ust Shazwan Amir Mohd Shah

20140319

Islam ini ALLAH yang jaga





Dulu selalu kita dengar pelbagai NGO dan Pertubuhan Islam buat demo bila ada sesuatu konsert dari luar negara yang datang ke Malaysia. Namun konsert tetap berjalan, orang pergi ke masjid banyak tu juga.

Bila kurang demo buat bantahan konsert sebegini, ALLAH izinkan konsert tersebut Malaikat Maut datang cabut 6 insan yang diciptaNya.

Percayalah, Islam ini ALLAH yang jaga. Kalau dah tak ada orang yang nak buat demo lagi, Malaikat Maut sendiri akan menjalankan tugasnya.

Sekarang dunia tanpa sempadan. Gunakanlah ruang ini sepenuhnya untuk mengajak manusia kepada ketenangan yang hakiki. Marilah kita buat demo pula ajak umat Islam terutama yang sedang melepak di tepi-tepi jalan termasuk golongan warga emas untuk mengunjungi taman-taman syurga di dunia ini.

20140315

SUBHANALLAH, ALLAH tunjukkan kuasaNya subuh tadi


Kaget saya subuh tadi Sabtu 15.3.14 apabila langit begitu cerah. Satu nikmat yang tidak tergambar gembira hati ini apabila langit begitu cerah di langit Senawang, semua arah di lihat begitu cerah nampak semua bintang di langit di semua ufuk 360 darjah.

Bagaimana semalam jerebu begitu teruk tidak nampak satu pun bintang, subuh tadi langit begitu cerah. Logik akal kata jerebu akan hilang jika ada hujan. Kini jerebu hilang cukup dengan perintah Allah, tanpa hujan, tanpa angin (walaupun mungkin akan ada yang akan mengatakan ianya fenomena alam, seperti jerebu hilang sebab tekanan udara di langit rendah menyebabkan jerebu beralih arah dan sebagainya, namun fenomena tersebut juga adalah dari Allah).

Dan bintang yang paling terang pada subuh tadi yang dapat dilihat di ufuk langit Timur ke Tenggara iala bintang Syi'ra (Sirius) yang juga disebut dalam al Quran. Malah di dalam al Quran di suruh kita banyak bertasbih ketika bintang tenggelam pada waktu subuh.

ALLAH dah tunjukkan kepada kita kuasaNya menghilangkan jerebu. Marilah kita insaf, bertaubat, banyakkan selawat, imarahkan masjid dengan solat jemaah dan hadir majlis ilmu.

SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. (Al-Hijr 15:16)

Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh). (At-Tuur 52:49)

Dan bahwasanya Dialah Tuhan (yang memiliki) bintang Syi'ra (An Najm, 53: 49 )

20140313

Tawaran Untuk Latihan Industri




Tawaran dibuka untuk mereka yang mengikuti pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, pembuatan, kimpalan, kawalan mutu peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Pertama untuk menjadi Pelatih Latihan Industri di Senawang. Mereka yang berminat sila e-melkan resume ke rozmal@yahoo.com atau PM di www.facebook.com/Rozmal

20140312

KEBAKARAN HUTAN TAHAP KRITIKAL



Bilakah kita hendak bertaubat, kembali kepada Islam sepenuhnya serta mengimarahkan rumah Allah yang terdapat di dalamnya taman-taman syurga?

KEBAKARAN HUTAN TAHAP KRITIKAL


11 Mac 2014 - Jabatan Bomba dan Penyelamat menyifatkan kebakaran hutan dan belukar yang berlaku semasa cuaca panas dan kering di seluruh negara ketika ini, berada pada tahap kritikal, dengan sebanyak 500 kes dilaporkan setiap hari.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan lima kali ganda berbanding sebelum ini iaitu 100 kes kebakaran hutan setiap hari.

Beliau berkata, lebih membimbangkan, keadaan itu menjadi penyumbang kepada peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan masalah jerebu.

"Anggota terpaksa bergegas dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengawal kebakaran kerana dikhuatiri mampu merebak sehingga ke kawasan kediaman termasuk ladang sehingga menyebabkan kerugian yang tinggi," ujarnya.

Pertubuhan Seni Silat Harimau Putih Tunggal Negeri Sembilan




Kok ado yang berminat sebagai Pelatih Baru Pertubuhan Seni Silat Harimau Putih Tunggal Negeri Sembilan (Gelanggang Ampangan) bulehlah tanyo kawan den ni, Khairil. Untuk maklumat lanjut, silat hubungi : Amir - 012 630 4147 atau sms ke 017 364 9312 (Khairil)

20140309

KULIAH TAUHID

KULIAH TAUHID
Oleh Ustaz Azfar Al-Yamani
Selasa, 11 Mac 2014
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat dijemput hadir

20140307

Isu komik Ultraman, umat Islam perlu salahkan diri mereka sendiri juga




Memang kita marah dengan isu komik Ultraman. Tapi sebelum kita nak marahkan penerbit yang menerbitkan komik tersebut, tanya anak-anak kita sendiri, adakah anak kita minat baca komik Ultraman, komik Korea, komik Jepun atau baca komik yang diterbitkan oleh seorang Ustaz seperti Ustaz Zakaria Talib dari Rembau ini?

Adakah kita sebagai bapa membelikan anak-anak kita komik dengan ciri-ciri Islamik?

Apa pula peranan agensi Islam yang berkaitan untuk membantu para penerbit untuk menerbitkan lebih banyak komik Islamik, kartun animasi Islamik untuk disiarkan di TV1, TV3, Astro agar ianya menjadi “kegilaan” anak-anak kita?