KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140630

Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan




Untuk makluman warga Taman Alamanda, jiran kita di kawasan perumahan kos rendah En Saffian yang sakit dan tidak dapat bekerja menyara hidup keluarga, semakan di laman web JKM mendapati permohonan bantuan JKM beliau telah ditolak. Oleh itu harap warga Taman Alamanda dapat membantu En Saffian.

*************
Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan

Salam, pesanan ini adalah untuk teman-teman dan jiran-jiran saya di Taman Alamanda, Senawang. Mungkin ada yang tak perasaan ada jiran kita yang memerlukan bantuan pada ketika ini. Untuk makluman Encik Saffian bin Mat Jani, 48 tahun di No 77, Jalan Alamanda 5 telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kakinya, kulit dikedua-dua belah kakinya telah dibuang akibat beberapa komplikasi sejak tahun lepas lagi.

Beliau bekerja sendiri sebelum ini, kini tidak mampu bekerja, kerana tidak mampu untuk bangun dan bergerak seperti biasa serta memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk perubatan.

Walaupun telah mendapat bantuan Baitul Mal namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan. Ianya dibantu dengan bantuan dari jiran, saudara mara dan kenalan.

Permohonan JKM telah dibuat, namun belum ada jawapan positif.

Justeru itu saya menyarankan warga Alamanda yang ingin membantu bolehlah melawat beliau sekeluarga di alamat tersebut.

Anak beliau yang masih bersekolah bekerja pada sebelah malam di warung burger Zairol di Jalan Alamanda 1, kawasan perumahan kos rendah.

Untuk sahabat-sahabat di taman lain pun saya percaya ramai jiran setaman tuan-tuan yang memerlukan bantuan seperti Encik Saffian ini. Carilah mereka, bantulah mereka, semoga ALLAH mencurahkan rahmah, kasih sayang kepada kita semua.

Pengusaha kedai makanan Islam perlu garis panduan bulan Ramadan



Pengusaha kedai makanan Islam sepatutnya mempunyai garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa agar mereka dibenarkan beroperasi pada waktu petang hinggalah waktu sahur, bukannya 24 jam.

Kedai makanan Islam yang beroperasi 24 jam, 22 jam dan seterusnya berpotensi menjadi sasaran mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadan ini.

Umat Islam sendiri sepatutnya memboikot kedai makanan Islam seperti ini sepanjang tahun, sepanjang masa.

20140629

Kera-kera buka surah Yasin di Masjid Gadong, Rembau


Ramadhan pertama 1435 H, Alhamdulillah disamping dapat ziarah pusara abah, dapat melawat makcik sebelah emak di Gadong dan makcik sebelah abah di Tanjong. Sempat juga solat jemaah Asar di Masjid Kariah Kg Gadong.

Bila nak solat, imam ialah yang tukang azan, makmum saya, dan ada seorang anak kecil lelaki yang masih tadika rasanya, anak tukang azan. Selesai azan saya tanya tukang azan, dia Imam, Bilal atau Siak ke. Dia kata dia ahli kariah saja.

Di veranda masjid kelihatan bungkusan surah Yasin telah dibuka dan beberapa surah bersepah sedikit, tetapi tidak koyak, masih elok.

Ahli kariah masjid tadi kata, ini kerja kera-kera yang ada di kampung tersebut.

Kerusi pun sedikit tidak tersusun dengan beberapa putik rambutan, mungkin angkara kera.

Apakah senario yang sama juga berlaku di masjid-masjid lain di Rembau dan kampung-kampung lain di Negeri Sembilan?

Apabila manusia, orang Melayu, orang Islam tidak mahu lagi berjemaah di masjid di bulan Ramadhan ini, ALLAH kirimkan kera-kera sebagai peringatan.

Sebelum buka puasa ini, marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh masjid di Negeri Sembilan ini makmur dengan solat jemaah pada setiap waktu dan makmur dengan majlis ilmu.

Alhamdulillah, insyaAllah selepas ini berbuka puasa dengan emak pula.

Selamat Berbuka Puasa

Lembaga Masjid dan Surau ditubuhkan


Walau apa pun transformasi masjid, penubuhan lembaga masjid dan sebagainya, matlamat yang paling utama dalam masjid ialah berapa ramai ahli kariah hadir solat jemaah di masjid tersebut, berapa banyak kuliah ilmu diadakan di masjid tersebut, berapa ramai yang hadir kuliah ilmu di masjid tersebut.

Kayu pengukur kecemerlangan masjid di Negeri Sembilan, KPInya bukan setakat masjid yang indah, lanskap yang cantik, tabungan masjid yang berjuta ringgit, tetapi perlu diutamakan kehadiran Imam, Bilal,Siak, Pengerusi serta AJK yang dilantik setiap solat 5 waktu, kehadiran ahli kariah ke solat jemaah serta kuliah, kekerapan kuliah dan kebajikan ahli kariah dijaga, jangan sampai penderitaan ahli kariah terpampang di dada akhbar barulah semua pihak hendak ambil tahu.

Lembaga Masjid dan Surau ditubuhkan - MB

SEREMBAN 27 Jun 2014 - Sebuah Lembaga Masjid dan Surau peringkat negeri akan ditubuhkan dalam waktu terdekat bagi menyelaraskan aktiviti dan keperluan institusi itu, seiring dengan usaha mengharmonikan umat Islam keseluruhannya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, di bawah lembaga berkenaan akan ada jawatankuasa dengan dengan beliau menjadi pengerusi peringkat negeri, manakala semua Pegawai Daerah menganggotai jawatankuasa berkenaan, selain beberapa Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Lembaga yang akan diwujudkan ini akan menjadi pusat pemantau dan pengurusan masjid. Selain itu, ada penyelaras masjid dan surau yang kita bawa daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), di bawah pemantauan ataupun di bawah kuasa MAINS," katanya di sini, hari ini.

Mohamad memberitahu, di peringkat daerah pula akan diwujudkan jawatankuasa masjid dan surau dengan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah serta dibantu timbalan pengerusi oleh Pegawai Agama Islam daerah masing-masing.

"Setiausaha di peringkat daerah ini ialah pegawai-pegawai penyelaras masjid dan surau. Kalau boleh, kita akan lantik jawatankuasa yang besar untuk memastikan turutan proses pentadbiran ini dapat dilangsungkan dengan berkesan," jelasnya.

Kata beliau, untuk tujuan itu juga MAINS akan diperkukuhkan bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau.

Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan, pada tahun ini, pihaknya juga akan mengembangkan konsep eksekutif masjid.

"Sebanyak 18 orang pegawai muda yang mempunyai ijazah dalam bidang agama Islam dari Mesir dan beberapa universiti lain telah diberikan jawatan dan menjalani kursus selama enam bulan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) antaranya berkaitan pengurusan dan kewangan.

"Mereka akan ditempatkan di masjid yang diperlukan dahulu dan ada dalam kalangan mereka terdiri daripada hafiz al-Quran," katanya.

Justeru, kata beliau, adalah perlu pengurusan masjid memberikan kerjasama kepada pegawai muda ini dan memberikan sokongan dalam mereka melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

"Mereka akan datang ke masjid sebagai pentadbir dan setiausaha serta pengerusi masjid perlu bekerjasama agar masjid dapat diurus dengan baik.

"Apa yang penting kita mahu lihat masyarakat Islam di negeri ini terus kukuh, bersatu padu dan jangan berpecah-belah," kata beliau.

Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan

Salam, pesanan ini adalah untuk teman-teman dan jiran-jiran saya di Taman Alamanda, Senawang. Mungkin ada yang tak perasaan ada jiran kita yang memerlukan bantuan pada ketika ini. Untuk makluman Encik Saffian bin Mat Jani, 48 tahun di No 77, Jalan Alamanda 5 telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kakinya, kulit dikedua-dua belah kakinya telah dibuang akibat beberapa komplikasi sejak tahun lepas lagi.

Beliau bekerja sendiri sebelum ini, kini tidak mampu bekerja, kerana tidak mampu untuk bangun dan bergerak seperti biasa serta memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk perubatan.

Walaupun telah mendapat bantuan Baitul Mal namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan. Ianya dibantu dengan bantuan dari jiran, saudara mara dan kenalan.

Permohonan JKM telah dibuat, namun belum ada jawapan positif.

Justeru itu saya menyarankan warga Alamanda yang ingin membantu bolehlah melawat beliau sekeluarga di alamat tersebut.

Anak beliau yang masih bersekolah bekerja pada sebelah malam di warung burger Zairol di Jalan Alamanda 1, kawasan perumahan kos rendah.

Untuk sahabat-sahabat di taman lain pun saya percaya ramai jiran setaman tuan-tuan yang memerlukan bantuan seperti Encik Saffian ini. Carilah mereka, bantulah mereka, semoga ALLAH mencurahkan rahmah, kasih sayang kepada kita semua.

Selamat Berbuka Puasa

20140628

Warga emas OKU di Rembau hidup daif mohon bantuan


Ya ALLAH, kewangan kami di PAS Rembau amat terhad untuk membantu golongan seperti ini. Tolonglah kami dalam menggerakkan ahli-ahli kami, masyarakat sekitar untuk membantu mereka ini. Ya ALLAH , perkenankanlah doa kami di malam pertama Ramadhan ini.
Rozmal bin Malakan, TYDP PAS Rembau 012-2267406

Warga emas OKU hidup daif mohon bantuan
28 Jun 2014

REMBAU – Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) hidup dalam keadaan serba daif apabila terpaksa tinggal di sebuah rumah pusaka usang dan uzur di Kampung Rendah, dekat sini.

Malah, keselamatan Azman Rahmat, 51, turut terancam apabila dinding serta bumbung rumah yang didiaminya rosak serta sudah reput dimakan anai-anai.

Azman yang dikategorikan OKU lembam memberitahu, dia kini sudah tidak mampu lagi bekerja dan hanya bergantung kepada bantuan OKU sebanyak RM140 sebulan.

"Banyak dinding serta bumbung rosak dan memerlukan kos yang besar untuk dibaik pulih. Dengan kehidupan saya yang hanya bergantung kepada bantuan itu, adalah mustahil untuk saya baik pulih rumah ini.

"Oleh sebab itu saya amat berharap supaya ada pihak dapat membantu saya dalam perkara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Azman lagi, dia juga menderita sakit akibat bisul sejak 10 tahun lalu.

"Keadaan bertambah kronik apabila bisul kerap timbul di bahagian muka, belakang dan juga tangan.

"Lebih menyakitkan apabila bisul ini mula berdenyut-denyut serta bernanah sehingga saya sukar untuk melelapkan mata," katanya.

Bersama kita prihatin permasalahan di rumah pangsa, rumah rakyat


Kawasan perumahan kos rendah, kawasan projek perumahan rakyat, rumah pangsa kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Duduk dalam rumah yang sempit, tidak sampai 600 kaki persegi dengan keluarga yang besar, ada yang sampai 8 orang, sudah pasti mendatangkan pelbagai permasalahan.

Di Senawang saja terdapat 3 kawasan perumahan sebegini dengan setiap kawasan mempunyai tidak kurang 8 blok beberapa tingkat rumah pangsa.

Sehubungan dengan itu PAS Cawangan Senawang, cawangan yang kerdil cuba membantu mereka ini dengan mengadakan program jualan amal nasi ayam. Nasi ayam ini akan diagihkan ke kawasan berkenaan serta hasil jualannya juga akan digunakan untuk mempertingkatkan program dakwah, kebajikan dan kaunseling di kawasan ini.

Mereka yang ingin membantu usaha jualan amal ini atau ingin mendapatkan kupon jualan amal ini bolehlah menghubungi nombor yang tertera pada kupon tersebut.

Atau boleh menghubungi saya tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com , PM FB : Rozmal

Memalukan, pelanggan Bank Islam tidak beradab dengan adab Islam


Tadi Sabtu 28 Jun 2014 sekitar jam 11.30 pagi saya ke cawangan Bank Islam di Senawang yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Amat memalukan apabila sekitar mesin ATM dan CDM dipenuhi dengan sampah resit ATM, di atas mesin ATM, di atas lantai, padahal terdapat 2 tong sampah di situ.

Satu tong sampah sudah penuh, tapi apabila ditekan dengan tangan ianya tinggal separuh, satu lagi tong sampah masih kosong.

Isu ini nampak mudah, tapi memalukan. Malu kita sebagai pelanggan Bank Islam, malu kita sebagai umat Islam di sebuah negara majoriti umat Islam, sebuah negara majoriti orang Melayu. Macamana nak cakap mengenai hukum hudud, jihad, prihatin terhadap remaja OKU di Nilai, tetapi satu-satunya institusi kewangan Islam yang tersohor, bab sampah resit ATM pun kita pandang ringan.

Marilah kita mulakan dengan diri kita sendiri, nampak paku di jalanan, kutip, takut ada kereta lalu lalang terkena paku. Nampak sampah di masjid , surau, kutip, semata-mata harap redha ALLAH.

Tahniah Untuk Imam, Nazir, SU Masjid di N.Sembilan Yang Baru Dapat Tauliah


Saya Rozmal bin Malakan anak Negeri Sembilan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Imam, Nazir dan Setiausaha Masjid yang baru dilantik dan mendapat tauliah di Negeri Sembilan.

Saya harapkan agar masjid-masjid di Negeri Sembilan ini Imam, Bilal, Siak, Nazir, AJK dan ahli kariahnya dapat mengenepikan kepentingan peribadi, keluarga, politik agar matlamat kita hanya satu sahaja, iaitu hanya mengharapkan redha ALLAH dan mengharapkan semua dosa kita diampunkan menjelang akhir Ramadhan.

Marilah kita sama-sama fikirkan macamana kita hendak pastikan masjid kita dipenuhi setiap solat 5 waktu dari Maghrib, Isya, Subuh, Zuhur hingga ke Asar ketika Ramadhan , selepas Ramadhan dan hingga ke Ramadhan tahun hadapan.

Marilah kita sama-sama risau, risau yang amat sangat apabila masjid di tempat kita ada 1 waktu dalam setahun yang tiada solat jemaah.

Marilah kita risau, fikirkan bagaimana kita hendak pastikan ahli kariah kita tidak sia-sia puasa mereka apabila mereka tidak solat.

Takutlah ALLAH, takutlah ALLAH, takutlah ALLAH, tanggungjawab kita besar, lebih besar dari memelihara adik Firdaus, remaja OKU dari Nilai, N.Sembilan.

Semua kita akan ditanya di akhirat nanti, kenapa kita biarkan masjid kita tidak penuh solat jemaah.

Ahli Kariah akan ditanya, Imam dan Nazir akan ditanya, yang melantik dan memberi tauliah kepada Imam dan Nazir juga akan ditanya.

Saya tak mampu nak bantu. Amanah saya sebagai ahli kariah di Masjid Bandar Baru Senawang dan Masjid Bongek pun banyak yang leka dan terabai.

Hanya kepada ALLAH kita mohon ampun, berserah dan mohon pertolongan.

Promosi Beri Makan Buka Puasa Pelajar Sekolah Pondok/Tahfiz


Sejuk mata, hati apabila solat jemaah di Madrasah Tuan Haji Ibrahim, Bongek, Rembau. Apa ke tidaknya, para pelajarnya berubah putih dan berserban. Rasa begitu tenang sekali. Tanpa disuruh dan diminta para pelajar ini apabila jumpa salam, cium tangan, bukan kita minta, tetapi mereka dibudayakan begitu hanya mengharapkan redha ALLAH.

Setiap Ramadhan, yang menjadi perhatian ialah Rumah Anak Yatim, mereka ini akan penuh jadual mereka untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Tetapi jarang kita dengar promosi berbuka puasa di Sekolah Pondok/Tahfiz.

Dan di Negeri Sembilan ini terlalu sedikit bilangan Sekolah Pondok/Tahfiz, lebih-lebih lagi yang mempunyai program secara tradisional dan konvensional. Di Rembau hanya ada 2 Sekolah Pondok/Tahfiz yang diusahakan oleh 2 orang guru serta sahabat yang saya kasihi dan hormati.

Yang pertama ialah Madrasah Tuan Haji Ibrahim di Bongek, mempunyai sekitar 30 orang pelajar. Pengetuanya ialah Ustaz Khairuddin Yusof, cucu kepada ulama terkenal di Malaysia iaitu Almarhum Tn Hj Ibrahim. Yuran yang dikenakan kepada pelajar yang belajar di sini saya rasa antara yang termurah di Malaysia. Untuk menampung kekurangan kos pengurusan ialah dengan sumbangan dan derma orang ramai.

Yang keduanya ialah Madrasah Az Zakirin yang diusahakan oleh Ustaz Zakaria Talib, juga terletak di Bongek, berhampiran kaki Gunung Datuk. Madrasah ini dalam keadaan sekitar yang begitu aman, nyaman, hijau, dihiburkan dengan kicauan burung. Jumlah pelajarnya sekitar 12 orang. Yuran adalah mengikut kemampuan ibu bapa pelajar dan ditampung dengan sumbangan orang ramai.

Kedua-dua madrasah ini pada perkiraan saya amat sesuai kepada mereka yang ingin mendapat pahala memberi orang berbuka puasa selain penghuni rumah anak yatim.

Mereka yang ingin memberi makan berbuka puasa untuk pelajar Sekolah Pondok/Tahfiz di Rembau ini bolehlah berjumpa terus dengan Ustaz Khairuddin atau Ustaz Zakaria. Jika hendak no telefon mereka sila hubungi saya 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Semoga Ibadah Kita Pada Bulan Ini Diterima ALLAH dan Diampunkan Semua Dosa Kita

20140626

Sedekah boleh ubati pelbagai penyakit dengan izin ALLAH


Selain usaha berubat menggunakan perubatan moden, tradisional dan doa untuk mengubati penyakit, Sedekah juga boleh mengubati pelbagai penyakit.

Mengubati penyakit dengan sedekah adalah ajaran Rasul saw. Banyak kisah di bawah ini bagaimana mereka yang sakit, setelah habis ikhtiar secara perawatan moden dan sebagainya, akhirnya mereka bersedekah dengan harapan Allah sembuhkan penyakit mereka atas sebab sedekah tadi.

Bahkan ada kisah di bawah ini di mana Imam Masjid Jami’ur Ridhwan di Halab, Syria yang habis ikhtiar merawat anaknya yang demam teruk, akhirnya dia teringat hadith Nabi mengenai sedekah boleh mengubati penyakit, lalu datanglah seekor kucing yang kelaparan, lantas disedekahkan kepada kucing tadi makanan. Dengan izin Allah disebabkan sedekah kepada seekor kucing, anaknya tadi terus sembuh.

Apabila kita bersedekah untuk mengubati penyakit hendaklah kita niatkan sedekah tadi untuk mengubati penyakit mereka yang sedang sakit tersebut, semoga dengan sedekah kita tadi ALLAH sembuhkan penyakit mereka tersebut atau penyakit kita sendiri.

Rasulullah bersabda :
“Obatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Baihaqi)

“Ujian yang menimpa seseorang pada keluarga, harta, jiwa, anak, dan tetangganya bisa dihapus dengan puasa, shalat, sedekah, dan amar makruf nahi munkar.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Beberapa kisah mereka yang sembuh dengan usaha sedekah :

1. Putrinya Sembuh Lantaran Sedekah
2. Penyakit Demam Tak Berdaya Melawan Sedekah
3. Diramalkan Mati, ALLAH Menyelamatkannya Dengan Sekedah

Kisah sepenuhnya mereka yang sembuh dengan izin ALLAH selepas bersedekah di

20140625

Istilah Judi Haram perlu diperbetulkan




Istilah Judi Haram akan mengelirukan umat Islam dan orang Melayu khususnya kerana jika ada Judi Haram bermakna akan ada Judi Halal. Judi sememangnya Haram. Kenapa tiada istilah Zina Haram, Arak Haram, Berhala Haram atau sebaliknya Kahwin Halal, Air Kosong Halal, Sejadah Halal?

Rampas mesin judi belum dapat hapus judi haram
24 Jun 2014

MELAKA - Tindakan merampas mesin judi haram tidak mencukupi untuk membanteras kegiatan judi haram sebaliknya penguatkuasaan tegas dan pemantauan berterusan perlu dilakukan bagi menghapuskan sepenuhnya kegiatan itu di negeri ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hari ini.
  
Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Sazali Muhd Din @ Muhamad Din berkata semua pihak yang terlibat iaitu penyewa premis, tuan tanah, penjaga premis dan mereka yang berjudi harus dikenakan tindakan bagi membanteras kegiatan itu.
  

Kita perlu ziarah golongan berpendapatan rendah




Kita perlu prihatin masyarakat sekeliling kita. Hanya redha ALLAH yang kita harapkan atas keprihatinan ini, agar masyarakat kita menjadi masyarakat penyayang. Kisah remaja OKU di Nilai, Negeri Sembilan yang menggemparkan Malaysia harus membuka mata kita semua.

Sebenarnya masih ramai di sekeliling kita yang memerlukan bantuan. Baik bantuan dari sudut material apatah lagi bantuan dari sudut spiritual.

Saya dan rakan-rakan serta beberapa pertubuhan, persatuan, jawatankuasa masjid dan surau insyaALLAH akan memperhebatkan usaha ini sepanjang Ramadhan ini.

Di Senawang contohnya terdapat begitu banyak kawasan perumahan rakyat.

Bantuan dan sumbangan dari sahabat semua adalah diharapkan dapat membantu golongan berpendapatan rendah ini dari sudut material dan yang pentingnya pembangunan rohani, spiritual dan mental.

Sebarkanlah perasaan kasih sayang sesama kita. Semoga ALLAH berkati, redha, rahmati kita semua.

Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan, Semoga Amalan Kita Diredhai ALLAH.