KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140831

Pertanyaan mengenai Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan


Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan (YAMNS) adalah merupakan cawangan kepada Yayasan Amal Malaysia. YAMNS adalah merupakan sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

YAMNS buat masa ini tidak mempunyai kakitangan tetap sepenuh masa. AJK dan ahli YAMNS adalah merupakan tenaga sukarela. YAMNS juga pada ketika ini tidak mempunyai pejabat operasinya sendiri, hanya menumpang premis ahli YAMNS.

Alamat surat menyurat YAMNS adalah merupakan alamat rumah AJK YAMNS.

YAMNS tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Aktiviti bantuan kemasyarakatan dan kemanusiaan dalam dan luar negeri adalah hasil sumbangan AJK, ahli YAMNS serta derma dari orang ramai.

Mereka yang ingin menjadi sukarelawan YAMNS atau ingin menghulurkan sumbangan untuk pelbagai aktiviti bantuan kemasyarakatan dan kemanusiaan sila hubungi melalui tel atau Whatsapp , Sdr Saiful di 013-6840323 (Setiausaha YAMNS).

Maklumat lanjut YAMNS di http://yam-ns.blogspot.com

Sekian dimaklumkan,

Yang menjalankan amanah,
Rozmal bin Malakan, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Sekolah Agama Dato Abdullah , Rembau


Kepada mana-mana pihak atau individu yang sudi menghulurkan sumbangan kewangan, cat, simen, pintu tandas dan sebagainya untuk membaik pulih sekolah ini sila Tel/Whatsapp , Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406

Lagi gambar keadaan semasa bangunan Sekolah Agama Dato Abdullah di http://sadarembau.blogspot.com

20140828

Kicap Jenama CHET Keluaran Bumiputera


Pelbagai kicap untuk pelbagai masakan khusus untuk Char Kuey Teow, Masak Kicap, Paprik dan sebagainya. Keluaran Bumiputera dari Kedah. Kini terdapat di beberapa pasaraya besar.

Sila hubungi salah seorang pengedarnya di Negeri Sembilan iaitu Abang Fuad , tel/Whatsapp 019-6542469 (Taman Alamanda, Senawang).

Maklumat lanjut di http://kicapchetn9.blogspot.com

20140827

SIRI 3 : PRIHATIN UMMAH , SELAMATKAN GAZA


Lelongan rantai emas untuk Tabung Kemanusiaan Gaza




Rantai emas ini adalah sumbangan seorang ayah untuk Tabung Gaza, diberikan semasa satu Majlis Jamuan Hari Raya tempoh hari.

Ianya sesuai untuk anak atau bayi perempuan. Panjangnya apabila diikat ialah 22 cm, beratnya ialah 9.53 gram, Emas 916. Nilaian semasa pada 27 Ogos 2014 rantai ini ialah RM 1,277.02 manakala nilai pajakan ialah RM 890.00.

Kepada mereka yang ingin membeli rantai ini dimana duit hasil jualan/lelongan rantai ini akan disalurkan ke Tabung Misi Kemanusiaan Gaza anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan sila whatsapp ke 0122267406 (Rozmal)

Terimakasih staf AR-RAHNU, YaPEIM Cawangan Senawang di Dataran Senawang 2 (Pusat Bandar Senawang) yang membantu menilaikan rantai emas tersebut.

20140824

Rakyat Malaysia Berbangga Dengan Anugerah Nobel Keamanan


Baru semalam kami bersama dalam Majlis Jamuan Hari Raya Taman Alamanda, Senawang. Terkejut dengan kenyataan beliau : “Saya tidak boleh kembali lagi kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya” , sedangkan beliau mendapat Anugerah Nobel Keamanan. Sepanjang saya mengenali beliau, beliau amat komited dalam tugasnya dan memang suka membantu mereka yang memerlukan. Memang susah hendak dapat pegawai tentera seperti beliau.

Rakyat Malaysia Berbangga Dengan Anugerah Nobel Keamanan
Ahad, 24 Ogos 2014

PETALING JAYA: Apa yang Mohd Nasarudin Mohd Yusof mahu lakukan selepas berpindah ke The Hague, Belanda, dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) tiga tahun lalu, adalah untuk menjadikan Malaysia berbangga dengan perkhidmatannya di sana.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia berusia 52 tahun dan telah bersara ini tidak pernah bermimpi mendapat peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan anugerah Nobel Keamanan 2013 yang diterimanya untuk kerja-kerjanya di organisasi antara kerajaan yang memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia, yang melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.

"Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara," kata Nasarudin.

Beliau berharap kemenangan pasukannya akan merangsang anak muda Malaysia untuk mencapai impian negara untuk memenangi Hadiah Nobel dalam kemajuan budaya dan/atau saintifik.

"Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan," kata pakar munisi dan senjata kimia ini.

Hadiah Nobel Keamanan kepada OPCW termasuklah pingat, diploma dan hadiah wang tunai kira-kira 900,000 euro (RM3.77 juta).

Nasarudin berkata pada mulanya agak sukar untuk beliau membuat keputusan berpindah ke Belanda.

"Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam seumur hidup, jadi saya memutuskan untuk tidak melepaskannya," kata Leftenan-Kolonel bersara ini.

Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia memudahkan Nasarudin membiasakan diri dengan budaya yang berbeza dari Belanda.

Katanya beliau juga mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia daripada semua latar belakang di The Hague, termasuk rakan sekerjanya dari Malaysia yang memegang taraf Penduduk Tetap di Britain.

"Dia sudah tidak memegang kerakyatan Malaysia, tetapi saya rasa apa yang dikatakan ada kebenaran. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia."

Pengalaman beliau di luar negara juga telah membuatkan dirinya lebih menghargai Malaysia, katanya.

Kepada mereka sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian atau bertugas, Nasarudin menasihatkan mereka supaya meneruskan hasrat tersebut.

"Ia tidak akan merugikan anda sebagai rakyat Malaysia. Peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup, jadi jangan sia-siakan peluang. Pengalaman kerja itu akan menjadi sesuatu yang berharga dalam hidup."

Nasarudin berkata sambutan Merdeka tahun ini akan menjadi pilu bagi masyarakat Malaysia di Belanda kerana semangat rakyat Malaysia di sana telah berkembang lebih kukuh selepas tragedi MH17 itu.

Beliau berharap semua rakyat Malaysia boleh belajar daripada tragedi ini dan kekal bersatu.

Nasarudin akan terus mencuba dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan.

"Saya tidak boleh kembali lagi kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya.

"Saya boleh memberi sumbangan yang lebih jika saya tinggal di The Hague walaupun saya benar-benar rindukan suasana Malaysia," katanya berjenaka.




Tabung masjid boleh guna bantu pelajar ke IPTA tak?


Saya mendapat maklumat seorang pelajar yang susah dari DUN Kota, Rembau memerlukan bantuan kewangan untuk masuk ke UTM, Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan bulan September 2014 ini.

Ayah pelajar ini hanya bekerja kampung, jual kelapa, emak pula suri rumah sepenuh masa, tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Tak pasti berapa yuran yang tertera pada surat tawaran kerana gambar yang dikirim tidak jelas. Rasanya sekitar RM900, belum masuk belanja urus diri dan sebagainya.

Kepada mereka yang membantu, aktivis masyarakat yang menguruskan kes remaja hamil luar nikah sebelum ini juga menguruskan kes pelajar-pelajar yang susah sebegini di Rembau.

Kepada mereka yang ingin membantu aktivis masyarakat ini sila Whatsapp kepada saya 0122267406 agar mereka yang prihatin boleh berurusan terus dengan aktivis masyarakat ini.

Persoalan saya, boleh tak tabung masjid digunakan untuk menguruskan kes sebegini, apatah lagi keluarga remaja tadi adalah ahli kariah masjid tersebut?

Saya mempunyai 3 orang anak di IPTA, walaupun IPTA ianya tetap memerlukan belanja yang banyak.

Boleh tak tabung masjid diguna untuk urus remaja hamil luar nikah?

Bulan ini saja 2 kes remaja hamil luar nikah diajukan kepada saya. 1 dari DUN Kota di Rembau, dan yang terkini ialah di DUN Chembong, juga di Rembau. Kita di Malaysia mempunyai masalah yang amat serius kes remaja hamil luar nikah ini. Kalau di Rembau semakin kerap kes sebegini dilaporkan apatah lagi di bandar-bandar.

Masyarakat dan media amat marah apabila janin atau bayi dibuang di merata-rata tempat, tetapi tidak memberi perhatian bagaimana untuk menguruskan remaja hamil luar nikah ini, dan apa tindakan drastik perlu diambil untuk menangani kes zina yang semakin berleluasa ini.

Bukan mudah untuk menguruskan kes remaja hamil luar nikah di kawasan kampung seperti Rembau ini. Lebih-lebih lagi jika remaja tadi datang dari keluarga miskin, ayah bekerja kampung atau buruh kasar, ibu pula tidak bekerja kerana menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak yang lain, tinggal pula di kawasan perumahan kos rendah.

Di Negeri Sembilan tiada lagi rumah perlindungan remaja hamil luar nikah ini. Yang terdekat ialah di Pusat Puteri di Cheras. Untuk dihantar ke sana perlu dijalankan pemeriksaan kesihatan, perbelanjaan pengangkutan dan banyak lagi urusan lain.

Yang menguruskan kes sebegini secara sukarela ialah seorang aktivis masyarakat di Rembau. Kepada mereka yang ingin membantu aktivis masyarakat ini sila Whatsapp kepada saya 0122267406 agar mereka yang prihatin boleh berurusan terus dengan aktivis masyarakat ini.

Persoalan saya, boleh tak tabung masjid digunakan untuk menguruskan kes sebegini, apatah lagi keluarga remaja tadi adalah ahli kariah masjid tersebut? Janganlah kita sibuk untuk menentukan siapa boleh jadi imam, siapa tak patut jadi imam, sedangkan ramai ahli kariah di masjid tersebut dahagakan kasih sayang, nasihat, kaunseling dan sebagainya.

Tawaran Menuai Pokok Gaharu



Kepada mereka yang berminat untuk menuai pokok gaharu yang berusia sekitar 10 tahun, benih dari Kemboja, sudah matang dan sesuai untuk dilakukan rawatan untuk menghasilkan minyak gaharu sila hubungi saya Tel/Whatsapp 0122267406 . Terdapat lebih kurang pokok gaharu ini di Rembau.

Sebahagian dari hasil tuaian pokok gaharu ini akan disalurkan ke tabung kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Semua warna adalah ciptaan ALLAH, termasuk warna hitam


Setiap amalan bergantung pada niat. Semua warna adalah ciptaan ALLAH, bergantung kepada niat kita kenapa kita memakai sesuatu itu berwarna hitam, putih, hijau dan seterusnya. Tiada salah pada warna hitam atau putih, ianya bergantung pada niat.

1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

2. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

Penghormatan jenazah, kita juga pasti menyusul


Mereka yang diberi penghormatan janganlah kita dengki. Mereka yang tidak diberi penghormatan atau kurang diberi penghormatan janganlah kita kecewa atau ungkit mengungkit.

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi ALLAH ialah yang paling bertaqwa. (Al Hujurat: 13)

Al Fatihah.

Perkhidmatan Baiki Peti Ais, Mesin Basuh yang terbaik


Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan membaiki mesin basuh dan peti ais oleh Ah Loong di Seremban. Tak perlu bawa peti ais atau mesin basuh ke kedai. Telefon saja Ah Loong, dia akan tanya apa penyakit peti ais kita, macam doktor, apa jenis, apa yang tak berfungsi, dia dah boleh agak apa rosaknya.

Barang yang tak rosak atau masih boleh pakai, dia takkan tukar.

Hari Ahad dia tidak bekerja.

Perkhidmatan hanya sekitar Seremban , tel Ah Loong 0126011833


20140822

SIRI JELAJAH PRIHATIN UMMAH, SELAMATKAN GAZA

SIRI JELAJAH PRIHATIN UMMAH, SELAMATKAN GAZA
Bersama : Dr Wessam Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Luar Universiti Gaza
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Tarikh : Selasa, 26 Ogos 2014
Masa : 7 mlm – 10 mlm
Semua dijemput hadir

Turut diadakan Pameran Palestin serta jualan produk berkaitan Palestin seperti mafla (selendang) dan bendera


 

PROJEK BEKALAN AIR BERSIH

Antara projek Yayasan Amal Malaysia di kawasan bergolak, khemah pelarian, kawasan miskin seperti di Palestin, Rohingya, Assam dan beberapa negara lain.


20140819

Pelajar Perubatan Universiti Azhar perlukan bantuan



Saya mendapat maklumat seorang pelajar perubatan Tahun 1 di Universiti al Azhar, Mesir memerlukan bantuan. Kebiasaannya pelajar hanya boleh memohon pinjaman/biasiswa MARA atau JPA atau Majlis Agama dan sebagainya selepas Tahun 1, itu apa yang dimaklumkan kepada saya.

Untuk pengajian Tahun 1, keluarga pelajar berkenaan perlu berusaha sendiri untuk membayar yuran pengajian dan sebagainya.

Pelajar tadi tidak dapat hendak membuat permohonan pinjaman/biasiswa tersebut kerana tidak dapat menjelaskan yuran untuk Tahun 1 sebanyak RM 8,000 . Slip keputusan peperiksaan Tahun 1 pelajar tersebut ditahan, menyebabkan dia tidak dapat membuat permohonan pinjaman/biasiswa.

Pelajar perempuan tersebut adalah merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik. Ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala ibunya bekerja sebagai seorang kerani di sekolah tahfiz swasta di Seremban.

Kepada mereka yang ingin membantu samada memberi bantuan tunai, pinjaman, duit zakat dan sebagainya sila Whatsapp saya 012-2267406 , saya akan berikan nombor tel ibu/bapa pelajar berkenaan agar dapat penjelasan sepenuhnya.

20140818

Filem pengorbanan Askar Melayu tertangguh sejak 2011


Pada 29 Dis 1963 seramai 8 orang anggota dari 3 Rejimen Askar Melayu Diraja telah terkorban dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah dalam serangan oleh askar Indonesia yang menceroboh negara ini.

Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011

Walaupun kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Lebih 50 peratus sepatutnya layak masuk universiti telah ditolak


Kenapa media, TV3, Utusan Malaysia tidak mengetahkan isu ini sebagai tajuk utama “Headline” demi masa depan anak bangsa?

Lebih 50 peratus sepatutnya layak masuk universiti telah ditolak
16 Ogos 2014

Tiada menteri yang sanggup mengambil tanggungjawab akibat kegagalan UPU yang mengancam masa depan pelajar.

Kadar pengambilan pelajar masuk ke IPTA semakin menurun. Apakah pihak kerajaan telah mengurangkan dana untuk pelajar yang layak memasuki IPTA?

Statistik telah menunjukkan pada sesi pengambilan tahun 2013-2014, seramai 68,702 pelajar telah memohon, daripada jumlah itu, seramai 57, 802 pelajar didapati layak tetapi hanya 41,573 pelajar yang diterima masuk ke IPTA.

Tetapi pada sesi pengambilan tahun 2014-2015, seramai 74,071 pelajar telah memohon, dan daripada jumlah itu seramai 67,388 pelajar yang layak.

Namun, hanya 37,467 pelajar yang berjaya menempatkan diri di IPTA.

Masalah ini berulang setiap tahun, dan ini membuktikan bahawa Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pendidikan telah gagal menjalankan proses pemilihan kemasukan IPTA dengan cekap dan telus.

Satu Dalam Setiap Empat Panggilan Adalah Panggilan Bunuh Diri


Adakah JAKIM atau NGO Islam lain mempunyai statistik mereka sendiri mengenai kadar stres, kadar ingin bunuh diri di kalangan orang Islam di negara ini?

Satu Dalam Setiap Empat Panggilan Adalah Panggilan Bunuh Diri
Ahad, 17 Ogos 2014
The Star Online

Satu dalam setiap empat orang yang menghubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Befrienders, Kuala Lumpur pada tahun lalu telah melahirkan hasrat untuk membunuh diri atau mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun ini membentuk kumpulan terbesar dalam 21,507 orang yang menghubungi Befrienders KL dan kira-kira 60 peratus daripada mereka adalah wanita.

Masalah mereka termasuklah masalah hubungan (24 peratus), psikiatri (19 peratus), keluarga (13 peratus), sosial (lapan peratus), kerja (tujuh peratus), seks (tujuh peratus), perkahwinan (tujuh peratus) dan lain-lain (15 peratus).



SB , Bukit Aman pantau FB dan Blog saya

Saya diberitahu tadi, apa yg saya tulis dlm FB, Blog, SB dan Bukit Aman baca dan periksa. Eloklah, kita bukan ada rahsia apa apa, bertapa dalam gua, atau gerakan bawah tanah. Quran bukan ada rahsia, sesiapa boleh belajar al Quran termasuk org bukan Islam. Dakwah mana ada rahsia, kita ajak manusia kpd ALLAH, takutkan ALLAH

20140817

MADRASAH AZ ZAKIRIN , REMBAU


Madrasah Az Zakirin , Kg Padang Besar, Chengkau, Rembau Negeri Sembilan

Sistem pengajian pondok tradisional yang unik. Mengajar pelajar survival hidup, berdikari, jati diri, bergantung hanya kepada ALLAH, tidak mengejar habuan dunia.

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Zakaria bin Talib melalui tel atau Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129

20140815

Dalam politik, ada pesaing, ada pelanggannya


Jika kita peniaga, kita perlu anggap peniaga lain yg jual barangan macam kita sebagai pesaing bukan musuh. Sebagai pesaing kita akan berusaha utk memberikan produk dan perkhidmatan terbaik utk kepuasan pelanggan dan sentiasa mengkaji kelemahan perkhidmatan kita.

Sebagai musuh kita akan ada sikap benci, jatuh menjatuh, dengki mendengki, sihir menyihir, sentiasa mendedahkan keaiban musuh, menyembunyikan keaiban sendiri.

Begitulah dalam politik, ada pesaing, ada pelanggannya.

- Rozmal bin Malakan -

Dapatkan Komik Dakwah Ibadah Terkini – Muallim 2


Baru terbit, komik dakwah dan ibadah terkini keluaran Ustaz Zakaria bin Talib dari Madrasah Az Zakirin, Rembau. Penuh dengan ilustrasi, dakwah, nasihat, tazkirah, panduan ibadah.

Bersaiz A5 setebal 216 muka surat pada harga cuma RM20.

Mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi terus Ustaz Zakaria melalui tel atau Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129

Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com

20140813

Nampaknya politik kita belum terbuka dan matang


Baik dalam Pakatan Rayat, apatah lagi dalam Barisan Nasional. Kita perlukan ahli, penyokong yang mempunyai sikap yang kritis, kreatif bukannya menghina atau mengeji. Kita perlukan mereka yang NO MAN semasa memberikan pandangan, idea, cadangan, tetapi memerlukan mereka yang YES MAN apabila keputusan telah ditetapkan dan perlu dilaksanakan secara bersama.

Saya tidak dapat mengulas panjang isu ini, kerana terlalu banyak perkara sekeliling kita sendiri yang perlu difikirkan, yang saban hari aduan diterima antaranya; masalah remaja hamil luar nikah, masjid di Rembau yang terlalu amat kurang orang solat jemaah 5 waktu, kedai judi di pekan Rembau yang ramai dilanggani oleh orang Melayu, masalah rakyat yang begitu susah nak beli rumah di Rembau kerana terlalu mahal, masalah anak-anak nak masuk IPT bulan 9 ini ramai yang pening kepala mana nak cari duit bayar yuran dan 1001 macam masalah yang perlu diselesaikan bersama satu demi satu.

Macamana pun saya amat berpuas hati dengan sikap pemuda PAS Rembau, bersemangat, mempunyai pandangan yang berbeza-beza, memberikan idea dan pandangan yang kita tidak terikut, tetapi akhirnya mereka laksanakan apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat.

Mungkin mereka yang dah terlalu lama berpolitik boleh belajar dari anak-anak muda di Rembau ini.

20140810

DEWAN MINI TERATAK AMAL


Kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan Dewan Mini Teratak Amal di Kg. Bongek, Rembau secara percuma untuk program dakwah, kebajikan atau kemasyarakatan sila hubungi Hj Rozmal bin Malakan , Tel/SMS/Whatsapp 012-2267406 atau e-mel rozmal@yahoo.com


Iklan wanita seksi sempena Merdeka Raya


Bagaimana Majlis Perbandaran Seremban boleh meluluskan pengiklanan Program Merdeka Raya ini yang memaparkan seorang wanita berpakaian begitu menjolok mata, digantung di merata-rata tempat di Seremban dan Senawang untuk program yang akan diadakan Sabtu ini 16 Ogos 2014 di Bandar Sri Sendayan?

Demo di kilang Coca Cola, N.Sembilan


Ahad 10 Ogos 2014 – Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Prihatin Negeri Sembilan (AMPNS) telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang Coca Cola, Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan.

Jurucakap mereka Sdr Jai berkata tujuan mereka mengadakan demonstrasi tersebut agar orang ramai khususnya di Negeri Sembilan ini memboikot produk yang dihasilkan di kilang tersebut terutamanya minuman Coca Cola.

AMPNS juga mendesak sekiranya Lembaga Tabung Angkatan Tentera mempunyai saham dalam kilang berkenaan agar menjual saham mereka dan melabur di kilang syarikat tempatan khususnya yang diusahakan oleh bekas tentera.

AMPNS turut kesal anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Properties telah menjual tanah milik mereka untuk didirikan kilang Coca Cola yang terbesar di rantau ini.

Lagi gambar sekitar demonstrasi berkenaan di laman web Anak Muda Prihatin N.Sembilan di http://ampns.blogspot.com