KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160124

Peluang bantu keluarga susah yang kesempitan

Ada satu keluarga di Senawang ingin menjual katil pesakit ini dan tambahan tilam angin untuk membayar beberapa hutang yang tertunggak antaranya duit rumah, duit motosikal dan keperluan lain. Mereka tidak lagi memerlukan katil ini. Mereka ingin jual katil RM1200, tilam angin tambahan RM350. Sesiapa yang berminat hubungi saya 0122267406 (Rozmal)



Peluang bantu anak yatim, pelajar miskin

Seorang pelajar miskin Tingkatan 6 yang juga anak yatim di Melaka perlu bantuan untuk menjelaskan pendaftaran sekolah, yuran dan pembayaran lain RM170, juga perlu membayar RM100 untuk duit peperiksaan MUET. Mereka yang ingin membantu pelajar ini sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Seramai 11 orang anak yatim, pelajar miskin sekitar Rembau perlukan RM170 setiap seorang untuk menjelaskan bayaran daftar sekolah, yuran dsbnya. Sumbangan terkumpul setakat ini RM200. Mereka yang ingin membantu sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

20160122

Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator




Terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Datuk Abdullah, Astana Raja, Rembau yang memberi kami ruang membantu pelajar miskin dan anak yatim di sini yang memerlukan kamus serta kalkulator saintifik.

Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator untuk diagihkan kepada pelajar miskin atau yang kurang berkemampuan yang sedang menuntut di sekolah menengah, Pra U, madrasah dan sebagainya. Wakaf untuk seunit kalkulator atau senaskhah kamus Bahasa Arab/Inggeris ialah RM50. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk program wakaf ini sila hubungi 0122267406 (Hj Rozmal) atau 0192655059 (Pn Hjh Masita Ali).

Info lanjut di http://yam-ns.blogspot.my

20160110

Wakaf Kamus/Kakulator Untuk Pelajar Miskin

Wakaf Kamus/Kakulator Untuk Pelajar Miskin - Pihak kami akan melancarkan Program WKK - Wakaf Kamus/Kalkulator untuk diagihkan kepada pelajar miskin atau pelajar yang kurang berkemampuan yang sedang menuntut di sekolah menengah, Pra U dan sebagainya. Wakaf untuk seunit kalkulator atau senaskhah kamus Bahasa Arab/Inggeris ialah RM50. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk program wakaf ini sila hubungi 0122267406 (Hj Rozmal) atau 0192655059 (Hjh Masita). Pelancaran program wakaf ini akan diadakan semasa Karnival Cinta Rasul pada Sabtu 16 Januari 2016 di Kip Mart Senawang.





20160109

Boleh ke perokok terima zakat?

Boleh ke orang susah atau orang miskin yang hisap rokok, lebih-lebih lagi perokok tegar terima zakat?


WAKAF KAMUS BAHASA ARAB

WAKAF KAMUS BAHASA ARAB - Program Wakaf Kamus Bahasa Arab ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan. Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja sudah termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia yang dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada mana-mana pelajar yang memerlukan. Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408 whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (sms/whatsapp). Atau kunjungi kedai Pustaka Azhar Media di Ampangan, Seremban (berhampiran kedai pakaian Zulda Masri)




REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK

REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK – Membantu orang susah tidak semestinya dengan wang ringgit. Ada kalanya dengan kita memberi wang ringgit akan menjadikan mereka tidak nampak jalan keluar, sentiasa meminta-minta. Ada beberapa kes yang terpencil, mohon minta bantuan untuk bayar yuran persekolahan. Saya kata pada pemohon, pergi saja sekolah daftar anak, sebarang pembayaran yuran dan sebagainya minta guru hubungi saya. Akhirnya bila guru hubungi saya untuk penjelasan yuran, pelajar tersebut tidak datang ke sekolah, hanya datang masa hari pendaftaran. Pemohon beri bermacam alasan anak tidak dapat ke sekolah.

2. Begitu juga dalam kes lain, mohon bayar bil elektrik, pengurusan jenazah dan sebagainya, kalau kita nak bantu, bayar terus kepada TNB, pengurus jenazah dan sebagainya. Sekarang dah mudah, bayar online saja, resit whatsappkan. Memang banyak kes mereka yang susah, tapi kes yang terpencil seperti ini akan menghilangkan keyakinan orang.

3. Kepada mahasiswa yang susah, masa cuti, rajin-rajinlah ke masjid, bukan sekadar beribadah, rajin-rajin kutip sampah, bersih tandas, InsyaAllah akan ada jemaah masjid yang tanya dan hulur bantuan. Niatkan cuci masjid itu kerana Allah, bukan dengan harapan akan ada orang yang membantu.

4. Semalam ada bapa dari Senawang hubungi saya minta sumbangan, katanya pra sekolah di Senawang dah penuh. Satu Senawang dia tanya Tadika Kemas pun dah penuh. Dia tak mampu bayar tadika swasta. Saya kata padanya pergi ke Pasti Hidayah, di Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya. Bayar apa yang mampu, selebihnya minta guru Pasti hubungi saya untuk pembayaran.


20160104

Karnival CINTA RASUL



Karnival CINTA RASUL
16 Januari 2016, Sabtu
10 pagi – 10 malam
Di Kip Mart, Senawang

Hubungi 016-6669703 (Khairil) , 013-6369726 (Zatullah)
Pertandingan Percuma, Tempat Terhad, Sila Daftar Awal

TENTATIF ATURCARA
10 pagi – 10 malam : JUALAN AMAL (Booth Nisa, Amal, Skuad Siti Khadijah, Biro Belia MBBS dll)

10 pagi
 - Pertandingan Mewarna (Sekolah Rendah)
 - Pertandingan Azan (Sekolah Menengah)
 - Kauseling Gaya Hidup Sihat

11 pagi
 - Motivasi Keluarga Bahagia oleh Imam Muda Fattah
 - Persembahan Hafazan Aras Tinggi oleh AlBaghdadi Playtime Center

2 petang
 - Pertandingan Daie Cilik (Pelajar Tadika/Pra)
 - Pemeriksaan Kesihatan Percuma
 - Jom Cuba Memanah oleh MBBS Geleneksel Archery
 - Demo Masakan Pizza oleh Pengasas Rico's Pizza

8 mlm - Persembahan Qasidah
9 mlm - Persembahan Nasyed oleh Imam Muda Najdi

9.20 mlm - FORUM PERDANA "CINTA RASUL" bersama Ustaz Khushairi & Imam Muda Faris

Untuk penyertaan pertandingan, sila dapatkan borang di Masjid Bandar Baru Senawang atau Masjid Taman Marida



Pujuk masuk kereta – Cubaan Culik



Pujuk masuk kereta – Cubaan Culik
Harian Metro 4 Jan 2016


Melaka: Jeritan seorang remaja menyelamatkan sepupunya daripada dilarikan lelaki tidak dikenali selepas menyedari gelagat individu berkenaan memujuk kanak-kanak itu masuk ke dalam Perodua Myvi dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi, Muhammad Arsyad Mohd Nor, 14, menjerit dan mengarahkan Muhammad Faqih Sulaiman, 6, pulang ke rumah selepas melihat kanak-kanak itu hampir memasuki Perodua Myvi terbabit.

Bapa kanak-kanak itu, Sulaiman Kamaludin, 32, berkata, sebelum kejadian anaknya ditemani seorang lagi sepupunya, Muhammad Aizam Mohd Nor, 9, ke sebuah kedai terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka untuk membeli mainan.

“Selepas bangun tidur, Muhammad Faqih mengajak Aizam ke kedai untuk membeli mainan menggunakan wang diberikan datuknya, namun saya curiga selepas dia pulang dalam keadaan menangis dan ketakutan.

“Anak saudara kemudian menceritakan kejadian sebelum saya membuat laporan polis dan pergi semula ke kedai terbabit untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

20160103

Terima kasih Sinar Harian

Terima kasih Sinar Harian. InsyaAllah kita akan perluaskan program ini di setiap daerah di N.Sembilan


Gerai Nasi Arab di PAKAR Paroi

Anak muda lulusan agama dari Syria buka Gerai Nasi Arab di PAKAR Paroi, jalan Seremban - Kuala Pilah. Anak muda tersebut ialah Muhammad Syazwan bin Ghani, kedai beliau di No 33, Medan Selera, Pakar Paroi, Seremban menjadi buah mulut masyarakat setempat juga penggemar makanan Nasi Arab yang datang dari luar daerah Seremban. Nasi Arab yang pelbagai iaitu hampir 7 jenis hidangan. Kedai ini terkenal dengan nama Khalid alWalid, beroperasi dari jam 12 tgh hingga 11 mlm, bersedia menerima tempahan majlis keramaian, kenduri kahwin dan lain lain. Beliau ialah lulusan Maahad Lughah, Damascus, Syria.



Pasar Rakyat Rembau

Pasar Rakyat Rembau kini telah beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang, pada setiap hari jika ada tenaga sukarelawan kecuali hari Jumaat. Barangan yang dijual di sini adalah hasil sumbangan orang ramai dimana hasil jualan adalah untuk membantu golongan asnaf serta keluarga miskin. Orang ramai boleh menghantar sumbangan terus ke tapak Pasar Rakyat sebelah kedai buah Cikgu Man, seberang jalan Pasaraya Fresco, Chembong. Antara barangan yang boleh disumbangkan ialah barangan dapur, barangan terpakai yang masih elok seperti perabot, pakaian, peralatan elektrik dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 0196823159


Bantu OKU

Sahabat saya Zakaria Sheikh Othman dan Saari menyerahkan sumbangan kepada Abdul Rahman Sidek seorang OKU untuk membaiki kerusi roda elektriknya dan juga mengganti tayar kerusi rodanya yang telah botak. Abdul Rahman mendapat pencen ilat, dulu bekerja di Motorola, kini menetap di Taman Panchor Jaya, Seremban. Isterinya suri rumah sepenuh masa, keluarga ini juga mempunyai seorang anak OKU. Terima kasih kepada para penyumbang.





Rumah PPRT di Rembau ini telah sekian lama tanpa tandas

Rumah PPRT di Rembau ini telah sekian lama tanpa tandas. Sekarang pihak kami sedang membina tandas untuk keluarga ini dengan kos RM2,300. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan dan membantu keluarga ini.