KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161228

SELIMUT UNTUK ROHINGYA




SELIMUT UNTUK ROHINGYA
Misi Flotilla2 Rakhine - 10 Januari 2017
Penghantaran melalui kapal barang keperluan untuk pelarian Rohingya di Wilayah Arakan, Myanmar.
Orang ramai yang ingin menyumbang selimut sila hubungi:
Hj Rozmal 0122267406
Pn Masita 0192655059
Khairul Ikhwan 0136350756

Sumbangan untuk membeli selimut boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 05021010035453 , Ihsan Amal.

Anjuran: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ihsan Amal

20161222

Hadiah Mustafa (saw) mengumpulkan saintis di bawah satu bumbung



Hadiah Mustafa (saw) mengumpulkan saintis di bawah satu bumbung
21 Disember 2016

Program pertukaran sains dan teknologi di kalangan negara-negara Islam (The Science and Technology Exchange Program among Muslim Countries - STEP) sedang berlangsung di Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Yayasan Sains dan Teknologi Mustafa dari Iran (Mustafa Science and Technology Foundation - MSTF) dan Universiti Putra Malaysia berterusan sehingga 23 Disember 2016.

Kira-kira 200 ahli-ahli sains dan penyelidik Islam dari seluruh dunia telah berkumpul di Universiti Putra Malaysia untuk menghadiri forum STEP.

Hari ketiga forum akan tertumpu dalam bidang penemuan saintifik terkini.

Ahli-ahli sains telah mengambil pentas untuk berkongsi penemuan baru dalam bidang kepakaran mereka. Jackie Ying, seorang warga Singapura yang pakar dalam bidang Bio-Nano Teknologi membentangkan tajuk “Advanced Nanostructured Materials for Biomedical and Green Chemistry Applications”.

Jackie Ying adalah salah satu daripada penerima anugerah Hadiah Mustafa (saw) pada tahun 2015.

Jackie menerima anugerah bagi "sumbangan cemerlang" beliau untuk sintesis bahan bernanostruktur. Dia menghasilkan zarah nano yang mampu mengawal selia pelepasan insulin berdasarkan tahap glukosa darah secara otomatik. Penemuan ini membolehkan insulin diambil melalui mulut serta rongga, dan bukannya bergantung kepada suntikan.

Hadiah Mustafa (saw) ini dianjurkan oleh Taman Teknologi Pardis, Republik Islam Iran.





Undang Rembau ke 18, Datuk Sedia Raja Abdullah Dahan





20161221

Jika di Suria KLCC pun nasib anak tempatan terpinggir



Jika di Suria KLCC pun nasib anak tempatan terpinggir apatah lagi dengan projek Johor Forest City, Melaka Gateway, landasan keretapi Pantai Timur yang dibangunkan oleh syarikat dari negara China nanti.


Rumah tradisional sekitar Rembau




20161208

Kerajaan kita tak nak larang rakyat Malaysia melancong, melabur di Myanmar?



Kerajaan kita tak nak larang rakyat Malaysia melancong, melabur di Myanmar?

Krisis Rohingya: Myanmar Larang Pekerja Ke Malaysia
7 Disember 2016

YANGON: Myanmar melarang pekerjanya ke Malaysia susulan hubungan yang kurang baik dengan negara jiran itu berhubung tindakan keras tentera ke atas etnik minoriti Rohingya.

Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak membidas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membenarkan "pembunuhan beramai-ramai" semasa perhimpunan pada Ahad lalu di Kuala Lumpur yang menarik kehadiran ribuan orang.

Kementerian imigresen Myanmar berkata pihaknya telah berhenti mengeluarkan lesen baharu kepada rakyatnya untuk bekerja di Malaysia yang selama ini menjadi destinasi utama bagi buruh asing.

"Buat sementara waktu Myanmar berhenti menghantar pekerja ke Malaysia sejak 6 Disember kerana keadaan semasa di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut. - AFP



Ada motosikal, boleh jadi usahawan



Inilah yang saya tekankan selama ini. Guna motosikal untuk jimat kos senggaraan jika ingin membantu golongan mereka yang ada kesungguhan untuk mulakan perniagaan, tak perlu ‘food truck’, kereta, van atau lori. Konsep ini mungkin boleh bantu 10 usahawan pada kos yang sama daripada bantu seorang usahawan yang menggunakan van/‘food truck’.

Ada motosikal, boleh jadi usahawan

8 Dis 2016  - Jika golongan belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka boleh menyertai Projek Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur yang peluangnya disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mulai tahun depan.

"Saya nak maklumkan kita akan buka Mobilepreneur kepada belia yang mempunyai motosikal sendiri dan sekiranya berminat dengan projek ini, kita galakkan mereka untuk memohon.   

"Ini bermakna kita akan gunakan motosikal sedia ada dan kita akan ubah suainya untuk disediakan tempat meletak peralatan (berniaga). Kita juga akan bagi peralatan dan latihan kepada mereka," kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita semasa menghadiri majlis Mobilepreneur peringkat negeri Selangor di sini, hari ini.   

Beliau berkata langkah diadakan projek itu ialah untuk melahir lebih ramai usahawan belia terutama di kawasan luar bandar yang tergolong di bawah kategori miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah.   

Pada majlis itu, beliau menyerahkan motosikal kepada 38 orang peserta Mobilepreneur dari Selangor yang menjalankan perniagaan merangkumi perkhidmatan makanan dan minuman, automotif, elektrikal serta Spa dan kecantikan. - Bernama