KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080828

Salah Faham Fungsi PIBG

Kebanyakan kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Namun masih ramai antara kita yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG ini. Akibat tidak faham fungsi PIBG ini maka ada kalanya PIBG dijadikan medan perdebatan di kalangan ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi akademik dan moral anak-anak jagaan kita.

Justeru itu demi kebaikan anak-anak jagaan kita (Ibu Bapa) dan anak-anak didikan kita (Guru) adalah diharapkan semua ahli PIBG memahami matlamat asal penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam suasana yang penuh harmoni.

Berikut adalah sebahagian dari pekara asas yang perlu difahami oleh semua ahli PIBG dari segi fungsi dan batasan kuasa :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

MATLAMAT PIBG

1. Maksud PIBG ialah :
a) Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya
d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

BATASAN
PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

PIBG tidak boleh melibatkan dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan profesyen dan syarat-syarat perkhidmatan para guru sekolah berkenaan.

PIBG tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mekanisma atau instrumen bagi tujuan menyelesaikan masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan diantara dirinya dengan Pengetua/Guru Besar atau staf sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak membabitkan persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

Sumber Rujukan :
http://www.semukhsin.edu.my/pibg-rpc.htm
http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_105_3883_735.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~istilah/perlembagaan.htm

20080827

Motivasi Pelajar Sentuhan Pakar 30 Ogos Senawang, Percuma

Program Motivasi ‘Sentuhan Akhir’
Khusus untuk calon-calon peperiksaan UPSR, PMR dan SPM juga terbuka kepada pelajar berumur 10 tahun ke 17 tahun
Bersama Pakar Motivasi Abi Ahmad , Pengarah Urusan MMD Training ( Kaedah Interaksi Dengan ALLAH )
Sabtu 30 Ogos 2008
Jam 3 ptg hingga 5 ptg
Di Surau Taman Desa Melor , Senawang , N.Sembilan ( sebelah Balai Bomba Senawang )
Percuma

Hubungi Tn Hj Shukri 017-2446215 , Pn Hjh Nurciana 017-3629686
Sumbangan amat dialu-alukan untuk menjayakan program ini

BELAJAR AL QURAN SECARA EFEKTIF

Menggunakan Qiraati - Kaedah Pantas & Praktik Membaca Al Quran

- Kelas Qiraati untuk dewasa dan remaja
- Kelas Talaqi Al Quran untuk dewasa dan remaja
- Kelas Qiraati , Al –Quran & Asas Fardhu Ain untuk kanak–kanak
- Kelas Khas kanak-kanak dan remaja (5.30 ptg – 6.30 ptg )

Hubungi Ust Anas 012-667 0927 , Ustzh Maizatul 013-650 2384
Pengajian Al-Quran Al-Qudwah
P 150 – 2 , Taipan Senawang, Jalan Taman Komersil Senawang 1
( Tingkat 2 , deret RHB Bank Dataran Senawang )

20080826

Pakcik Md Nor Senawang jatuh ditimpa tangga

Pakcik Mohd Nor dari Flat Senawang merupakan seorang OKU (Orang Kurang Upaya). Baru-baru ini kaki beliau dipotong kerana kencing manis. Isteri beliau juga uzur , tidak dapat berjalan. Beliau memerlukan bantuan untuk membuat lapik duduk beroda untuk memudahkan beliau bergerak dan melakukan sedikit ubahsuai di bahagian lantai dapur rumah beliau untuk memudahkan pergerakan. Mereka yang sudi membantu sila ke laporan bergambar pada pautan berikut Blog_Hj_Taufek .

Selamat Memyambut dan Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan Yang Penuh Barakah

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya

20080824

Penceramah Cilik

Temui mereka Sabtu 30 Ogos 2008 jam 9 malam di Dataran Senawang






20080820

Sampah Oh Sampah

Sampai bila masyarakat Malaysia hendak ada kesedaran sivik ? Rata-rata masyarakat kita tidak prihatin mengenai kebersihan apatah lagi dengan sikap membuang sampah.

Budak-budak sekolah suka buang sampah melalui tingkap bas sekolah. Orang dewasa suka buang sampah ketika memandu kereta atau menaiki motosikal. Yang hisap rokok dan makan gula-gula getah ikut sedap tangan saja buang atas jalan. Yang lebih teruk buang sofa buruk tepi jalan , buang tilam buruk tepi jalan.

Seolah-olah ada kuli , ada pekerja yang akan kutip sampah mereka. Inilah sikap , mentaliti bangsa Malaysia , bangsa angkasa , bangsa glokal.

Bukan setakat masyarakat saja tak prihatin mengenai sampah , malah kontraktor yang dipertanggungjawabkan mengutip sampah pun begitu.

Pada pagi Selasa 19 Ogos 2008 kontraktor kutip sampah yang dilantik Majlis Perbandaran Seremban telah mengumpulkan sampah depan banyak rumah-rumah penduduk di Taman Alamanda , Senawang antaranya No 148 , 144 , 404 ,144 Jalan 6 juga rumah nombor 287 , 280 , 276 , 272 , 268 Jalan 2 dan banyak rumah-rumah yang lain di taman tersebut. Hingga ke pagi Rabu 20 Ogos 2008 sampah yang dikumpulkan ini sejak sehari sebelumnya masih belum dikutip. Ianya telah diselongkar kucing dan anjing menyebabkan sampah berselerak , menjejaskan kebersihan , menghalang jalan dan mencacatkan pemandangan serta menjijikkan.

Aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Seremban.

Sayang seribu kali sayang , Malaysia hendak menjadi negara maju , tapi mentaliti rakyat dan pihak berkuasa masih di tahap dunia ketiga.








20080818

Berbalahlah , yang penting lihat masalah sebenar

Tidak dapat dinafikan umat Islam sering tidak sehaluan, sering tidak sependapat. Malah dikalangan ahli keluarga, dikalangan adik beradik. Ketidak sefahaman juga berlaku di kalangan ahli parti politik sesama mereka sendiri. Ahli PAS dengan ahli PAS sendiri, ahli UMNO dengan ahli UMNO sendiri. Pengikut mazhab Syafie dengan pengikut mazhab Syafie sendiri. Pengikut IbtibausSunnah dengan pengikut sendiri. Berbalahlah , tapi ada masanya beralahlah.

Lihatlah masalah umat Islam dan orang Melayu secara keseluruhannya di sekeliling kita. Setiap kita boleh bentangkan hujah bersandarkan ayat Al Quran, Hadith, Sheikh-sheikh dan sebagainya.

Tapi lihatlah masalah sebenar dan selesaikan apa yang boleh diselesaikan. Kita berbalah pasal hukum itu hukum ini, tapi lupa ramai jiran kita yang tak solat. Kita berbalah pasal zikir mana yang terbaik, tapi lupa ada jiran kita yang makan nasi seminggu sekali. Kita berbalah pasal ekonomi Islam, tapi kita masih tidak memboikot produk dari negara yang menindas umat Islam. Kita berbalah pasal serban dan janggut tapi kita lupa bangsa kita hanyut dengan dadah, rasuah, arak, judi, zina dan gejala sosial yang semakin parah.

Adalah mustahil untuk semua mempunyai pendapat yang sama, fikrah yang sama, mazhab yang sama. Yang penting kita sembah Tuhan yang sama , membaca Al Quran yang sama. Hendak menyelamatkan diri kita dan kamu keluarga kita dari api neraka Allah.

Bekerjasamalah dalam hal yang kita sepakati , membawa kebaikan dan diredhai Allah.

Ingat , jangan lupa , musuh kita yang paling nyata ialah syaitan , bukan saudara kita yang mengucap dua kalimah syahadah yang tidak sehaluan dengan kita.

***************************************
Ceramah Anjuran Institut Al-Mizan N.Sembilan
Tarikh: Sabtu,23/8/08
Masa: 8.00-12.00 mlm
Tempat: Dewan Majlis Dearah Kuala Pilah MDKP.
Tajuk: Adakah kita beriman dengan sunnah konkrit atau beriman dengan sunnah kosmetik?
Penceramah: Ustaz Abdullah Yasin
Anjuran : Institut AL-MIZAN (NGO SUNNAH N.9)
http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=473&Itemid=2

20080816

Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ?

Adakah tanah adat salah satu punca kemiskinan, tanah terbiar, rumah terbiar di N.Sembilan ? Tanah adat adalah tanah pusaka turun temurun yang hanya boleh diwarisi oleh anak-anak perempuan.

Terkini sebuah keluarga miskin di Rembau menghadapi kesukaran untuk membaiki rumah pusaka yang begitu daif dan uzur kerana sistem tanah adat yang begitu kompleks. Berita derita keluarga miskin di Rembau ini di pautan ini Rembau1 dan Rembau2

Sebelum ini saya telah menghuraikan dengan panjang lebar permasalahan tanah adat, tanah terbiar, rumah terbiar di Negeri Sembilan pada pautan berikut UtusanMalaysia

Profesor Muhammad Syukri Salleh dari Universiti Sains Malaysia pernah mengeluarkan artikel Formula Menangani Kemiskinan di Rembau di Prof atau Rozmal

Justeru itu orang-orang adat di Negeri Sembilan ini terutamanya Anak Buah , Buapak , Lembaga , Penghulu dan seterusnya haruslah mengkaji semula kesesuaian sesetengah sistem adat ini agar orang Melayu di Negeri Sembilan ini tidak akan menjadi orang pelarian di tanah sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh Undang Rembau yang ke 18 Dato_Abdullah yang sentiasa memikirkan dan melakukan sesuatu untuk kemajuan anak N.Sembilan dalam sistem Adat Perpatih.

Setidak-tidaknya di akhirat nanti bila ditanya apa peranan saya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai permasalahan tanah adat maka jawapan saya ialah inilah penulisan-penulisan saya untuk memberi kesedaran kepada semua pihak agar memikirkan secara serius permasalahan ini untuk kebaikan kita bersama.

20080815

Konsert Nasyid As Saufee, La Khauf 29 Ogos Senawang


MALAM KESENIAN DI AMBANG RAMADHAN DAN MERDEKA
29 – 30 OGOS 2008 , JUMAAT – SABTU
Bertempat di DATARAN SENAWANG


Pelbagai Acara dan Persembahan Menarik ! Datanglah Beramai-Ramai Bersama Keluarga

JUMAAT 29 Ogos 2008
9 mlm – 12 tgh mlm
* PERSEMBAHAN NASYID Kumpulan As Saufee dan La Khauf
* Cabutan Bertuah
* Gerai Pameran dan Jualan Amal

SABTU 30 Ogos 2008
8 pagi – 12 tgh
* PERTANDINGAN MEWARNA Kanak-Kanak ( umur 6 tahun ke bawah dan 7 – 9 tahun)
* Pelancaran Program ‘Jejak Ramadhan’
* PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN Percuma
* Cabutan Bertuah Jualan Amal

9 mlm – 11 mlm
* PIDATO RAMADHAN oleh Penceramah Kanak-Kanak Cilik : Adik Habiburrohman , Adik Mohd Al Amin dan Adik Siti Rahmah
* Cabutan Bertuah Jualan Amal


8 pagi – 11 mlm
* Gerai Pameran dan Jualan Amal

Maklumat lanjut hubungi Urusetia Program : 019-2171942 , 012-2267406

************
Info Kumpulan As Saufee http://as-saufee.blogspot.com/ http://assaufee.blogdrive.com/
Info Kumpulan La Khauf http://nasyid2u.blogspot.com/2008/02/la-khauf.html

Pelajar N.Sembilan cemerlang di Mesir perlu bantuan

Saya telah mendapat maklumat seorang pelajar anak yatim yang berasal dari Kg Sg Buloh, Simpang Durian, Jelebu , N.Sembilan yang sedang menuntut di tahun akhir Universiti Al Azhar , Mesir memerlukan bantuan kewangan untuk menamatkan pengajian beliau dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau secara keseluruhannya cemerlang dalam pembelajaran dimana beliau mendapat pangkat Jayyid.

Pelajar tersebut ialah Ayub bin Baharuddin , bapanya telah meninggal dunia dan emaknya hanyalah seorang suri rumah. Beliau mempunyai 7 orang adik beradik di mana 2 orang sudah bekerja. Beliau adalah merupakan bekas pelajar Maahad Ahmadi , Gemencheh dan mendapat pencapaian Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia

Anggaran kos yang diperlukan untuk menamatkan pengajian beliau adalah sekitar RM 2,500.

Mereka yang sudi membantu atau sudi meminjamkan wang untuk adik Ayub menamatkan pengajian bolehlah menghubungi Ustaz Khairul Azhar Kamarudin 0192245321 atau Saudara Mohd Noor Uzairi Adam 0196921232

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun ibu beliau atas nama Safiah bt Jais , No akaun 351-710843-025 (Bank : HSBC)

20080814

Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan

Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2007/12/kenapa-pelajar-sek-ren-islam-ns.html

JIJIKNYA ! 81% kedai makan Senawang KOTOR

Laporan NST 13 Ogos 2008 menyatakan sebanyak 34 dari 42 kedai makan di Senawang diarah tutup kerana didapati kotor. Ini bermakna 81% kedai makan di Senawang KOTOR ! Kepada mereka yang suka makan luar , fikir-fikirkanlah.

Ubah Cara Hidup ! Utamakan Kebersihan !

************************************
SINAR HARIAN

Pengusaha abai kebersihan dikenakan tindakan tegas

SENAWANG – Pengusaha restoran di negeri ini tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang, termasuk arahan menutup premis sekiranya masih berdegil tidak menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan mereka.

“Malah, ada juga restoran yang kita dapati terlalu kotor sehingga lipas dikesan di tempat penyediaan makanan. Dalam perkara ini, kita tidak ada cara lain selain memberi notis penutupan sementara selama 14 hari kepada restoran terbabit,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan ‘Ops Tutup’ membabitkan operasi mengesan kedai makanan kotor di Pusat Komersil Senawang, di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi membabitkan 70 anggota semalam, sebanyak 42 premis diperiksa, termasuk 34 daripadanya diberi notis penutupan sementara untuk membolehkan kerja pembersihan dilakukan.

Dr Ariffin berkata, kesemua 34 premis berkenaan diarah tutup selama 14 hari setelah didapati kesemuanya tidak memenuhi syarat kawalan mutu kebersihan seperti ditetapkan oleh pihak kementerian walaupun ada di antaranya telah diberi amaran sebelum ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1847263.asp

20080813

Warga emas jaga warga emas di Seremban

Cuba bayangkan seorang warga emas 67 tahun juga merupakan ibu tunggal lagi uzur, menjaga pula seorang warga emas iaitu ibu beliau sendiri yang berumur 90 tahun yang terlalu uzur di tengah-tengah kesibukan kota Seremban. Sesiapa yang sudi membantu sila ke artikel di pautan berikut http://aminuddinharun.blogspot.com/2008/08/seorang-ibu-yang-harus-kita-bantu.html

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Salmi

Sila klik pada iklan di bawah :

20080812

Temui Tn Guru Nik Abd Aziz di Bangi 23 Ogos ini

PROGRAM : Temu Mata Menjelang Ramadhan
Sabtu 23 Ogos 2008
Jam 9:15 malam
Di Komplek Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi (sebelah Plaza Tol Bangi)

Bersama :
YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Menteri Besar Kelantan
YB Husam Musa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : ADUN Bangi dan Perakan Malaysia

Info lanjut di PASBangi

20080810

Rumah Ibu Ku Sayang

Sila klik pada iklan di bawah

Forum Perkasa Perjuangan Agama 15 Ogos Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput ke program :
FORUM PERDANA
Tajuk : “ Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa”
Hari : Jumaat
Tarikh : 15 Ogos 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Ahli Panel :
Dr. Mohd Farid Shahran – Timbalan Presiden ABIM
Tn Hj Shamsul Azhar – Yang Dipertua ABIM N.Sembilan

Pengerusi : Ustaz Norazamir Alias

Polis Mithali

Gambar ini saya ambil selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang pada 8 Ogos 2008 yang lalu. Terharu melihatkan abang polis ini lengkap berpakaian polis trafik bersama-sama menunaikan solat jumaat walaupun dalam kesibukan bertugas. Inilah yang dinamakan Polis Mithali ( Polis Contoh ). Semoga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai lagi Polis Mithali seperti abang polis ini , maka akan Aman, Selamat dan Makmur Malaysia ini dengan izin ALLAH.

20080808

Pakar Kabinet Dapur Kini Di Senawang

Inginkan Keselesaan Dalam Ruang Dapur Anda ?

Farroda (Specialist Kitchen Cabinet) Pakar Kabinet Dapur , Almari Pakaian (Wardrobe) , Backdrope , Display Cabinet , Meja Kaunter Pejabat
Juga Perkhidmatan : Meja Tulis , Set Bilik Pengantin

Berminat Hubungi :
Pn. Roszita : 012 6159711 En. Daud : 019 6508574 atau Fax : 66787250
FARRODA
KITCHEN CABINET
110, Jln Bandar Senawang 2
Pusat Bandar Senawang
Laman Web http://www.farroda.com
Email : farroda@yahoo.com

Agen Diperlukan , Latihan Akan Diberikan
Juga Menyediakan Kursus Membuat Kitchen Cabinet

Dengan harga yang berpatutan dan berkualiti FARRODA membentuk kitchen cabinet, wardrobe, set bilik tidur dengan gabungan sentuhan kreativiti dengan pelbagai gaya tersendiri.

20080806

Peristiwa “Amuk” di Pejabat Daerah Rembau

Beralah Tidak Semestinya Kalah
Beralah Tidak Semestinya Salah

Akhir-akhir ini saya sering berurusan di Pejabat Tanah Rembau yang terletak di Kompleks Pejabat Daerah Rembau. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kakitangan serta pegawai di Pejabat Tanah. Mereka memberikan penerangan yang baik mengenai prosedur berurusan di Pejabat Tanah. Biasanya saya akan mengambil cuti setengah hari untuk berurusan di sini. Mengisi borang, proses tandatangan pegawai , beli setem hasil , matikan setem dan banyak lagi.

Baru-baru ini saya berurusan sekali lagi di Pejabat Tanah Rembau yang terletak di Kompleks Pejabat Dareah Rembau yang sudah agak usang. Walaupun nampak usang namun kakitangannya tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik, tak ada marah-marah, boleh diajak berborak dan sebagainya. Usang kerana didapati ruang untuk orang ramai menunggu di kaunter pejabat tanah agak terhad dan sempit, ruang untuk menunggu bilik bicara pun agak sempit. Ruang untuk kakitangan meletakkan fail-fail pun nampak terhad. Usang sebab nampak pada asalnya sistem penghawa dingin di sini ialah sistem berpusat (centralised), tapi ada pula dipasang sistem penghawa dingin individu (split air cond), ada pula yang pasang kipas. Lampu pun nampak malap saja.

Mungkin sudah sampai masanya Kompleks Pejabat Daerah Rembau ini perlu dibuat yang baharu yang lebih selesa untuk pekerja dan orang ramai yang datang setiap hari di sini.

Berbalik pada cerita “amuk” tadi, sebenarnya bukan amuk yang sebenarnya amuk, tapi ada seorang “brader” tu berang dan dimaki hamunnyalah pekerja pejabat tanah. Kesian tengok pekerja pejabat tanah tu, dia hanya diam dan mengatakan proses bicara kes tanah keluarga “brader” tu terpaksa ditangguh kerana pagi tu pula ada kes lain di balai undang. Saya nak masuk campur tenang keadaan, saya pula yang kena maki nanti. Ya tak ya semua diam, biarkan “brader” tu lepas geram.

Emak saya ada masa tu, saya bisiklah kat mak saya “brader” tu tak patut marah pekerja bawahan, kerana masalahnya ialah ada kes lain yang besar yang terpaksa ditangguh. Kalau nak marah jumpalah “boss” yang berkuasa di situ , mungkin ADO atau DO. Cumanya saya dapati tiada ADO dan DO pada pagi tu kerana hampir semua mereka ada urusan luar pada sebelah pagi.

Berurusan dengan agensi kerajaan ni perlu banyak bersabar, kakitangan bawahan ikut arahan dan prosedur sedia ada. Kalau nak ikutkan saya pun boleh hilang sabar prosedur di pejabat tanah. Isi borang, tandatangan, beli setem hasil kat pekan Rembau, bayar proses, matikan setem di Pejabat Daerah, dah prosedurnya macam tu , ikut sajalah.

Asas “brader” tadi nak marah pun memang ada sebenarnya, kerana ahli keluarganya ambil cuti sehari untuk bicara kes pembahagian tanah. Cuma cara marah tu yang tak kena.

Justeru itu adalah diharapkan kepada Ketua Jabatan agar dapat mempastikan ada sekurang-kurangnya seorang pegawai setiap waktu pejabat agar mudah orang ramai untuk berurusan dalam kes-kes yang tertentu.

Kita sebagai orang ramai pula, faham-fahamlah setiap prosedur di jabatan kerajaan terlebih dahulu. Sekarang banyak laman web agensi kerajaan memberitahu prosedur berurusan dengan mereka. Terutama kita kat N.Sembilan ni, banyak tanah adat yang tak tukar-tukar nama, akhirnya tanah tak sampai seekar 20 orang tuntut. Dapatlah satu tapak letak kereta seorang, habis camne ? Nak bicara pun pening kepala. Selesaikan urusan tanah segera, agar semua pihak dapat manafaat, tanah tak terbiar, cukai tanah pun dapat dibayar.

Ahli-ahli politik dan orang-orang besar pun kena faham. Janganlah selalu sangat panggil Ketua Jabatan, Pengarah, DO , ADO dan pegawai untuk mesyuarat, kursus , majlis perasmian dan sebagainya, kerana mereka sebenarnya banyak urusan harian di pejabat yang perlu diselesaikan , terutamanya urusan dengan orang ramai, rakyat jelata dan para pengundi.

Pesan Nabi : Jangan marah , jangan marah

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

(Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. http://www.geocities.com/risanuri/agama/hadith_arbain_imam_nawawi.html )

Seminar Islam dan Cabaran Semasa 16 Ogos Seremban

Seminar Islam dan Cabaran Semasa : Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa bersempena Muktamar kali ke - 37 ABIM

Tarikh : 16 Ogos 2008/ 14 Syaaban 1429H SABTU
Masa : 8:00 pagi – 5:30 petang
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah , Paroi , Seremban , N.Sembilan

Yuran Penyertaan Seminar :
Ahli ABIM : RM 70.00
Organisasi (3 orang dan lebih): RM 70.00
Orang Perseorangan : RM 80.00
Pelajar (Sila kemukakan kad pelajar semasa pendaftaran): RM 30.00
2. Penginapan tidak disediakan (Tanggungan peserta sendiri)

Pertanyaan hubungi Sekretariat 03- 6188 0300 atau faks 03- 6189 6700 abim@po.jaring.my sap@abim.org.my
http://www.abim.org.my/muktamar

TENTATIF SEMINAR
07:45 pagi : Pendaftaran Seminar
08:30 pagi : Alunan Asma’ul Husna & Bacaan Ayat- ayat Suci Al- Qur’an
08:40 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
08:45 pagi : Ucapan Aluan Y. Bhg. Sdr. Khairul Arifin Mohd Munir, Setiausaha Agung Merangkap Pengerusi Muktamar Sanawi ke- 37 ABIM
08:55 pagi : Pembentangan Ucapan Dasar Presiden & Perasmian Muktamar Sanawi ke- 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa. " Memperkasa Perjuangan Agama Dan Bangsa" Y. Bhg. Tn. Hj. Yusri Mohamad,Presiden ABIM
09:55 pagi : Pelancaran Produk ABIM
10:15 pagi : Penyampaian Anugerah Khas
10:35 pagi : Bacaan Doa & Nyanyian Lagu ABIM
10:45 pagi : Rehat & Minum pagi

11:00 pagi: Sesi 1 :Islam, Negara dan Masyarakat di Alam Melayu Moden: Cabaran Kepelbagaian Budaya dan Demokrasi
Pembentang :
i. Y. Bhg. Dato' Dr. Siddiq Fadzil Presiden,Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
ii. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin Pengarah, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
iii. Y. Bhg. Dato’ Dr. Hassan bin Ahmad Pengarah Eksekutif, Yayasan Karyawan Malaysia

01:00 tgh : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjemaah

02:00 petang: Sesi 2 :Islam sebagai Teras Ilmu dan Bahasa Melayu
Pembentang :
i. Y. Bhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud Fellow Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
ii. Y. Bhg. Prof. Dr. Awang Sariyan Profesor Bahasa di Akademi Pengajian Malayu UM.(Penyandang Kursi Pengajian Melayu- China Beijing Foreign Studies University)

03:30 petang: Sesi 3: Mencorak Peta Politik Ummah Pasca Pilihan Raya Umum Ke 12
Pembentang :
i. Y. Bhg. Prof. Dr. Mohammad Redzuan bin Othman Pensyarah, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
ii.YB Dr. Mohd Puad Zarkashi Ahli Parlimen Batu Pahat

05:00-06:00 petang: Resolusi dan Majlis Penutup

20080804

Program Cuti Sekolah 20 Ogos di UM , KL

PROGRAM CUTI SEKOLAH “SMART MIND LEARNING”
Tarikh : 20 OGOS 2008 ( Rabu )
Tempat : Dewan Kuliah , Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya , Kuala Lumpur

Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Yuran Penyertaan RM 30 ( terhad 300 peserta sahaja )
Termasuk makanan dan minuman , bahan seminar, cenderahati program dan sijil penyertaan

OBJEKTIF PROGRAM
- Motivasi teknik belajar yang berpengalaman
- Pelajar akan mendapat teknik dan cara yang betul untuk belajar
- Meningkatkan motivasi dan meneroka potensi pelajar

Anjuran : Surau Al Mubarak , Kota Damansara

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi :
Pn Husni : 013-2527421 tengku_nurhusni@yahoo.com
En Haszrul : 019-3527421
Hj M. Hassan- Pengerusi ( 016-2577392 ) Wakil Surau Al- Mubarak

Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun cek ataupun secara bank in di atas nama :
TENGKU HUSNI BT TENGKU AB RAZAK
Akaun MAYBANK : 1551-350874-33 , BANK ISLAM MALAYSIA : 12-038-02-524164-6

Tentatif Program
7.30 pg Pendaftaran peserta
8.00 pg Persediaan Dewan dan Teknikal
8.30 pg Ice Breaking : Zero to Hero
9.30 pg MIND-A Session 1: MIsi Hidup
10.30 pg Minum pagi
11.00 pg MIND A Session 2: Time Management
12.00 tgh MIND-A Activities
12.45 tgh Makan tengahhari
1.15 tgh Solat Zuhur
2.00 ptg BIJAK Assembly
2.30 ptg MIND-A Session 3: Smart Study
3.30 ptg Introspeksi : Way to success
4.30 ptg Minum petang dan solat asar
5.00 ptg Majlis perasmian penutup
5.30 ptg Majlis bubar

20080803

Bukan Muzakarah atau Muqabalah tapi Dakwah

Apa itu Muzakarah ?
Apa itu Muqabalah ?
Entah, entah, entah !

Lebih baik kita berdakwah
Dakwah sesama kita jauhi rasuah dan dadah
Dakwah sesama kita menjaga maruah
Seperti maruah Saiditina Fatimah Az Zahrah

Mari kita berdakwah
Dakwah sesama insan mengawal marah
Dakwah sesama insan rapatkan ukhuwwah
Sertai program Jejak Ukhuwwah ( Di sini JejakUkhuwwah )

Jom kita berdakwah
Dakwahlah agar jiwa tidak resah
Dakwahlah agar fikiran tidak gelisah
Dakwahlah agar kita tidak berbalah

Moh kita berdakwah
Hanya Yang Maha Esa yang disembah
Mohonlah pertolongan pada ALLAH
Hanya ALLAH kita berserah

20080802

Kepala Paip Masjid Rasa Sayang Dicuri

Saya telah mendapat satu SMS jam 10:04 malam Sabtu 2 Ogos 2008 mengatakan 13 kepala paip tembaga di bilik air dan tempat wudhu Masjid Taman Rasa Sayang , Senawang telah didapati hilang antara jam 6 petang ke 7 petang Sabtu 2 Ogos 2008. Minta semua berwaspada.

Nota : Kami di Surau Alamanda guna kepala paip plastik, yang tembaga lama dah kena curi