KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081228

Kalau camni , malu jadi rakyat Malaysia


Ahad 28 Disember 2008 saya mengeluarkan duit dari ATM di CIMB Senawang di Taman Sri Mawar. Malunya saya apabila mendapati lantai di mesin-mesin ATM penuh dengan resit-resit ATM.

Sebelum ini telah banyak kali saya tulis mengenai sikap rakyat Malaysia yang pengotor dan yang tidak ada kesedaran sivik di SINI

Agaknya kita ni terlampau ramai bercita-cita jadi angkasawan hinggakan tidak kisah pada sampah di bumi.

Tidak hairanlah negara sekarang dilanda pelbagai bala dan wabak penyakit seperti demam Denggi , demam Chikungunya , demam Malaria , Taun , Keracunan Makanan akibat dari sikap kita yang tidak pentingkan kebersihan.

2 ulasan:

Nurciana Nasaruddin berkata...

Psikologi Barat, Allport menyatakan sikap boleh berubah dgn perubahan kognitif.perubahan kognitif berlaku bila ada ilmu,bergaul dgn agen sosial spt ibu bapa, guru, pengasuh , rakan dll.Bagaimana berlaku? Thru pembacaan, pemerhatian, meniru, menjadi model dll.tapi jika ada orang berilmu buat perangai macam tu, andaiannya mungkin sikap negatif dah jadi tabiat krn.kerap dilakukan..

Pentilium5 berkata...

how many of us Malaysian actually puts the tray back in its place and clear their tables after eating in McDonald or Kentaki?
Ada tapi boleh dikira less than 5%