KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081214

Melayu tak ada harga satu sen pun

Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga satu sen pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua di dunia ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan bangsa pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk orang India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita bangsa Cina kita masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita kesian , kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang tanpa izin sekali pun , lalu kita pun tolonglah menyelamatkan dia , tolong selamatkan anak-anak dia , tolong semalatkan harta benda dia , tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH akan menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita , akan pemerintah alam ini.

Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana ALLAH agar negara ini selamat , aman dan makmur.

Tiada ulasan: