KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090614

KALABAKAN , Kenapa kurang filem pejuang Askar Melayu ?


Pelbagai pihak membangkitkan isu darurat , konfrontasi dan sebagainya. Tapi filem kisah perjuangan para pejuang negara terutama tentera dan polis begitu kurang. Kalau ada pun ianya bukan Box Office seperti filem Sarjan Hassan dan Bukit Kepong.

Walhal banyak kisah pertempuran yang boleh dijadikan iktibar generasi muda terutama anak Melayu yang sekarang ini terjebak dengan pelbagai masalah sosial , samseng jalanan, bohsia dan sebagainya.

Kalau tanya peristiwa bagaimana ramai anggota pasukan 3 Rejimen Askar Melayu terbunuh ketika di serang oleh Tentera Nasional Indonesia pada tahun 1963 ramai yang tidak tahu.

Ianya satu kisah yang menarik, kisah sedih, kisah suka duka para pejuang Askar Melayu.

Masih ada lagi antara mereka yang hidup hingga ke hari ini. Harap ada penerbit filem atau drama yang berminat.

Mereka yang berjuang atas dasar bangsa Melayu tak berminat ke kisah-kisah macam ni , tak nak tahu langsung macam mana anak bangsa Melayu ini terkorban ?

Ianya berlaku di Kalabakan. Ahli Parlimen Kalabakan yang lantang tu cubalah suarakan dalam parlimen. Mana tahu Kalabakan akan masyhur dengan gugurnya 8 perwira negara tersebut.

Tiada ulasan: