KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090622

Sedih pesara tentera cacat terima RM53

Kosmo 22 Jun 2009


MUHAMMAD (kiri) berbual dengan pesara tentera yang cacat anggota semasa operasi menentang pengganas komunis di Sungai Dua, Tasek Gelugor semalam.

---------------------------------------------------------


BUTTERWORTH - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) meminta kerajaan mengkaji semula kadar pembayaran pencen kepada pesara tentera terutama mereka yang mengalami kecederaan dan kecacatan semasa berkhidmat.

Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, sehingga kini masih ada pesara tentera terutama yang mengalami kecacatan kekal hanya menerima pencen RM53 sebulan.

“Kita sedih bila dengar ada pesara tentera yang cacat terpaksa menyara hidup dengan membuat kerja sendiri kerana hanya menerima pencen RM53 sebulan sedangkan jasa dan pengorbanan mereka kepada negara sangat besar.

“Jadi, kita berharap kerajaan dapat mengkaji semula kadar pencen yang dibayar kepada mereka sekurang-kurangnya melepasi paras kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada empat pesara tentera yang mengalami kecacatan kekal termasuk hilang sebelah kaki di Sungai Dua di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, walaupun kerajaan telah menaikkan kadar pencen pesara tentera sebelum ini tetapi ia hanya melibatkan mereka yang bersara selepas 1 Januari 2001.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Tiada ulasan: