KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091119

EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan 13 Dis 09

EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Hari : Ahad 13 Disember 2009
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari

Mana nak hantar anak tadika ? Sekolah rendah ? Lepas UPSR ? Lepas PMR ? Lepas SPM ?

OBJEKTIF EXPO
- Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi
- Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan
- Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini
- Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan

Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.

Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum Sabtu 5 Disember 2009.

Anjuran : Surau Taman Alamanda

PENDAFTARAN PENYERTAAN
Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke rozmal@yahoo.com atau poskan ke :

Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9
Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda
Peti Surat Surau Alamanda
Jalan 1, Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

Nama Institusi :
Alamat penuh :
No tel :
No fax :
E-mel :
Laman web :
Nama untuk dihubungi :
Jawatan :
No tel :

Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang

Tiada ulasan: