KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091228

Bayar yuran sekolah awal 2010 utk bayar bil


Sekali lagi saya merayu kepada ibu bapa seluruh Malaysia yang mempunyai anak yang akan masuk ke alam persekolahan pada tahun 2010.

Tolonglah bayar Yuran Sekolah pada awal tahun, kalau boleh pada hari pendaftaran.

Kerana mulai tahun 2010 sekolah dibawah Kementerian Pelajaran perlu membayar sendiri bil elektrik, bil air sekolah, bukan ditanggung oleh kerajaan lagi. Begitu juga kos membaiki sekolah kerana bajet kementerian berkurangan RM 2 billion menurut pautan berikut http://smarembau.blogspot.com/2009/12/pandangan-penulis-berkaitan-yuran.html

Begitu juga saya dah tulis sebelum ini ibu bapa perlu ringan tulang membaiki kerosakan di sekolah dan tempat awam (umat Islam mesti ringan tulang) seperti apa yang saya tulis sebelum ini di sini http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html

Lagi satu saya nak tanya yang dapat biasiswa Kementerian Pelajaran ni , terutamanya yang di Tingkatan 6. Macamana ibu bapa yang kerja kerani tak dapat biasiswa sedangkan ibu bapa yang jual sayur dan bawa lori dapat biasiswa ? Sebab dalam boring tulis ibu bapa jual sayur, sedangkan ibu bapa taukeh sayur di pasar. Ibu bapa yang bawa lori pula taukeh lori. Mentang-mentang yang berniaga tak ada slip gaji. Anak yang penjual sayur dan pemandu lori (kononya) bila dapat biasiswa beli handphone canggih, kalah cikgu. Kesian anak-anak kerani tak dapat biasiswa. Anak-anak yang ibu bapa yang kerja kerajaan yang ada slip gaji. Kalau berniaga tak ada slip gaji.

SYABAS 1Malaysia !

Tiada ulasan: