KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091229

Malaysia negara paling banyak petir di dunia


Malaysia adalah antara 3 negara di dunia yang paling banyak di sambar petir dan kilat.

Saya pernah menulis mengenai perkara ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/07/malaysia-negara-panahan-petir-tertinggi.html

Segala peristiwa manusia dan binatang yang mati disambar petir di Malaysia saya muatkan dalam blog berikut http://kilatmalaysia.blogspot.com/

MEREKA YANG BIJAK IALAH MEREKA YANG BANYAK MENGINGATI MATI DAN MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI MATI DAN MENYEDIAKAN BEKALAN SELEPAS MATI

**********************
Warga Korea main golf maut disambar petir
Berita Harian 29 Dis 2009

PORT DICKSON: Kegembiraan seorang warga Korea Selatan bercuti untuk bermain golf di sini berakhir dengan tragedi apabila dia mati disambar petir, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Adnan Mohd Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, Yoon Doo Jae, 69, bersama empat rakannya sedang bermain golf di padang sebuah kelab golf di sini.

Katanya, ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mangsa tiba-tiba terjatuh selepas disambar petir menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur.

"Mangsa mati di tempat kejadian. Rakannya yang terkejut segera menghubungi pihak kelab itu yang kemudian melaporkannya kepada polis dan membawa mangsa ke hospital," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keluarga mangsa dijangka tiba semalam dan proses bedah siasat akan dijalankan sebelum mayatnya dibawa pulang ke Korea Selatan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091228235421/Article/index_html

Tiada ulasan: