KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091226

Tahniah Maahad Tahfiz Seremban cemerlang PMR 2009

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah diatas peningkatan cemerlang keputusan PMR 2009 berbanding tahun 2008.

Keputusan PMR 2009 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah pada tahun ini saya dapati adalah lebih baik berbanding beberapa Sekolah Menengah Agama yang lain di Negeri Sembilan.

Tahniah kepada Guru-guru & Ibu bapa pelajar yang terlibat.

Untuk pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 tahun 2010 sila rujuk http://www.saidiyyah.com/

PMR 2009
9A - 1 Orang
8A - 2 Orang
7A - 1 Orang
6A - 1 Orang
Jumlah Calon : 29 Orang

PMR 2008
9A - Tiada
8A - 1 Orang
7A - 1 Orang
6A - Tiada
Jumlah Calon : 24 Orang


PROFIL PENGETUA Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah - Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad


Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad Al-Hafiz dilahirkan pada 31/5/1948 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat didikan awal di Madrasah Al-Atas, Johor Baharu dan Maahad Tahfiz Al-Quran JAKIM, sehingga tahun 1966.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 1977 dan mendapat dua Ijazah, iaitu B.A. Syariah dan B.A. Al-Quran. Semasa itu juga beliau telah mendapat Ijazah Qiraat Tujuh.

Pernah bertugas di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras selama 5 ½ tahun. Kemudian di Universiti Islam Antarabangsa selama 9 tahun sebagai penyelaras kursus Al-Quran. Pensyarah di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hasanul Bolkiah, Brunei selama 6 tahun. Beliau menjadi anggota Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri selama 6 tahun, Lajnah semakan Al-Quran mashaf Uthmani selama 4 tahun, dan menganjurkan kursus Al-Quran untuk lebih 10,000 guru-guru Al-Quran Kementerian Pendidikan selama 6 tahun.

Beliau juga adalah salah seorang Hakim Fateh bagi Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Kini, beliau menjadi Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah di Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah, Seremban, sebuah pusat pendidikan Islam bersepadu. Juga sebagai Penasihat Persatuan hafiz Malaysia (PAHAM).

Tiada ulasan: