KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100302

Kehidupan rakyat 1Malaysia makin susah, tertekan

Minggu depan cukai motosikal anak saya akan tamat. Pergilah tanya kedai motosikal.

Taukeh kedai kata, insuran motosikal sekarang mahal. Saya tanya berapa ? Dia kira-kira , insuran untuk motosikal Kriss 100 tahun 2005 setahun RM 174.00 , cukai jalan hanya RM 2.

Saya bawa duit RM 100 je. Saya kata kat taukeh nanti esok-esok saya datang.

Mahalnya insuran motosikal. Macamanalah nasib saudara mara saya di kampung ? Patutlah ramai orang kampung dan di tanah perancangan tak ada cukai jalan dan lesen. Susah dan mahal betul insuran.

Di bandar-bandar pun , anak-anak muda kerja kilang dan tak kerja kilang pun menggeleng kepala agaknya.

Kalau minyak naik lagi , macamanalah orang yang guna kereta nak pakai motosikal ?

Dahlah insuran mahal, nak ambil lesen motosikal pun susah.

Kerajaan kalau nak naik sangat harga minyak atau tarik subsidi minyak berilah alternatif lain kepada rakyat seperti :
- Murah dan mudahkan mengambil lesen motosikal sekitar RM 50 termasuk kursus
- Pemilik lesen kereta tak perlu lesen motosikal untuk motosikal bawah 150 cc
- Adakan semula insuran 3rd party untuk motosikal bawah 150 cc tanpa mengira usia motosikal sekitar RM 50.

Nak naik minyak , naiklah. Tapi berilah alternatif.

Ini minyak naik. Nak guna motosikal insuran mahal, lesen nak ambil susah.

Bayangkan kalau orang guna motosikal buruk kapcai Yamaha Cup harga RM 400 , insuran dekat RM 200.

Dibawah keluhan Blogger mengenai betapa mahalnya insuran motosikal sekarang.


*************************
Start 1st january 2010 ada policy baru untuk beli insurance motorsikal.
Motor berusia 10 tahun ke bawah tak boleh beli 3rd party.
11 tahun hingga 30 tahun saja boleh pilih untuk beli 3rd party.
Usia selepas 30 tahun pula tak di benarkan juga beli 3rd party.

Aku beli 1st party (cover RM 2000.00) dgn hrga RM 133.19. Tak cukup beb...kena tambah lagi RM 36.00 coz kena beli PA (personal assurance) pula.
Total semua RM 169.00 ( after diskaun 19cent).

Terima Kasih tak terhingga kepada Pemimpin 1 Malaysia di atas policy baru insurance untuk tahun ini...tahun depan mungkin tukar pula kot.

Rakyat Di Dahulukan, Pencapai Di Utamakan.

Confirm.....aku tak pilih kerajaan 1 malaysia untuk PRU ke-13.

Coretan penuh
http://apadianie.blogspot.com/2010/01/insuran-moto-punya-pasal.html

2 ulasan:

wacayabeb berkata...

Sesiapa yang nak pilih kerejaan 1 Malaysia lepas ini patut fikir dulu.Ingat pada bila-bila masa kerajaan akan naikkan harga petrol dan akan disusuli dengan kenaikan harga barang harian.

AbangIs berkata...

Hal kerajaan satu hal. Hal kita kena kenalah berjimat, menabung dan bersedia menghadapi musibah supaya tak jadi pengemis di negara sendiri.