KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100529

Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING



Umat Islam hanya dapat berkumpul seminggu sekali untuk dengar khutbah. Hari Jumaat dah lah hari bekerja, kena terkejar-kejar nak mandi sunat, makan tengahari. Kalau swasta pula habis kerja pukul 12.45 tgh , masuk kerja balik jam 2.30 ptg. Saya dapati Khutbah Jumaat yang teksnya disediakan oleh Jabatan Agama atau JAKIM semakin hari semakin membosankan.

Tak tahulah mungkin anak-anak yang kat belakang yang sekolah rendah tak bosan rasanya, pelajar sekolah menengah pun tak bosan rasanya. Sebab mereka ini pelajar generasi baru agaknya.

Kalau boleh Khutbah Jumaat ini , tak payahlah sentuh isu politik ke , isu ekonomi ke. Terlalu banyak isu setempat yang perlu dibangkitkan sebenarnya. Ada ke budah sekolah rendah dan sekolah menengah yang hampir separuh penuh masjid diberi khutbah Jumaat pasal Model Ekonomi Baru !

Apa lagi budak-budak kat belakang itu berboraklah mereka. Yang budak sekolah menengah pula , bila bilal Qamat nak solat Jumaat, kita makmum baru nak angkat takbir, pelajar sekolah menengah dah start motor keluar dari perkarangan masjid.

Kepada mereka yang buat teks khutbah Jumaat ini , apa guna ada Ijazah ke , ada PhD ke dalam bidang agama , tapi khutbah Jumaat sentuh isu kompleks yang tak ada kena mengena dengan masalah setempat.

Masalah setempat , kanak-kanak buat bising masa khutbah. Masalah setempat ramai pelajar pergi cyber cafe layar laman web lucah. Masalah setempat ramai pelajar sekolah rendah hisap rokok. Masalah setempat banyak berlaku kecurian.

Kalau JAKIM atau Jabatan Agama tak bersedia nak sediakan teks khutbah Jumaat yang sesuai dengan masyarakat setempat , baik berhenti sajalah, buat gelak kat budak-budak sekolah ke.

Saya cabar JAKIM dan Jabatan Agama sediakan teks khutbah yang sesuai dengan masyarakat setempat untuk setiap minggu.

Tapi jangan cabar saya sediakan teks khutbah. Kerana saya tiada Ijazah dalam Usuluddin dan sewaktu dengannya, dan saya tiada tauliah. Nanti tak pasal-pasal saya mengalami nasib yang sama dengan anak Dr Juanda.

Sekali lagi , tak payah sentuh isu politik, tak payah sentuh isu hukum hudud. Sentuh masalah setempat, kerana masalah setempat inilah punca banyak berlaku buang bayi, tinggal ibu bapa dan sebagai.

Saya tak salahkan khatib dalam masalah ini. Khatib beria-ia baca khutbah pasal Model Ekonomi Baru dengan nada yang tinggi tapi jemaah tercengang-cengang, budak-budak berlari keriangan.

Kalau boleh Pengerusi Majlis Agama, Pengarah Jabatan Agama, Pengarah JAKIM dan Menteri JAKIM pergi setiap masjid seluruh Malaysia duduk bahagian kanak-kanak. Tanya mereka apa yang mereka faham dalam Khutbah tadi, sebab kanak-kanak memang tak tidur masa khutbah, jemaah orang tua ni memang ramai tidur masa khutbah.

Boleh tak JAKIM buat NKRA atau KPI , 60% orang lelaki dalam setiap kariah solat jemaah 5 waktu di masjid, 50% jemaah dengar khutbah Jumaat faham isi kandungan khutbah, 95% kanak-kanak tidak buat bising semasa khutbah dan seterusnya ?

Beberapa contoh isu setempat di bawah ini :

Pelajar melayari laman web lucah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/gambar-bogel-tanpa-seurat-benang-di.html

Masyarakat perlu bantu polis
http://waghih.blogspot.com/2010/03/masyarakat-perlu-bantu-polis.html

Masalah remaja memandu bawah umur tanpa lesen
http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-johor-14-tahun-nasib-baik-tak.html

Gejala buang bayi
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

Masalah sakit jiwa di Malaysia
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Masalah mereka yang berhutang
http://waghih.blogspot.com/2010/02/tak-bayar-hutang-boleh-tuntut-di.html

Masalah kebersihan dalam pemakanan
http://amkns.blogspot.com/2010/05/sedapnya-roti-telur-tahi-ayam-ni.html

Masalah petir dan kilat di Malaysia
http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Masalah dadah tak kesudahan
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

1 ulasan:

Faizal R berkata...

Mcm kenal gambar atas sekali tu..

http://www.faizalr.com/2009/07/sedap-mamat-ni-tidur-ketika-khutbah.html