KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100504

Pernah tengok syaitan lari lintang pukang ?


Pernah tengok syaitan lari lintang pukang bila azan berkemundang ?

Sebelum tu saya ada tulis mengenai anjing sahut seruan azan dan anjing yang membantu mencegah maksiat di http://waghih.blogspot.com/2009/08/anjing-pencegah-maksiat.html

Dah acap kali saya tengok syaitan lari lintang pukang bila azan dikumandangkan.

Surau kami berhampiran dengan padang bola di taman perumahan. Remaja dan kanak-kanak dari taman kami dan taman berhampiran sering bermain di sini sampai ke senja.

Selalunya saya perhatikan kalau belum azan di surau kami mereka akan terus bermain.

Sebaik sahaja azan maghrib dikumandangkan melalui corong pembesar suara, para remaja dan kanak-kanak yang bermain di padang terus berhenti dan beredar dari padang tersebut.

Maghrib tadi , terlambat azan di surau. Tengok para remaja masih bermain di padang walaupun hari dah nak gelap. Sebaik sahaja azan, terus para remaja tadi beredar.

Betullah hadith yang kata syaitan akan lari lintang pukang bila azan dikumandangkan. Dan betullah juga bahawa setiap manusia itu ada syaitan dalam diri mereka yang bernama Qarin.

Jadi , mudah sahaja formula untuk menangani gejala sosial sekarang ni, masalah dadah, buang bayi, buang ibu bapa dan lain-lain. Tak perlu upah konsultan jutaan ringgit cari penyelesaian. Penyelesaian yang paling mudah ada iaitu Solat, Azan, Puasa, Sabar, Baca Quran dan banyak lagi.

Tak caye tanya Radhi OAG.

Hadis Abu Hurairah r.a:


Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 582
http://hadith.al-islam.com/bayan/tree.asp?Lang=mal&ID=135

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada gak yg tak lari..sbb dia pun dah jadi syaitan manusia..p ronda d TTJ...

Tanpa Nama berkata...

Tak Tepat.
Dorang bukan lari lintang pukang pon. Dorang cuma balik apabila azan. Relax jer balik. Takde gila-gila lari pongg....

Tanpa Nama berkata...

Saya agak kurang setuju dgn statement " lari lintang pukang" sbb saya juga main futsal time abis kerja. Kita sebagai seorang umat islam yang telah di didik dgn penuh nilai-nilai murni, wajib menghormati azan yg berkumandang. Jika kita sendiri sbgai Umat Islam x boleh menghormati Azan, apa pulak yg org kafir akan pertikaikan. Kalau betul lari lintang pukang, bagaimana pulak kalau kita main bola waktu hampir asar, kita hanya berhenti bagi menghormati azan dan akan teruskan semula selepas itu.. Fikir-fikirkan..

Tanpa Nama berkata...

kamu semua jangan bermain-main dengan hadis Rasulullah s.a.w....jangan sesekali mempersendakan....hadis dan firman Allah S.w.t... mahu masuk neraka jahanam?