KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100606

Lagi keluhan rakyat kos tinggi ambil lesen kereta


HASRAT untuk menaikkan yuran memandu menjelang hujung tahun ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana, kita perlu melihat impak dan jangkaan pengguna sekiranya kadar itu dinaikkan. Pengguna akan rasa dibebani seterusnya akan menjadi penghalang kepada mereka daripada memiliki lesen memandu.

Kisah sebelum ini Rakyat Semakin Derita Kos Ambil Lesen Memandu Semakin Susah dan Mahal di http://waghih.blogspot.com/2010/05/rakyat-makin-susah-ambil-lesen-memandu.html

***********************
Kos tinggi belajar memandu halang hasrat miliki lesen

Berita Harian 5 Jun 2010

HASRAT untuk menaikkan yuran memandu menjelang hujung tahun ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana, kita perlu melihat impak dan jangkaan pengguna sekiranya kadar itu dinaikkan.

Pengguna akan rasa dibebani seterusnya akan menjadi penghalang kepada mereka daripada memiliki lesen memandu. Keadaan menjadi lebih buruk jika mereka mengambil keputusan memandu tanpa lesen sah. Hal ini hanya akan mengundang padah kepada mereka dan pemandu lain di jalan raya.

Langkah penggubalan semula kurikulum memandu yang tidak membabitkan kenaikan kos seperti sesi muhasabah diri dan penerapan pemanduan berhemah lebih efektif boleh difikirkan. Slot simulasi kemalangan seperti yang sudah dilaksanakan oleh beberapa negara mungkin mampu menimbulkan kesedaran kepada pemandu.

Kerajaan perlu menggalakkan pembuat kenderaan menukar sistem gear pemanduan manual kepada sistem gear automatik sepenuhnya.

Langkah mengubah sistem kenderaan ini ternyata lebih berkesan kerana selain mampu mengurangkan keletihan pemandu ketika memandu, ia juga mampu menghalang pemandu memandu dengan agresif di jalan raya.

Di negara maju, sistem pemanduan menggunakan gear manual tidak lagi relevan
kerana kebanyakan kenderaan menggunakan sistem gear automatik lebih mudah
dikendalikan dan selamat.

Saya menggesa agar perkara ini diberikan perhatian serius dan kajian mendalam seperti mendapatkan maklum balas pengguna boleh dilaksanakan terlebih dulu sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan.

ZULFAZLAN JUMRAH,
Bandar Tenggara, Johor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kostinggibelajarmemanduhalanghasratmilikilesen/Article

Tiada ulasan: