KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100921

Rakyat Indonesia lebih bersopan di jalanraya

328 MATI SEPANJANG AIDILFITRI DI INDONESIA, 248 MATI DI MALAYSIA

Dari Blog Singalautmetro

DALAM TEMPOH tiga minggu, kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia dan Indonesia dikatakan agak berbeza polanya kalau dibandingkan jumlah kenderaan dan kepadatan penduduk di kedua-dua negara.

Dalam tempoh hampir sama, Indonesia mencatatkan 328 kematian, manakala Malaysia mencatatkan 248 maut. Jumlah penduduk di Indonesia pula dikatakan mencecah 310 juta orang manakala di Malaysia hanya 26 juta sahaja. Nisbah kenderaan pula dikatakan memihak kepada Indonesia yang mempunyai lima kali ganda lebih banyak kenderaan di negara ini.

Cuba nilaikan di manakah rasionalnya sikap pemandu di negara ini. Ternyata harga nyawa di negara ini semakin murah berbanding di negara jiran!

Namun apa yang jelas, sikap pemandu sememangnya antara faktor penting yang menyumbang kepada kehilangan nyawa sepanjang cuti perayaan. Ini ditambah pula sikap suka memandu laju tapi tidak mempunyai kemahiran mengawal kenderaan yang dikatakan diwarisi oleh pemandu kenderaan di negara kita.

Di Indonesia, kenderaan di banadaraya utama seperti di Jakarta dan Medan bertali arus ketika pulang beraya, namun mereka hanya menggunakan hon dan persefahaman yang dipercayai diwarisi daripada budaya 'tumpang lalu' untuk mengelakkan kemalangan maut.

Namun di Malaysia, undang-undang, peraturan, peguatkuasaan dan peruntukan kewangan terpaksa dilabur bagi menangani kemalangan pada setiap kali pulang menyambut perayaan. Namun hasilnya habuk!

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/328-mati-sepanjang-aidilfitri-di.html

Tiada ulasan: