KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101111

Ijazah Kedoktoran Parang Melayu







Banyak yang dipelajari semasa lawatan Encik Zamri http://zamri-tukangparang.blogspot.com/ tukang parang dan pemilik Mentaus Craft ke Surau Alamanda pada 10 Nov 2010. Pada saya Encik Zamri ini bukan setakat tukang parang, tapi beliau sepatutnya layak mendapat Ijazah Kedoktoran Kehormat kerana ilmunya yang meluas dalam pertukangan parang, ilmu besi, ilmu kayu, ilmu seni Melayu, ilmu penyembelihan menurut cara Islam yang sebenar.

Beliau tidak kedekut untuk berkongsi semua ilmu yang ada, walaupun hanya seketika lawatan beliau ke Surau Alamanda, tapi banyak ilmu yang diperturunkan.

Antara beberapa ilmu yang saya pelajari pada malam tersebut ialah :

1. Ciri-ciri parang Negeri Sembilan ialah pengikatnya di luar. Hulunya ialah Buah Jering dan Tanjak Dendam Tak Sudah

2. Parang Pahang pengikatnya di dalam.

3. Parang Kelantan tiada pengikat, mereka akan selit sahaja di pinggang.

4. Parang untuk sembelihan mestilah betul-betul tajam sepertimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Tajamnya sampai boleh cukur bulu roma.

5. Parang untuk sembelihan yang terbaik guna besi D2, kemudian spring Land Rover

6. Untuk mengasah parang, pada asahan yang terakhir gunakan sabun mandi agar parang lambat berkarat, kerana sabun ada minyak.

7. Batu asah yang paling elok ialah batu jenama ..... , boleh dapat di selatan tanahair. Encik Zamri pun ada simpan sedikit stok batu asah ini.

8. Cara-cara mengeluar dan memasukkan parang ada caranya , untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan pada sarung.

9. Encik Zamri berpengalaman 16 tahun dalam pertukangan parang. Mempunyai 6 orang pekerja. Membuat dari A sampai Z. Bukan setakat sarung parang, malahan membuat bilah parang. Jarang orang Melayu yang pandai membuat bilah parang.

10. Parang juga boleh dibuat hantaran perkahwinan. Encik Zamri juga ada menyediakan parang untuk hantaran perkahwinan siap dengan bekasnya.

KESIMPULAN :

1. Parang ini boleh dimajukan sebagai industri yang boleh menjana hasil ekonomi negara dan negeri dan memberi banyak peluang perkerjaan kalau betul caranya.

2. Masjid-masjid, surau-surau perlu mempelbagaikan pelbagai ilmu dalam kuliah dan ceramah, kerana ilmu parang juga adalah sebahagian dalam tuntutan Islam dalam acara penyembelihan.

3. Perlu ada usaha terancang untuk mengekalkan dan memajukan industri pertukangan Melayu.
4. Perhimpunan Agung UMNO dan Muktamar PAS sepatutnya mempromosi industri sebegini kerana ianya memenuhi ciri seni Melayu dan ciri tuntutan Islam pada gerai jualan mereka.

5. Ilmu yang ada ini perlu dibukukan, diseminarkan, dibengkelkan, di SEJARAH kan dan sebagainya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jumpalah sendiri Encik Zamri di bengkelnya , di Jelebu , Negeri Sembilan.

Barulah kena dengan slogan HOBIN JANG HOBIN !

Tiada ulasan: