KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101125

Promosi Parang Melayu Cantik 2 ke 6 Dis 2010 Kuala Lumpur


Satu-satunya pembuat parang Melayu dari A sampai ke Z yang mempunyai laman Blog yang menarik dan sentiasa dikemaskini serta kumpulan pekerja anak-anak Melayu di bengkel pembuat parang dengan hasil seni yang tinggi anak jati Negeri Sembilan akan mengadakan promosi di Kuala Lumpur.

Musim kenduri kendara perkahwinan ni, elok juga guna parang sebagai hantaran perkahwinan, jauh lebih cantik daripada sepasang kasut yang diletak atas dulang.

Mentaus Crafts akan menyertai Promosi Dan Jualan Kraftangan Hasil Rimba anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada ketetapan berikut :
Tarikh : 2 hingga 6 Disember 2010 (Khamis - Ahad)
Tempat : Kompleks Kraftangan Malaysia , Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam

Maklumat lanjut di laman Blog Mentaus Crafts di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

1 ulasan:

mamat berkata...

Syabas kepada Mentaus Crafts dan pemilik blog ini juga.

En Zamri ada buat sabit untuk potong kelapa sawit tak ? Mana tau ada special sabit untuk pokok kelapa sawit yang tinggi.