KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101107

Sejarah, Parang Melayu, roboh ke tak Masjid Bongek Rembau?









Puas hati saya. Dapat juga beli parang buatan Melayu dari Mentaus Craft, Jelebu di Dataran Rembau siang tadi Ahad 7 Nov 2010 sempena Hari Warisan. Saya bertanyakan pemuda yang menjaga gerai Mentaus Craft, tanya mana Encik Zamri, nak sangat jumpa sebab saya tak pernah kenal dan jumpa Encik Zamri ni, tapi tertarik dengan parang buatannya. Pemuda tadi kata ayah dengan adik di rumah, di Jelebu.

Pemuda tadi adalah anak Encik Zamri http://zamri-tukangparang.blogspot.com/ , insyaAllah akan mewarisi seni buatan Melayu yang semakin terpinggir tetapi amat bernilai harganya. Bukan senang nak cari anak muda sekarang ini yang sanggup berniaga pada usia belasan tahun , apatah lagi menurut jejak langkah bapanya demi meneruskan warisan bangsa Melayu.

Tapi sedih sikitlah rasanya. Hari Warisan tadi bagus, tapi pandangan mata kasar saya ianya boleh diperbaiki lagi. Mungkin Kraftangan dan agensi berkaitan boleh tolong penggiat seni kraf mempromosi barangan mereka dengan menyediakan risalah, kain rentang atau poster bahawa ini ialah hasil anak tempatan dari Negeri Sembilan.

Saya pula yang teruja memberitahu pelanggan yang sedang membelek parang, bahawa ini ialah satu-satunya parang yang diusahakan oleh orang Melayu di Negeri Sembilan secara tersusun, siap dengan bengkelnya.

Lepas tu saya balik kampong, tengok kemajuan projek landasan keretapi berkembar, samada Masjid Bongek nak dirobohkan atau tidak. Saya ada menulis artikel mengenai kemungkinan Masjid Bongek akan dirobohkan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/10/adakah-masjid-bongek-nak-diroboh-buat.html

Setakat hari ini belum roboh lagi. Tapi kerja tanah dah sampai sempadan masjid. Kesian tengok rumah Melayu sebelah masjid tu, rasanya baru lagi buat. Nampak macam nak kena roboh juga. Beberapa rumah Melayu lain sebelum ini telah dirobohkan juga.

Yalahkan sekarang ini orang bercakap tentang betapa pentingnya Sejarah, terutama Sejarah Melayu, sejarah Malaysia. Kalau penting sangat sejarah, tolonglah orang Melayu yang ada bengkel seni kraf. Tolonglah pelihara rumah bersejarah dan masjid bersejarah yang banyak nak roboh di Negeri Sembilan ini.

Apa guna belajar Sejarah,tetapi bangunan bersejarah, hasil seni bersejarah berkubur begitu sahaja.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

Bila jalan 2 hala sudah siap, bagaimana warga2 emas dr kg selemak bongek nak ke masjid. Ada ke jejantas? terdayakah warga emas ni meniti jambatan?

persoalannya, apa perlunya tanah yg diambil terlalu lebar? kenapa tak dipasang saja lampu isyarat?

Ini lah untungnya rumah datuk khairy berada dipendalaman sana. Tak perlu nak berhenti kat lampu isyarat. Dari KL terus je ke Gadong.

Tanah pusaka, tanah adat, tergadai dengan bayaran yang murah.... apa nak takut.. orang bongek tak ado tolo, tak berani melawan...