KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110204

DRAMA CEMAS


Sinar Harian 3 Feb 2011

SENAWANG – Taman Seremban Jaya, dekat sini gempar seketika apabila orang ramai melihat kelibat seorang lelaki yang mahu terjun dari tingkat dua sebuah rumah kedai di situ.

Dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bertindak demikian kerana dikatakan mempunyai masalah peribadi.

Cemas dengan kejadian itu, orang ramai menghubungi pasukan bomba dan penyelamat kerana bimbang lelaki terbabit bertindak luar jangkaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira empat minit selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Jaafar berkata, sepasukan anggotanya tiba di lokasi kira-kira empat minit selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Ketika sampai di lokasi, kita melihat lelaki tersebut masih ada di tepi tingkap bangunan itu.

“Pintu di tingkat bawah premis itu juga berkunci dan kita mendapat kebenaran polis untuk memecahkan kunci tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkis cubaan lelaki itu untuk terjun dalam masa kira-kira lima minit.

“Kita berjaya memujuk lelaki berkenaan supaya tidak terjun dalam tempoh lima minit dan keadaan kembali terkawal tanpa adanya insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurut Jaafar, lelaki berkenaan berada di tingkat paling atas premis tersebut dan menjuntaikan satu daripada kakinya di atas tingkap seolah-olah mahu terjun dari situ.

Ahli keluarga lelaki terbabit juga berada di lokasi untuk mententeramkan keadaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8710379.asp

Tiada ulasan: