KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110330

Keluhan pesara tentera yang baru pencen, tolong dengar


Ketika menunggu solat jemaah maghrib di surau, saya sempat bertanyakan jiran saya yang baru bersara dari ATM. Semasa berkhidmat beliau hanya anggota tentera pangkat bawahan berpangkat Lans Koperal. Saya pun kata, senanglah dah pencen sekarang ni, dah bebas. Dia mengeluh, bebas apa, poning kepalo pikir bilo nak dapat pencen, kurang-kurang 3 bulan nak tunggu. Ada sarjan tu dah bersara 5 bulan belum dapat pencen lagi, dan katanya banyak kes macam ni.
Saya tanya dia, perkara ni dari dulu ke macam ni? Dia kata semasa UGAT atau Unit Gaji Angkatan Tentera uruskan hal pencen tiada masalah, tapi bila di ambil alih oleh Veteran atau JHEV, masalah ini berlaku.
Saya bertanya lagi, bila JHEV buat urusan pencen ni. Katanya dah 2-3 tahun jugalah.
Kawan saya ni dah tamat kursus. Anak-anak masih bersekolah menengah dan rendah, memang pun pening kepala. Itu yang duduk Seremban, bagaimana mereka yang duduk di Kuala Lumpur, Sabah atau Sarawak yang kos sara hidup amat tinggi?
Kepada Dato Dr Zahid Hamidi dan Jeneral-Jeneral kat atas tu, cubalah selami masalah anggota peringkat bawahan yang baru pencen ini.
Kita sepatutnya semakin canggih, kem tentera termoden pun baru dirasmikan, kampung pun dah ada Wifi, takkanlah urusan pencen tentera ni semakin mundur ke belakang pula.
Saya tanya kawan saya, kenapa tak mengadu ke pihak atasan, masuk dalam akhbar ke. Katanya mengadu pun tak guna, nanti akan diberi pelbagai alasan teknikal.
Adakah perkara ini wakil rakyat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sedar? Atau sibuk nak bincang isu Video Lucah, projek Kereta Perisai RM8 billion, projek Kapal Laut?
Baru-baru ni ayah saya seorang pesara tentera mendapat undangan peribadi dari bekas Panglima ATM untuk hadir ke majlis Reunion Rejimen 1 Renjer Diraja di Kuching, tetapi tidak dapat hadir kerana ayah menunaikan umrah. Agi Idup, Agi Ngelaban.
Saya pun carilah dalam blog lain akan masalah pencen ini, jumpalah satu blog di bawah ini :
KES Faizzal Jinong Abdullah - Jangan Lagi Berlaku Kepada Pesara Lain
Kes Seorang pesara tentera iaitu Faizzal Jinong Abdullah telah menggemparkan Kementerian Pertahanan setelah disiarkan oleh Buletin 1.30 bertarikh 29/12/2009 di TV3. Sebenarnya perkara ini boleh diatasi jika individu yang terlibat, pasukan terakhir di mana individu bertugas dan Kementerian Pertahanan (JRP/UGAT dan JHEV) memainkan peranan masing-masing.
SUATU perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah...kelewatan bayaran pencen kepada persara tentera....... mengapakah pembayaran pencen, ganjaran perkhidmatan, pembayaran Caruman LTAT dan pembayaran FGCR sering berlaku kelewatan sehingga 2 ke 3 bulan selepas tarikh tamat perkhidmatan. Suatu perkara yang perlu difikirkan ialah......... APA KELUARGA MEREKA NAK MAKAN DALAM TEMPOH 2 KE 3 BULAN ITU.

1 ulasan:

Aree Tone WoW berkata...

mungkin ada sedikit masalah pada dokumentasi anggota tersebut. sebab semasa saya pencen 2008 tak ada masalah dan rungutan dari tentera yang seangkatan