KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110321

Khutbah Jumaat Tsunami untuk iktibar kita semua, menyentuh perasaan


Tak tahulah samada menjadi kesalahan dan berdosa sekiranya para khatib di Malaysia ini membaca teks khutbah Jumaat dari kerajaan Brunei Darussalam berkaitan Tsunami yang bertajuk Beriman Dengan Hari Kiamat. Teks khutbah ini saya dapati amat menyentuh perasaan sekali dan menginsafkan kita. Dan masjid yang ada multimedia bolehlah siarkan gambar-gambar kedahsyatan Tsnunami di Jepun supaya kita semua insaf dan kembali mengamalkan Islam keseluruhannya.

Politik Malaysia semakin kalut, membuatkan kita semua umat Islam lupa akan gambaran kiamat melalui Tsunami.

************************
Teks Khutbah negara Brunei

BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT

Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila datangnya Hari Kiamat, ketika itulah sangkakala ditiup dan seluruh makhluk yang hidup di dunia ini akan mati.

Ketika kejadian dahsyat itu menimpa dunia, berlakulah goncangan bumi yang amat menggerikan, langit-langit beserta isi ala mini akan menjadi kacau-bilau, bumi digoncangkan dengan sedahsyat-dahsyatnya, gunung-ganang berterbangan dan hancur luluh dengan sehancur-hancurnya, bintang-bintang berguguran, matahari telah digulung sehingga tidak bercahaya lagi, LAUTAN YANG BESAR MELUAP-LUAP DENGAN GELOMBANG YANG BERGULUNG-GULUNG MENGHANCURKAN DAN MENELAN SETIAP YANG ADA DI PERMUKAAN.

Ahli Jumaat sekalian,

Ingatlah bahawa dunia ini hanya pinjaman dan inilah ketikanya untuk kita menentukan masa depan kita di akhirat nanti.

Jika kita seorang yang taat perintah Allah pasti kegembiraan dan kebahagiaan yang akan diperolehi tetapi jika seorang yang ingkar perintah Allah, hidup bergelombang dosa dan maksiat, maka kesengsaraanlah yang akan menanti.

Kerana itu kita perlu sedar jika kita telah banyak melakukan kesalahan dan dosa, bertaubatlah dengan segera. Jangan tunggu sehingga nyawa di kerongkong baru hendak bertaubat kerana pada ketika itu tidak ada gunanya lagi.

Oleh itu sebagi umat Islam amalkanlah ajaran Islam itu secara menyeluruh, bukan sebahagian-sebahagiannya sahaja.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Buatlah perhitungan ke atas diri kita sebelum kita diperhitungkan. Jangan lalai dan leka dengan keseronokkan dunia semata-mata. Beramallah sebelum terlambat dengan memperbanyakkan istighfar, taubat dan muhasabah diri sendiri.

Ingatlah hidup ini hanya sementara dan amal kebaikan sahaja yang akan dapat menolong dan menyelamatkan kita di Hari Kiamat kelak.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az Zalzalah ayat 6-8 tafsirnya :

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Barangsiapa yang mengerjakan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula".

Khutbah penuh di http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=328


Terjemahan Al Quran Surah Al-Infitaar

[1] Apabila langit terbelah;
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3] DAN APABILA LAUTAN PECAH BERCAMPUR-BAUR;
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/index.html

Wave of Destruction
Photograph by Mainichi Shimbun, Reuters

A tsunami wave crashes over a street in Miyako City, Iwate Prefecture, in northeastern Japan on March 11.

Published March 15, 2011

http://www.theatlantic.com/infocus/2011/03/japans-earthquake---the-aftermath/100023/
http://news.nationalgeographic.com/news/2011/03/pictures/110315-nuclear-reactor-japan-tsunami-earthquake-world-photos-meltdown/

1 ulasan:

Awanama berkata...

kita ambilnya sebagai iktibar...