KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111009

Bajet 2012 Pertahanan, Peralatan Usang hingga 2020





Bajet 2012 memberi manafaat kepada bekas pejuang negara dan juga kem dan kuarters tentera. Akan tetapi adakah susulan dari itu akan mengakibatkan peralatan pertahanan yang tua dan uzur akan digunakan sehingga 2020 antaranya kapal peronda dan kapal perang yang usianya melebihi 30 tahun, kereta perisai Condor yang digunakan sejak awal 1980an dan helikopter Nuri yang digunakan sejak 1960an.

Kita ikuti ulasan mereka yang mengikuti perkembangan pertahanan negara, jangan pula ada media dan wartawan yang tanya para artis apa pendapat mereka mengenai bajet pertahanan negara.

Bajet 2012 berjumlah RM232.2 bilion dimana untuk pertahanan ialah RM13.714 bilion, kirang RM100 juta berbanding bajet 2011 iaitu RM13.823 bilion.



Dari RM13.7 bilion tersebut, RM10.945 bilion adalah untuk pengurusan (gaji, operasi, logistik) dan RM2.7 bilion untuk kos pembangunan (pembelian). Kos pengurusan untuk 2012 meningkat RM400 juta berbanding 2011, sementara kos pembangunan berkurang RM400 juta.

Boleh kita andaikan RM400 juta yang dipotong dari pembangunan adalah untuk kenaikan gaji tentera memandangkan peningkatan kos emolumen untuk tahun 2012 iaitu RM400 juta?

Kos untuk pembangunan dan pembelian aset telah berkurang kepada RM2.6 bilion pada tahun 2012, berbanding RM3.292 bilion pada tahun 2011.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah defisit yang besar dalam perbelanjaan yang dirancang untuk kos projek pembangunan Tentera Darat. Sebagai contoh untuk projek pembelian aset dan pembinaan dirancang sebangan RM8.18 bilion sedangkan perbelanjaan yang dirancang untuk 2012-2013 hanyalah RM1.44 bilion.

Begitu juga dengan Tentera Laut, kos projek ialah RM10.3 bilion untuk tetapi peruntukan hanya RM4.4 bilion manakala Tentera Udara kos projek diracang ialah RM5.02 bilion tetapi peruntukan hanya RM2.52 bilion.



Apakah Mat Sabu akan membangkitkan isu ini dalam ceramah kerana beliau bukan Ahli Parlimen, atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan membangkitkan isu ini? Atau mungkin Pengerui PERKASA akan membicarakan isu ini dalam Parlimen kerana ianya merupakan isu pertahanan dan kedaulatan negara.

Sumber dari - Malaysian Defence http://www.malaysiandefence.com/?p=1792

Tiada ulasan: