KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111028

Polis masih buru 6 suspek samun

Sinar Harian 28 Okt 2011

SEREMBAN – Polis masih memburu enam suspek yang disyaki terbabit dalam tiga jenayah samun berasingan sekitar Senawang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Bagaimanapun, polis akan terus melancarkan gerakan memburu bagi mengesan dan menjejaki kesemua suspek terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Program ‘PDRM Bersama Pelanggan’, anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga menjadi mangsa samun apabila enam lelaki bermotosikal berusia 20-an memasuki gerai miliknya untuk membeli makanan di Taman Sri Pagi, Senawang.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Robiah Abdul Samad, 51, dan pembantunya yang mahu memulakan perniagaan tergamam apabila seorang daripada suspek mengeluarkan parang lalu mengacukan ke leher mangsa.

Suspek berjaya melarikan rantai leher dan beg pinggang milik mangsa.

Berdasarkan siasatan awal polis, kumpulan penjenayah itu turut dikesan melakukan jenayah sama di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Sri Mawar dan Paroi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9678879.asp

Tiada ulasan: