KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120319

Lampu isyarat punca kesesakan luar biasa di Kuala Pilah



Pada hari Ahad 18 Mac 2012 saya melalui jalan Kuala Pilah – Seremban (Jalan 51) dari arah pekan Kuala Pilah sekitar jam 5 petang. Kebiasaannya kesesakan lalulintas di jalan ini ialah dari arah Kuala Pilah ke Seremban, bukan dari Seremban ke Kuala Pilah.

Apabila saya menghampiri persimpangan tiga lampu isyarat di Ampang Tinggi selepas Melang, saya dapati kenderaan dari jalan Seremban Lama (Jalan N3) telah menghalang kenderaan dari Seremban hendak menuju ke Kuala Pilah melalui Jalan 51 walaupun lampu isyarat telah merah.

Disebabkan kedegilan para pemandu kenderaan dari Jalan N3 hendak masuk simpang menuju ke Seremban menghalang jalan ianya telah menyebabkan kesesakan yang begitu luar biasa dari Ulu Bendul ke simpang Ampang Tinggi ini, dan seterusnya hingga ke Kuala Pilah samada melalui Jalan 51 mahu pun Jalan N3.

Pihak Jabatan Kerja Raya harus melakukan kajian semula kesesuaian lampu isyarat di Ampang Tinggi ini.

Meletakkan anggota polis trafik semasa waktu puncak hanyalah penyelesaian masalah yang sementera.

Hanya tiga langkah yang boleh diambil oleh pihak JKR untuk penyelesaian jangka panjang.

Pertama, mengadakan jejambat (flyover) atau persimpangan bertingkat, akan tetapi ini memerlukan kos yang amat tinggi.

atau

Kedua, tidak meletak lampu isyarat di persimpangan tiga Ampang Tinggi.

atau

Ketiga, menambahkan masa lampu hijau untuk kenderaan yang melalui Kuala Pilah - Seremban (Jalan 51) dan memendekkan masa kenderaan yang keluar simpang dari dari jalan Seremban Lama (Jalan N3).

Tiada ulasan: