KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120323

Lima dari 10 remaja cenderung lari dari rumah



22 Mac 2012 - Kira-kira lima daripada 10 remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang bermasalah cenderung untuk lari dari rumah. Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, rekod berkenaan hasil kajian sesi kaunseling dan seminar keibubapaan yang dilakukannya.

Katanya, golongan itu mendakwa dengan melarikan diri dari rumah dapat menyelesaikan masalah dan meredakan tekanan dihadapi.

‘‘Malangnya mereka tidak sedar bahawa ia tindakan terburu-buru yang mengundang kepada masalah sosial lebih berat dan terjerumus dengan pelbagai permasalahan lain jika tidak dibendung.

‘‘Biasanya mereka lebih nekad untuk melarikan diri apabila ada dorongan atau bantuan orang luar untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang hari ini.

Hushim yang berada di negeri utara itu atas jemputan mengendalikan seminar keibubapaan berkata, orang luar yang selalunya menggunakan alasan ingin membantu remaja berkenaan keluar daripada masalah, tidak sepatutnya mencadangkan mereka melarikan diri atau membelakangkan ibu bapa.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

Tiada ulasan: