KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110327

Mentaus kebanggaan Melayu N.Sembilan dan Malaysia

Tahniah kepada abang Zamri pemilik Mentaus Craft dari Jelebu yang mengharumkan nama Negeri Sembilan. Bukan senang nak cari tukang parang yang mahir membuat parang dari A sampai Z, pula tu ada Blog beliau sendiri di http://zamri-tukangparang.blogspot.com . TV3 dan jemput Mentaus Craft, Kosmo pun dah siarkan rencana di bawah ini. TV1 bila lagi nak promo kemahiran anak Melayu dari Jelebu ini.

Artikel saya sebelum ini Ijazah Kedoktoran Parang Melayu di http://waghih.blogspot.com/2010/11/ijazah-kedoktoran-parang-melayu.html

Rahsia parang Zamri tajam

Kosmo 27 Mac 2011

Cicit Mat Tukang, seorang pandai besi di Negeri Sembilan, menggunakan paku landasan kereta api untuk membuat parang.

"KALAU nak uji ketajaman parang, jangan rasa dengan jari. Itu pantang kerana mata parang akan cepat tumpul dan berkarat.

"Seelok-eloknya lelas mata parang pada kuku, jika rasa kesat dan ada kesan takik, maknanya mata parang sudah tajam," ujar Ahmad Basri Mukmin, 54.

Dia yang juga seorang penyembelih lembu adakalanya memperuntukkan masa hampir sejam untuk mengasah parang terutama ketika musim Hari Raya Korban dan cuti sekolah.

"Penyembelihan binatang korban memerlukan mata parang yang benar-benar tajam. Saya sendiri menggunakan empat jenis batu asah berlainan gred dalam proses mengasah.

"Selain memastikan ketajaman, teknik mengasah yang betul juga dapat menjamin mata parang agar sentiasa berkilat dan tidak mudah tumpul," katanya yang sudah lebih 10 tahun diberi tanggungjawab menyembelih binatang korban di kawasan kejiranannya di Kuala Langat, Selangor.

Ahmad Basri memberitahu, bukan sembarangan parang boleh digunakan untuk menyembelih binatang.

"Besi yang digunakan untuk dijadikan mata parang juga perlu dipilih daripada jenis yang sesuai.

"Bagi tujuan sembelihan, saya hanya akan memilih mata parang yang ditempa daripada besi paku landasan kereta api kerana sifatnya yang tahan lasak dan tidak mudah patah atau sompek," ujarnya yang menempah parang khusus untuk kerja-kerja penyembelihan, melapah dan memotong tulang daripada tukang besi dari Jelebu, Negeri Sembilan.

Menjejaki pembuat parang yang dimaksudkannya, Jurnal pergi ke Jelebu untuk melihat sendiri proses pembikinan pelbagai jenis senjata besi, terutama parang.

Kunjungan ke Kampung Mentaus yang terletak dalam mukim Sungai Durian, Jelebu, menemukan kami dengan seorang tukang besi dan tukang sarung parang yang cukup terkenal iaitu Zamri Wahid, 42.

Dianggap sebagai tukang besi tersohor di Negeri Sembilan, kepakaran Zamri menghasilkan mata parang yang licin dan halus serta kreativitinya membuat sarung parang lengkap dengan ukiran daripada tema flora seakan sudah menjadi tanda dagangan perniagaannya yang sudah mencecah usia 16 tahun itu.

Cicit Mat Tukang

ATAS: Pembakaran sempurna besi hingga terbit warna kemerah-merahan penting dalam menghasilkan mata parang yang bermutu tinggi.

"Mungkin darah tukang parang yang mengalir di tubuh saya masih kuat. Sebab itu orang di sekitar kampung ini tidak hairan jika saya pulang ke kampung dan menyambung legasi keturunan Mat Tukang," ujarnya ketika ditemui di bengkel parangnya baru-baru ini.

Menyingkap susur galur anak kelahiran Temerloh, Pahang ini, Zamri merupakan cicit kepada Mat Tukang yang merupakan tukang sarung parang dan keris yang disegani bukan sahaja di sekitar Jelebu, bahkan seluruh Negeri Sembilan.

"Menurut cerita orang tua-tua, banyak hasil kerja moyang saya dibeli oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Luak Jelebu.

"Saya tidak sempat berjumpa dengannya, tetapi masih dapat melihat hasil kerjanya yang saya anggap begitu halus dan berseni.

"Datuk saudara saya, anak Mat Tukang juga seorang tukang sarung parang tetapi tidak begitu aktif, namanya Tok Empat Adnan.

"Selepas Tok Empat, bapa saudara saya, iaitu cucu Mat Tukang, juga dikenali ramai dengan kepandaiannya membuat sarung parang, namanya Yusof tetapi lebih dikenali sebagai Hashim.

"Dia aktif membuat parang sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an. Orangnya masih hidup tetapi sudah tidak aktif membuat sarung parang.

"Kini, saya, generasi keempat Mat Tukang yang masih meneruskan warisan tukang besi dan pembuat sarung parang.

"Bakat turun-temurun ini nampaknya akan terus disambung oleh anak sulung saya yang juga ciut Mat Tukang iaitu Muhammad Abqari, 17," ceritanya.

Sungguhpun mewarisi darah tukang parang, Zamri tidak pernah belajar menempa besi atau mengukir sarung parang daripada generasi terdahulu.

Sebaliknya dia mempelajarinya daripada tukang parang dari Jawa dan Kelantan.

Zamri turut belajar teknik menghasilkan besi berkualiti tinggi daripada seorang penyelia warganegara Jepun ketika bekerja di kilang besi di Seremban dahulu.

TEKNIK mengasah mata parang sehingga permukaannya licin, halus dan berkilat adalah kelebihan di bengkel Zamri.

Kini Zamri menggaji lima pekerja di bawah jenama Mentaus Craft. Bermula secara kecil-kecilan, kini perniagaan parang Zamri dianggap antara yang paling berkembang di negara ini.

Selain kehalusan mata parang, keunikan hulu serta sarung parang, perusahaan yang dimulakan di belakang rumah kini sudah bertaraf komersial apabila berupaya mengeluarkan hampir 200 bilah parang sebulan.

Menjelang cuti sekolah atau Hari Raya Korban, tempahan yang diterima pula mampu mencecah dua kali ganda.

"Walaupun pengeluaran kita besar, Mentaus Craft tidak berkompromi dalam soal kualiti. Malah setiap senjata besi, tidak kira pisau, parang atau kerambit, mesti sampai ke tangan saya dahulu untuk diberi sentuhan akhir.

"Dalam proses menyepuh besi misalnya, hanya saya yang boleh melakukannya. Begitu juga dengan ukiran pada hulu dan sarung.

"Bukan tidak percaya dengan keupayaan pekerja, tetapi untuk proses paling penting ini, saya masih mahu mengekalkan sentuhan peribadi supaya pelanggan tidak keliru dengan kualiti Mentaus Craft," ujarnya yang sering dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam pameran kraf senjata di peringkat kebangsaan.

Turut berkongsi pelbagai tip penjagaan parang dalam blognya, Zamri percaya ilmu yang kerap diamalkan akan membongkar lebih banyak rahsia dan kelebihan.

"Memang penting tahu dan pandai mengasah parang, sebab satu alat yang masih dalam bentuknya, digunakan dari zaman kuno sampai sekarang ialah jenis keluarga parang," katanya.

Jelas Zamri lagi, tidak kira apa gelarannya, lembing, lading, parang, kelewang, badik, belati, pisau, kerambit, lawi ayam ataupun tumbuk lada, kegunaan besi tajam dianggap terpenting bagi orang Islam untuk menyembelih haiwan dan tidak boleh ditukar ganti.

"Bertitik-tolak daripada itu saya melihat parang mempunyai potensi untuk dijadikan produk perniagaan," jelasnya yang menjual pisau dari harga RM60 hingga RM120 manakala parang di antara RM100 ke RM500 sebilah.

Rahsia

MAN Misai adalah tukang asah parang berpengalaman di Mentaus Craft.

Melihat ketekunan Muhammad Abqari menempa mata besi di bengkel milik bapanya, nyata minat anak muda ini terhadap pembuatan parang bukan sedikit.

"Saya rasa puas bila besi yang bengkok dapat diluruskan, yang tebal dinipiskan dan yang karat dapat dilicinkan.

"Lebih menyeronokkan apabila besi yang berkarat dan tumpul dapat ditajamkan sehingga mampu memotong tulang mahupun paku tebal," katanya.

Gemarkan kerja di bahagian mata parang, Abqari bersama Abdul Rahman Samsudin atau Man Misai, 54, merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran mata parang, daripada proses membakar, mengetuk hingga mengasah.

"Proses membuat parang bermula dengan membakar besi hingga warnanya merah menyala. Bagi tujuan membuat parang beberapa jenis besi boleh digunakan antaranya besi bearing, papan chain saw, paku rel kereta api. Lain jenis besi, lain pula jenis kemerahannya.

"Sesudah itu, besi dikeluarkan dari dapur bara sebelum ditempa atau diketuk dengan tukul bagi mendapatkan bentuk parang yang diinginkan sebelum permukaannya diratakan menggunakan mesin pengasah pisau atau grinder.

"Selepas diketuk, mata parang akan melalui proses sepuh bertujuan mengeraskannya. Mata besi yang panas akan dimasukkan ke dalam air tanah liat," ujar Abqari.

Sambungnya lagi, untuk menghasilkan sarung dan hulu parang pula, bapanya akan menggunakan kayu yang berkualiti yang diambil di sekitar kampung.

"Ada juga pelanggan inginkan kayu tertentu. Jika sukar diperolehi, kita akan beli.

"Kayu-kayu tersebut kemudian dikorek di bahagian dalamnya mengikut saiz mata parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.

"Selepas itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif atau idea tertentu sebelum digosok dengan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat.

"Setelah sarungnya siap, besi parang akan dimasukkan ke dalam kayu yang telah dibentuk sebagai hulu dan akhir sekali mata parang itu akan diasah menggunakan batu asah sehingga ia tajam," jelas Abqari.

Tidak hanya dijual untuk kegunaan harian, parang keluaran Mentaus Craft juga dijual sebagai cenderahati.

"Jangan terkejut kerana ramai juga yang menempah parang untuk dijadikan hantaran perkahwinan," ujar Zamri.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia


Siapa kata Malaysia adalah selamat dari bencana gempa bumi? Dengan maksiat yang semakin berleluasa, masjid-masjid semakin mati, usaha dakwah secara sukarela semakin kurang, fitnah berleluasa, cerita porno semakin banyak di media arus perdana, tidak hairan jika titik gempa bumi semakin menghampiri Malaysia. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila. Buatlah semua yang Allah dan Rasul suruh, tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah, mudah bukan?

Beberapa kejadian gempa bumi pada skala Richter yang kecil sebelum ini yang dilaporkan di Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/lagi-gempa-bumi-di-malaysia-27-april.html

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA

Kosmo 27 Mac 2011

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

20110326

Terimakasih anggota Polis Senawang


Sabtu 26 Mac 2011 selepas balik gotong royong di Surau Alamanda, rehat di rumah buka internet. Dengar belakang rumah yang disewa oleh sebuah kilang di Senawang untuk pekerja asing mereka sedang memekak berkaraoke. Sebelum ini ada jiran-jiran sebelah mengadu kepada saya, saya kata laporlah kepada pihak polis, ini bukan bidang kuasa kita. Nanti kita tegur lain pula jadinya.


Saya pun taliponlah Balai Polis Senawang, entah siapa yang jawab saya pun tak dapat tangkap namanya. Saya beritahulah mengenai pekerja asing yang menyewa belakang rumah sedang memekak berkaraoke. Selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi senyap, selepas tu telefon daya berdering. Panggilan dari seorang anggota polis yang sedang berada di rumah suspek.

Saya pun cakap terima kasih banyak-banyak. Wah begitu pantas sekali tindakan anggota polis. Tak perlu dail 999, tak perlu Rakan Cop, terus dail balai , bukan main cepat datang. Rasanya polis tadi datang naik motor kapcai je.

Sebenarnya polis kita ni mangsa keadaan. Mereka ikut arahan je. Kesian juga tengok anggota polis ni dalam kes saman ekor, mereka hanya menjalankan tugas saja. Masalahnya menteri tak turun padang cuba faham kenapa sistem yang mereka pasang berjuta-juta ringgit tak boleh kesan nombor plet palsu, motosikal jadi kereta, moto buruk jadi superbike dalam sesetengah kes saman ekor. Tak pasal-pasal polis kena sumpah seranah dalam kes saman ekor. Menteri pula main Tai Chi buat-buat tak faham masalah teknikal dalam saman ekor ni.

Lagi satu kesian tengok polis ni bab SB atau Special Branch. SB yang dalam bidang politik. Selalu SB talipon saya mengenai program setempat. Disebabkan program tersebut memang dah tertera dalam internet atau blog jadi saya beri sajalah maklumat yang dalam blog, lebih-lebih tak boleh lah. Kesian tengok SB kena cari maklumat kena talipon sana-sini.


Apalah salahnya bekalkan SB SB ini dengan netbook siap dengan broadband. Petik jari je dapat semua maklumat. Jadi tak membazir masa, banyak masa polis ni diperlukan untuk mencegah jenayah.

Sekali lagi terima kasih kepada anggota polis Senawang, walaupun saya dengar dulu kurang kereta peronda, kurang anggota , dan banyak masalah lain, tetapi tetap menjalankan tugas demi masyarakat.

Majlis Perbandaran Seremban tak boleh harap langsung

Maaflah ya. Terpaksa guna ayat ini, sebelum ini dah guna cara lembut, sahabat saya Pengerusi Taman Alamanda telah tulis surat, fax, buat aduan secara online mengenai masalah pembuangan sampah dan bahan binaan secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tiada kesudahan sejak bertahun-tahun, terutama kontraktor binaan yang mengubahsuai rumah sesuka hati buang sampah dan bahan binaan di tepi jalan ke dalam lembah berhampiran Surau Taman Alamanda, Senawang.


Dan sekarang ini pula Taman Satria adalah kawasan panas wabak bala demam denggi, dan Taman Alamanda juga tidak terkecuali. Seorang demi seorang penduduk taman ini dan taman sekitar Senawang ini menghidap demam denggi.

Apa Majlis Perbandaran Seremban buat bila dibuat aduan. Mereka hanya letak papan tanda murah guna papan tulis JANGAN BUANG SAMPAH DENDA RM500. Penduduk minta tolong kepada Majlis tolong pasang penghadang besi atau konkrit supaya lori tak boleh nak buang sampah.

Rakyat Malaysia ini ada yang tak reti bahasa, pengotor, suka buang sampah ikut sesuka hati.

Akibat tidak tahan dengan sikap sambil lewa MPS atau Majlis Perbandaran Seremban para penduduk telah bergotong royong meletakkan pita amaran untuk sementara. Dan sedang mengumpul duit daripada penduduk setempat untuk dibina penghadang tetap.

Kalau dah bina penghadang besi nanti MPS jangan pula gatal tangan nak tanggalkan penghadang besi ini kerana tidak mengikut spesifikasi.

Apa guna MPS suruh penduduk bayar cukai pintu untuk setengah tahun 2011 sebelum 28 Feb 2011 kalau tak prihatin masalah setempat ? Bukan murah dekat RM200 cukai pintu untuk setengah tahun.

Kalau lembah bawah tempat pembuangan sampah itu pembentung itu tersumbat, air bertakung, siapa susah? MPS juga kan. Kena belanja berjuta-juta ringgit untuk buat pembentung baru.

Atau memang sikap agensi kerajaan ni suka projek juta-juta ringgit, apa guna pasang penghadang besi beratus-ratus ringgit.

Sekali lagi MPS dan Yang Dipertua juga Menteri Besar, minta maaf ya. Kesabaran penduduk ada hadnya.

Dibawah ini gambar selepas gotong royong pada 26 Mac 2011.












20110325

Ceramah Tuan Guru Tajuddin Jali 1 Apr 2011 Senawang


CERAMAH AGAMA
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 1 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

20110323

Bengkel Penentuan Kursus di IPT 28 Mac 2011 Seremban


BENGKEL PENENTUAN KURSUS DI IPT
Tarikh : 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Khusus untuk lepasan SPM dan STPM 2010
Dipimpin oleh : Prof Madya Dr Sidek Noah - UPM
Yuran : RM50 (makan tengahari disediakan)

Tel :
Pn Sham 012-6704424
Pn Naili 017-7124010
En Iqbal 010-4255718
E-mel e-rehal@hotmail.my

Anjuran bersama : E-Rehal , Maahad Tahfiz As-Sai’diyyah dan WAMY

TENTATIF
8.00 Pagi : Pendaftaran peserta.
8.30 Pagi : Bacaan Doa
8.35 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis & Taklimat Bengkel
8.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Ust. Hj. Shahrin Awaluddin,
Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia
9.00 Pagi : Slot 1- Inventori Personaliti Oleh: Prof Dr Sidek Mohd Noah,Ph. D
10.30 Pagi : Rehat
11.00 Pagi : Slot 2- Inventori Minat Kerjaya Oleh: Prof Dr Sidek Mohd Noah,Ph.D
12.30 T/hari: Slot 3- Soal Jawab Bersama Prof Dr Sidek Mohd Noah,Ph.D.
1.00T/hari : Makan Tengah Hari dan Solat Zohor.
2.00 petang : Taklimat Akademi Usahawan Muda (AUM)
2.30 petang : Slot 4- Bimbingan Pemilihan Kursus (Teknikal)
3.00 Petang : Slot 5- Bimbingan Pemilihan Kursus (Kemanusiaan dan Sosial)
3.30 Petang : Slot 6 – Bimbingan Pemilihan Kursus (Sains)
4.00 Petang : Slot 7 – Soal Jawab.
4.45 Petang : Penutup
5.00 Petang : Bersurai.

BAHAN BAHAN DARI FACEBOOK (Search E-Rehal)

PETIKAN KISAH MEREKA YANG TERSALAH MEMILIH KURSUS DI IPT

Kisah 1
Even though he knew his decision would disappoint his father back then but he could no hold back his passion and was no longer willing to lie to himself. As an accountant, he was dressing the corporate suit and tie but deep in his heart it is not the kind of life and work style he had wanted. He was desperate for a career change and wanted to do something he loves and that is going to be food.

Kisah 2 – Part 1
"Pada saat itulah, saya sedar yang selama ini saya telah mensia-siakan peluang
yang saya ada untuk membuat pilihan yang betul dalam kursus ijazah kerana sekarang saya terpaksa menghadapi kursus yang tidak langsung saya terfikir untuk dijadikan pilihan dan tidak langsung saya minati. Hendak atau tidak, saya sudah tiada pilihan........"

Kisah 2 – Part 2
"...Saya terpaksa mencuba sedaya upaya utk menghabiskan kursus 5 tahun ini. Tiba-tiba dunia saya hancur, kerana baru saya sedar yang saya tidak mengenali diri saya sendiri, tidak tahu apa yang saya mahukan dalam kehidupan & hanya tahu mengikut orang lain (pak turut), dan lebih teruk, sekarang saya berada pada jalan yang saya tidak mahu ikuti"

Kisah 2 – Part 3
"Tempat saya mengadu hanyalah Tuhan. Setiap hari saya berdoa supaya Dia menunjukkan jalan yang betul untuk saya ikuti. Kawan-kawan sekursus yang memahami masalah saya juga turut bersimpati tetapi apa yang mereka boleh buat? Kebanyakan mereka sendiri tidak meminati kursus tersebut"

Parang Mentaus Craft di Ulu Bendul 24 Mac 2011


Mentaus Crafts akan mengadakan jualan parang di Taman Rekreasi Ulu Bendul Sempena Hari Keluarga Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 10 pagi hingga 5 petang

Mentaus Crafts akan mengadakan jualan parang di Pekan Sehari Temerloh pada :

Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Info lanjut di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

20110322

Lelaki Gila rempuh Masjid dan Khutbah Jumaat

Baru saya tulis mengenai setiap 5 orang ada seorang gila di Malaysia ini, dan gejala sakit mental makin serius di Malaysia di mana Khutbah Jumaat adalah medan terbaik untuk menyedarkan masyarakat, dah ada pula lelaki yang sakit mental rempuh Masjid Putra di Putrajaya dengan keretanya. JAKIM dan Majlis Agama Negeri masih tak nampak lagi ke? Nak tunggu petanda lain? Ubahlah konsep khutbah Jumaat, sepatutnya Berkhutbah bukan Membaca Teks Khutbah.

Artikel saya sebelum ini bertajuk Khutbah Jumaat Orang Gila di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-orang-gila-di-malaysia.html

LELAKI SAKIT MENTAL REMPUH MASJID PUTRA
Berita Harian 22 Mac 2011

BEBERAPA kesan pecah di tangga menuju ruang solat di Masjid Putra, Putrajaya, akibat dirempuh kereta, semalam.

PUTRAJAYA : Sekumpulan jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh di Masjid Putra di sini, pagi semalam gempar apabila seorang lelaki memandu keretanya secara melulu memasuki masjid.

Selepas meletakkan keretanya bersebelahan ruang solat utama masjid, lelaki terbabit dikatakan terus menuju ke tandas berhampiran untuk membuang air kecil, sebelum cuba melarikan sehelai jubah.

Jurucakap polis berkata, cubaan lelaki terbabit bagaimanapun gagal apabila perbuatannya itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menahannya. “Lelaki berusia 30-an yang ditahan pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana menceroboh Masjid Putra.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki terbabit bebas daripada pengaruh dadah atau minuman keras, namun POLIS TIDAK MENOLAK KEMUNGKINAN SUSPEK MENGALAMI MASALAH MENTAL,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Berikutan itu, polis menahan suspek terbabit untuk membantu siasatan.

Tinjauan Berita Harian mendapati terdapat kerosakan kecil pada anak tangga menuju ke ruang solat utama di Masjid Putra dipercayai kesan dilanggar kereta lelaki terbabit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LelakisakitmentalrempuhMasjidPutra/Article

Santai Bob Lokman dan Radzi Melissa 5 Apr 2011 Senawang


JOM SANTAI DAN RAMAH MESRA
Bersama Bob Lokman dan Radzi Melissa
Tarikh : 5 April 2011 (SELASA)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan
Turut serta YB Taufek dan Khairil Anuar Wafa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Pejabat ADUN Paroi

20110321

Masjid WIFI di Negeri Sembilan


Sesiapa yang ada maklumat senarai masjid yang ada Wifi di Negeri Sembilan ini harap dapat maklumkan kepada saya rozmal@yahoo.com . Setakat ini yang saya tahu masjid yang ada perkhidmatan Wifi secara percuma 24 jam ialah Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com/

Maklumat senarai masjid yang ada Wifi percuma di Negeri Sembilan akan saya kemaskini di http://waghih.blogspot.com/ untuk kemudahan semua.

Takkan sibuk dengan Kampung Wifi sajakan, Masjid Wifi tak nak dipromosi ke ?

Gotong Royong Surau Alamanda 26 Mac 2011


PROGRAM GOTONG ROYONG
Membersih Surau Taman Alamanda, Senawang
Sabtu 26 Mac 2011
Jam 8.30 pagi
Semua dijemput turut serta

Khutbah Jumaat Tsunami untuk iktibar kita semua, menyentuh perasaan


Tak tahulah samada menjadi kesalahan dan berdosa sekiranya para khatib di Malaysia ini membaca teks khutbah Jumaat dari kerajaan Brunei Darussalam berkaitan Tsunami yang bertajuk Beriman Dengan Hari Kiamat. Teks khutbah ini saya dapati amat menyentuh perasaan sekali dan menginsafkan kita. Dan masjid yang ada multimedia bolehlah siarkan gambar-gambar kedahsyatan Tsnunami di Jepun supaya kita semua insaf dan kembali mengamalkan Islam keseluruhannya.

Politik Malaysia semakin kalut, membuatkan kita semua umat Islam lupa akan gambaran kiamat melalui Tsunami.

************************
Teks Khutbah negara Brunei

BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT

Muslimin yang dirahmati Allah,

Apabila datangnya Hari Kiamat, ketika itulah sangkakala ditiup dan seluruh makhluk yang hidup di dunia ini akan mati.

Ketika kejadian dahsyat itu menimpa dunia, berlakulah goncangan bumi yang amat menggerikan, langit-langit beserta isi ala mini akan menjadi kacau-bilau, bumi digoncangkan dengan sedahsyat-dahsyatnya, gunung-ganang berterbangan dan hancur luluh dengan sehancur-hancurnya, bintang-bintang berguguran, matahari telah digulung sehingga tidak bercahaya lagi, LAUTAN YANG BESAR MELUAP-LUAP DENGAN GELOMBANG YANG BERGULUNG-GULUNG MENGHANCURKAN DAN MENELAN SETIAP YANG ADA DI PERMUKAAN.

Ahli Jumaat sekalian,

Ingatlah bahawa dunia ini hanya pinjaman dan inilah ketikanya untuk kita menentukan masa depan kita di akhirat nanti.

Jika kita seorang yang taat perintah Allah pasti kegembiraan dan kebahagiaan yang akan diperolehi tetapi jika seorang yang ingkar perintah Allah, hidup bergelombang dosa dan maksiat, maka kesengsaraanlah yang akan menanti.

Kerana itu kita perlu sedar jika kita telah banyak melakukan kesalahan dan dosa, bertaubatlah dengan segera. Jangan tunggu sehingga nyawa di kerongkong baru hendak bertaubat kerana pada ketika itu tidak ada gunanya lagi.

Oleh itu sebagi umat Islam amalkanlah ajaran Islam itu secara menyeluruh, bukan sebahagian-sebahagiannya sahaja.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Buatlah perhitungan ke atas diri kita sebelum kita diperhitungkan. Jangan lalai dan leka dengan keseronokkan dunia semata-mata. Beramallah sebelum terlambat dengan memperbanyakkan istighfar, taubat dan muhasabah diri sendiri.

Ingatlah hidup ini hanya sementara dan amal kebaikan sahaja yang akan dapat menolong dan menyelamatkan kita di Hari Kiamat kelak.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az Zalzalah ayat 6-8 tafsirnya :

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Barangsiapa yang mengerjakan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula".

Khutbah penuh di http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=328


Terjemahan Al Quran Surah Al-Infitaar

[1] Apabila langit terbelah;
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3] DAN APABILA LAUTAN PECAH BERCAMPUR-BAUR;
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/index.html

Wave of Destruction
Photograph by Mainichi Shimbun, Reuters

A tsunami wave crashes over a street in Miyako City, Iwate Prefecture, in northeastern Japan on March 11.

Published March 15, 2011

http://www.theatlantic.com/infocus/2011/03/japans-earthquake---the-aftermath/100023/
http://news.nationalgeographic.com/news/2011/03/pictures/110315-nuclear-reactor-japan-tsunami-earthquake-world-photos-meltdown/

145 anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia


Sebanyak 145 orang anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia, iaitu sejumlah 52,982 orang anak luar nikah yang direkodkan pada tahun 2010. Mana pergi peranan umat Islam secara keseluruhannya, mana pergi peranan JAKIM, peranan Media, peranan Ketua Agama Negeri, peranan Pengerusi Majlis Agama, NGO, Pendakwah, Ustaz dan yang penting kita sendiri dalam isu ini. Harap setiap kita sediakan jawapan sebelum bertemu Malaikat Munkar dan Nakir di kubur, juga Malaikat Raqib dan Atid yang ada dikiri kanan kita setiap masa sekarang ini.

Births out of wedlock 'alarming'
2011/03/21

PUTRAJAYA: The country is witnessing an increasing trend of children born out of wedlock with 234,674 cases recorded between 2006 and last year, the National Registration Department revealed.

Describing the situation as alarming, NRD director-general Datuk Alwi Ibrahim said last year alone, 52,982 children of the 510,462 births registered were born out of wedlock.

With the exception of last year, the number of cases increased in tandem with the number of births registered.

Based on NRD statistics, 38,258 out of the 472,983 births in 2006 were accorded illegitimate child status, the term used to refer to those born out of wedlock.

The figure surged to 44,234 out of 484,722 births in 2007; 46,822 out of 496,414 in 2008; and, 52,378 out of 516,645 births in 2009.

For Muslims, the illegitimate child status is given to babies whose parents have not performed the "akad nikah" (soleminisation) or those born less than six Qamariah months after the solemnisation, according to the National Fatwa Council.


For non-Muslims, the status applies to babies of unmarried mothers.

Of the three main races in the country, the statistics revealed, the trend was prevalent among the Malays, followed by the Chinese and Indians, respectively, from 2006 to 2008.

There was also a surge in the number of illegitimate children in the "Others" category, which lumps together all Malaysians who are not of the three major races, and foreigners.

"The increase in cases is not very significant when compared with the number of births registered, but still there is no drop in the figures," Alwi told the New Straits Times.

He said even though the NRD did not "zoom in" on the reasons why children were born out of wedlock when their births were registered, he attributed the trend to an increase in the country's population, the younger generation's exposure to unsavoury material, lack of awareness on birth registration laws as well as an influx of immigrants.

And while the department's job was only to register births, Alwi said the matter must be viewed seriously by all quarters.

Therefore, he said, it would inform the authorities, such as the Women, Family and Community Development Ministry and the Islamic Development Department, so that proper action could to be taken.

"Leaders, the community, relevant agencies, parents and schools must address this issue and see how best to tackle this problem. We all have a role to play.

"We need to have proper sex education so that individuals will fully understand the implications and responsibilities that come with sex."

Illegitimate Muslim children, Alwi added, would face complications under syariah.

http://www.nst.com.my/nst/articles/14sawed/Article

20110320

Guru Takmir di N.Sembilan dah 3 bulan tak ada elaun?


Pada 15 Mac 2011 yang lalu saya menerima SMS dari seorang sahabat yang bukan Guru Takmir di N.Sembilan yang menyatakan bahawa guru-guru takmir dah 3 bulan tak terima elaun. Dia minta saya ketengahkan perkara ini. Manalah saya nak ketengahkan, saya bukannya Menteri Besar yang boleh saya tanya perkara ini kepada Pengarah Jabatan Agama N.Sembilan. Saya pun bukannya Wakil Rakyat yang saya boleh bertanyakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Dan saya pun bukanlah pemberita macam Karam Singh Walia tu yang boleh ketengahkan dalam Aduan Rakyat.

Jadi saya ketengahkanlah dalam Blog saya http://waghih.blogspot.com/ , moga ada yang boleh ketengahkan ke pihak yang berkenaan, untuk menyiasat perkara ini terlebih dahulu samada berita ini benar atau tidak. Adakah semua guru takmir belum terima elaun atau mungkin seorang dua sahaja yang mungkin belum disahkan jawatannya, yang belum buka akaun bank dan mungkin beberapa perkara lain yang insyaAllah boleh diselesaikan secara baik.

Juga sebelum ini saya juga ada terbaca rungutan guru-guru KAFA/KAP/SARA di N.Sembilan ini belum terima kenaikan elaun seperti yang diumumkan oleh PM kita tahun lepas.

Selesaikanlah perkara ini dengan cara terbaik, dengan semangat muhibbah dan kasih sayang.

Memang sekarang ini kewangan amat kritikal, lebih-lebih lagi awal tahun ini. Nak bayar yuran sekolah, pakaian sekolah, cukai pintu, cukai tanah, bil IWK, saman ekor dan macam-macam lagi.

Kawan saya pelukis pelan katanya dia tidak mampu lagi untuk bayar cukai pintu Majlis Perbandaran Seremban yang tarikh akhir sepatut bayar pada 28 Feb 2011 yang lalu. Dia kata biarlah kena denda, dia akan bayar kemudian, sebab banyak perkara lain nak dibayar.

Itu pelukis pelan yang gajinya RM2000 lebih, bagaimana dengan guru takmir dan guru KAFA?

Khutbah Jumaat Orang Gila di Malaysia

Berita Minggu 20 Mac 2011 menyatakan 1 dari 5 orang di Malaysia ini berisiko gila. Maknya kalau ada 40 orang yang solat Jumaat, ada 8 orang gila dalam masjid tersebut. Bilalah Khutbah Jumaat di Malaysia ini benar-benar akan membincangkan isu masyarakat setempat yang semakin kritikal ini. Apakah peranan imam hanya Nikah Kahwin dan membaca Teks Khutbah bukan berKhutbah? Nak tunggu 5 dari 5 rakyat di Malaysia ini sedar baru nak sedar? Ubahlah konsep Khutbah Jumaat wahai JAKIM dan Majlis Agama Negeri.

Artikel saya sebelum ini bertajuk Malaysia Memerlukan Lebih Banyak Hospital Pesakit Mental dan Doktor Pakar Psikiatri di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

EKSKLUSIF: 1:5 RAKYAT MALAYSIA BERISIKO JADI GILA
Berita Minggu 20 Mac 2011

PESAKIT meluangkan masa lapang dengan bermain catur di Wad Kebun Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh. Masyarakat kurang kesedaran rawatan awal penyakit mental

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental.

Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020. Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Minggu di pasaran, hari ini

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_1_5rakyatMalaysiaberisikojadigila/Article

Rumah Pertamaku, mana cerdik pandai di N.Sembilan?


Skim Rumah Pertamaku yang baru dilancarkan adalah satu usaha yang baik. Tapi takkan nak harap skim ini saja? Bagaimana dengan mereka yang berpendapatan RM1000 sebulan, mereka yang kerja kampung, kerja kilang, penebar roti canai dan seterusnya? Cuti sekolah yang lalu Mac 2011, rumah adik ipar saya yang dibina sendiri oleh suaminya atas tanah ibu mertua saya telah pun hampir siap dan telah pun mula diduduki siap dengan bekalan air dan elektrik di Terengganu dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Terengganu tanpa perlu kelulusan pelan dan CF.

Inilah skim Rumah Pertamaku untuk orang yang berpendapatan tidak sampai RM 3,000, bukan rumah pangsa, tapi rumah banglo di kampung. Ibu mertua saya hanya orang kampung, bukan ada pencen, bukan ada harta bertimbun-timbun, hanya ada sedikit tanah. Tanah yang sedikit ini diberikan kepada anak lelaki dan anak perempuannya untuk dibina rumah sendiri.

Tapi dapatkah perkara sebegini dilakukan di atas tanah adat di N.Sembilan? Jawapannya TIDAK ! Kalau dapat pun banyak karenah birokrasinya, nak buat rumah kampung di Rembau pun perlu kelulusan pelan dan CF oleh Majlis Daerah Rembau, bukan Dewan Bandaraya Rembau.

Mana pergi cerdik pandai di Negeri Sembilan ini ? Adakah ibu mertua saya dan lain ibu-ibu di Terengganu dan Kelantan yang tidak berpengajian tinggi lebih bijak dari semua cerdik pandai di Negeri Sembilan dalam Skim Rumah Pertamaku?

Artikel saya sebelum ini berkaitan isu ini dengan tajuk Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan di http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html


Sabtu Mac 19, 2011
Kerajaan Cari kaedah Terbaik Bantu Pemaju Perumahan Jayakan Skim Rumah Pertamaku

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim itu membolehkan membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad juga akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/19/mstar_berita/20110319155320&sec=mstar_berita

Masjid masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat

Pada Sabtu 19 Mac 2011 saya menghadiri jemputan kenduri perkahwinan sahabat saya di Kg Kuala Dadeh, Sawah Raja, Kota, N.Sembilan bersama anak lelaki saya yang berusia 14 tahun. Dalam perjalanan pulang dari kenduri tersebut telah hampir waktu zohor. Lalu saya berkira-kira nak solat zuhur di mana, di Kota atau di Chengkau. Rasanya nak solat di Chengkau, tetapi teringat pesanan Tuan Guru Haji Basiron, bila dah masuk waktu solat terus di masjid terdekat, jangan tangguh-tangguh.

Kalau solat di masjid Chengkau, tempat letak keretanya selesa, ada warung lagi luar masjid. Oleh kerana dah sampai Masjid Kariah Kota dulu , lalu saya pun berhentilah solat zuhur di Kota. Sampai di perkarangan masjid nampak begitu ramai para jemaah Tabligh, semuanya orang asing, barangkali dari Pakistan yang baru juga sampai.

Lepas ambil wudu adalah 2 orang yang saya rasa orang tempatan yang saya tidak kenal. Ruang utama dalam masjid berkunci, ruang sebelah tidak berkunci. Saya ingatkan dah azan zuhur, salah seorang orang tempatan tadi pun mulalah ikamah, saya minta seorang yang berkopiah menjadi imam, dia pula minta saya jadi imam. Saya pun jadilah imam, walaupun saya tiada tauliah untuk jadi imam solat zuhur di masjid kariah.

Selepas solat saya terfikir, mana pergi imam yang dibayar elaun dengan kenaikan elaun yang lebih tinggi pada tahun 2011 ini? Mana perginya bilal kalau tiada imam? Mana perginya siak kalau tiada bilal? Mereka semua ini dibayar elaun untuk apa? Imam 2 , Imam 3 hingga Imam 10 kalau ada, rasanya tidak dibayar elaun.

Apakah Pengarah Jabatan Agama Negeri Sembilan hanya pentingkan imam untuk baca teks khutbah yang dibekalkan setiap minggu, jika tidak dibaca teks khutbah yang dibekalkan maka tindakan keras akan diambil?

Apakah Pengarah Jabatan Agama, Pengerusi Majlis Agama, Ketua Agama Islam di Negeri Sembilan ini tidak kisah ada masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang tidak didirikan solat fardu 5 waktu?

Orang Kota, Rembau jangan marah ye, saya pun dilahirkan di Kg Kota Pulau, Kota, N.Sembilan. Saya tegur ni, bukan saya marah kepada imam, kepada bilal, kepada siak, kepada Pengarah Jabatan Agama dan seterusnya. Tapi saya rasa kasihan dan belas ehsan (bukan wang ehsan) bagaimana mereka nak jawab semua perkara ini dalam kubur, di padang Mahsyar , di hadapan Raja segala Raja nanti.

Cubalah buat kajian berapa banyak masjid-masjid di N.Sembilan ini yang tidak didirikan solat fardu 5 waktu, kita ada USIM, kita ada MAINS, kita ada JHEAINS, kita ada UITM, kita ada Pusat Dakwah, saya cuma ada Allah dan Blog saya http://waghih.blogspot.com

Jangan tangguh-tangguh, malaikat maut melawat setiap seorang kita 70 kali sehari.

Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan kita, siapa?

Semasa kenduri di Sawah Raja tadi seorang sahabat beritahu pasal cerita Khutbah Jumaat di Masjid Seremban Selatan. Katanya Ustaz Khusairi Hamthan tidak mahu berkhutbah Jumaat lagi, kerana arahan Jabatan Agama Islam N.Sembilan WAJIB baca khutbah ikut teks. Mungkin ada imam boleh sahkan cerita ini.

Agaknya Tan Sri P.Ramlee dah lama nampak kekalutan pengurusan agama Islam dan masjid di Malaysia ini, cuba perhati betul-betul dalam kisah Musang Berjanggut, banyak sindiran. Antaranya Kadi Nikah Kahwin, mungkin sekarang perlu ditukar ke Imam Nikah Kahwin, dimana fungsi imam hanyalah nikah kahwin sekarang bukannya untuk memberi peringatan kepada masyarakat setempat semasa kuliah, ceramah atau khutbah Jumaat. Dan tugas imam juga ikut suka hatilah untuk imam solat fardu 5 waktu, kerana tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.

Pada 18 Mac 2011 topik khutbah Jumaat satu Malaysia adalah mengenai Air, tapi bukan Air Tsunami. Satu dunia cerita pasal Tsunami di Jepun, khutbah Jumaat di Malaysia tidak langsung mengaitkan mengenai Tsunami sebagai iktibar, tapi cerita pasal air supaya kita berjimat cermat, tak salah, cuma tak kena masanya.

Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan dan Menteri JAKIM, bangunlah dari tidur kalian semua.

Jangan biarkan lebih banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan dan Malaysia ini mati.

Ese makmum yo, bukan imam.

Oh Negeri Sembilan, Negeri Beradat, kaya dengan adat tapi miskin iman




20110319

Adenovirus, perhatian kepada polis, SB, Ketua Polis dan Menteri KDN


Negara kita diancam satu lagi bala, iaitu Adenovirus yang setakat ini telah menyebabkan kematian 2 orang pelatih Pulapol. Saya tahu Blog saya juga dipantau oleh polis dan SB. Jadi saya minta sangatlah kepada pihak polis dan SB yang memantau Blog saya supaya menyampaikan mesej kepada pihak atasan mengenai kaedah untuk membunuh segala jenis virus yang terdapat di persekitaran dengan kaedah yang selamat, iaitu dengan menggunakan air sahaja yang melalui proses elektrolisis menggunakan mesin canggih untuk menghasilkan air elektrolisis yang boleh membunuh semua virus , insyaAllah.

Jadi tak perlulah nak pikul tilam-tilam untuk dibuang atau dijemur untuk membunuh virus tersebut.

Saya cakap ini ialah kerana saya amat bersimpati dengan para pelatih Pulapol kita dan wabak ini boleh berlaku dimana-mana.

Dan saya serius dengan apa yang saya perkatakan ini , bukan kerana saya pakar dalam perkara ini, tapi kerana saya telah berjumpa orang yang pakar dalam perkara ini, yang professional, yang ada ijazah yang diiktiraf, yang penting dia anak tempatan.

Kalau tak percaya cakap saya, boleh search sendiri di Internet dengan kata kunci Neutral Electrolyzed Water atau baca di pautan berikut http://aquaox.blogspot.com/2010/05/electrolyzed-water-applications-in.html

Neutral Electrolyzed Water (NEW) is produced near neutral 6.5 pH where the predominant antimicrobial agent is Hypochlorous Acid, the most efficient and efficacious specie of chlorine. Hypochlorous Acid kills microorganisms (bacteria, fungi, algae, spores, staff infections/MRSA and viruses).

Apa-apa pun kita manusia hanya berusaha, yang menyembuhkan dan yang membunuh Adenovirus ini hanyalah Allah yang Maha Esa.

Hidup di dunia hanya sementera, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila

20110317

Kisah Masjid di Kelantan untuk iktibar kita semua



Cuti sekolah bulan Mac 2011 saya berkesempatan menghantar rombongan perkahwinan anak saudara sebelah isteri di Rantau Panjang. Perjalanan pergi dan balik dari Kuala Terengganu kami melalui jalan pantai.

Sampai saja di Rantau Panjang kami singgah di Masjid Beijing berhampiran pekan Rantau Panjang. Memang mengagumkan senibinanya. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak masjid dan kerajaan negeri.

Pertama dari segi user friendly atau mesra pelanggan. Kurang tunjuk arah untuk ke ruang solat, tempat wuduk dan bilik air.

Kedua dari segi mesra OKU, perlu diadakan kemudahan yang sesuai untuk OKU terutama mereka yang berkerusi roda dan bertongkat

Ketiga, kebersihan. Agak mengecewakan kebersihan tandas lelaki. Di luar tandas kelihatan manhole terbuka, kemungkinan sedang dibaiki. Di dalam di dapati tandasnya keseluruhannya tersumbat.

Dalam perjalanan pulang , kami singgah untuk solat di Masjid Haji Taib, Kampung Hujung Repek, Bachok. Walaupun masjid ini kecil, tapi terasa begitu lain suasana masjid ini, tenang, aman, tenteram berada di masjid ini. Walaupun hanya ada dua tandas lelaki tanpa pam, tetapi ianya bersih.

Dalam hati tertanya-tanya siapa yang menjaga masjid ini, kenapa masjid ini lain dari masjid-masjid yang saya solat sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan malahan di beberapa tempat lain di Terengganu , Negeri Sembilan dan seterusnya.

Selepas selesai solat, ada seorang pakcik yang masih berada di masjid. Saya bertanyakan suis kipas untuk ditutup, kemudian pakcik tadi pun mulalah bercerita apabila saya tanya sedikit demi sedikit.

Nama pakcik tadi ialah Mokhar orang pangggil Pak Su Ta. Katanya masjid tersebut di bina atas usaha bersama orang kampung. Pada mulanya orang kampung tidak yakin boleh membina masjid tersebut, di mana hendak cari wang, maklumlah mereka hanya orang kampung, kerja kampung, petani sahaja.

Atas persetujuan mesyuarat , sedikit demi sedikit masjid tersebut terbina. Sebelum terdiri masjid , ianya adalah merupakan madrasah kecil sejak tahun 1960an. Bermula tahun 2001 barulah binaan masjid baru bermula.

Nama masjid tersebut Masjid Haji Taib adalah sempena nama ayah Pak Su Ta.

Saya perhatikan , ada pembinaan tandas tambahan. Kata Pak Su Ta nak tambah tandas, dan buat khusus untuk OKU, kesian katanya tengok OKU datang masjid tiada kemudahan. Begitu tersentuh sekali dengar cerita Pak Su Ta.

Saya tanya lagi, packik duduk mana. Di tunjuknya rumah sebelah masjid. Katanya tinggal dia dua orang suami isteri. Anaknya semua lulusan universiti luar negara dan sudah bekerja.

Begitulah kisah Pak Su Ta, yang begitu ramah, begitu bersungguh membina dan memelihara rumah Allah.

Kalaulah ramai orang macam Pak Su Ta ini, walaupun hanya kerja kampung, tapi diberikan rezeki yang melimpah ruah, dapat buat masjid lagi. Bandingkan dengan kita, nak buat tempat masak, khemah, pondok di surau atau masjid pun berkira-kira.

Rozmal http://waghih.blogspot.com/

*****************
Masjid Beijing bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing.

Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai

Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang

Sekitar 2 Km dari Pekan R.Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.

Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

http://www.rantaupanjang.com/attractions/masjid-beijing/


Usahawan N.Sembilan di MIHAS 2011


PAMERAN HALAL ANTARABANGSA KALI KE 8 (MIHAS 2011)
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC
Tarikh : 6 - 9 April 2011 (Rabu-Sabtu)

Semua penduduk dan usahawan dari Negeri Sembilan dijemput hadir untuk memberi sokongan.

Kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan pameran.

Penjualan produk hanya akan diadakan pada 9 April 2011

Berikut adalah senarai syarikat usahawan Bumiputera dari N.Sembilan yang akan menyertai Pameran MIHAS 2011.

1) Syarikat Sanabil Halal2u (Gemas)
2) Hajah Aminah Food Industries (Seremban 2)
3) Ish Enterprise (Seremban 2)
4) Thoyyib Pharma Industries (Nilai 3)

Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban

CERAMAH PERDANA
Penjelasan Buku Jingga
Bersama : Rafizi Ramli, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Anthony Loke
Tarikh : 20 Mac 2011 (AHAD)
Masa : 8.45 mlm hingga -
Tempat : Markas KeADILan Cabang Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan, Seremban

Sumber http://myharakah.net/diary.php?id=109

Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011


MAJLIS JAMUAN HI TEA
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban)
Masa : Selepas Asar
Kupon RM10
Tetamu :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255


CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban
Masa : 9 malam
Penceramah :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi

20110316

Khutbah Jumaat perlu tekan Sakit Mental, Bunuh Diri

Khutbah Jumaat sepatutnya menyedarkan jemaah yang hadir agar insaf dan bersatu bertindak atas kemelut iman yang semakin serius. 11.3 peratus atau 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun serta hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh negara. Maharaja Jepun minta rakyatnya bersatu dan bantu membantu menghadapi bencana gempa, tsunami dan krisis nuclear. Maka para khatib sepatutnya menyedarkan jemaah agar bersau menghadapi pelbagai bencana iman, hilang pedoman, sakit mental dan bunuh diri yang juga adalah merupakan bala bencana di Malaysia ketika ini.

Artikel berkaitan sebelum ini :
Khutbah Jumaat, Jangan bekukan otak imam di Malaysia http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-jangan-bekukan-otak-imam.html

Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

Negara amat perlukan lebih banyak Hospital Mental http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

LELAKI MAUT TERJUN PANGSAPURI
Utusan Malaysia 16 Mac 2011

MUAR 15 Mac - Seorang pemuda dipercayai mengalami masalah mental maut selepas terjun dari tingkat empat pangsapuri yang didiaminya di Taman Warisan, Jalan Junid di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Zulkarnain Mustafa, 26, (gambar) tiba-tiba bertindak keluar dari rumah dan terjun menerusi koridor rumah pangsa berkenaan.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, meninggal dunia pada pukul 5.30 petang akibat kecederaan parah.

Menurut ibu mangsa, Nora Omar, 49, dia serta dua anaknya yang lain sedang berada di dalam rumah semasa kejadian berlaku.

Katanya, anak keempat daripada lapan beradik itu mengidap sakit mental sejak 1999 dan seringkali berulang-alik mendapatkan rawatan di HPSF.

"Saya memang terkejut dengan apa yang berlaku sebab dia baru sahaja keluar dari wad hospital sejak tiga hari lalu dan keadaannya semakin baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia yang reda dengan takdir berlaku menyifatkan anaknya itu seorang baik dan bijak sebelum mengidap penyakit tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_09.htm

20110314

Ais Krim Goreng Usahawan N9 Special


Hafiz Berkat Trading merupakan pemasar produk-produk usahawan IKS Negeri Sembilan.

Produk Aiskrim Goreng ini ada 3 perisa iaitu Cokelat, Vanilla dan Rasberi (Strawberi).

Harga bagi Aiskrim Goreng ini adalah :
1 pek = 5 biji = RM ?

Sekiranya anda mengambil lebih daripada 20 Pek (100 biji) , Harganya adalah
1 pek = 5 biji = RM ?.50

Sekiranya anda berada di kawasan Seremban, tiada cas penghantaran dikenakan.

HAFIZ BERKAT TRADING merupakan sebuah perniagaan milik anak Negeri Sembilan.
Perniagaan Utama Hafiz Berkat Trading adalah memasarkan produk-produk
usahawan IKS Negeri Sembilan.

Kebanyakkan produk-produk Hafiz Berkat Trading merupakan produk yang lain daripada yang lain dan susah didapati contohnya aiskrim goeng, bahulu putar, dan sebagainya.

Hubungi :
MOHD NOR HAFIZ BIN NARIZAN
TAMAN PANCHOR JAYA,70400, SEREMBAN,
NO. TELEFON : 013 - 2191973
E-MEL : hafiz.berkat.trading@gmail.com

Jom selamatkan anak-anak yatim di Kundur, Rembau


Saya sedang mengambil angin di anjung rumah mertua di Kuala Terengganu petang Ahad 13 Mac 2011. Telefon bimbit berdering dari sahabat saya Saudara Mohd Sham Kidam dari KL. Agak cemas bunyi panggilannya. Antara apa yang diperkatakan ialah Rumah Anak Yatim di Kundur, Rembau perlukan bantuan segera kerana mereka terpaksa mencari tempat perlindungan baru atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Katanya Rumah Anak Yatim ini dibawah seliaan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO, menempatkan lebih kurang 30 orang anak yatim lelaki dan perempuan.

Buka cuti sekolah ni mereka perlu mencari rumah perlindungan baru untuk anak-anak yatim lelaki, yang perempuan masih ada tempat perlindungan.

Sahabat sekelian , anak yatim di sini tidak ada menjalankan aktiviti kutip derma, jual barangan dan sebagainya. Mereka mendapat sumbangan dari orang ramai. Dan sekarang mereka ini amat kesempitan.

Jadi inilah masanya kita bantu mereka, kalau kita ragu-ragu nak beri derma kepada mereka yang mengutip derma atau menjual barangan di luar bank dan stesen minyak atau R&R , bantulah anak-anak yatim di Kg Kundur, Rembau ini (dalam DUN Chembong, Parlimen Rembau).

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi terus sahabat saya tadi Mohd Sham Kidam di 012-2763276.

Mungkin sesiapa ada rumah pusaka, rumah tinggal yang masih elok berhampiran Taman Desa Permai, Kundur, Rembau bolehlah beri pinjam sementara menjelang buka sekolah minggu depan.

Sumbangan boleh juga dimasukkan ke akaun :
CIMB ISLAMIC No Akaun 0501-0000019-10-8 atas nama PEYAKIN NS.

Tak habis habis Seminar Adat Perpatih, apa untungnya?

Saya ternanti-nantikan seorang veteran untuk bersuara mengenai Adat Perpatih samada ianya masih lagi relevan, masih lagi dapat membela anak buahnya yang hidup merempat, samada boleh diubah suai dan sebagainya. Akhirnya seorang veteran yang disegani bersuara dalam Blognya iaitu AF Yassin. Antara tulisan beliau ialah : “Tak perlulah mengadakan lebih banyak seminar dan bicara ilmiah. Apa yang boleh mendatangkan kesan baik kepada masyarakat adat lakukanlah. Tak salahkan. Para ilmuan adat perpatih dan para pemimpin adat di Negeri Sembilan patut sangat memikirkan hal ini.

Sekarang ini masalahnya, sampaikan tanah adat banyak yang tinggal terbiar tak terurus. Hanya kerana "Tanah itu posako ese orang betino yang punyo, kau orang jantan tak ado hak! Payah....Payah!!” , artikel penuh AF Yassin ini di http://waris-gadong.blogspot.com/2011/03/tanah-pesaka-ese-orang-betino-punyo.html

Kepada orang Negeri Sembilan , terutama di Rembau, Pilah, Jelebu, Johol, Sg Ujong, Seri Menanti, termasuk orang Monyomondo (Bersemenda), tolonglah baca artikel tersebut, ke mana arah tuju kita di Negeri Sembilan ini.

Juga orang Rembau khususnya, tolong baca artikel saya sebelum ini Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan di http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html

Maher Zain, Bunuh Diri, Polis Pencegah Rusuhan

Minggu lepas , sesudah hantar anak ke sekolah, dalam perjalanan ke pejabat Radio IKIM mengumandangkan lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain versi Bahasa Melayu. Begitu menyentuh perasaan mendengarkan kesungguhan Maher Zain menyanyikan dalam Bahasa Melayu dengan lirik yang meruntun iman, terasa sesuatu motivasi, sesuatu apa yang kita inginkan untuk kebaikan, insyaAllah ada jalannya.

Bila tengok pula video yang ada sarikatanya, ianya lebih menyentu perasaan, seoalah-olah ianya menggambarkan apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini, dan sekali lagi , insyaAllah ada jalan penyelesaiannya, kalau kita pohon pada Allah.

Saya masih tercari-cari apakah mesej yang disampaikan dalam video Maher Zain tersebut kalau A Picture Says A Thousand Words, tapi kalau A Video mungkin Says A Billion Words.

Dalam video tersebut dipaparkan sekumpulan Polis Pencegah Rusuhan yang sedang mengejar seorang wanita yang mengendong bayi yang masih kecil dengan belantan dan perisai tiba-tiba hilang.

Digambarkan seorang pemuda macam berbangsa Afrika Utara sedang lari dan mencari perlindungan di sebalik kepingan zink.

Seorang pemuda barangkali mahasiswa sedang belajar hampir dibelasah orang seorang lelaki yang bertubuh sasa berpakaian kemas.

Seorang penagih dadah yang boleh membunuh dirinya sekiranya dia berterusan menagih dadah.

Dan seorang muslimah yang hanya mampu menangis dan berdoa.

Sahabat-sahabat semua hayatilah senikata dan video tersebut, dan insyaAllah setiap permasalahan , setiap konflik, pasti ada jalan penyelesaiannya jika kita mencarinya serta memohon kepada hanya yang Satu insyaAllah.

Vidoenya di http://www.youtube.com/watch?v=GhZ86f93gFQ&playnext=1&list=PL6AF1B7F71AB3CBF3

Lirik Lagu - Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

20110313

Ustaz kalau penakut berkata benar jangan belajar agama


Sedikit peringatan dari hamba yang hina dina kepada para ustaz dan ustazah, lebih-lebih lagi mereka yang ada lulusan ijazah, master dan PhD dalam bidang agama agar tidak gentar menyatakan kebenaran. Ini bukan isu politik, ini ialah mengenai hak dan batil serta memberi ilmu kepada mereka yang jahil agama macam saya ni. Saya nak cerita mengenai ayah saya, bekas pegawai tentera yang jahil agama tapi tidak gentar dan tidak penakut dalam bab hak dan batil.

Ayah saya ni bukanlah golongan ulama, bukanlah pakar agama. Dia bersekolah yang totok sekular, sekolah Inggeris. He’s English is better than the British. Tidak mendapat didikan agama seperti pelajar KAFA dan KAP yang belajar Isnin hingga Jumaat sekarang, sampai pelajar kelam kabut solat Jumaat tergesa-gesa ke kelas KAFA dan KAP.

Dalam askar waktu dululah kan, tinggal solat, berparti, minum arak ni perkara biasa. Dalam Mes Pegawai botol-botol arak dalam peti ais pun perkara biasa. Itu dululah kan.

Sikit demi sikit ayah saya, mula sedar dengan hidayah Allah. Mula solat dan sebagainya.

Semasa dia menjadi 2IC dia tidak boleh berbuat apa-apa, dia bukan boss, ada CO atasnya. Tapi bila dia menjadi CO Askar Melayu, dia adalah boss, dan dia mempunyai kuasa, serta dia mempunyai tanggungjawab ke atas anak buahnya.

Walaupun dia CO dan mempunyai kuasa untuk buang botol arak dari Mes Pegawai, dia tidak menggunakan kuasanya menyuruh anak buahnya buang botol arak. Dia berbincang dulu dengan pegawai bawahannya. Katanya kepada anak-anak buahnya atau pegawai bawahannya, kita ni semua Askar Melayu, agama Islam, kenapa perlu ada botol arak dalam Mes Pegawai, semua pegawai setuju, tiada lagi arak dalam Mes Pegawai. Tiadalah lagi arak dalam Mes Pegawai Rejimen tersebut sejak itu.

Disebabkan tindakan ayah saya, dia telah dipanggil ke MINDEF mengadap Panglima Angkatan Tentera untuk menjelaskan tindakannya. Berlakulah perdebatan dalam Bahasa Inggeris ketika itu yang tidak disiarkan dalam TV, hanya antara ayah saya dan Panglima.

Akhirnya dengan izin Allah, tiada apa-apa tindakan ke atas ayah saya, dan Mes Pegawai tersebut tiada lagi arak dihidangkan sejak itu.

Itulah sedikit cerita untuk ustaz dan ustazah sekelian, jangan takut dan gentar.

Ini bukan isu politik. Dulu ayah saya tak kenal pun PAS masa tu, UMNO pun dia tak kenal, malahan kertas undi pos pun dia tak pernah lihat dan pangkah.

Bukan PAS atau UMNO atau ayah saya yang buang arak dari Mes Pegawai, tetapi hidayah ALLAH. Ayah saya hanya penyebab atau means.

Negara kita banyak gejala sekarang ini, gejala sosial, dadah, akhlak dan sebagainya. Kita perlukan ramai ustaz dan ustazah untuk memberi tunjuk ajar kepada kami yang jahil ni. Ilmu yang ada jangan dipendam, ajarlah kami di surau dan masjid. Dekatilah kami dengan kasih sayang di pasar malam, shopping mall, litar lumba haram, rumah pelacuran, kedai judi dan seterusnya.

Khutbah Jumaat, Jangan bekukan otak imam di Malaysia

Pada Jumaat 11 Mac 2011, rasanya semua masjid yang akur dengan arahan JAKIM membaca khutbah (bukan berkhutbah) teks yang disediakan JAKIM bertajuk Gaya Hidup Sihat. Dalam lintasan hati saya bila pengacara radio kata Gaya Hidup, lintasan hati kata Bebas, Gaya Hidup Bebas. Maklumlah Jumaat di N.Sembilan bekerja terkejar-kejar dalam kereta ke masjid sambil dengar radio. Islam macam minoriti pula kan di N.Sembilan, nak solat Jumaat terkejar-kejar, ada yang tak dapat solat kerana tidak dibenarkan keluar tempat kerja.

Balik kepada tajuk Gaya Hidup Sihat, ingatkan Gaya Hidup Sihat ceritakan pasal denggi, kerana Senawang WABAK DENGGI sekarang, anak jiran depan rumah pun kena denggi minggu ni. Rupanya Gaya Hidup Sihat cerita pasal kencing manis dan pemakanan.

Orang di Senawang tengah berperang dengan nyamuk, khutbah cerita kurangkan gula. Padahal banyak rumah di Senawang yang semak samun. Jalan belakang di Jalan Alamanda 6 antara Taman Satria dan Taman Alamanda yang menjadi sarang nyamuk tidak pernah dibersihkan oleh penduduk setempat apatah lagi petugas Majlis Perbandaran Seremban.

Itu di Seremban, bagaimana dengan para pelatih Pusat Latihan Polis yang sedang berperang dengan Virus entah ke bendanya. Cerita pasal kesihatan tapi bab lain.

Tak ke tidur jadinya makmum.

Ustaz Norazman di Masjid Jamek Ampangan pula dengar ceritanya dari sahabat saya (kalau salah tolong betulkan cerita ini) , beberapa minggu berkhutbah mengenai isu Valentine. Lepas tu ada orang yang mengadu, orang yang mengadu tu katanya orang tinggi Jabatan Agama juga. Lalu Ustaz Norazman dipanggil mengadap Menteri Besar N.Sembilan.

Sejak dari tu Ustaz Norazman pun jadilah burung kakak tua, membaca khutbah , bukan berkhutbah. Ada sekali kata sahabat saya Ustaz Norazman selepas itu membaca khutbah kebaikan minum susu, baca tajuk dan sedikit ulasan pendek , lepas tu habis. Terperanjat semua makmum.

Apalah guna kita ada imam lulusan Azhar atau UIA, tapi tidak dilatih membuat teks khutbah yang menyentuh hati makmum setempat agar hormat ibu bapa, jaga kebersihan rumah, berkasih sayang sesame keluarga, solat jemaah di masjid dan sebagainya.

Adake logik satu topik khutbah oleh JAKIM sesuai untuk beribu-ribu masjid seluruh Malaysia yang setiap hari mempunyai berlainan masalah setempat?

Agakya Mat Rempit dan Mat Gian pun heran tengok kelaku JAKIM ni dan mereka yang takut dengan khatib yang tidak membaca teks khutbah JAKIM asyik nak mengadu saja.

Ustaz kalau penakut jangan belajar agamalah.

Ini isu halal haram, bukan isu politiklah.



Jom kita selamatkan Masjid Tok Muar, Kuala Pilah




Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan YKSNS http://yksnegerisembilan.blogspot.com adalah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam usaha untuk membela keperluan mereka yang memerlukan.

Pembangunan di sekeliling Masjid Tok Muar, masjid tertua di daerah Kuala Pilah telah menyebabkan bangunan masjid tersebut seolah-olah terletak di atas sebuah pulau.

Kini tembok berhampiran masjid telah runtuh yang boleh mengakibatkan kemusnahan Masjid Tok Muar jika tidak dibaiki segera.

Sehubungan dengan itu YKSNS memerlukan peruntukan dana untuk memperbaiki keruntuhan tembok Masjid Tok Muar ini.

Mereka yang berkesempatan dan ingin menghulur sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian sama ada secara sumbangan wang tunai/cek melalui akaun di bawah atau apapun yang difikirkan boleh dimanfaatkan.

AKAUN PENGURUSAN KOMPLEKS MASJID TOK MUAR
NAMA AKAUN
TOK MUAR CENTER
BIMB K PILAH AC: 05030010174595

Sumber :
http://yksnegerisembilan.blogspot.com/2011/03/tabung-aset-yksns.html
http://yksnegerisembilan.blogspot.com/2011/01/pergerakan-tanah-dan-keruntuhan-tembok.html

Pesanan penulis (Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com/ ) yang bukan ahli YKSNS, kepada pejuang bangsa dan pejuang agama, jangan sekadar hunus keris dan bertakbir saja, akhirnya Menang Sorak, Kampung Tergadai.

Tuduh Menuduh, Masjid Runtuh.

Bila nak hulur sumbangan untuk agama sendiri, bangsa sendiri, negara sendiri, negeri sendiri ada saja alasan.