KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111108

Kita perlu kasih kepada orang bukan Islam di Malaysia



Jumaat lepas 4 Nov 2011 saya menghadiri Kuliah Hadith 40 oleh Ustaz Dato Arshad di Surau Taman Alamanda, Senawang. Membicarakan hadith yang ke 13, berkenaan kita perlu mengasihi saudara kita. Dalam kupasan buku hadith tersebut dan kupasan Dato Arshad, beliau berkata kita perlu mengasihi bukan sahaja saudara se Islam, malahan kita perlu mengasihi orang yang bukan Islam juga atau orang kafir.

Ini adalah kerana jika orang kafir ini tidak mendapat hidayah Allah, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Kita harus merasa kasihan jika mereka tidak mendapat hidayah Allah. Bukankah orang bukan Islam itu merupakan saudara se bapa, iaitu Nabi Adam as.

( Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Riwayat Bukhari dan Muslim )

Mutakhir ini kita menghadapi pelbagai isu yang sensitif. Di mana perasaan kasih sayang kita dalam menghadapi isu ini?

Mengapa kita kurang cermin diri kita sendiri? Kenapa media tidak banyak mencermin peri laku umat Islam khususnya orang Melayu di Malaysia ini?

Bukankah yang ramai meruntuhkan agama Islam itu sendiri adalah orang Melayu juga.

Sila baca artikel saya sebelum ini berkenaan 12 juta orang Melayu di Malaysia yang setiap hari meruntuhkan agama Islam di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

Tangani remaja tidak sembahyang Jumaat
Utusan Malaysia 8 Nov 2011

SEJAK kebelakangan ini, ramai pihak seolah-olah menutup sebelah mata isu remaja ataupun golongan belia yang tidak menunaikan solat Jumaat walhal mereka hanya datang melepak dan bersembang dalam kumpulan mereka.

Lebih mencemarkan pandangan mata, mereka merokok dan berbuat bising seperti merempit motor mereka.

Walaupun perkara ini nampak seperti bukanlah satu perkara besar, akan tetapi apakah natijahnya meninggalkan solat Jumaat dan apakah hukumnya jika perkara ini tidak diambil tindakan?

Mereka akan melepak di kawasan letak motor dan pelbagai impak yang boleh berlaku ketika itu seperti kecurian motor. Bukan hendak mengata bahawa apa yang buruk dituding kepada golongan muda tetapi mereka sendiri yang mencerminkan diri mereka dan dilabelkan seperti itu.

Langkah drastik perlu diambil oleh ibu bapa sendiri kerana pendidikan awal seseorang bermula dari rumah. Ibu bapa yang mendapati anak mereka tidak menunaikan solat Jumaat merekalah yang perlu mengambil tindakan dengan menasihati mereka.

Selain itu, perkara ini boleh dibendung oleh golongan kolar putih. Penguasa-penguasa dari Pejabat Kadi daerah boleh melaksanakan serbuan atau operasi di masjid bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang tidak menunaikan solat Jumaat.

Pihak masjid juga mengambil inisiatif dengan mengarahkan remaja-remaja terbabit untuk masuk ke dalam dewan masjid dan tidak melepak di dalam perkarangan masjid.

Warga kolar biru juga perlu sama-sama membantu menangani gejala tidak sihat ini. Pihak polis juga boleh menempatkan anggota polis wanita di masjid-masjid bagi mengawasi gejala ini. Anggota Rela juga perlu membantu dan membuat rondaan. Pihak polis perlu membuat rondaan ke premis-premis hiburan agar remaja-remaja ini tidak bertandang di situ pada waktu sembahyang Jumaat.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

Program Cuti Sekolah 21 Nov ke 23 Dis 2011 Seremban

PROGRAM KHAS SEMPENA CUTI SEKOLAH
Kelas Intensif KAFA, Tahfiz dan Bahasa Arab

Anjuran : Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan, Bandar Seremban Selatan
Sasaran : Pelajar- pelajar sekolah rendah dan menengah
Yuran : RM50 hingga RM150 sahaja
Kelas bermula 21 Nov hingga 23 Disember 2011

Hubungi : Muallimah Masiah 0192570813

20111107

Berkhatan Cuti Sekolah Nov Dis 2011 RM50 di Rembau



MAJLIS BERKHATAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : Hujung Nov atau awal Dis 2011 (akan ditetapkan kemudian)
Tempat : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek, N.Sembilan
Bayaran : RM50/org
Untuk pendaftaran dan penyertaan sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240
Anjuran : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim http://madrasahbongek.blogspot.com/

20111103

Rintihan warga Felda N.Sembilan ke Blogger cabuk



Saya menerima satu e-mel dari seorang warga Felda di Negeri Sembilan pada 2 Nov 2011. Siapalah saya, saya bukannya Karam Singh Walia boleh ketengahkan isu permasalahan warga Felda ini ke pihak yang sepatutnya. Saya hanya seorang blogger cabuk.

Blog saya pun tidak ramai pengunjungnya di http://waghih.blogspot.com/ . Juga Facebook saya pun bukannya ramai yang menjadi rakan di http://www.facebook.com/Rozmal .

Tak apalah. Kita harapkan adalah pihak yang sudi mendengar rintihan warga Felda Sg Kelamah ini mengenai masalah bekalan air, terutamanya ADUN Gemas, Ahli Parlimen Tampin, Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengerusi Felda atau sesiapa sahaja yang boleh bertindak.

E-mel di bawah ini saya siarkan semula tanpa di edit :

Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAH, saya ingin berkongsi dengan tuan kisah ini memandangkan tuan ada pendekatan tersendiri dalam menyampaikan maklumat dan berita. Mudah-mudahan pendekatan tuan boleh mencelikkan mata banyak pihak.

Saban hari didedahkan dalam TV tentang kemajuan FELDA, kemakmuran peneroka ( kononnya ) dan pelbagai lagi kesenangan mereka. Namun senangkah dan tenangkah hidup kami di Felda Sg Kelamah jika dalam seminggu pasti ada beberapa hari air terputus.

Janganlah kerana memikirkan kami sentiasa mempunyai tong simpanan air , atau kerana kami tidak banyak gunakan air kerana sudah berusia , atau mengandaikan kami ini jenis yang tidak bersungut ; maka masalah dibiarkan berlarutan bahkan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Gangguan air ini bukan sahaja menyakitkan hati bahkan mengganggu kententeraman sekeluarga. Kadangkala anak-anak pulang untuk berehat bersama ibubapa dengan keriuhan cucu dan cicit; namun masalah air menjadikan keceriaan tersebut lenyap. Bagaimana ingin beribadah jika bekalan air bersih di rumah dan masjid juga tiada.

Bayaran bil air setiap bulan tidak berkurang pun walau air kerap tiada. Adakah air dicatu ? Jika dicatu, kenapa kami tidak dimaklumkan jadual catuan ? JIka dicatu ..kenapa ? Bukankah FELDA sudah maju ? Jika alasan paip lama, maka tukarkanlah . Janganlah kebajikan para peneroka diperkotak katikkan....

TAMAT

*********

Lalu saya pun mencarilah beberapa permasalahan warga Felda di Negeri Sembilan ini berkaitan dengan bekalan air. Dibawah ini antara beberapa berita berkaitan yang saya jumpa :

20 Okt 2011 - Saya mewakili penduduk di Felda Raja Alias 3, Bandar Baru Serting, Bahau, Negeri Sembilan. Di sini saya ingin meluahkan masalah yang di hadapi oleh semua penduduk di sekitar. Berita penuh di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/gangguan-bekalan-air-di-felda-raja.html

Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari. Berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/03/kisah-derita-warga-felda-di-nsembilan.html

Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa. Berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/02/masalah-bekalan-air-tiada-kesudahan.html

Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka. Berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/02/penduduk-berang-tiada-bekalan-air.html

Bahasa Melayu kini diperkosa, tidak dimartabat



Memang elok ada disediakan laman sesawang yang menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai mengenai banjir di musim hujan sekarang ini. Tapi kenapa guna nama "Public InfoBanjir". Nak kata Bahasa Melayu pun tidak, nak kata Bahasa Inggeris pun tidak. Kenapa orang Melayu tidak yakin dengan bahasa mereka sendiri?

Macamana nak salahkan bangsa lain, syarikat swasta, papan iklan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul jika jabatan kerajaan sendiri macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Semua bahasa penting. Sebagai orang Melayu berbanggalah guna Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris kita guna untuk cari maklumat. Bahasa Arab untuk faham Al Quran. Ini orang Melayu temuramah TV di Malaysia pun nak cakap Bahasa Inggeris.

Rendah sangat ke mutu Bahasa Melayu ni? Ingat , orang Melayu dahulu kala teknologi dan persenjataan mereka antara yang terhebat di dunia ketika itu. Ketika itu orang Melayu menggunakan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi.

Kenapa, tak percaya? Kawan saya pergi melihat artifak Melayu di Rembau , sebuah teropong yang didakwa digunakan oleh pelayar Melayu yang hebat, Panglima Awang Hitam pada abad ke 15. Teropong tersebut bukan main tolak tarik , macam dalam filem lanun. Tapi teropong tersebut dilaraskan secara digital. Kemudian ada pula teropong mini yang boleh melihat pada sudut lebih 180 darjah.

Berbanggalah dengan Bahasa Melayu, tapi jangan abaikan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan lain-lain bahasa.

Kisah teknologi silam Melayu yang hebat di http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com/

JPS perkenal laman web mudahkan orang ramai akses info banjir
2011/11/02
MELAKA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru laman web "Public InfoBanjir" bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada musim tengkujuh ini.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JPSperkenallamanwebmudahkanorangramaiaksesinfobanjir/Article
Sabtu Oktober 29, 2011
Perkasa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Kemajuan - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kemajuan serta pada masa yang sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/29/mstar_berita/20111029124038&sec=mstar_berita

Kuliah Dato Arshad 4 Nov 2011 Senawang



KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Jumaat, 4 November 2011, Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com/
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kem Gen III 26 Nov ke 1 Dis 2011 Tampin, N.Sembilan



KEM GENERASI ULUL QURAN III
Tarikh : 26 Nov - 1 Dis 2011 (Sabtu-Khamis)
Tempat : Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, N.Sembilan

Pengisian :
- Pengukuhan Al Quran
- Sirah Nabawiyah
- Hadith 40
- Riadhah Islamiah
- Jaulah Ibrah
- Nasyid Islami
- Pemantapan IQ, FQ dan SQ

Untuk pendaftaran sila hubungi :
En. Mohd (017-2131208)
En Muaz Omar (017-3397993)
Cik Radhiah (014-7254395)
Cik Syahidah (017-6244368)

Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.akademisukses.biz/2011/10/kem-generasi-ulul-quran-3.html

Motivasi Alihan Pelajar 21 ke 22 Dis 2011 Seremban



MOTIVASI ALIHAN PELAJAR
Bersama : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Tarikh : 21 - 22 Dis 2011 (Rabu-Khamis)
Masa : 8 pg - 6 ptg
Peserta : Pelajar umur 10 ke 17 tahun
Yuran : RM 300

Untuk pendaftaran, sila wakil MAP di Seremban, Hj Rashid 019-2405383

20111102

Kem Remaja Muslim Disember 2011



KEM REMAJA MUSLIM
Tarikh : 10 - 12 Dis 2011 (Sabtu-Isnin)
Tempat : El-Azzhar Camp, Morib, Selangor
Yuran : RM 130/org
Terbuka kepada remaja lelaki atau perempuan umur 13-17 tahun

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Helmi 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com
Pn. Kas 019-6230101 anaksemut2003@yahoo.co.uk

Antara Aktiviti Yang Menarik :
- Musang Terbang
- Tali Tinggi
- Bina Pasukan
- Kembara Malam
- Jejak Lumpur
- Solat Jemaah
- Zikir al Mathurat
- Tadabbur Al Quran
- Pengisian Ilmu
- Ceramah Motivasi

Anjuran : Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan

Sila dapatkan Borang Penyertaan dan maklumat lanjut program di http://krimns.wordpress.com/2011/11/02/program-cuti-sekolah-kem-remaja-muslim-2011/

Majlis Makan Malam PASTI N.Sembilan Nov 2011



MAJLIS MAKAN MALAM
Sempena Anugerah PASTI Negeri Sembilan 2011
Tarikh : 25 Nov 2011 , Jumaat
Masa : 8 mlm
Tempat : City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

Pelbagai Acara Menarik :
- Persembahan Artis Jemputan
- Persembahan Pelajar PASTI
- Persembahan Multimedia
- Anugerah Pelajar/Pengurusan/Guru

Dapatkan promo di http://pasti-n9.blogspot.com/2011/11/majlis-makan-malam-pasti-nsembilan-nov.html

20111101

Swastakan perkhidmatan masuk Islam saudara baru



Bukankah Islam itu mudah. Tetapi kenapa masih ada kedengaran suara yang mengatakan proses pendaftaran untuk memeluk atau kembali kepada fitrah Islam itu rumit, begitu juga proses pendaftaran kelahiran anak pasangan saudara baru? Sahabat saya pada akhir artikelnya memberi komen, jika begini mungkin perlu diswastakan sahaja perkhidmatan masuk Islam ini di pejabat pos atau mana-mana pusat perkhidmatan sehenti.

Ikuti artikel beliau bertajuk Kemelut Pengurusan Saudara Baru di http://yksnegerisembilan.com/archives/771

Kita ni pejuang agama ke, pejuang bangsa ke, pejuang negara ke atau pejuang periuk nasi?

Bukan nak menyindir sesiapa. Teguran tersebut untuk diri saya sendiri, kerana saudara umat Islam di sekeliling saya adalah merupakan cermin untuk diri saya.

20111031

Tawaran Sumbangan Sekolah Tahfiz di Seremban



SUMBANGAN DERMA UNTUK PENGUBAHSUAIAN SURAU, ASRAMA DAN MINI PERPUSTAKAAN
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No Pendaftaran : 41-123/2011 (JHEAINS)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Untuk keterangan sila lanjut hubungi :
019-6644320 (Bendahari)
019-6490630 (Mudir)

Sambutan 60 PAS peringkat Negeri Sembilan



MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

- Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

- Layari Blog PAS N.Sembilan untuk maklumat terkini di http://pasns.blogspot.com/

20111030

Kecurian penutup longkang semakin banyak di Seremban



Pada 26 Okt 2011, penutup longkang depan rumah kami di Taman Alamanda, Senawang telah dicuri. Kemudian pada 28 Okt 2011, penutup longkang rumah kakak saya di Taman Kobena, Senawang pula kena curi. Tempat lain sekitar Senawang dan Seremban pun banyak penutup longkang telah dicuri. Takkanlah nak harap polis atau Rukun Tetangga berkawal siang malam untuk jaga penutup longkang.

Sesiapa yang masih ada penutup longkang pasanglah floor plug. Yang terbaik, simen terus.

Fenomena ini seperti tiada kesudahan. Seolah-olah negara kita macam negara anarki, negara vandalisma, negara tidak bertamadun.

BUDAK TERJUNAM DALAM LONGKANG
Harian Metro 27 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Gara-gara besi penutup dicuri, seorang murid tahun enam nyaris maut terjunam dalam longkang sedalam empat meter berhampiran pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Lim Zhi Ying, 12, patah lutut kiri, luka belakang badan dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan parah berikutan hujan dan air melimpah longkang sedalam kira-kira dua meter.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa pelajar sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor bersama 117 pelajar lain mengikuti lawatan sambil belajar selama empat hari ke beberapa negeri.

“Sebelum kejadian, bas yang saya naiki bersama rakan lain berhenti di tempat meletak bas sebuah pusat beli-belah dan turun bersama rakan lain untuk beratur dan masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan untuk lawatan.

“Malangnya, sebaik turun dari bas dan melangkah ke tempat berkumpul, saya tidak menyedari longkang berkenaan tidak berpenutup lalu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari guru pengiring dan beberapa rakan sebaik mendengar jeritan dan dentuman kuat.

“Saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sebelum dibantu guru yang mendapatkan tangga untuk saya berpaut sebelum dibawa naik,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan tidak serius sebelum dibenarkan pulang.

Menteri larang pegawai kanan main golf


Menteri Pengangkutan telah melarang pegawai tinggi kerajaan bermain dan menganjurkan permainan golf walaupun di luar waktu tugas kerana dibimbangi menjejaskan mutu perkhidmatan awam. Saya bekerja di syarikat multinasional Eropah. CEO dari HQ di Eropah, MD dan Pengarah lain ditempat kerja saya tidak pernah bermain golf dikalangan mereka apatah lagi dikalangan pelanggan dan pembekal. Memang dalam ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini, mereka hanya memikirkan bagaimana untuk terus maju ke hadapan.

Tapi di Malaysia amat berbeza, ramai pegawai kerajaan terlibat dengan golf. Malahan Majlis Agama Islam Negeri pun menganjurkan pertandingan golf amal.

Pejabat Vietnam Dilarang Main Golf
Kamis, 27 Oktober 2011

Larangan diberlakukan menyusul menurunnya perekonomian Vietnam. Apa hubungannya?

VIVAnews - Kemerosotan ekonomi, mandeknya pembangunan dan kemacetan lalu lintas di Vietnam membuat rakyat dan investor di negara tersebut khawatir akan terciptanya krisis. Tapi, Kementerian Transportasi Vietnam memiliki kebijakan baru yang dapat mengatasi hal ini, yaitu melarang pejabat pemerintah main golf. Apa hubungannya?

Dilansir dari kantor berita CNN, Rabu 26 Oktober 2011, larangan ini berlaku untuk semua pejabat tinggi pemerintahan, termasuk para menteri. Larangan berlaku untuk semua hari, tidak terkecuali akhir pekan.

Dalam situs resminya, Menteri Transportasi Vietnam, Dinh La Thang, mengatakan larangan ini diberlakukan karena pejabat Vietnam banyak menghabiskan waktu mereka di lapangan golf. Alhasil, kinerja mereka dinilai menurun di tengah kondisi perekonomian Vietnam yang melemah.

Golf merupakan permainan favorit para pejabat Vietnam sejak negara tersebut memberlakukan sistem ekonomi terbuka pada akhir 1980an. Banyaknya penggemar permainan ini dari kalangan kelas atas membuat lapangan golf tersebar di seluruh negeri.

Kementerian Transportasi khawatir jika lapangan golf ditambah, maka akan membuat lahan pertanian semakin sedikit. Ini tentunya hanya menguntungkan investor asing dan merugikan rakyat.

Untuk mengawasi para pejabat agar tidak main golf, Kementerian Transportasi Vietnam mengaku telah menyiapkan mata-mata. "Kami memiliki banyak metode rahasia untuk mengawasi bagaimana staf menjalani perintah menteri," kata juru bicara Kementerian Transportasi, Pham Tang Loc.

"Di saat sulit seperti ini, pejabat tinggi harus konsentrasi menyelesaikan proyek penting, daripada menghabiskan waktu main golf. Kegiatan itu hanya buang-buang uang, ditambah lagi mereka menggunakan kendaraan milik pemerintah," lanjut Loc lagi.

Menteri Transportasi Dinh La Tang memang terkenal kerap mengeluarkan kebijakan yang mengejutkan. Untuk mengatasi kemacetan, dia memerintahkan para pejabat senior untuk menggunakan transportasi umum minimal seminggu sekali. Dia juga pernah memecat seorang pejabat karena dinilai lambat dalam membangun bandara internasional baru di Danang. (eh)

http://us.dunia.vivanews.com/news/read/259183-pejabat-vietnam-dilarang-main-golf

Wanita di Malaysia terdedah pelbagai mangsa jenayah, BIARKAN



Para wanita di Malaysia ini saban hari terdedah untuk menjadi mangsa pelbagai jenayah dari dalam rumah, tempat kerja, sekolah, internet dan sebagainya. Namun usaha menyeluruh dan bersepadu untuk mencegah amat kurang hanya mengharapkan kepada pihak polis semata-mata. Filem sibuk dengan cerita hantu, Khutbah Jumaat sibuk dengan isu yang amat sukar di faham oleh para jemaah hingga terlentok, meleleh air liur.

Sila baca artikel saya sebelum ini, Khutbah Jumaat yang menyebabkan para jemaah terlentok, meleleh air liur 1Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html

KERANI HILANG SELEPAS KE BANK
Utusan Malaysia 30 Okt 2011

SUNGAI PETANI 29 Okt. - Seorang kerani wanita sebuah syarikat di Sungai Lalang hilang sejak 17 hari lalu selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.

Nor Fazilah Rohani, 24, anak ketiga daripada empat beradik, dipercayai hilang pada 11 Oktober lalu, selepas diberi kepercayaan oleh majikannya untuk mengeluarkan wang berjumlah RM3,000 bagi membayar bil elektrik.

Bapanya, Rohani Abdullah, 56, berkata, dia mengetahui kehilangan itu pada petang hari kejadian setelah dimaklumkan majikan Nor Fazilah kerana anaknya tidak pulang semula ke pejabat.

"Fazilah baru tiga bulan bekerja di syarikat itu dan pada hari kejadian, dia diberi kepercayaan menggunakan kenderaan syarikat bagi mengeluarkan wang berkenaan untuk melunaskan bil elektrik, sementara baki wang perlu dibawa pulang.

"Bagaimanapun, sehingga lewat petang, Fazilah masih tidak pulang ke pejabat menyebabkan majikannya terus datang ke rumah kami untuk memberitahu tentang kejadian tersebut," katanya di rumahnya di sini.

Ahli keluarga dan rakan-rakan turut mencarinya di merata tempat, namun hanya menjumpai kereta syarikat yang digunakan Nor Fazilah di sebuah pasar raya berdekatan bank pada pukul 3 pagi keesokannya.

Rohani berkata, laporan polis mengenai kehilangan Nor Fazilah dibuat selain mencari dengan inisiatif sendiri.

"Kami turut mengedarkan gambar Fazilah di merata-rata tempat di seluruh Sungai Petani dan Bedong, sehingga pencariannya juga sudah sampai ke Pulau Pinang serta Bukit Kayu Hitam," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup anaknya itu dikatakan keluar dari bank berkenaan pada 3.35 petang selepas mengeluarkan wang dan membayar bil elektrik pada 4.06 petang.

"Pada hari kejadian, Fazilah juga dikatakan menghubungi seorang abangnya pada 3.55 petang bagi memaklumkan tentang masalah kenderaan peribadi yang sedang dibaiki di Ipoh akibat terlibat dalam kemalangan September lalu," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Nayan, 50, berkata, hubungannya dengan Nor Fazilah sangat rapat memandangkan dia merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Katanya, sebelum kejadian, Nor Fazilah tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik malah sentiasa ceria seperti biasa dan hubungan dengan adik-beradik lain juga berjalan lancar.

"Andaian pihak tertentu yang kata kehilangan tersebut dirancang Fazilah sendiri adalah sesuatu tidak berasas sebab dia tidak membawa wang simpanannya selain barang berharga miliknya tidak diusik," katanya.

Dia merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anaknya itu, atau mengambilnya, supaya menghantar Nor Fazilah pulang dengan segera ke Kampung Kongsi Enam, Sungai Lalang, 08100, Bedong atau menghubungi talian 012-5541142 atau polis. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

WANITA RISAU KESELAMATAN ANAK ANGKAT
Utusan Malaysia 30 Okt 2011

BALING 29 Okt. - Seorang pengusaha kantin bimbang dengan keselamatan anak angkat perempuannya berusia 21 tahun yang hilang sejak lima hari lalu.

Sharifah Abdul Syukor, 46, berkata, Nurul Adiba Ahmad yang bekerja dengannya di kantin Sekolah Kebangsaan Asam Jawa di sini tidak pulang ke premis itu selepas keluar membeli barang-barang untuk perniagaan kira-kira pukul 3.30 petang, Isnin lalu.

Menurut Sharipah yang berasal dari Kampung Tersusun Grik, Nurul Adiba atau lebih dikenali sebagai Kak Yong tidak pulang semula ke kantin selepas keluar membeli barang di kedai runcit di hadapan sekolah berkenaan.

Sharifah yang enggan wajahnya dirakam berkata, pada hari itu gadis berkenaan memakai seluar berwarna coklat gelap dan baju berwarna merah jambu.

Wanita itu bimbang jika anak gadisnya diculik kerana sejak bekerja dengannya, Nurul Adiba tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya tak tahu ke mana Kak Yong pergi. Saya risau dia diculik. Selain itu, Kak Yong juga tidak mempunyai sebarang masalah keluarga," katanya.

Tambahnya, sepanjang tinggal dengannya, gadis itu tidak pernah mendatangkan masalah atau pernah bertengkar dengan ahli keluarganya.

Katanya, tiga hari lalu dia ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon gadis itu, namun cubaan menghubunginya gagal.

"Selepas dapat SMS itu saya terus menghubunginya, namun telefon itu ditutup. Saya cuba berkali-kali, namun tidak berhasil," ujarnya sedih.

Katanya, dalam SMS itu gadis itu berpesan supaya tidak bimbang dengan keadaannya.

"Saya risau sekiranya yang hantar mesej itu bukannya Kak Yong, tetapi orang lain yang menggunakan telefon bimbitnya," katanya.

Sharifah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak angkatnya pada hari gadis itu tidak pulang ke rumah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

20111029

Jenayah jalan makin menjadi, wanita, lelaki manjadi mangsa



Jenayah di mana-mana sekarang. Wanita memandu kereta sering menjadi mangsa. Lelaki pun begitu juga. Entahlah apa nak jadi dengan negara ku Malaysia.

Pecah dan samun di lampu isyarat menjadi-jadi
Utusan Malaysia 29 Okt 2011

PETALING JAYA 28 Okt. - Kes pecah cermin kereta sebelum menyamun membabitkan pemandu wanita dikesan semakin menjadi-jadi di Lembah Klang sejak kebelakangan ini dengan tiga kes terbaru dilaporkan berlaku Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, dalam ketiga-tiga kes itu, mangsa dilaporkan disamun oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal semasa berhenti di lampu isyarat dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Beliau berkata, mangsa pertama merupakan seorang pengarah sebuah syarikat berusia 45 tahun yang memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat Jalan PJS 8/2 di sini.

"Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, mangsa kehilangan beg tangan yang berisi RM500, telefon bimbit dan iPad," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Meor Hamdan berkata, dua lagi wanita dilaporkan menjadi mangsa penjenayah menggunakan modus operandi sama ialah seorang kakitangan bank dan jurujual kereta, masing-masing berusia 24 dan 27 tahun.

Beliau berkata, kakitangan bank terbabit disamun pada pukul 5.30 petang semasa berada dalam kereta di Jalan 16/10, manakala jurujual kereta pula menjadi mangsa selang 25 minit kemudian di SS 20/10.

Katanya, mangsa masing-masing mengalami kerugian berjumlah RM1,500 dan RM900.

"Daripada tiga kes tersebut, dua mangsa disamun semasa berhenti di lampu isyarat dan seorang terperangkap dalam kesesakan," katanya sambil menasihatkan pemandu supaya berhati-hati selepas ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_06.htm

10 penyamun hentak mangsa guna topi keledar
Harian Metro 29 Okt 2011

GOMBAK: Seorang lelaki cedera di kepala dan badan selepas dihentak dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki sebelum disamun menyebabkan kerugian dianggarkan RM5,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun bersama rakannya berjalan pulang ke rumah di Taman Tun Teja, di sini, selepas makan di restoran berhampiran.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul 10 lelaki menunggang motosikal menghampiri mangsa.

Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa dan rakannya cuba melarikan diri namun gagal kerana kumpulan itu mengepung mereka.

“Seorang daripada suspek memaki-hamun mangsa sebelum suspek lain menghentak topi keledar ke kepala mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa minit dibelasah, suspek merampas telefon bimbit, gelang tangan perak dan rantai emas dipakai mangsa. “Suspek yang mendapatkan barangan berharga mangsa melarikan diri meninggalkan mangsa bersama rakannya yang cedera,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa dan rakannya yang cedera pergi ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bimbang kejadian sama berulang, dia membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10penyamunhentakmangsagunatopikeledar/Article/index_html

Kes bunuh diri kalangan Melayu makin kritikal, serius



Berita di bawah, seorang remaja perempuan 14 tahun dari tanah rancangan Felda di Kulaijaya, Johor menggantung diri. Dan di bawah pula, saudara baru kita terjun dari bangunan tinggi. Umat Islam , orang Melayu di Malaysia ini makin parah. 27 peratus pelajar di Malaysia sakit mental. Tetapi amat malang kita dilekakan oleh media saban hari dengan isu-isu lain, sedangkan isu berat di sekeliling kita, kita lupa.

Hidup Di Dunia Hanya Sementara, Hidup Di Akhirat , Kekal Sampai Bila-Bila

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

Atau berpunca dari masjid-masjid yang mati di Malaysia seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Sila baca artikel saya sebelum ini 11.3 peratus atau 3.3 juta rakyat Malaysia sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di http://waghih.blogspot.com/2011/09/1-setiap-5-pelajar-sakit-mental.html

Juga artikel 27 peratus pelajar di Malaysia Sakit Mental, apa tindakan kita? Di http://waghih.blogspot.com/2011/10/27-peratus-pelajar-di-malaysia-sakit.html




TERTEKAN TERJUN BANGUNAN
Harian Metro 29 Okt 2011

KAJANG: “Saya terlalu tertekan sehingga tanpa berfikir panjang mengambil keputusan terjun dari sebuah bangunan,” kata seorang muallaf yang kini lumpuh separuh badan selepas mengalami kecederaan tulang belakang akibat jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Klang, September lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yusuf, 42, berkata, dia mengambil tindakan melulu itu kerana tidak tahan dengan tekanan keluarga selepas memeluk Islam kira-kira dua tahun lalu.

“Hari itu, saya bergaduh besar dengan keluarga ibu mentua, saya tidak boleh berfikir dengan betul dan kebetulan nampak sebuah bangunan berhampiran. Saya naik ke tingkat lima dan terjun,” katanya yang kini ditempatkan di Pusat Jagaan Siti Nor Aini, di sini.

Dalam kejadian 12 September lalu, Yusuf yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum dibawa ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini kerana tidak ada waris mahu menjaganya.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, berdasarkan kecederaan dialami Yusuf, dia perlu dijaga sepanjang hayat kerana sudah hilang upaya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertekanterjunbangunan/Article/index_html

PAKEJ MASALAH RUMIT
Harian Metro 29 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Tindakan menggantung diri yang dilakukan seorang remaja perempuan 14 tahun di sebuah tanah rancangan Felda di Kulaijaya, Johor, Rabu lalu, tidak hanya mencerminkan masalah putus cinta, tetapi menunjukkan pakej masalah rumit yang dihadapi.

Ini kerana tindakan nekad itu tidak berbaloi sekiranya dibandingkan dengan nilai hubungan ‘cinta monyet’ yang selalu dikaitkan dengan pelajar.

Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah, berkata masyarakat umum tidak seharusnya menilai tindakan pelajar terbabit sebagai kesan tekanan akibat putus cinta.

“Bila terjadinya kes bunuh diri, masyarakat mudah membuat kesimpulan ia berlaku akibat tekanan perasaan dihadapi mangsa.

“Tapi, kita tidak perasan tindakan nekad sebegini mencerminkan pakej bebanan masalah paling berat yang mungkin membabitkan keluarga, sekolah dan masyarakat sekeliling,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Dr Mohd Fadzillah, kejadian menggantung diri itu dipercayai berlaku akibat tiada kemahiran mengatasi pada diri mangsa.

“Pelajar ini dipercayai gagal berdepan masalah selain tidak mempunyai tempat rujukan untuk bantuan.

“Bayangkan konflik yang berlaku dalam diri seorang remaja...mungkin masalah yang ditanggung sukar dibincangkan dengan keluarga, rakan tiada yang memahami, sementara guru pula sukar didekati...kalau mengadu di Internet sekalipun, ia mungkin dipandang sepi,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pakejmasalahrumit/Article/index_html

20111028

Program Cuti Sekolah 11 ke 17 Dis 2011 Kota, N9



PROGRAM TAFAQQUH FI AL DIN
Tarikh : 11 - 17 Dis 2011
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa, Kota, N.Sembilan
Yuran penyertaan : RM500
Hubungi : 06-4450419
Maklumat lanjut di http://sekolahtinggiislamassofa.blogspot.com/

Polis masih buru 6 suspek samun

Sinar Harian 28 Okt 2011

SEREMBAN – Polis masih memburu enam suspek yang disyaki terbabit dalam tiga jenayah samun berasingan sekitar Senawang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Bagaimanapun, polis akan terus melancarkan gerakan memburu bagi mengesan dan menjejaki kesemua suspek terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Program ‘PDRM Bersama Pelanggan’, anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga menjadi mangsa samun apabila enam lelaki bermotosikal berusia 20-an memasuki gerai miliknya untuk membeli makanan di Taman Sri Pagi, Senawang.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Robiah Abdul Samad, 51, dan pembantunya yang mahu memulakan perniagaan tergamam apabila seorang daripada suspek mengeluarkan parang lalu mengacukan ke leher mangsa.

Suspek berjaya melarikan rantai leher dan beg pinggang milik mangsa.

Berdasarkan siasatan awal polis, kumpulan penjenayah itu turut dikesan melakukan jenayah sama di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Sri Mawar dan Paroi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9678879.asp

20111027

Tanah Melayu dijajah kerana punyai teknologi canggih?



Apabila artikel saya mengenai watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” menyatakan dia adalah merupakan orang Islam, dan dikaitkan pula dengan kisah Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih terus Blog saya dan blog yang dipautkan di Spam dan tidak dapat dibuka.

Blog yang dipautkan dengan Teknologi Canggih Melayu zaman kesultananan Islam Melaka di http://artifakmelayu.blogspot.com/ tak boleh buka langsung.

Jangan risau, blog seakan-akan sama isi kandungannya ada di http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com/ . Silalah muat turun apa yang patut, sebelum blog ini juga di SPAM.

Juga cerita saya mengenai Captain Jack Sparrow seorang Islam di http://waghih.blogspot.com/2011/10/captain-jack-sparrow-rupanya-orang.html

Antara isi kandungan Blog http://teknologi-tamadun-melayu.blogspot.com/ ialah :

Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

Begitu juga dengan manusia pertama yang belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang pada era 1400-1500. Beliau tidak menggunakan kompas sebaliknya menggunakan Cakera Alam yang menggunakan lima buah cakera yang bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air, dan pelbagai lagi.

Selain, itu, kita pada hari ini kagum dengan penciptaan mancis oleh orang Eropah. Namun sebenarnya, sudah lebih 600 tahun orang Melayu mencipta pemetik api yang sistemnya hampir sama dengan pemetik api moden dari segi saiz dan kegunaan.

Zainal Al-Johan juga menunjukkan kunci mangga yang dicipta oleh orang Portugis kira-kira 600 tahun dahulu. Kunci mangga ini sama seperti kunci mangga pada masa sekarang. Tetapi Zainal turut menunjukkan kunci mangga yang dicipta orang Melayu kira-kira 2000 tahun dahulu, tiga kali ganda lebih tua daripada kunci mangga ciptaan orang Portugis.

Sebuah alat muzik yang dikenali sebagai ”Tangtuang” diperbuat daripada tanduk kerbau dan berbentuk seperti trompet digunakan untuk berburu dan memulakan peperangan. Zainal menjelaskan cara meniupnya menggunakan pengetahuan prinsip bunyi dalam sains iaitu getaran, dengungan dan ruang (rekabentuk). Apabila beliau menggunakan tiga elemen tersebut ketika meniupnya, Tangtuang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan menggerunkan, sama seperti bunyi serombong kapal!

Mana perasaan prihatin, kasih sayang kita semua?



Pagi tadi nak keluar rumah, saya dapati penutup longkang depan rumah saya kena curi. Yang pasti ianya berlaku malam atau subuh tadi. Syukur yang dicuri ditepi rumah, bukan laluan kereta, dan syukur tiada kecederaan. Ini bukan kes terpencil, sudah menjadi lumrah dan fenomena biasa di Malaysia ketika ini.

Ibu dan isteri kita tidak selamat berada di halaman rumah pada waktu pagi ketika ramai pergi kerja, sudah banyak kes pemuda bermotosikal akan datang berpura-pura tanya jalan, tanya rumah untuk di sewa akhirnya menjadi mangsa samun, mangsa rompak, mangsa ragut.

Kita boleh mengambil langkah pencegahan, berjaga-jaga, mengadakan Skim Rondaan, Rukun Tetangga. Tetapi seolah-olah tiada kesudahan. Seolah-olah negara kita macam negara anarki, negara vandalisma, negara tidak bertamadun.

Sebagai orang Islam, jalan terawal, terakhir, dulu, kini dan selamanya ialah berdoa, mohon perlindungan dari Allah. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Untuk kes penutup longkang yang sering hilang ini, tadi saya minta tolong sahabat buatkan penutup longkang yang diskrukan ke tanah menggunakan “floor plug, bolt and nut”. Juga memberitahu kepada jiran-jiran dan anggota SRS juga KRT.

BUDAK TERJUNAM DALAM LONGKANG
Harian Metro 27 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Gara-gara besi penutup dicuri, seorang murid tahun enam nyaris maut terjunam dalam longkang sedalam empat meter berhampiran pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Lim Zhi Ying, 12, patah lutut kiri, luka belakang badan dan tangan kiri akibat terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan parah berikutan hujan dan air melimpah longkang sedalam kira-kira dua meter.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa pelajar sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor bersama 117 pelajar lain mengikuti lawatan sambil belajar selama empat hari ke beberapa negeri.

“Sebelum kejadian, bas yang saya naiki bersama rakan lain berhenti di tempat meletak bas sebuah pusat beli-belah dan turun bersama rakan lain untuk beratur dan masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan untuk lawatan.

“Malangnya, sebaik turun dari bas dan melangkah ke tempat berkumpul, saya tidak menyedari longkang berkenaan tidak berpenutup lalu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian disedari guru pengiring dan beberapa rakan sebaik mendengar jeritan dan dentuman kuat.

“Saya hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sebelum dibantu guru yang mendapatkan tangga untuk saya berpaut sebelum dibawa naik,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta berhampiran untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan tidak serius sebelum dibenarkan pulang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakterjunamdalamlongkang/Article/index_html

Promo Parang Korban 30 Okt 2011 di Shah Alam



Sempena Idil Adha 1432 H sesiapa belum ada parang yang sesuai untuk menyembelih, melapah, menghobin semasa ibadah korban, bolehlah mengunjugi Gerai Mentaus pembuat parang Melayu yang klasik dan unik di bawah ini :

JUALAN PARANG MENTAUS CRAFTS
Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : "Pasar Karat", Perkarangan Stadium Shah Alam

Info lanjut pada Blog Mentaus Craft di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

HOBIN JANG HOBIN !

Forum Keusahawanan 29 Okt 2011 Seremban, PERCUMA

FORUM KEUSAHAWANAN
Tarikh : 29 Okt 2011 (Sabtu)
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Dewan Seri Minang, Pejabat RISDA, Seremban, N.Sembilan

PERCUMA !

Terbuka kepada semua usahawan, bakal usahawan, para graduan dan kepada sesiapa yang berminat

Anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri, N.Sembilan

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Nor Fadzilah 019-3566925 (PKNNS)

Promo program di http://usahawann9.blogspot.com/2011/10/forum-keusahawanan.html

20111026

Peluang Keemasan Ibadah Korban di Somalia 1432H



Korban Ke Arah Kebajikan

Islamic Relief Malaysia (IRM) akan menganjurkan Program Qurbani 2011 dengan motto “Qurban ke arah Kebajikan” buat tahun yang keenam (telah bermula pada tahun 2006).

Pada tahun 2010, IRM telah menerima sumbangan dari penderma sebanyak 612 bahagian didermakan kepada penerima manfaat di dalam dan di luar Malaysia. Di Malaysia sahaja, IRM telah giat menjalankan qurban di Kelantan, Kedah dan Selangor. Manakala qurban di luar negara melibatkan 28 buah negara, di antaranya seperti SOMALIA, Bangladesh, Afghanistan, Ethiopia, Kenya, Chad, China, Bosnia, Kosovo, Chechnya, Yemen, Indonesia, Turki, Jordan, Mesir, Lebenon, India, Sri Lanka, Pakistan, Sudan, Malawi, Malim, Iraq dan Niger.

Bagi qurbani tahun 2011, IR dan cawangan-cawangannya di seluruh dunia mensasarkan penerima manfaat di 31 buah negara. Manakala secara khusus, IRM mensasarkan penerima manfaat di 19 buah negara dengan sasaran sebanyak 602 bahagian.

Harga daging qurban untuk satu bahagian adalah berbeza mengikut kumpulan-kumpulan negara tertentu contohnya bagi Malaysia, satu bahagian ialah berharga RM390.00. Bagi negara-negara seperti Ethiopia, India, Kenya, Sri Lanka dan Chad, harga satu bahagiannya adalah paling rendah iaitu RM250.00.

Ibadah qurban anda boleh didaftarkan melalui borang yang disediakan, dan sumbangannya disalurkan di atas nama “ISLAMIC RELIEF MALAYSIA” ke nombor-nombor akaun berikut:

MBB 5621 4270 8704

CIMB 1259 0000 804 058

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program kemanusiaan IRM, sila layari laman blog rasmi IRM di http://www.irmblog.org/ atau menghubungi pihak IRM di talian tetap 03-8948 6334 atau email ke info@irmblog.org

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia
http://irmblog.org/2011/10/islamic-relief-malaysia-irm-lancar-program-qurbani-2011-korban-ke-arah-kebajikan/

Turap jalan Muhyiddin datang, tapi jalan bahaya



Pada 15 Oktober 2011 yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan. Sebelum kedatangan TPM banyaklah projek menurap jalan, naik taraf infrastruktur sekitar Ampangan dan Senawang, termasuklah jalan yang setiap hari saya lalu di Persiaran Senawang.

Kenapa perlu tunggu TPM atau PM datang baru ada projek seperti penurapan jalan, sedangkan pengguna jalanraya setiap hari berdepan dengan jalan yang berlubang. Kekadang tak perlu pun diturap sepanjang jalan, cukup dengan tampal lubang, buang pasir, sudah cukup untuk keselamatan pengguna jalanraya.

Pagi tadi saya menyaksikan kemalangan jalanraya berhampiran Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Sri Mawar, tempat lawatan rasmi TPM tempoh hari. Saya dari seberang jalan dari pekan Senawang menuju ke Tol, pasangan suami isteri tersebut dari Tol menuju ke pekan Senawang. Tiba-tiba saya nampak kelibat motosikal jatuh betul-betul di simpang tiga lampu isyarat berhampiran Klinik Permata, Taman Sri Mawar.

Tak sedap hati saya menuju ke arah tol dan patah balik. Orang ramai telah mengalihkan pasangan suami isteri tadi ke tepi jalan. Pasangan Melayu umur 50an. Isteri tak ada apa-apa kecederaan yang kelihatan. Suami terbaring, sedar tak sedar, menahan kesakitan di dada.

Tempat pasangan suami isteri tadi jatuh terdapat banyak batu dan pasir atas jalan. Kemungkinan motosikal terjatuh apabila melalui kawasan yang banyak batu dan pasir atas jalan, lalu hilang kawalan dan terjatuh.

Pasangan suami isteri tadi di bawa oleh seorang pengguna jalanraya yang prihatin ke Hospital Seremban menggunakan Triton. Sementara saya menguruskan motosikal dan lain-lain barangan, laptop, kasut, topi keledar untuk dipulangkan kepada keluarganya yang tinggal tidak jauh dari situ.

Menurut anak pasangan tadi, emak dan ayahnya dalam perjalanan untuk berniaga di kedai di pusat penjaja Ampangan.

Apabila semua urusan selesai, sambil membawa kereta, saya perhatikan beberapa tempat, terutama selekoh, persimpangan jalan, memang banyak batu dan pasir yang amat membahayakan pengguna jalanraya, terutamanya penunggang motosikal.

Bukan nak salahkan sesiapa, tetapi boleh dikatakan budaya orang Malaysia agaknya, gah untuk membuat projek, tetapi tidak gah dari aspek penyenggaraan.

Gah untuk menubuhkan Skuad Sukarelawan, macam Sukarelawan PLKN, tapi rumah sendiri tak terjaga, rumah orang tua di kampung tak terjaga, surau dan masjid di tempat sendiri pun tak terjaga, harapkan Tok Siak.

Kalau memandu kereta, saya kebiasaannya akan membawa parang yang tajam, niat kerana Allah. Kalau nampak dahan patah yang menghalang jalan, boleh dipotong.

Kalau jalan kaki, di tepi jalan, kadang kala pandang bawah, kalau nampak paku segera ambil dan buang dalam longkang. Takut ada pengguna jalanraya akan terpancit tayarnya.

Berbalik ke banyak batu dan pasir atas jalanraya tadi. Sekiranya kita tinggal kawasan berhanpiran, sementara nak menunggu JKR atau Majlis Perbandaran baiki atau bersihkan, apa salahnya kita tolong bersihkan, niat kerana Allah.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Tak lena tidur
Harian Metro
16 Okt 2011

Maimon antara empat keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) yang menerima kunjungan Muhyiddin di Rumah Pangsa Senawang 2, di sini, sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini.

Lawatan itu turut membawa khabar gembira bagi semua penghuni 17 blok rumah pangsa itu apabila kerajaan mengumumkan bantuan baik pulih serta penambahbaikan bangunan itu melalui peruntukan RM3 juta.

Terdahulu, ketika melawat Pusat Penjaja Ampangan di sini, Muhyiddin mengumumkan pemberian peruntukan RM5.45 juta bagi menaik taraf tiga lokasi di kawasan terbabit.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011101523002820111015230028/Article/artikelMA

Melayu Pakar Jurutera Otomotif hebat di Senawang



Malam tadi selepas solat jemaah Maghrib di Surau Alamanda, saya dan anak-anak ke Restoran Nasi Arab Lazeez, sebelah Balai Polis Bandar Baru Senawang, bungkus untuk makan bersama keluarga di rumah. Sementera menunggu nasi dibungkus, saya perasaan dua orang lelaki berbaju hitam sedang bersiap untuk makan.

Baju T yang digunakan merupakan pakaian seragam tertera Mag Apprentice. Tak syak lagi mereka ini dari Bengkel Kereta Mag Auto di Senawang. Saya perasaan sebab blog Mag Auto ini di http://mag-auto.blogspot.com/ selalu dikemaskini dengan pelbagai aktiviti perkhidmatan semasa mereka. Boleh dikira blog usahawan yang paling aktif dan menarik saya jumpa setakat ini.

Saya sendiri tidak pernah pergi ke bengkel berkenaan, namun apa yang terpapar pada blognya membuktikan pemiliknya seorang yang berdedikasi.

Yang saya begitu kaget dan kagum ialah bengkel Mag ini tak macam bengkel lain, mereka mengamalkan prinsip kebersihan dan kekemasan yang disaran Islam yang begitu tinggi, lebih hebat dari 5S.

Bengkel mereka bersih, macam hospital. Pekerja mereka juga bersih, kemas dan tidak selekeh.

Balik kepada dua orang lelaki yang saya jumpa tadi, saya pun memberi salam dan menegur mereka. Borak punya borak, salah seorang adalah merupakan pemilik Mag Auto, iaitu Zamani.

Zamani ni begitu merendah diri, terus terang dia kata dia tiada kelulusan tinggi, tapi mempunyai pengalaman dalam industri otomotif, akhirnya menjadi usahawan otomotif yang berjaya.

Zamani adalah merupakan anak peneroka Felda di Tampin. Sekarang ini beliau mengumpulkan semua belia-belia Felda yang gagal dalam pelajaran tetapi berminat untuk menceburi bidang otomotif untuk dilatih dan bekerja dengan beliau.

Itulah hebatnya Bengkel Mag Auto yang diusahakan Zamani ini. Ianya bukan sebarang bengkel, ianya boleh jadi pusat latihan, pusat usahawan, mini universiti dan macam-macam lagi.

Dia menjemput saya datang ke bengkelnya bila-bila masa. Saya kata esok Deepavali buka ke? Dia kata bengkel dia buka sepanjang masa , kecuali Idil Fitri dan Idil Adha.

Di bawah ini sedikit maklumat mengenai Mag Auto :

Bengkel Kereta dan Drag Race
MAG AUTO GARAGE
No: 76, JALAN TPS 4
Senawang Business Park
70450, Seremban, Negeri Sembilan

General Mechanical & Servicing
* Engine Conversion Upgrading
* Modification Of Engine & Parts
* New & Used Performance Parts

Office (Seremban, Negeri Sembilan) : O6 - 6770002
Untuk sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi
ZAMANI : 019 - 3874976

20111024

Program Meraikan Ibu Tunggal Sempena Idil Adha 1432H



Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) akan mengadakan Hari Mesra Kasih sempena Hari Raya Idil Adha 1432 H yang bakal menjelang.

Seramai 20 orang ibu tunggal akan diraikan beserta sumbangan daripada pihak PPP Taman Tasik Jaya.

Orang ramai yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan keperluan dapur bolehlah menghubungi Pn Hjh Ciana 017-3629686 (Setiausaha PPP) atau Pn Wani 013-3851202 (Naib Pengerusi PPP) .

Butiran lanjut program adalah seperti berikut ;

HARI MESRA KASIH
Tarikh : 30 Okt 2011, Ahad
Masa: 3 petang
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang

20111023

Keluhan peniaga Pasar Ampangan lepas kunjungan TPM


Pada 15 Oktober 2011 yang lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sembilan. Salah satu tempat yang dilawatinya ialah Pasar Ampangan di Ampangan, Seremban. Hampir setiap minggu saya dan isteri mengunjungi Pasar Ampangan ini kerana terdapat pelbagai jenis makanan basah dan kering. Dan salah satu penyeri Pasar Ampangan ini ialah para peniaga yang menjual pelbagai juadah untuk sarapan di perkarangan luar pasar ini.

Sehari selepas kunjungan TPM ke Pasar Ampangan, saya membeli belah di pasar tersebut. Para peniaga merungut mengenai kedatangan TPM. Mereka bukan merungut kepada TPM, tetapi mereka merungut kepada penganjur. Penganjur telah menutup banyak jalan masuk ke pasar pada pagi tersebut, menyebabkan kurang pembeli datang pada hari tersebut, lalu perniagaan mereka merosot.

Memang mereka hargai kunjungan TPM, tetapi pengiring-pengiring serta juak-juak yang terlalu ramai yang mengiringi TPM menyebabkan ramai pembeli pada hari tersebut beralih arah.

Yang kedua ialah mengenai pengumuman TPM peruntukan RM500,000 untuk menaik taraf Pasar Ampangan. Semalam saya berjumpa para peniaga makanan di perkarangan pasar tersebut. Salah seorangnya saya kenali sudah lebih 10 tahun. Dari dulu dia berniaga sehinggalah sekarang, hanyalah menggunakan meja buruk dan payung.

Saya kata lepas selepas pengumuman TPM, mungkin kawasan para peniaga ini akan ada gerai tetap, bersimen dan berbumbung. Para peniaga tadi kata elok apa, mereka akan naik taraf Pasar Ampangan menjadi bangunan 2 tingkat. Para peniaga makanan akan berniaga di tingkat 2.

Tergamam dan terkedu saya mendengar apa yang dikatakan peniaga tadi. Betul ke Pasar Ampangan akan dibuat 2 tingkat. Sudah berapa banyak premis perniagaan yang 2 tingkat yang tak laku di bandar ini, yang amat menjejaskan pendapatan para peniaga yang rata-ratanya orang Melayu.

Tengok saja yang dekat dengan Pasar Ampangan, iaitu Plaza UDA Ampangan. Kalau tiada Pasaraya Giant di Plaza UDA, tiadalah penyeri plaza tersebut. Itu pun yang meriah hanya di tingkat bawah. Begitu juga dengan Plaza MARA Seremban dan Bazaar MAINS di tengah kesesakan bandar Seremban.

Apakah penaiktarafan Pasar Ampangan ini hanya akan memberi keuntungan kepada sesetengah pihak sahaja terutama pihak kontraktor? Apakah tingkat 2 Pasar Ampangan nanti akan lesu seperti Plaza Ampangan dan Bazaar MAINS? Apakah para peniaga sedia ada akan berniaga di tepi-tepi jalan seperti biasa selepas Pasar Ampangan dinaiktaraf?

Artikel saya sebelum ini mengenai kelesuan Plaza UDA Ampangan, Plaza MARA Seremban dan Bazaar MAINS di http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html


Forum Perdana



Motivasi Santai



20111022

Makan Malam bersama Aishah 29 Okt 2011



MALAM JALINAN KASIH : UNTUKMU WANITA
Tarikh : 29 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : PJ Perdana , Seremban
Kupon : RM 50/org
Tetamu : Biduanita Negara, Penyanyi Aishah
Anjuran : Hal Ehwal Wanita (HALWA) Negeri Sembilan.

Antara yang menarik :
Penampilan istimewa Aishah
Bual Bicara
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Hadiah

Untuk tempahan atau pertanyaan sila hubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Ainul 013-6971176.

TEMPAT TERHAD - UNTUK WANITA SAHAJA

20111021

Captain Jack Sparrow rupanya orang Islam



Rupa-rupanya watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England, setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.

Sedikit maklumat mengenai siapa Imam Suhaib Webb ini dalam artikel saya sebelum ini bertajuk Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih seperti yang ada di Blog Khazanah Melayu di http://artifakmelayu.blogspot.com/





The Legend of Captain Jack: From Birdy to Sparrow
May 19, 2011

In the late 16th century a young boy collecting scraps of wreckage from the docks wondered if he’d ever leave Faversham in the borough of Kent, the hottest place in the entire United Kingdom. It was a marshy place of little importance to anyone but the brigand. Its docks were a haven for smugglers and pirates and other such unsavory folk. That boy was John Ward, whose dreams would one day come true, though perhaps not in the way he had wanted; he would become Jack Birdy, the most fearsome pirate in the world, and towards the end of his life, Yusuf Reis, penitent Muslim, wealthy beyond any man’s dreams, spending the remainder of his life in his Tunisian palace.

The legendary Captain Jack Birdy, once sung about by every balladeer in England, might have all but been forgotten, yet his memory remains as the spirit behind the fictional character Captain Jack Sparrow played by Johnny Depp in the “Pirates of the Caribbean” film franchise. Who was Johnny Ward, the child rummaging through the fishing docks of Faversham? Who was John Ward, the British Naval officer? Who was Captain John Ward, the privateer endorsed by the Crown of England? Who was Captain Jack Birdy, the privateer turned pirate betrayed by that same Crown? And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man. With so many characters wrapped in one, the stories of his adventures are exponentially more exciting than anything a Hollywood film could capture.

Cerita penuh hasil kajian Imam Suhaib Webb mengenai Captain Jack Sparrow ini di http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/



20111019

Institusi keluarga di Malaysia makin hancur, ini buktinya



Institusi Islam kita makin canggih, kita ada JAKIM, ada Majlis Agama Negeri, ada KAGAT. Di Negeri Sembilan pula tak lama lagi ada Menara MAINS, banyak masjid cantik dan bertingkat-tingkat. Kursus perkahwinan pun makin banyak dan mantap. Majlis perkahwinan, hantaran dan persandingan pun makin hebat. Tetapi di mana silapnya?

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

77 kes cerai setiap hari
Kosmo 19 Okt 2011

KUALA LUMPUR - Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

20111018

Jeneral kita masuk tandas pakai kalimah Allah



Adalah menjadi kenyataan bahawa Jeneral-Jeneral di Malaysia ini yang berpakaian seragam tentera akan memakai kalimah Allah apabila masuk ke tandas. Kenapa ini boleh berlaku sedang kita membincangkan isu untuk memartabatkan agama Islam dan menyelamatkan akidah umat? Adakah perkara ini isu remeh temeh sehingga semua pihak terlepas pandang?

Apa yang dimaksudkan ialah pada lencana pangkat seorang Jeneral ada 1 lencana crown atau mahkota yang jelas tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi atau tulisan bahasa Al Quran.

Sudah pasti crown ini akan dibawa ke mana-mana oleh Jeneral tersebut apabila masuk ke tandas.

Yang menggunakan crown ini bukan hanya mereka berpangkat Jeneral, akan tetapi mereka yang berpangkat Mejar , Leftenan Kolonel, Kolonel, Leftenan Jeneral hinggalah ke Jeneral. Juga mereka berpangkat Pegawai Waran II dan Staf Sarjan juga memakai crown ini.

Penggunaan crown ini bukan hanya terdapat dalam perkhidmatan tentera , malah ianya digunakan dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan lain-lain jabatan.

Baru-baru ini saya dengan rakan sepejabat yang bukan Islam saya berurusan dengan satu jabatan kerajaan. Kami bertemu seorang pegawai bukan Islam yang memakai pakaian seragam dengan pangkat pada kiri dan kanan bahunya jelas ada crown yang tertulis kalimah Allah.

Dalam hati saya terdetik, bagaimana pegawai bukan Islam ini memakai kalimah Allah tersebut dan menggunakannya semasa ke tandas.

Apabila selesai berurusan dalam perjalanan pulang dalam kereta, saya bertanyakan rakan saya yang bukan Islam. Saya berkata, tahu tak di Malaysia ini, orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah? Dia seakan terperanjat dan kata tidak tahu pula.

Saya tanya dia sekali lagi, dia perasan tak pegawai bukan Islam tadi ada kalimah Allah dan Muhammad pada pangkat di bahunya? Sekali lagi dia terperanjat dan dia memang amat-amat keliru akan apa yang berlaku sekarang.

Dia amat keliru kenapa pegawai kerajaan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan dalam pada masa yang sama orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.

Apa yang agak memalukan saya ialah apabila rakan saya yang bukan Islam tadi berkata, bukankan kalimah Allah itu dianggap suci oleh orang Islam, dan tidak patut di bawa ke tandas?

Saya pun diam sajalah.

Mungkin Mejar Jeneral (Bersara) Jamil Khir Baharom ada jawapannya?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com/

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Juga artikel berjuta-juta orang Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

Sumber pangkat di http://ms.wikipedia.org/wiki/Lencana_pangkat_Angkatan_Tentera_Malaysia

20111017

Masjid masjid yang mati di Malaysia dan peruntuh agama



Begitu banyak masjid-masjid yang mati di Malaysia pada ketika ini. Dalam pada masa yang sama berjuta-juta orang Melayu setiap hari meruntuhkan agama Islam. Marilah kita sama-sama menghidupkan masjid-masjid ini dan membangunkan agama. Sentiasalah berdoa agar kita tidak digolongkan di kalangan orang yang mematikan masjid serta orang yang meruntuhkan agama Islam.

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Juga artikel berjuta-juta orang Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

20111016

Jika ada yang sudi bantu, rumah mereka terbakar



Pada 4 Oktober 2011 keluarga nenek Tiawi bte Uchus dari Kg Kepis Baru (Air Rambutan) di DUN Johol, Negeri Sembilan telah diuji oleh Allah swt apabila satu-satunya tempat kediaman mereka telah musnah sama sekali dalam satu kebakaran. Nenek Tiawi tinggal bersama anak serta menantunya serta 3 orang cucu kesayangannya dimana salah seorang dari mereka adalah merupakan anak OKU (Orang Kelainan Upaya).

Sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun BSN : Tiawi bte Uchus , No akaun 0520029000100120 atau menghubungi En Khalid Shahid di talian 013-6808308.

Hangus dalam sekelip mata
Sinar Harian , 4 Okt 2011

KEPIS – Sebuah rumah hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Kepis Baru Air Rambutan, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 3.10 petang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM15,000.

Mangsa, Tiawi Uthus, 72, berkata, ketika kejadian dia bersama anak perempuannya tiada di rumah.

Menurutnya, semua barang di dalam rumah tidak dapat diselamatkan dan api marak dengan cepat sekali gus memusnahkan rumahnya.

“Hanya mengambil masa 15 minit, rumah yang dibina sendiri itu hanya tinggal abu sahaja,” katanya.

Tiawi berkata, pihak Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal api dalam tempoh setengah jam.

“Memandangkan jalan memasuki kampung ini sempit, selain dahan pokok menutupi jalan mengakibatkan pihak bomba terpaksa meninggalkan kenderaan mereka 20 meter dari tempat kejadian.

“Ditambah pula, dengan tekanan air rendah, pihak bomba terpaksa mengambil air di sungai berhampiran. Walau bagaimanapun, saya bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9635996.asp

20111015

Motivasi Pelajar 1Umat 20 Nov, 4 Dis 2011 di N.Sembilan



PROGRAM CUTI SEKOLAH
Tema : Asas-Asas Muslim
Tarikh : 20 Nov – 4 Dis 2011
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 19 tahun lelaki sahaja
Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240
Yuran : RM 300 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Jumlah peserta : Terhad kepada 30 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)

Anjuran http://madrasahbongek.blogspot.com/

OBJEKTIF :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

PENGISIAN :
- Kelas Al Quran, Tauhid, Fiqh dan Adab
- Kelebihan Amalan, Sirah Nabi dan Sahabat
- Sembahyang Berjemaah Lima Waktu dan Qiamullail
- Sembahyang-Sembahyang Sunat, Zikir dan Doa
- Riadhah dan Aktiviti Kemasyarakatan

KEPERLUAN PESERTA :
- Pakaian yang cukup dan sesuai untuk aktiviti agama dan luar
- Keperluan asas seperti ubat gigi, sabun dll
- Bantal, sarung bantal, selimut dan cadar
- Alat membasuh, baldi, hanger dan sepit baju
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk tempoh 2 minggu

Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

20111014

12 juta Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia



Bercakap mengenai mempertahankan akidah dan memartabatkan agama Islam, tahukah kita satu kajian mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia ini tidak menunaikan solat fardu. Majoriti umat Islam di Malaysia ini ialah orang Melayu, kalau ada 15 juta orang Melayu di Malaysia ini, bermakna 12 juta orang Melayu pada ketika ini sedang meruntuhkan agama Islam.

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)
http://www.ustazamin.com/2009/07/diari-95-solat-itu-tiang-agama.html

Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
http://upi.iskandariah.perubatan.org/2010/04/solat-lima-waktu-80-peratus-tidak.html

Statistik penduduk Malaysia di http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/eco_stat/pdf/1.2.5.pdf