KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141205

Tempoh sebulan cari wang tampung kos bedah




Semoga ada pihak yang membantu, terutama ahli kariah Masjid Taman Marida dan sekitarnya

Tempoh sebulan cari wang tampung kos bedah
4 Disember 2014

SEREMBAN - Seorang pelajar sebuah sekolah di Senawang, di sini tidak menyangka keadaan jantungnya yang sering berdegup kencang sejak setahun lalu, merupakan petanda dia menghidap jantung berlubang.

Nur Suzana Zainal Abidin, 15, berkata, penyakitnya itu dikesan 3 November lalu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.

“Ketika itu saya sakit perut dan perlu membuat pembedahan kerana apendiks. Ketika pemeriksaan, doktor mengesan saya menghidap sakit jantung dan meminta saya merujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.

Pelajar tingkatan tiga itu berkata, dia seperti putus harapan apabila mengetahui penyakit dihadapinya.

“Saya tak sangka jantung berdegup laju sebelum ini rupa-rupanya saya sakit jantung. Saya ingat selama ini saya ada asma saja. Rasa seperti tiada harapan bila dapat tahu.

"Tetapi bila doktor cakap penyakit saya ini boleh dirawat, saya kembali bersemangat dan sentiasa berdoa supaya saya sembuh,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Sementara itu, bapanya, Zainal Abidin Sidek, 51, berkata, dia dan isteri, Sabariah Ismail, 46, runsing memikirkan kos pembedahan anaknya yang mencecah RM25,000.

Lebih membimbangkan, katanya, dia mempunyai tempoh sebulan untuk mencari wang sebanyak itu memandangkan anaknya itu dijadualkan akan dibedah pada 7 Januari depan.

“Mana saya nak cari duit sebanyak itu. Saya tidak boleh bekerja dan bergantung gaji isteri sebagai operator kilang sebanyak RM1,000 sebulan.

“Gaji isteri pun cukup-cukup untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga, malah kami terpaksa berjimat cermat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Pangsa Senawang Jaya, di sini.

Zainal Abidin yang menghidap penyakit sawan itu bagaimanapun berkata, dia menerima bantuan bulanan Baitulmal sebanyak RM200.

“Saya tak mampu menanggung kos pembedahan ini. Kalau RM5,000 pun, saya masih tak mampu. Saya buntu fikirkan mana saya mahu cari duit sebanyak itu. Saya mahu anak saya sihat tetapi kos pembedahan buatkan saya tak tidur lena,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun 0511-2410-0004-2717 (Bank Simpanan Nasional) atas nama Zainal Abidin Sidek.

20141203

Keluarga ini perlu kita bantu, anak di IPT, yang bersekolah ramai


Saya mendapat maklumat satu keluarga di Pahang perlu dibantu. Ketua keluarga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang papan. Isteri, suri rumah sepenuh masa, mempunyai anak yang ramai yang masih bersekolah.

Seorang dari anak mereka sedang menuntut di tahun akhir Institut Agama Islam Negeri Medan, Indonesia yang sekarang dikenali sebagai Universitas Islam Negeri Medan. Ramai pelajar dari Malaysia yang belajar di sini.

Kebiasaannya ketua keluarga ini akan memberi RM50 atau RM100 kepada anak mereka di Medan untuk belanja bulanan, namun ianya tidak cukup, perlu ditampung dengan bantuan kawan-kawan yang lain yang sama belajar.

Kebiasaannya juga pelajar-pelajar ini akan dapat bantuan zakat setahun sekali dari kerajaan negeri di Malaysia, namun untuk tahun ini mereka belum lagi menerima bantuan tersebut.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini atau anak mereka yang sedang menuntut di Institut Agama Islam Negeri Medan, sila hubungi saya, Hj Rozmal 012-2267406 , saya akan berikan nombor telefon pelajar di Medan ini atau keluarga mereka di Pahang.

Untuk belanja bulanan sara hidup pelajar di Medan ini cuma sekitar RM200 sebulan hinggalah ke bulan Mei 2015 , insyaAllah, apabila dia akan menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
3 Dis 2014

20141202

Polis bantuan hidap kanser rayu sumbangan



Semoga ALLAH ringankan beban keluarga ini.


Polis bantuan hidap kanser rayu sumbangan
2 Dis 2014

JEMPOL – Kehidupan seorang anggota polis bantuan yang menetap di Felda Palong 10 di sini berubah sekelip mata sejak setahun lalu apabila dia disahkan menghidap kanser kulit tahap empat.

Ekoran penyakit itu, Hairul Shahril Adan, 34, yang sudah berkahwin namun tidak mempunyai anak kini terlantar setelah lumpuh separuh badan selepas sebahagian daripada hati dan buah pinggangnya dijangkiti kuman.

Menurut bapanya, Adan Jaffar, 54, lebih malang terdapat satu bisul pada punggung kanan anaknya yang membesar sehingga beratnya mencecah enam kilogram.

“Dia telah menjalani pembedahan di Hospital Melaka bagi membuang bisul berkenaan namun keadaannya bertambah teruk,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Peneroka itu memberitahu, berikutan keadaan itu anaknya kini memerlukan bantuan katil boleh laras bagi memberi keselesaan selain memudahkan pemuda itu bergerak.

Katanya, sebelum ini Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad te­lah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda semasa melawat anaknya pada bulan lalu.

“Bagaimanapun anak saya tidak dapat menggunakannya. Sekiranya ada katil boleh laras sekurang-kurangnya dia dapat berbaring dan duduk dengan lebih selesa,” katanya.

Jelas Adan, pendapatannya selain gaji isteri Hairul Sharil sebagai operator kilang di Melaka tidak mencukupi untuk membeli katil tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Adan di talian 019-2033 949.

20141201

Rayuan sumbangan utk siapkan gerai peniaga OKU




Keluarga peniaga kecil yg bergantung hidup menjual dodol, bahulu, wajik serta kuih tradisional lain di Kg Ramuan China Kecil, Lubok China, Melaka ini perlukan sumbangan kewangan untuk menyiapkan gerai di depan rumah mereka.

Buat permulaan pihak kami akan memasang atap sahaja dulu agar mereka boleh memulakan perniagaan.

Kos yg diperlukan ialah sekitar RM2,500 sahaja.

Kepada mereka yg ingin membantu sila hubungi saya Hj Rozmal 0122267406.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, no akaun 05012010047905 BANK ISLAM atau akaun Maybank 155126945930 .

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
1 Dis 2014

Bantuan untuk pesakit kanser




30 Nov 2014 - En Abdul Manan b Abu Anas 49 tahun merupakan seorang OKU, di Bt 25 1/4, Kg Ramuan China Kecil, 78100 Lubok China, Melaka kini mengidap kanser paru paru yg kritikal, batuk berdarah.

Beliau kini tidak dapat lagi menyara keluarga, sebelum ini beliau berniaga kecil kecilan di hadapan rumah menjual dodol, wajik, bahulu dan kuih tradisional lain.

Gerai yg dibina di hadapan rumah dgn bantuan org ramai tidak dapat disiapkan kerana kekurangan dana.

Beliau memerlukan bantuan kewangan utk kos ulang alik rawatan ke hospital.

Kepada yg sudi membantu keluarga ini sila salurkan ke akaun BSN isteri beliau Anis Sabirin bt Baharudin 0412929000049847 atau hubungi mereka 0105265224

Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel 0122267406

Duduk rumah berlantaikan tanah



Semoga ada pihak yang membantu 


Duduk rumah berlantaikan tanah
1 Disember 2014

PANTAI KUNDUR - Sembilan sekeluarga di Kampung Gelam, Pantai Kundur, di sini memohon simpati kerajaan negeri agar dapat menghulurkan bantuan bagi membaiki rumah mereka yang daif.

Rusdi Abd Hamid, 54, berkata, dia bersama isteri dan anak-anaknya tinggal di rumah berdindingkan zink serta berlantaikan tanah, yang dibinanya sendiri sejak rumah lamanya yang terletak bersebelahan terpaksa dirobohkan, awal November lalu atas sebab tertentu.

Lebih menyedihkan, rumah berkenaan tiada bekalan elektrik dan air serta tidak mempunyai kemudahan tandas yang sempurna.

Dia merupakan seorang pesara tentera berkata, hasil lebihan kayu, rumah itu dibina sekadar mampu untuk dia bersama isteri serta tujuh anaknya berlindung.

“Saya adalah pesara tentera tidak berpencen. Sebaik bersara pada 1989, saya bersama keluarga menyewa rumah di beberapa tempat sebelum menetap di Kampung Gelam sejak dua tahun lalu.

"Sebaik saya menetap di sini, saya bersama isteri mengusahakan sebuah warung tetapi akhirnya terpaksa dirobohkan atas sebab-sebab tertentu.

“Lantaran itu, tuan tanah yang menyewakan tapak berkenaan membenarkan saya membina rumah lain daripada robohan rumah dan warung itu. Tapi, rumah ini tidaklah seperti rumah sempurna dan setiap kali hujan lebat akan ada bocor sana sini, selain aliran air di lantai," katanya di sini, semalam.

Rusdi berkata, dia kini hanya mengharapkan pendapatan kerja sebagai buruh binaan di kampung dengan gaji sekitar RM600 sebulan.

"Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini, sukar untuk saya meraih sedikit pendapatan dan sehingga hari ini (semalam) sudah lebih seminggu saya tiada kerja.

“Saya telah membuat permohonan bantuan di beberapa tempat termasuk mengadukan di pejabat Ahli Parlimen Tangga Batu serta Hal Ehwal Bekas Perajurit namun masih belum mendapat sebarang jawapan," katanya.

Rusdi berkata,  sebelum ini dia mendapat bantuan bulanan sebanyak RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagaimanapun dihentikan sejak Januari lalu .

Menurutnya, dia hanya perlukan bantuan dalam anggaran RM5,000 sahaja untuk membina lantai, dinding serta atap yang sempurna.