20110110

Resipi Ayam Goreng Jimat Cermat Barang Naik


Sekarang ni musim semua harga barang naik. Jadi kenalah dari masa ke semasa fikirkan langkah yang sesuai untuk berjimat cermat. Baru-baru ini jiran saya buat kenduri kahwin. Dia jemput seorang usahawan beri hidangan Ayam Goreng … dalam menunya.

Boleh tahan sedap rasanya. Puas saya perhatikan ramuan yang digunakan. Akhirnya dapatlah resipinya dari pemerhatian dan beberapa ujikaji oleh isteri di rumah. Selalu anak-anak kalau goreng biasa, setengah ekor tak habis. Sekarang dengan resipi ni tak cukup satu ekor.

Rasanya setanding dengan restoran berjenama tempatan.

Bahan-bahan untuk tepung goreng :
1. Serbuk jintan manis - 1 sudu teh
2. Serbuk jintan putih - 1 sudu teh
3. Serbuk ketumbar - 1 sudu teh
4. Serbuk lada hitam - 1 sudu teh
5. Serbuk cili merah – 1 sudu teh
6. Tepung gandum - Setengah cawan
7. Tepung beras - Setengah cawan
8. Garam - 1 sudu teh

Gaul rata semua serbuk, tepung dan garam dalam satu bekas.

(Sukatan serbuk cili merah, lada hitam, ketumbar, garam boleh ditambah atau kurang mengikut citarasa sendiri)

1 ekor ayam
2 biji telur (dipukul)

Gaulkan ayam dengan telur dalam bekas lain, biarkan perap 5 minit.

Ayam yang telah digaul dengan telur tadi , gaulkan pula dalam bekas ramuan tepung goreng.

Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.

Selamat Mencuba

1 ulasan:

  1. Salam...

    Timo kasih tuan, atas perkongsian resipi ayam goreng spesel tu.

    Nanti den try dan mungkin buleh buek menu kenduri sedaro maro nanti...

    BalasPadam