KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20070724

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Taman Alamanda

Berikut adalah Program Sambutan Isra’ Mi’raj dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Taman Alamanda. Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir.

CERAMAH ISRA’ DAN MI’RAJ
Oleh : Yg Bhg Ustaz Mohd Fuad Othman
Hari : Isnin
Tarikh : 13 Ogos 2007
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

CERAMAH KEMERDEKAAN
Tajuk : “ Ambang Kemerdekaan – Ke Mana Hala Tuju Generasi Mendatang ? “
Oleh : Ustaz Mohd Nazree bin Mohd Yunus – Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA), Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 2006
Hari : Sabtu
Tarikh : 25 Ogos 2007
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA
Sempena Persiapan Pelajar-Pelajar UPSR, PMR, SPM, STPM serta sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Hari : Khamis
Tarikh : 30 Ogos 2007
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang


JADUAL KULIAH MAGHRIB SURAU ALAMANDA OGOS 2007

Penceramah : Tn Hj Arshad
Tajuk : Feqah
Hari : Jumaat
Tarikh : 3 Ogos 2007

Penceramah : Us Mohd Fuad Othman
Tajuk : Hadith
Hari : Isnin
Tarikh : 6 Ogos 2007

Penceramah : Us Ruslan Abd Razak
Tajuk : Tasauf
Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Ogos 2007

Penceramah : Us Ruslan Abd Razak
Tajuk : Tauhid
Hari : Jumaat
Tarikh : 24 Ogos 2007

Penceramah : Us Ali Kutty
Tajuk : Tasawur Islam
Hari : Isnin
Tarikh : 27 Ogos 2007

Pertandingan Takraw Masjid Senawang 28 Julai

Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang akan menganjurkan Pertandingan Sepak Raga Bulatan untuk Remaja dan Pertandingan Menganyam Ketupat Terbuka Wanita pada :

Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Julai 2007
Masa : Selepas solat Asar
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Pertandingan ini adalah terbuka kepada ahli taman-taman di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang iaitu Taman Desa Flora, Taman Desa Ixora, Taman Teratai, Taman Kobena, Taman Bandar Senawang, Taman Senawang Indah, Taman Jasmin, Taman Widuri, Taman Desa Anggerik, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Satria, Taman Desa Melor, Kuarters Balai Polis

Untuk acara Sepak Raga Bulatan setiap pasukan diwakili 6 orang untuk setiap taman.

Turut diadakan Pameran Anti Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PDRM

Untuk maklumat lanjut hubungi Sdr Amin : 019-6510167

20070719

Ayah Ku Dan Helikopter Nuri

Apabila berlaku kejadian terbaru helikopter Nuri yang terhempas di Genting Sampah, aku bertanyalah pada ayah ku seorang bekas tentera, “Bah, bila abah mula naik Nuri ?”. Ayah ku menjawab, “Sejak abah pangkat Leftenan lagi , abah dah naik Nuri tu”.

Sekarang ayah ku sudah lama pencen, sejak tahun 1983 lagi, dan sekarang usianya 70 tahun dan sudah bercucu pula.

Begitulah lamanya Nuri telah berjasa kepada negara kita. Setiap kali semasa ayah menjalankan tugas hati ku sentiasa berdebar-debar. Maklum sajalah , tahun 70an dan 80an masih ada pengganas komunis di Malaysia. Bukan sahaja bimbangkan Nuri akan terhempas, malah bimbangkan Nuri akan ditembak jatuh.

Yang aku ingat helikopter Nuri tidak bertukar ganti, tetapi hanya jet pejuang yang bertukar ganti. Bermula dengan jet Tebuan yang sering ku lihat di hadapan kuarters tentera berhadapan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa menjalankan latihan. Kemudian jet supersonik F-5E, kemudian jet yang penuh kontroversi A4 Skyhawk, kemudian MB339, kemudian pula Hawk, kemudiannya F-18 Hornet, kemudian MIG 29 dan terkini dan tercanggih ialah pesawat Sukhoi.

Namun ku lihat Nuri masih digunakan lagi, diperbaiki, dipermodenkan dan seterusnya.

Begitu juga dengan pesawat pengangkut yang membawa anggota tentera. Masih ingat ketika kami kerap berpindah randah mengikuti ayah ke Sabah dan Sarawak menaiki beberapa pesawat. Mulanya pesawat Dart Herald, masih ku ingat , ketika dalam perjalanan krewnya sedang cuba menutup pintu belakang yang tidak rapat. Pesawat Dart Herald telah lama tidak digunakan. Kemudian naik pula Caribou, naik Caribou ni juga membimbangkan, dengan bunyi enjinnya yang bising dan kadang-kadang asap hitam keluar dari enjin bila enjin mula dihidupkan. Caribou juga telah ditamatkan perkhidmatan. Kemudian kami naik pula jet F28, agak canggih ketika itu, secanggih jet eksekutif TUDM ketika ini. Jet F28 inilah digunakan untuk mengangkut anggota tentera berpindah dari Semanjung Malaysia ke Sarawak. Kemudian balik ke Semenanjung , kami naik pula pesawat Hercules C-130. Pesawat Hercules masih digunakan hingga ke hari ini. Yang terbaru pesawat CN 235 tidak sempat ku merasainya. Begitu juga beberapa jet eksekutif TUDM yang terkini.

Walaupun jet pejuang dan pesawat pengangkut silih berganti tetapi pesawat Nuri masih digunakan lagi.

Jika masa dahulu ketika Nuri masih baru, hati ku sebagai anak seorang perajurit sentiasa berdebar-debar menantikan kepulangan ayah dari operasi, apatah lagi sekarang ini seorang isteri, seorang anak menanti-nantikan kepulangan suami atau ayah mereka daripada menjalankan operasi dengan menggunakan pesawat Nuri.

Fikir-fikirkanlah.

Gaji Naik, Tapi Harga Basikal Turun di Senawang 28 Julai

Sempena meraikan kenaikan gaji kakitangan kerajaan bermula Julai 2007, Faruqi Cycle Shop Senawang :

* Menawarkan potongan harga 30% untuk semua basikal, basikal elektrik dan pengangkut basikal atas bumbung (car rooftop bicycle carrier jenis Thule) dan banyak lagi
* Diskaun istimewa untuk alat ganti
* 2 hari Sahaja pada Sabtu 28 Julai 2007 (10 pagi – 9 mlm) dan Ahad 29 Julai 2007 (10 pagi – 6 ptg)

Jangan lepaskan peluang ini, temui mereka di :
FARUQI CYCLE SHOP
No 6, Lorong Matahari 1/1, Matahari Height, 70450 Senawang, N.Sembilan
(Sebelah Stesen Petronas Matahari Height)

Hubungi :
Zamrin 017-6565316
Zidin 019-3171474

2 HARI SAHAJA !!!

20070715

Cenderahati Pelajar Cemerlang 2006 Masjid Senawang

Assalamualaikum wrt wbt ,
Perhatian kepada semua pelajar cemerlang yang menetap dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang. Satu majlis Penyampaian Cenderahati Pelajar Cemerlang 2006 dan Majlis Bacaan Yasin serta Solat Hajat untuk Pelajar-Pelajar yang akan mengambil Peperiksaan Tahun 2007 dijadualkan akan diadakan pada hari Jumaat 24 Ogos 2007 selepas Maghrib di Masjid Bandar Baru Senawang.

Syarat-syarat Penganugerahan Cenderahati Pelajar Cemerlang 2006 ialah :
1. Mesti menetap atau bermastautin di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang
2. Penyertaan mestilah disalurkan melalui Pengerusi Surau yang berada dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang
3. Memperolehi 5A dalam UPSR, minima 8A dalam PMR atau SPM, minima 4A dalam STPM atau STAM
4. Disertakan salinan keputusan yang sah, alamat dan nombor telefon pelajar.

Kepada keluarga yang ingin menyenaraikan anak mereka untuk Majlis Bacaan Yasin serta Solat Hajat untuk Pelajar-Pelajar yang akan mengambil Peperiksaan Tahun 2007 pihak masjid memohon sumbangan RM 10 untuk setiap keluarga.

Senarai nama pejalar cemerlang 2006 dan yang akan menyertai Majlis Bacaan Yasin serta Solat Hajat untuk Pelajar-Pelajar yang akan mengambil Peperiksaan Tahun 2007 hendaklah sampai ke AJK Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum 10 Ogos 2007.

Sekian, wassalam.

Bengkel Pengurusan Saudara Kita 21 Jul Seremban

Adalah dimaklumkan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Badan Gabungan Dakwah Negeri Sembilan menjemput muslimin dan muslimat semua untuk menghadiri :
BENGKEL PENGURUSAN ISLAM SIRI 1 (SAUDARA KITA)
Pada Sabtu 21 Julai 2007
Jam 8 pagi – 5 ptg
Di Dewan Sg Ujong, Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, NS
Bengkel ini adalah PERCUMA tetapi Tempat adalah Amat Terhad.
Mereka yang ingin menghadiri Bengkel ini sila maklumkan kepada pihak penganjur sebelum 19 Julai 2007 dengan memberikan Nama, Alamat dan Nombor Telefon ke :
Badan Gabungan Pertubuhan Dakwah N.Sembilan
No 10, Tingkat 1, Wisma ABIM, Bangunan UDA, Ampangan, 70400 Seremban, NSTel : 06-7630789 , Fax : 06-7911578

ATURCARA PROGRAM
8 pagi – Pendaftaran (sarapan disediakan)
8.30 pagi – Taklimat Bengkel
9 pagi – Pembentangan 1 – Pengurusan Saudara Kita dan Cabaran Masa Kini oleh :
1. Ustaz Jaafar bin Muhammad
2. Wakil Pejabat Pendaftaran Negara, NS
3. Wakil Islamic Outreach ABIM, KL
11 pagi – Minum pagi
11:15 pagi – Pembentangan 2 – Saudara Kita – Implikasi Undang-Undang Sivil dan Syariah
1. Ustazah Fatimah Manja (JHEAINS)
2. Ustaz Mohd Fadzil Abu Kassim (JHEAINS)
3. Encik Zainur Rijal Abu Bakar (Peguam)
1:15 tgh – Makan tengahari / Solat Zuhur
2:30 ptg – Persidangan Meja Bulat
4 ptg – Majlis Penutup oleh Pengarah JHEAINS
5 ptg - Bersurai

20070706

Ceramah Anti Dadah Di Masjid Senawang 28 Julai

Assalamualaikum, Harap kepada netters yang tinggal di sekitar Senawang dan Seremban dapat membantu mewar-warkan program Anti Dadah ini di kedai-kedai, masjid, surau, sekolah, kejiranan kita dan lain-lain tempat awam untuk satu sessi ceramah Anti Dadah. Saya telah menghadiri ceramah yang diberikan oleh Dr Sabri ini dan mendapati ianya amat bermanafaat kepada kita semua dalam usaha untuk mencegah masalah dadah di tempat kita. Banyak maklumat baru dan terkini dalam usaha untuk mencegah yang lebih baik daripada merawat.

BEBAS DADAH DI KOMUNITI KITA
Ceramah dan Persembahan Multimedia
Oleh : Dr Sabri bin Zainudin Zainul , Ketua Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

28 JULAI 2007 , SABTU
8 MALAM – SELEPAS MAGHRIB
DI MASJID BANDAR BARU SENAWANG , NEGERI SEMBILAN

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang dengan kerjasama AADK dan AADK-NS

Maklumat lanjut hubungi Rozmal 012-2267406

Dadah adalah penghalang pembangunan & pemusnah Wawasan Agama, Bangsa & Negara. Bersama kita bersatu tenaga untuk memerangi dadah habis-habisan. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang

20070701

Konsert Nazrey (Raihan) 14 Julai Seremban

Jom Nasyid bersama Nazrey Johani (bekas penyanyi utama kumpulan Nasyid Raihan)
Bila ? SABTU 14 Julai 2007
Masa ? Bermula Jam 9 malam
Mana ? Dataran SRIAS, Pusat Pendidikan As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Jln Senawang-Paroi, Seremban
Bayaran ? Cuma RM 5 seorang (umur 3 tahun ke bawah percuma). Juga 4 kupon percuma jika menyertai Motivasi bersama Nazrey sebelah pagi atau petang.
MENARIK : Pelancaran Album Solo Nazrey Johani “SYAHADAH”
Anjuran siapa ? Penaja Kelab Peminat Nazrey Johani
Mana nak dapat kupon ? Hubungi Ustaz Nazri Zainudin 019-6644320, Hj Taufik 019-6576540, Sdr Zulkarnain 013-6341990 atau Rozmal Malakan 012-2267406

************************
MOTIVASI Pra Sekolah Oleh Nazrey Johani
Sabtu 14 Julai 2007
Jam 9 pagi – 11:30 pagi
Di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban
Peserta : Kanak-kanak umur 4, 5 dan 6 tahun
Yuran : RM 20 seorang (4 kupon percuma untuk Konsert Nazrey Johani 14 Julai 9 malam di Dataran SRIAS, Seremban)
MENARIK : Sessi Autograf dan Bergambar bersama Nazrey Johani
Untuk Pendaftaran Hubungi Ustaz Nazri Zainudin 019-6644320
Matlamat :
Membina minda dan keperibadian yang unggul melalui lagu-lagu dakwah
Melazimi anak-anak mengalunkan bait-bait lagu dan zikir-zikir yang indah
ANAK-ANAK PERMATA UMMAH

************************
Motivasi REMAJA SOLEH Oleh Nazrey Johani
Sabtu 14 Julai 2007
Jam 2 ptg – 4 ptg
Di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban
Peserta : Remaja dan kanak-kanak umur 7 hingga 17 tahun
Yuran : RM 20 seorang (4 kupon percuma untuk Konsert Nazrey Johani 14 Julai 9 malam di Dataran SRIAS, Seremban)
MENARIK : Sessi Autograf dan Bergambar bersama Nazrey Johani
Untuk Pendaftaran Hubungi Ustaz Nazri Zainudin 019-6644320
Matlamat :
Membina anak-anak remaja yang bercita-cita murni sebagai insan berjaya dunia dan akhirat
Menghidangkan hiburan alternatif yang berunsurkan dakwah
Melazimi para remaja dengan bait-bait indah yang berunsurkan dakwah
REMAJA SOLEH PEMACU UMMAH