KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110829

Salam Idil Fitri 1432 H, Jom Raya menurut Sunnah


Kepada semua pembaca, sanak saudara dan kenalan,

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu, serta menjadikan kita orang yang kembali dari Ramadhan sebagai orang yang mencapai kemenangan.

Daripada : Rozmal bin Malakan sekeluarga, Kg Bongek, Rembau.

***************************
BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH NABI

Lafaz Ucapan Hari Raya

Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
( Kitab Fath al-Bari)
http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=121&Itemid=90

Ucapan Selamat Hari Raya
http://ustadzaris.com/ucapan-selamat-hari-raya

Kita mampu hantar angkasawan, tapi tiada telefon


Saya tertarik dengan artikel panggilan kecemasan dari Blog personaliti TV Mazidul Akmal Sidek bertajuk : SOS! Angkasawan Ke ISS, Kampung Tiada Kemudahan Telefon Talian Tetap. Beliau merasa kecewa setelah 54 tahun mencapai kemerdekaan, sampai mampu hantar angkasawan ke stesen ISS namun masih terdapat kawasan yang bukan sahaja talian telefon mudah alih, malah tiada talian telefon tetap.

Beliau terpaksa pergi ke bandar terdekat sejauh 17 kilometer untuk mengemaskini blog beliau.

Ikuti luahan TV Mazidul Akmal Sidek di http://www.mazidulakmal.com/2011/08/angkasawan-ke-iss-kampung-tiada.html

Alat permainan merbahaya di stesen keretapi?

Satu siasatan segera oleh pihak berkaitan harus dilakukan untuk kejadian di bawah ini dimana seorang kanak-kanak cedera parah terkena renjatan elektrik ketika bermain kereta kawalan jauh di stesen keretapi Sg Gadut, Seremban. Adakah alat kawalan jauh atau sebarang alat yang mempunyai gelombang seperti radio dan telefon bimbit merbahaya digunakan berhampiran landasan keretapi elektrik?

Atau kanak-kanak tadi dipanah petir? Pengetahuan asas bahaya petir di kalangan kita masih lagi rendah, sedangkan Malaysia adalah salah sebuah negara tertinggi di dunia kejadian petir. Blog mengenai bahaya petir di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com


*****************
Budak cedera terkena renjatan elektrik

SEREMBAN 28 Ogos 2011 – Seorang ibu tergamam setelah melihat anak lelakinya terbaring dengan tubuh berasap selepas terkena renjatan elektrik kabel bervoltan tinggi ketika sedang bermain kereta mainan dengan alat kawalan jauh di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Shafiq Mat Isa, 10, mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badan melecur akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu mengikut ibunya bekerja sebagai pekerja pembersihan di stesen berkenaan.

Ibunya, Norashahin Ujang, 52, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membersihkan sebuah gerabak, manakala anaknya itu bermain kereta mainan dengan dengan memegang sebuah alat kawalan jauh di luar gerabak berkenaan.

“Tiba-tiba saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjenguk keluar tingkap gerabak berkenaan saya terkejut apabila melihat anak saya sudah terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap.

“Saya terus keluar dan memeluk anak saya tetapi dia tidak bergerak malah saya melihat sebahagian baju serta seluarnya mempunyai kesan terbakar seperti disambar api.

“Pada masa yang sama saya juga melihat alat kawalan jauh yang dipegang Mohd. Shafiq sudah terbakar dan berada tidak jauh dari anak saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja‘afar (HTJ) di sini, hari ini.

Tambahnya, dia tidak sangka alat kawalan kawalan jauh yang dipegang Mohd. Shafiq boleh menyebabkan anaknya itu terkena renjatan elektrik dari kabel yang terletak kira-kira dua meter dari mangsa.

“Saya bersyukur kerana nyawa anak saya masih panjang walaupun arus yang mengalir dalam tubuhnya itu sangat tinggi sehingga menyebabkan simen di mana anak saya berdiri turut berlubang,” katanya sedih.

Sementara itu, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fadzil Ismail memberitahu, pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana ini kejadian pertama berlaku membabitkan alat kawalan jauh dari sebuah kereta mainan.

“Buat masa ini kita akan menyiasat perkara itu termasuk membuat kajian berhubung bahaya menggunakan permainan kawalan jauh berhampiran kabel bervoltan tinggi.

“Kita melahirkan rasa simpati dengan apa yang menimpa kanak-kanak itu dan pihak kami akan membuat susulan terhadap kesihatan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm


20110828

Lanjutan bil elektrik TNB tinggi Gila Babi


Lanjutan artikel saya sebelum ini berkenaan isu bil elektrik TNB yang mengGila Babi tinggi sekarang ini ketika semua harga barangan naik. Kini di Laman Web Aduan Rakyat ada yang mengadu sebelum ini bil elektriknya ialah RM70, kini bil elektriknya mencapai sehingga RM300 sebulan.

Menteri apa kisah, dia suruh sajalah kita rakyat buat aduan di TNB, macam bola jadinya kita.

Apa kan daya kita ni rakyat umpama mentimun, terima sajalah apa sekali kadar bil elektrik, tak nak bayar gunalah pelita atau lilin.

Artikel Bil elektrik kini Gila Babi di http://waghih.blogspot.com/2011/07/bil-elektrik-kini-gila-babi.html

BIL ELEKTRIK TNB TERLALU TINGGI
Aduan Rakyat , 27 Ogos 2011

Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang. Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambong sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh 3 bulan ini. Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan aircond dari 7 jam sehari kepada hanya 4 jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba. Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini.

By: NORFAIZAL

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bil-elektrik-tnb-terlalu-tinggi

Aidilfitri: Pelanggan ‘ikat perut’, peniaga keluh jualan kuih dingin

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
August 28, 2011


Orang ramai meninjau bazar menjual kuih raya di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Peniaga mendakwa sambutan kurang memberangsangkan. — Foto oleh Choo Choy May


KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ketika ramai pengguna mengeluh tentang kenaikan harga makanan, peniaga-peniaga kuih raya turut merasai kesannya apabila produk makanan sempena Aidilfitri kali ini kurang mendapat sambutan berbanding tahun lalu.

Tinjauan The Malaysian Insider di beberapa lokasi sekitar ibu negara mendapati banyak kuih raya tidak laku ketika tinggal tiga hari sebelum Syawal.

Rata-rata peniaga yang ditemui juga mengatakan perniagaan mereka tahun ini “terlalu dingin’ sambil mengakui ia kesan daripada kenaikan beberapa barang keperluan termasuk minyak masak, gula dan bahan api.

Malah tinjauan di kalangan peniaga menggunakan kenderaan bergerak di sekitar ibu negara juga melahirkan pandangan yang sama. Mereka juga berpendapat “kuasa membeli” pada tahun ini tidak memberangsangkan kerana ramai pembeli terlalu berhati-hati dalam berbelanja mendapatkan kuih raya.

“Jualan tahun ini perlahan sangat, saya akui memang harga kuih naik, itu sebab pembeli kurang sebab mereka terlalu berhati-hati untuk berbelanja.

“Harga naik sebab kos lain naik. Sebagai contoh minyak masak, gula dan petrol... lagipun bukan tinggi sangat naik, tapi pembeli yang sudah biasa beli bising,” kata Zulkifly Abu Bakar, 53, yang cuba menggambarkan rungutan di kalangan pelanggan setianya.

Dia menambah, sukar untuk mendapat keuntungan sekiranya perniagan yang diusahakan sejak 25 tahun lalu tidak mendapat sambutan.

Zulkifly berkata, dia menghabiskan sehingga RM300,000 untuk mendapatkan bekalan pelbagai jenis kuih raya.

“Kuasa membeli itu kurang. Kalau macam ini susah untuk pastikan untung atau rugi, kos saya sahaja sebanyak RM300,000.

“Banyak sebab mengapa kuasa membeli kurang. Antaranya termasuk pembeli telah menempah kuih raya dan mungkin buat sendiri,” katanya yang mendapatkan produk kuih raya dari Kedah, Kuala Lumpur, Perak dan Johor.

Difahamkan ada juga yang menempah kuih atas talian dan ada membeli terus daripada kenalan masing-masing.

Selain menjalankan perniagaan di bazar Ramadan Jalan Masjid India, Zulkifly turut mengambil lot gerai di bazar Ramadan Jalan Chow Kit.

Saizamani Dollah, 36, yang turut berniaga di bazar Ramadan Jalan Masjid India juga melahirkan pandangan yang sama.

Katanya, kenaikan harga barang keperluan telah menjejaskan perniagaan kuih raya tahun ini.

“Jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini paling perlahan. Peniaga-peniaga terpaksa naikkan harga barang tapi bila kami naikkan (harga) pembeli bising,” katanya yang mengalami nasib yang sama.

Bagaimanapun Saizamani berkata, walaupun harga dinaikkan, namun sekiranya pelanggan membeli dalam jumlah banyak potongan tetap akan diberikan.

“Kalau biasa kita jual tiga bekas (atau bungkusan) RM10, tahun ini kita jual tiga RM12, bukan banyak sangat pun naik. Tapi kalau beli banyak tetap akan ada potongan,” katanya.

Seperti lazimnya peniaga terpaksa melelong kuih-kuih raya menjelang 1 Syawal, dijangka Selasa ini.

Walaupun kurang memberangsangkan namun Ahmad Ariffin Ibrahim sabar melayan pelanggannya. — Foto oleh Choo Choy May

Sementara itu, seorang lagi penjual Musliadi Mohamad, 31, berkata sambutan daripada pembeli tahun ini masih rendah.

“Jika tahun lepas, 15 hari sebelum hari raya kuih dah separuh habis, tapi tahun ini banyak lagi yang ada.

“Boleh dikatakan tahun ini sambutan macam tidak ada, lagi beberapa hari nak raya tapi kuih banyak lagi yang tak laku,” katanya.

Namun Ahmad Ariffin Ibrahim, 40, masih yakin sambutan kuih raya lebih laku menjelang Syawal.

“Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas memang tahun ini tak berapa dapat sambutan, tapi kebiasaannya bila betul-betul dekat nak raya baru orang mula beli.

“Kadang-kadang pada malam raya memang kami tak menang tangan sebab pembeli memang suka datang sasat-sat akhir,” katanya.

Ahmad Ariffin yang sudah hampir 15 tahun berniaga di bazar Ramadan Jalan Chow Kit juga mengakui “kuasa membeli” tahun ini begitu rendah.

Seorang peniaga kuih raya secara bergerak menggunakan lori kecil, yang dikenali sebagai Zulkifli juga berkongsi masalah yang sama.

“Ini sudah tiga minggu, saya mengambil stok kira-kira RM20,000 tetapi setakat ini hasil jualan saya dalam tangan cuma ada RM1,000 lebih... kalau tahun lepas, setakat ini (tiga minggu Ramadan), saya sudah habis jual semua stok,” katanya yang ditemui di kawasan Lembah Pantai.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aidilfitri-pelanggan-ikat-perut-peniaga-keluh-jualan-kuih-dingin/

20110825

Kadar zakat bukannya 2.5 peratus sebenarnya



Terasa bodoh aku selama ini bila semalam dengar dalam Radio IKIM, seorang penceramah jemputan berkata kadar zakat kalau ikut tahun Masihi ialah 2.575%. Kadar zakat 2.5% ialah apabila cukup satu haul tahun Hijrah. Jadi untuk mudahkan kita ingat bila cukup haul, kita tunaikanlah zakat lain, pada bulan Ramadhan sekali dengan zakat fitrah, samada zakat saham, zakat perniagaan, zakat emas, zakat pendapatan dan sebagainya.

Rasanya ramai antara kita belum bayar zakat-zakat di atas, jadi masih belum terlambat. Jangan nak kejar bayar zakat fitrah, kejar Lailatul Qadar, kejar kuih raya. Yang zakat ni kejar dulu, mana tahu selama ini kita terlupa, terlepas haul, terkurang peratus zakat yang dibayar.

Rujukan :

Kadar zakat 2.575% karena menggunakan penghitungan haul kalender Masehi http://www.qultummedia.com/kalkulator/kalkulator/profesi_gaji_m.html

Haul: Possession of the assets for one Hijrah year or 355 days.
http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Zakat/Zakat%20Business%20Brochure(1).pdf

20110823

Enam maut dipanah petir di Malaysia

Enam maut dipanah petir di Shah Alam. Angka ini yang teramai setakat ini yang maut dipanah petir pada satu ketika. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai bahaya petir masih kurang, sedangkan Malaysia adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang banyak menerima panahan petir.

Koleksi beberapa kejadian panahan petir di Malaysia serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk meminimumkan risiko panahan petir terdapat di http://kilatmalaysia.blogspot.com

ENAM KORBAN PANAH PETIR
Kosmo 23 Ogos 2011



SEORANG pekerja menunjukkan lokasi tempat tiga lelaki Indonesia maut dipanah petir di sebuah tapak pembinaan di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Enam lelaki Indonesia terkorban manakala lima rakan senegara mereka cedera akibat disambar petir dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di sini dan sebuah kebun sayur di Sungai Choh, Hulu Selangor semalam.

Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada pukul 2.30 petang dan 2.45 petang.

Dalam kejadian di Glenmarie, tiga lelaki Indonesia maut manakala tiga rakan senegara mereka yang lain cedera.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Hazarin, 29, Surady, 31, dan Mohd. Nasir, 46. Tiga lagi mangsa yang cedera belum dikenal pasti kecuali seorang mangsa wanita dikenali sebagai Som, 20.

Semasa kejadian, tiga mangsa yang terkorban berada di luar rumah kongsi mereka dan berdiri di dalam lopak air.

Petir dipercayai memanah ke kawasan lopak air tempat ketiga-tiga mangsa berdiri dan mengalirkan arus elektrik yang menyebabkan ketiga-tiga mangsa terkena rencatan dan mati di tempat kejadian.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

20110822

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat

Semalam isi minyak di Petronas Taman Matahari Height , Senawang. Nak bayar di kaunter ternampak satu risalah dari Balai Polis Senawang iaitu risalah Kempen BALIK KAMPUNG RUMAH SELAMAT - PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH

Banyak juga maklumat yang berguna untuk kita semua, khususnya orang Senawang, Seremban dan Negeri Sembilan amnya.





Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan



PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program :
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

20110821

Guna telefon ketika petir membawa maut

Ajal maut kita semua adalah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa sejak dari dulu lagi. Kesedaran rakyat Malaysia mengenai bahaya petir masih kurang, sedangkan Malaysia adalah negara ketiga tertinggi di dunia yang banyak menerima panahan petir.

Koleksi beberapa kejadian panahan petir di Malaysia serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk meminimumkan risiko panahan petir terdapat di http://kilatmalaysia.blogspot.com


Maut kena petir waktu guna telefon
Kosmo 21 Ogos 2011


Rosnah menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah petir di Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam.

TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.

Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.

Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.

“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

20110820

Beratus skru bahaya di jalan Rasah, Seremban

Para pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal harap berhati-hati apabila menggunakan flyover jalan Rasah menuju ke bandar Seremban, Terdapat beratus-ratus skru ( bolt / pasak ) yang tercacak setinggi hampir 1 inci di atas jalanraya sejak sebulan yang lalu. Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk keselamatan para pengguna. Terdapat kejadian tayar motosikal bocor apabila melanggar skru ini.

Friday August 19, 2011
Hundreds of metal bolts along Jalan Rasah in Seremban

DANGER lurks especially for motorcyclists if they are not careful while travelling on Jalan Rasah, Seremban.

One can find hundreds of metal bolts sticking out 2cm off a 20m stretch leading towards town just after the end of the flyover.

Motorcyclists who ride on these bolts could lose their balance and end up with serious injuries.



Danger zone: Hundreds of metal bolts which once held flexible poles, sticking out about 2cm from the ground on Jalan Rasah heading towards Seremban town.

According to a motorist, who only wants to be known as Ashraf, he once had a miraculous escape while trying to avoid a speeding car coming down from the flyover.

“I had a bumpy ride when I was pushed on the metal bolts. However, I ended up with a punctured back tyre.

“That was a week ago and I am surprised the authorities have not removed them. It is definitely not safe,’’ said Ashraf from Mambau.

The bolts once held flexible poles but over time they were knocked down by speeding vehicles or vandalised and now the metals are exposed.

Motorist Param Kutty said the road had been like that for the past one month and the authorities should act before a nasty accident happened.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/8/19/central/9294014&sec=central

20110819

Kenapa Pusat Zakat saja yang rajin berdakwah?

Baru-baru ini ternampak satu papan tanda gergasi di simpang tiga berhampiran bekas tapak Kem Paroi, Seremban. Papan tanda tersebut adalah satu usaha dakwah agar umat Islam melakukan ibadah berzakat. Sudah pasti bajetnya agak besar untuk meletakkan papan tanda gergasi yang berkonsepkan dakwah. Tetapi kenapa Pusat Zakat saja yang diberi peruntukan untuk melakukan dakwah melalui papan tanda gergasi?

Konsep dakwah melalui papan tanda gergasi ini harus diperluaskan di semua jabatan dan sektor dalam Majlis Agama Islam, terutamanya bahagian dakwah, bahagian kaunseling, bahagian mahkamah syariah, bahagian penguatkuasaan, bahagian persijilan halal dan seterusnya.

Saya fikir ketua sektor atau ketua di setiap bahagian tersebut bersetuju dengan konsep dakwah sebegini jika ada ongkosnya atau diberi peruntukan yang secukupnya.

Banyak mesej-mesej dakwah berunsur menyeru, mengajak, unsur positif boleh disampaikan melalui papan tanda gergasi ini yang amat jarang sekali kelihatan dewasa ini.

Mesej seperti solat berjemaah lebih baik, berjalan kaki ke masjid menyihatkan badan, berkahwin cara Islam mudah dan murah, mesej suami isteri penyayang, judi membawa sengsara dan sebagainya boleh disampaikan melalui papan tanda gergasi tersebut.

Berapa bajet yang diperuntukkan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri untuk berdakwah melalui papan tanda gergasi, atau ianya hanya sesuai untuk mesej menggalakkan umat Islam menunaikan zakat?

Untuk melihat papan tanda gergasi tersebut sila ke http://waghih.blogspot.com/2011/08/zakatkan-semua-bukan-hanya-zakat-fitrah.html


Adab Sambut Idil Fitri 23 Ogos 2011 Senawang

CERAMAH AGAMA
Tajuk : Santuni Idil Fitri
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Khusairi Hamthan
Tarikh : 23 Ogos 2011 , Selasa
Masa : Selepas Tarawih
Tempat : Surau Taman Matahari Heights, Senawang

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan dan sumbangan sila hubungi Ustaz Nazri Esa 013-3098775

Cek sumbangan atas nama : SURAU TAMAN MATAHARI HEIGHTS
No akaun : 221121070325 (Bank Rakyat)



ADAB MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI

Umat Muslim di berbagai tempat, daerah, dan negara memiliki tradisi masing-masing dalam menyambut datangnya Hari Raya Idul Fitri. Namun, intinya pada saat hari raya, setiap keluarga bisa berkumpul, saling mengunjungi, dan bersilaturahim, serta saling memaafkan.

Agar Idul Fitri benar-benar bermakna, sebaiknya seorang Muslim hendaknya memperhatikan adab berhari raya. Rasulullah SAW telah memberi contoh dan teladan tentang adab berhari raya.

Dalam Kitab Mausuu'atul Aadaab Al-Islaamiyyah, Syekh Abdul Azis bin Fathi As-Sayyid Nada menjelaskan adab berhari raya secara rinci. Lalu apa saja adab yang perlu diperhatikan saat berhari raya?

PERTAMA, NIAT YANG BENAR.
Niat yang benar merupakan dasar dari semua urusan. ''Wajib bagi seorang Muslim menghadirkan niat yang benar dalam segala perkara berkaitan dengan hari raya, seperti berniat ketika keluar rumah untuk shalat demi mengikuti Nabi SAW,'' ungkap Syekh Sayyid Nada.

KEDUA, MANDI.
Pada hari Idul Fitri hendaknya setiap Muslim mandi. Sehingga, kata Syekh Sayyid Nada, dapat berkumpul bersama kaum Muslimin lainnya dalam keadaan bersih dan wangi. Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA, bahwa ia mandi pada hari raya Idul Fitri, sebelum berangkat ke tempat shalat. (HR Malik dalam kitab al-Muwaththa).

KETIGA, MEMAKAI WEWANGIAN.
Saat akan shalat Idul Fitri, hendaknya setiap Muslim memakai wewangian dan dalam keadaan bersih.

KEEMPAT, MEMAKAI PAKAIAN BARU.
Menurut Syekh Sayyid Nada, jika seseorang mampu, disunahkan memakai pakaian baru pada hari raya Idul Fitri. Hal itu menunjukkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan Allah SWT dan menunjukkan kegembiraan pada hari raya. Ibnu Umar RA memakai pakaian terbaiknya pada kedua hari raya. (HR Al-Baihaki).

KELIMA, MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH SEBELUM MELAKSANAKAN SHALAT.
Sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW, seorang Muslim hendaknya mengeluarkan zakat fitrah sebelum shalat untuk menggembirakan fakir-miskin dan orang yang membutuhkan pada hari Ied tersebut. Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar untuk shalat. (HR Bukhari-Muslim).

KEENAM, MEMAKAN KURMA SEBELUM BERANGKAT DARI RUMAH PADA HARI RAYA IDUL FITRI.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ath-Thabrani, Rasulullah SAW sebelum berangkat shalat pada hari raya Idul Fitri memakan kurma terlebih dahulu. Dalam riwayat lain disebutkan, Nabi SAW tak berangkat shalat Idul Fitri kecuali setelah makan, sedangkan beliau tidak makan pada hari raya Idul Adha, kecuali setelah pulang dan makan dari hewan kurbannya. (HR at-Tirmidzi)

KETUJUH, BERSEGERA MENUJU TEMPAT SHALAT.
Pada hari raya Idul Fitri, hendaknya setiap Muslim bergegas menuju tempat dilakukannya shalat I'ed.

KEDELAPAN, KELUARNYA WANITA KE TEMPAT SHALAT.
Menurut Syekh Sayyid Nada, wanita dianjurkan untuk keluar menuju tempat shalat walaupun sedang haid. Sehingga, mereka dapat menyaksikan dan mendapat kemuliaan hari raya serta merasakan kebahagiaan bersama orang lain.

''Meski begitu, hendaknya wanita yang haid memisahkan diri dari tempat shalat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Bukhari-Muslim, Nabi SAW memerintahkan gadis-gadis pingitan, anak-anak, serta wanita haid untuk keluar, namun wanita haid yang menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Mukminin, hendaklah mereka memisahkan diri dari tempat shalat.

KESEMBILAN, ANAK-ANAK JUGA KELUAR UNTUK SHALAT.
Ibnu Abbas RA berkata, ''Aku keluar bersama Nabi SAW pada hari raya Idul Fitri dan Idul Adha, kemudian beliau shalat dan berkhutbah…'' (HR Bukhari-Muslim). Menurut Syekh Sayyid Nada, hendaknya anak-anak ikut keluar sehingga mereka ikut merasakan kebahagiaan hari raya, bersenang-senang dengan pakaian baru, keluar ketempat shalat, dan menyaksikan jamaah kaum Muslimin walaupun mereka tidak shalat karena masih kecil.

KESEPULUH, KELUAR UNTUK SHALAT DENGAN BERJALAN KAKI.
Keluar berjalan kaki untuk shalat termasuk sunah. Sebagaimana Nabi SAW keluar pada dua hari raya dengan berjalan kaki, shalat tanpa azan dan iqamat, dan pulang berjalan kaki melalui jalan lain. (HR Ibnu Majah). Perbuatan inilah yang disukai selama tak memberatkan orang yang shalat.

KESEBELAS, BERTAKBIR DENGA SUARA KERAS SAMPAI KE TEMPAT SHALAT.
Disunahkan bertasbih mulai dari keluar rumah sampai ke tempat shalat. Hal ini untuk menunjukkan syi'ar Islam.

KEDUABELAS, BERSALAMAN DAN SALING MENGUCAPKAN SELAMAT DI ANTARA ORANG YANG SHALAT.
Bersalaman dan saling mengucapkan selamat akan membahagiakan jiwa yang merasa gembira pada hari Ied. Bisa pula sambil mengucapkan, ''Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian.''

KETIGABELAS, BERSILATURAHIM.
Menjalin silaturahim wajib pada setiap waktu. Namun, semakin dianjurkan pada saat hari raya Idul Fitri. Sehingga, semua anggota keluarga bisa senang dan bisa merasakan kebesaran hari raya itu.

KEEMPATBELAS, SALING BERTUKAR HADIAH DAN MAKANAN.
Sudah menjadi tradisi, pada hari raya setaip tetangga bertukar makanan dan hidangan. Bahkan, dianjurkan untuk memberikan hadiah bagi mereka yang tak mampu.

Sumber : http://www.republika.co.id/berita/ensiklopedia-islam/islam-digest/10/09/05/133626-adab-menyambut-hari-raya-idul-fitri

Zakatkan semua, bukan hanya Zakat Fitrah




20110818

Wanita pernah menjadi Undang di Negeri Sembilan

Tahukah kita, terutamanya orang Negeri Sembilan, khususnya pengamal Adat Perpatih bahawa wanita pernah menjadi Undang di Negeri Sembilan? Terdapat satu luak di Negeri Sembilan dimana Undang yang pertama hingga yang ketiga adalah wanita.

Undang Johol yang pertama (tahun 1723-1747) ialah seorang wanita iaitu Puteri Kunun atau juga dipanggil Sitiawan. Undang Johol yang kedua ialah Datok Rambut Panjang (tahun 1747-1760) juga seorang wanita. Sementara Undang Johol yang ketiga ialah Datok Sitiawan II (tahun 1760-1790) yang merupakan seorang wanita.

Lelaki pertama yang dilantik menjadi Undang di Johol ialah Undang Johol yang keempat iaitu Datok Rambutan Jantan (tahun 1790-1810).

Dipetik dari Adat Istiadat Kerjan Undang Johol ke XI oleh Wan Abdul Kadir Yusof dan Abdul Rahman Kaeh, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1976.

Sumber : http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_05192.pdf






Sementara itu Undang Johol yang kesembilan yang berjiwa rakyat iaitu Dato’ Kamat bin Haji Sulaiman juga menyimpan rambut panjang yang yang disikat kemas kerana mengikut sejarah tiga Undang Johol yang pertama ialah wanita.

Sumber : http://malaycivilization.ukm.my/MalayPortal/CONTENT/index.htm?docname=ADAT_08042&scxt=true




HARI AL QUDS SEDUNIA 21 Ogos 2011 Seremban

HARI AL-QUDS SEDUNIA (HAQS)
Tarikh : Ahad, 21 Ogos 2011 / 21 Ramadhan 1432H
Tempat : Masjid Negeri, Seremban
Tetamu Istimewa : Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, sukarelawan kapal Mavi Marmara yang diserang Israel

ATURCARA
5 ptg - Pameran dan Jualan
8 mlm - Tayangan video (selepas Maghrib)
9.30 mlm - Ceramah sempena Hari Al-Quds Sedunia oleh Ustaz Hasanuddin Mohd

Semua dijemput hadir

Anjuran : Aqsa Syarif Negeri Sembilan, sebuah NGO yang berjuang membantu rakyat Palestin



20110817

Seremban makin tak selamat, banyak jenayah

Sebenarnya bukan di Seremban saja. Mana-mana tempat di Malaysia macam ni sekarang. Tak kiralah polis ke , pesara polis ke, anak saudara Menteri Besar ke, tiada siapa lagi yang selamat sekarang ini. Pencuri bukan setakat ambil wang tunai dan barang kemas, dengan jeriji tingkap pun disapunya.



Anak saudara MB disamun

SEREMBAN 16 Ogos 2011 - Seorang suri rumah yang juga anak saudara Menteri Besar, kerugian hampir RM4,000 apabila rumahnya di Taman Kobena, Senawang dipecah masuk semasa wanita berusia 54 tahun itu menemani suaminya yang menjalani rawatan sakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam kejadian yang berlaku di antara 13 hingga 16 Ogos itu, bukan sahaja wang persiapan hari rayanya disamun malah jeriji besi tingkap dapur rumahnya turut dilarikan pencuri.

Norhaiyati Omar berkata, beliau mendapati wang simpanan sebanyak RM2,000 untuk persiapan hari raya dan barang kemas bernilai RM1,500 lesap selepas pulang ke rumahnya hari ini.

"Ya Allah... saya rasa lembik satu badan apabila melihat wang persiapan hari raya pemberian suami habis hilang. Itulah simpanan suami saya yang merupakan seorang pesara polis,” katanya kepada Bernama di rumahnya di sini, hari ini.

- Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

NGO N.Sembilan yang gigih selamatkan akidah umat Islam

Saudara Muhammad Adnan bukannya seorang berbangsa Melayu, tetapi beliau begitu gigih dalam usaha menyelamatkan akidah umat Islam secara praktikal, bukan sekadar retorik. Berikut luahan beliau di laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS). YKSNS bukan sekadar menyelamatkan akidah malah menyelamatkan masjid dari runtuh di Kuala Pilah dikala kita masih selesa duduk di rumah kita.



‘Musuh’ yang ‘ Sayang’
Oleh Muhammad Adnan

‘Kesian orang itu, puasa sebulan, solat 5 waktu, pergi haji, bersusah payah beribadah tetapi akhirnya masuk neraka ’, suatu ungkapan yang pernah didengar pada suatu ketika dulu, lalu apa tindakan mereka, ‘ kita perlu selamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam lembah api neraka ’, sambung mereka lagi.

Ungkapan perbualan ini bukan sahaja menyatakan kesedihan, kekesalan, kekecewaan tetapi jua memaparkan harapan, misi dan usaha golongan tertentu dalam memperjuangkan dan menyebarkan kepercayaan mereka di bumi Allah swt ini.

Bagaimana dengan kita? Agensi kita, institusi kita, diri kita dan masyarakat kita ? Cukupkah sekadar menyatakan kekesalan, kecaman dalam facebook, surat khabar dan media dengan hanya menuding jari menunjukkan suatu pihak lain yang sepatutnya bertanggungjawab tanpa melihat sejauhmana sumbangan dan keprihatinan kita.

Pada waktu mereka berjalan kaki, mengetuk pintu-pintu kumpulan sasaran dalam menyebarkan kepercayaan mereka, kita bersidang, berseminar, bermesyuarat, berpidato sambil menikmati suasana kondusif pejabat kita yang tidak bertingkap sambil menyatakan kekesalan atas tindakan mereka itu.

Kita hanya pandai bercakap tapi mereka bekerja. Mereka bersungguh-sungguh tapi kita sambil lewa dan leka. Kita mudah berputus asa tapi mereka cukup bermotivasi.

Semalam kami dapat membawa keluar tiga orang adik beradik yang ditempatkan di sebuah petempatan yang menyediakan makan minum, pakai patut, pendidikan di sebuah daerah di Negeri Sembilan. Petempatan tersebut memberi perkhidmatan kepada hampir 40 kanak-kanak daripada pelbagai tempat. Tempat berdaftar, diuruskan dengan baik, petugas yang mesra dan kanak-kanak yang riang.

Segala urusan berjalan lancar. Kita mengikuti tatacara mereka supaya membuat repot polis mengatakan ibunya sendiri membuat keputusan untuk membawa keluar anak-anak yang ditempatkan di situ untuk tujuan perlindungan dan pendidikan.

Kita perlu bersedia untuk bersaing secara merit, secara sihat dan terbuka. Kita perlu berdakwah dengan contoh teladan kehidupan dan bukan lagi dengan kuasa perundangan, enakmen dan akta semata-mata. Penerapan kasih sayang beragama adalah suatu proses yang panjang dan memerlukan pengorbanan. Kita tidak boleh memaksa orang untuk bersetuju dengan kita sebaliknya, kita perlu usahakan hidayah untuk mereka. Usaha kita hanya sebab, hakikatnya adalah milik Allah swt.

Barang siapa yang bersungguh-sungguh, pasti kejayaan bersamanya….

http://yksnegerisembilan.com/archives/730

20110816

MANJAKUHAPPY

MANJAKUHAPPY yang mengusahakan perniagaan pakaian kanak-kanak secara online telah membuka premis yang pertama di :

MANJAKUHAPPY
No.1-03, D'S2 Mall,
Kompleks PKNNS,
Seremban 2 (berdekatan dengan Jusco dan Casamoda Seremban 2)

Hubungi Muzian Mohammad (012-6174959)
Maklumat lanjut di http://manjakuhappy.blogspot.com


20110815

Benarkah TUDM mahu beli jet Typhoon?



Benarkah TUDM mahu beli jet Typhoon?
Utusan Malaysia 15 Ogos 2011

BENARKAH Malaysia nak ganti jet pejuang MIG-29N dengan jet Typhoon?

Sedangkan Tentera Udara Britain (RAF) sekarang ini menghadapi masalah untuk cari alat ganti jet Typhoon yang mereka gunakan untuk menyerang Libya. Apa yang RAF buat ialah mereka meleraikan jet-jet pejuang ini untuk dijadikan alat ganti.

Tiga buah jet Typhoon terpaksa dileraikan di RAF Coningsby, Lincolnshire untuk mendapatkan alat ganti bagi membolehkan jet-jet yang lain terbang.

Bekas panglima Tentera Udara Britain menggelarkan Typhoon ini sebagai lembu suci kerana ia adalah jet yang terlampau mahal dan amat tidak sesuai digunakan di ruang udara luar Britain. Harga sebuah jet Typhoon mencecah RM700 juta.

Rujuk: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2003979/RAF-strips-jets-spare-parts-Typhoons-torn-Libya-air-fleet.html

MALAYSIA BOLEH!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Eurofighter Typhoon mungkin ganti sepenuhnya MiG-29

KOTA TINGGI 24 Julai 2011 - Kerajaan sedang mempertimbangkan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon bagi menggantikan sepenuhnya pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya sedang membuat penilaian terhadap jet pejuang tersebut yang bernilai RM3 bilion setiap satu termasuk kemampuannya.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon sebuah pesawat tempur yang baik, namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat penilaian secara terperinci. Ia turut bergantung pada kemampuan kewangan negara apatah lagi ketika pembangunan negara harus diutamakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk UMNO anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di Econsave di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Dr. Adham Baba; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Tenggara, Suhaimi Khalid.

Tambah Ahmad Zahid, cadangan tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran yang panjang.

Katanya, kerajaan turut melihat pesawat MRCA lain termasuk Sukhoi SU-35, FA-18 Super Hornet dan JAS Gripen.

Diminta mengulas kenyataan negatif segelintir penulis blog propembangkang mengenai pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menafikan profesionalisme TUDM.

Katanya, masyarakat seharusnya bijak menilai setiap tulisan yang diterbitkan di dalam blog pembangkang dan tidak menerima bulat-bulat kenyataan tersebut.

"Mereka mungkin berpuas hati kalau negara tidak mempunyai aset pertahanan yang kukuh dan apabila sesuatu berlaku, mereka akan menuduh bermacam-macam pula terhadap polis, tentera dan penguat kuasa yang lain," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_01.htm

Jom Sertai Kelab Protes Barang Naik

Bosan dengan harga barang semakin naik saban hari? Bil elektrik naik, bil air naik, gas naik, minyak naik, gula naik, semua naik? Tak ada yang turun, semua naik. Yang turun cuma hujan. Kalau boleh dinaikkan hujan, mereka akan naikkan juga hujan.

Jom sertai Kelab Protes Barang Naik dan klik LIKE di https://www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN/130492440376510



Apabila ketua adat tidak faham Adat Perpatih, rosak jadinya



Yang merosakkan Adat Perpatih ini ialah apabila pembesar-pembesar adat dan pihak berkuasa tidak faham mengenai Adat Perpatih. Pihak berkuasa, terutamanya kerajaan Negeri Sembilan, sekiranya ingin memartabatkan Adat Perpatih hendaklah memastikan pembesar-pembesar adat dan pengamal-pengamal adat faham Adat Perpatih ini, bukan ikut-ikutan semata-mata. Perlu ada bajet dan peruntukan kewangannya, perlu ada organisasinya yang tersusun, perlu ada sumber penerangannya, perlu laman webnya dan sebagainya.

Jangan dijadikan Adat Perpatih ini sebagai muzium dan pertunjukkan kebudayaan, cak lempong dan bongai semata-mata.

Dibawah ini artikel dari Blog Nagari Nan Tuo :

Sabtu yang lalu (13hb Ogos 2011) saya telah menghadiri tazkirah adat di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. Kehadiran tidak begitu ramai tetapi banyak perkara baru dan isu-isu yang timbul mengenai adat.

Tazkirah bertajuk "Kepimpinan Pemimpin Adat" disampaikan oleh Prof Dato' Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, Ketua Jabatan Kesusasteraan UPSI di mana beberapa isu yang diperbincangkan seperti tanah, kerjan dan berkodin.

Isu tanah adat merupakan salah satu isu yang paling sensasi dan terhangat di Kuala Pilah ketika ini. Untuk pengetahuan semua, tanah-tanah adat telah diambil bagi projek melebarkan jalan dari Ulu Bendul - Tanjong Ipoh.

Saya difahamkan bahawa terdapat beberapa pampasan yang telah diambilalih pengurusannya oleh Amanah Raya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, perkara ini berlaku apabila penama-penama tanah tidak membuat pindah milik nama terhadap tanah tersebut. Perkara ini menjadi lebih rumit apabila penama telah meninggal dunia.

Di samping itu pula, Dato'-Dato' Lembaga tidak dipanggil di dalam mesyuarat di antara penama (pemilik tanah), pejabat daerah dan kontraktor menyebabkan perkara ini bertambah kelam kabut.

Sepatutnya, pembesar-pembesar adat dipanggil di dalam sebarang urusan tanah adat kerana khidmat nasihat dan tandatangan mereka diperlukan. Di samping itu, mereka boleh memberi nasihat kepada anak-anak buah mengenai duit pampasan yang diperolehi. Bagaimana pembahagiannya dan apa jua sebarang masalah yang timbul.

HARUS DIINGAT, APABILA SEKIRANYA TANAH ADAT TELAH BERTUKAR BENTUK KEPADA DUIT (DIJUAL ATAU PENGAMBILAN SEMULA), DUIT TERSEBUT HARUS DIBAHAGIKAN MENGIKUT FARAID.

Perkara ini tidak ramai yang mengetahuinya dan kebiasaannya, penama tanah tersebut akan ambil kesemua duit tersebut. Malah terdapat di kalangan Dato'-Dato' Lembaga tidak mengetahuinya.

Isu yang paling hangat di dalam perbincangan ialah isu anak angkat mendapat 2/3 bahagian tanah adat manakala individu yang berhak tidak mendapat sebarang bahagian.

Artikel penuh di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2011/08/kenangan.html

Zakat emas, KWSP, saham yang sering dilupakan



Di bulan Ramadhan ini marilah kita sama-sama semak samada kita telah menunaikan kewajipan membayar zakat KWSP, wang simpanan, emas, saham, pendapatan dan sebagainya. Kalau tak faham cara pengiraannya, tanyalah pegawai zakat atau mereka yang arif. Sekarang ni sedang panas pelaburan emas. Pelaburan emas kalau lebih 85 gram wajib zakat, kalau emas untuk perhiasan wanita lebih 200 gram baru kena zakat.

Sumber : http://www.zakatns.com.my/

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Pada hari itu emas dan perak (harta benda yang dimilikinya) akan dibakar di dalam api neraka lalu diselar ke dahi mereka, rusuk mereka serta di belakang mereka (sambil dikata kepada mereka) : "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri. Oleh itu rasakanlah azab yang pedih akibat dari apa yang kamu simpan" . (Surah Al-Taubah : Ayat 34-35)

Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1432H adalah RM 10,670.00

1. ZAKAT WANG SIMPANAN
Jika jumlah ini menyamai atau melebihi dari nisab tersebut, maka wajiblah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% iaitu (jumlah baki terendah x 2.5%)

2. ZAKAT SAHAM
2.5% atas tolakan terendah saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham.

3. ZAKAT KWSP / INSURANS
Kaedah Pengiraan :
Zakat KWSP wajib dikeluarkan (sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan) kadarnya ialah 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan.
Contoh.
Jika pencarum mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM15,000 maka zakatnya ialah RM375 (RM15,000 x 2.5% = RM375).

4. ZAKAT EMAS DAN PERAK
a) Emas Yang Disimpan
Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut.
Contoh Pengiraan :
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 nilai emas semasa, maka zakatnya ialah sebanyak :
RM 4,000 x 2.5% = RM 100

b) Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu.
Sebagai panduan, buat masa ini uruf yang digunakan di Negeri Sembilan ialah 200 gram.
Contoh Pengiraan :
Seorang wanta yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 300 gram emas maka cara pengiraannya ialah :
= 300 gram (emas yang dipakai) - 200 gram (uruf)
= 100 gram x harga emas semasa (gram) = A
Jumlah zakat yang dikenakan = A x 2.5%

Nilai semasa emas di http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

5. ZAKAT PENDAPATAN
Ada 2 cara mengira zakat pendapatan :
1) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (kalau pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab).
2) Atas pendapatan layak dizakat setahun (kalau pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab). Pendapatan layak dizakat setahun ialah pendapatan dari semua sumber setahun tolak perbelanjaan-perbelanjaan untuk perkara-perkara asasi setahun.

6. ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

20110813

Kelab motosikal agih sumbangan di Rembau



Rembau 12 Ogos 2011 - Program sumbangan Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada tahun ini telah mendapat sokongan serta kerjasama dari sebuah persatuan kelab motosikal iaitu Goldwing Owners Association Malaysia (GOAM) dari Lembah Klang.

Majlis pelancaran program Kembara Ukhuwwah 1432 Hijrah telah diadakan pada 12 Ogos 2011 di Teratak AMAL, Rembau, Negeri Sembilan. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAMNS) telah diwakili oleh Saudara Rozmal bin Malakan selaku Timbalan Pengerusi YAMNS sementara GOAM telah diwakili oleh Presiden GOAM iaitu Tuan Haji Sulzaily bin Abdul Hamid.

Pada hari pelancaran tersebut seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan serta wang tunai yang disampaikan sendiri oleh Presiden GOAM. Dianggarkan sekitar 100 ke 200 keluarga sekitar Rembau akan menerima sumbangan yang akan diagih-agihkan secara berperingkat bermula pada 13 Ogos 2011.

Sehubungan dengan itu mana-mana pihak, persatuan atau individu diberi peluang untuk turut serta memberi sumbangan agar lebih ramai lagi akan dapat bersama diraikan sempena Ramadhan dan Syawal ini bukan sahaja di daerah Rembau malahan di luar Rembau sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Kembara Ukhuwwah 1432/2011 di http://yam-ns.blogspot.com/2011/08/kelab-motosikal-agih-sumbangan-di.html

Membeli sambil membantu PASTI N.Sembilan



JUALAN AMAL MANTAI 1432/2011
Untuk Tabung Dana Kebajikan PASTI Negeri Sembilan http://pasti-n9.blogspot.com/

Ayam organik RM 20/ekor
Daging lembu RM 20/kg
Tulang RM 18/kg

Untuk pertanyaan atau pertanyaan sila hubungi saudara Nazri Zainal (Lajnah Kebajikan PASTI N.Sembilan) 019-9103431

20110811

Ribut luar biasa Ramadhan kali ini



Ramadhan 1432 H / 2011 M pada kali ini negara kita ditimpa pelbagai bencana alam. Ribut luar biasa yang menerbangkan khemah-khemah di bazar Ramadhan seluruh negara , hinggalah kejadian tanah runtuh di Pahang. Semua ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa. 10 hari Ramadhan telah berlalu, siapa boleh jamin kita masih hidup hingga akhir Ramadhan untuk berhari raya?

Buatlah semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Kisah sebelum ini yang berlaku dua hari sebelum Ramadhan iaitu Bala melanda Port Dickson, jadikan sebagai iktibar di http://waghih.blogspot.com/2011/08/bala-melanda-port-dickson-jadikan.html

3 KHEMAH BAZAR DIPUKUL RIBUT

JEMPOL 10 Ogos 2011 - Peniaga bazar Ramadan berhampiran pusat perniagaan Kiara, Bahau dekat sini melalui detik-detik mencemaskan apabila tiga daripada 12 khemah yang menempatkan gerai mereka roboh dipukul ribut petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika bazar tersebut dipenuhi orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di situ.

Ribut dan angin kencang itu menyebabkan beberapa peniaga mengalami kerugian akibat pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah.

Seorang peniaga, Mohd. Nazri Ali, 29, berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli minuman.

"Pada mulanya hujan turun dengan lebat dan diikuti angin yang kuat. Melihat keadaan itu, saya mula menutup barang jualan saya kerana takut terkena air hujan.

"Tiba-tiba, angin kencang melanda lalu memukul khemah peniaga di hadapan. Ia menyebabkan khemah diterbangkan lebih kurang lima meter," katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku begitu pantas ketika para peniaga sibuk menjual makanan dan minuman mereka.

Tambahnya, keadaan ketika itu sangat cemas menyebabkan peniaga dan pengunjung lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, pengunjung, Alwi Alias, 39, terkejut semasa tiba di bazar berkenaan selepas kejadian ribut itu apabila mendapati keadaan lintang-pukang di situ.

"Makanan dan minuman yang dijual peniaga musnah dan bertaburan di jalan. Kejadian yang sama juga berlaku di hadapan pusat perniagaan Billion di Bahau," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

20110810

Tawaran Sumbangan Ramadhan DUN Chembong, Rembau



Majlis Tindakan PAS DUN Chembong melalui Pusat Aduan Rakyatnya akan mengagihkan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan yang memerlukan sempena bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal. Agihan sumbangan ini akan bermula pada 14 Ogos 2011 dan berterusan sehingga akhir Ramadhan atau selagi sumbangan diterima.

Kepada mereka yang ingin menyumbang samada dalam bentuk barangan atau wang ringgit bolehlah menghubungi mereka di bawah ini :

Us Nazri 019-3457690 , Rosli 016-6251871 , Amran 019-6519854 , Azmy 012-6833740

Sumbangan melalui cek atas nama : MTD PAS CHEMBONG

Atau melalui akaun bank : CIMB ISLAMIC , No akaun : 0501-0000394-10-0

Barangan yang boleh disumbangkan ialah :

Beras (RM25)
Gula (RM10)
Minyak masak (RM10)
Susu (RM10)
Tepung gandum (RM10)

MTD PAS DUN CHEMBONG
d/a 9A, Jalan TRP1
Taman Rembau Permata
71300 Rembau
Negeri Sembilan

Sila muat turun borang sumbangan di http://parchembong.blogspot.com/2011/08/sumbangan-dan-derma-sempena-ramadhan.html

Bantuan zakat guna kupon untuk cegah judi, pelacuran



Kecoh dengan isu bantuan zakat, bantuan kebajikan dan gereja. Tapi kita mungkin terlepas pandang satu perkara. Ada segelintir kecil penerima bantuan zakat dan kebajikan ini menyalahgunakan wang bantuan tersebut untuk kegunaan lain, lebih buruk lagi untuk tujuan maksiat seperti berjudi dan melanggani pelacur.

Sehubungan dengan itu agensi berkaitan terutamanya Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat harus dari masa ke semasa memperkemaskan sistem penyampaian dan pengagihan bantuan ini untuk meminimakan penyalahgunaan wang bantuan yang akhirnya tidak sampai kepada sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan.

Khalifah Saidina Umar ra telah menunjukkan caranya bagaimana untuk membantu mereka yang memerlukan dengan cara yang berkesan, efektif serta efisien. Ingat lagi kisah Umar bersama seorang ibu yang memasak batu. Bukankah lebih mudah Umar arahkan saja pegawainya melakukan rondaan, atau mengarahkan orang yang susah datang ke Baitul Mal mengambil bantuan, atau juga Umar sendiri boleh ambil beberapa dinar dari wang Baitul Mal dan berikan kepada perempuan tadi untuk membeli makanan?

Kisah Umar lebih 1000 tahun dulu adalah sebagai pengajaran untuk kita di zaman yang serba canggih ini.

Antara langkah penambahbaikan yang boleh dibuat dalam sistem pengagihan zakat dan bantuan kebajikan ini ialah :

1. Mengurangkan atau meminimakan pemberian wang tunai.

2. Memberi sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya.

3. Memberi kupon makanan. Dimana kupon ini hanya boleh ditukar dengan barangan keperluan asas di kedai-kedai yang dilantik atau di koperasi masjid.

4. Memberi kupon untuk pembayaran bil elektrik dan air, bil hospital, yuran sekolah, yuran IPTA dan sebagainya. Atau mengadakan kemudahan pembayaran bil secara on-line di pejabat Baitul Mal dan Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Sila baca kisah Saidina Umar pada artikel terakhir di bawah ini.

ANAK PENERIMA BANTUAN MAIJ, BAPA KENA TANGKAP NOMBOR EKOR

Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 200 lagi.

Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke sekolah.

Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas beli nombor ekor.

Cerita sepenuhnya di http://kadikluang.blogspot.com/2011/03/anak-penerima-bantuan-maij-bapa-kena.html

BERJUDI DUIT BANTUAN ANAK

JOHOR BAHRU: Seorang bapa tergamak menyalahgunakan bantuan persekolahan RM100 untuk anaknya dengan berjudi dan membiarkan zuriatnya itu memakai seragam sekolah lusuh pada sesi persekolahan 2011 yang bakal bermula beberapa hari lagi.

Lelaki berusia 40-an terbabit leka berjudi di tapak perjudian itu di sebuah pesta ria di bandar raya ini dipercayai menggunakan wang bantuan persekolahan diterima untuk anaknya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berjudiduitbantuananak/Article/index_html


KHALIFAH UMAR, KISAH PEMIMPIN YANG ADIL

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Allah memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” (QS An Nahl \[16]: 90)

Dalam masa pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, hampir setiap malam khalifah Umar melakukan perjalanan secara diam-diam masuk kampung keluar kampung untuk mengetahui kehidupan rakyatnya. Umar khawatir jika ada hak-hak mereka yang belum ditunaikan oleh aparat pemerintahannya.

Malam itu pun, bersama salah seorang pembantunya, Khalifah Umar berada di suatu kampung terpencil. Dari sebuah rumah yang tak layak huni, terdengar seorang gadis kecil sedang menangis berkepanjangan. Umar bin khattab dan pembantunya bergegas mendekati rumah itu. Setelah mendekat, Umar melihat seorang perempuan tengah memasak di atas tungku api. Asap mengepul dari panci, sementara si ibu terus saja mengaduk-aduk isi panci dengan sebuah sendok kayu yang panjang.

“Assalamu’alaikum,” Khalifah Umar memohon izin untuk masuk.

Si Ibu yang tidak mengetahui siapa gerangan tamu nya itu memberi izin untuk masuk.

“Siapakah gerangan yang menangis di dalam itu?” tanya Umar.

Si ibu itu menjawab, “Anakku.”

“Apakah ia sakit?”

“Tidak,” jawab si ibu lagi. “Tapi ia kelaparan.”

Khalifah Umar ingin sekali mengetahui apa yang sedang dimasak oleh ibu itu. Kenapa begitu lama sudah dimasak tapi belum juga matang. Akhirnya khalifah Umar berkata, “Wahai ibu, Apa yang sedang engkau masak?”

Ibu itu menjawab, “Engkau lihatlah sendiri!”

Khalifah umar dan pembantunya segera melihat ke dalam panci tersebut. Alangkah kagetnya ketika mereka melihat apa yang ada di dalam panci tersebut seraya memastikan Umar berteriak, “Apakah engkau memasak batu?”

Perempuan itu menganggukkan kepala. Dengan suara lirih, perempuan itu menjawab pertanyaan khalifah Umar, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Aku seorang janda. Sejak dari pagi tadi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Sementara aku berusaha untuk bekerja tetapi karena kewajiban menjaga anakku, hal itu tidak dapat kulakukan. Sampai waktu maghrib tiba, kami belum juga mendapatkan makanan apapun juga. Anakku terus mendesakku. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasukkannya ke dalam panci. Kemudian batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Ia tetap saja menangis. Sungguh Khalifah Umar bin Khattab tidak pantas jadi pemimpin. Ia tidak mampu menjamin kebutuhan rakyatnya.”

Mendengar penuturan si Ibu seperti itu, pembantu khalifah Umar ingin menegur perempuan itu. Namun khalifah Umar dengan cepat mencegahnya. Dengan air mata berlinang ia pamit kepada si Ibu dan mengajak pembantunya cepat-cepat pulang ke Madinah.

Khalifah Umar langsung menuju gudang baitul mal untuk mengambil sekarung gandum dan memikulnya di punggungnya. Ia kembali menuju ke rumah perempuan tadi.

Di tengah perjalanan sang pembantu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku saja yang memikul karung itu.”

Khalifah Umar menjawab dengan air mata yang berlinang: “Rasulullah pernah berkata, jika ada seorang pemimpin yang membiarkan rakyatnya mati kelaparan tanpa bantuan apapun, Allah mengharamkan surga untuknya.”

Khalifah Umar kemudian melanjutkan, Biarlah beban berat ini yang akan membebaskanku dari siksaan api neraka kelak.”

Dalam kegelapan malam Khalifah Umar berjuang memikul karung gandum itu, hingga akhirnya ia sampai ke rumah sang Ibu.

Dengan kaget, sang Ibu bertanya: “Siapakah anda? Bukankah anda yang datang tadi?”

Khalifah Umar tersenyum dan menjawab, “Benar. Saya adalah seorang hamba Allah yang diamanahkan untuk mengurus seluruh keperluan rakyat saya. Maafkan saya telah mengabaikan anda.”

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya pemimpin yang berlaku adil dalam pandangan Allah seperti berada di tempat-tempat yang penuh dengan cahaya. Mereka itu adalah suami yang berlaku adil terhadap istri dan anak-anaknya dan pemimpin pemerintahan yang berlaku adil terhadap rakyat yang dalam kekuasaannya.”[B] (HR Muslim[/B]

20110809

Sumbangan Ramadhan NGO N.Sembilan



Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta penyerahan bantuan kepada beberapa keluarga kawasan perumahan rakyat di Senawang pada 18 Ogos 2011.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 05012010047905 atau Maybank 155126945930

Maklumat lanjut di http://yam-ns.blogspot.com/

Ceramah dan Iftar 13 Ogos 2011 Seremban



CERAMAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Tarikh : 13 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 5 ptg - 8 mlm
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Ustaz Abdul Ghani Samsuddin , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Iftar dan Tazkirah 14 Ogos 2011 Sikamat



MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAZKIRAH
Bersama : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tempat : Surau Al Ansar, Taman Coral Height, Sikamat, Seremban
Tarikh : 14 Ogos 2011 , Ahad
Masa : 7 mlm - 10 mlm
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20110808

Teachers fume over new directive



Teachers fume over new directive
August 8, 2011

The directive to key-in examination marks online has not only doubled their workload but the unreliable system is also aggravating the situation.
KUALA LUMPUR: A directive issued by the Education Ministry in its attempt to improve the quality of the education system has not gone down well with teachers.

The directive to key in mid-term examination marks online forced teachers nationwide to stay up into the wee hours of the morning just to get access to the School Examination Analysis System (SAPS) website.

Besides this, teachers were also required to key in marks known as Take-off Value (TOV) and Expected Target Results (ETR).

Speaking on condition of anonymity, several teachers complained to FMT that whenever the ministry came up with a new directive, it increased their workload and pressure.

They also said that the new system had caused “uneasiness” among teachers since each school only had one teacher coordinating the system and he or she must deal with some 200 teachers.

“The coordinating teacher pushes others to complete the task on time, but some cannot complete it on time or simply cannot access the web page,” they added.

‘We have to suffer in silence’

One coordinating teacher based in Petaling Jaya said she received text messages and phone calls from her colleagues as early as 3am who were complaining about accessibility and missing data.

“I have no choice but to attend to their queries, but I myself am not familiar with the system,” she said, adding that some of the frustrated teachers had even raised their voices at her.

Another teacher from Rawang said teachers were overloaded with work as it is, especially during the second half of the academic year because they needed to prepare their students for major exams.

“It’s nothing new that we teachers suffer in silence because we cannot highlight our grievances and have to go through NUTP (National Union of Teaching Profession),” he said, adding that school heads should ask the clerical staff to handle the matter or even hire temporary data entry clerks.

“They should stop burdening the teachers,” he stressed.

NUTP caught by surprise

Meanwhile, NUTP secretary-general Lok Yim Pheng said the union was caught by surprise since it was not consulted by the ministry with regard to the new directive.

She also revealed that the union was being “bombarded” with calls from teachers complaining about the issue.

“Most of them lament that the servers cannot cope with the high volume of people attempting to access the website and this causes them much stress because there is a deadline to meet,” she said.

Loke stressed that NUTP was not against the system but called on the ministry to ensure that the system was in order before issuing the directive.

“The workload and challenges faced by teachers increase each day and to burden them with more work will not go down well especially with the examination period being around the corner.

“The idea of improving our education system is good but at same time provide us (teachers) with the right training and tools,” she added.

Dr Noorliza Zaknan, who heads the unit overseeing the improvement drive, acknowledged the problem and expressed regret.

She said the unit was working on improving the servers’ capacity.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/08/teachers-fume-over-new-directive/

Kuliah Us Norazman Mohamad 20 Ogos 2011 Senawang



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Norazman Mohamad , Pendakwah Bebas
Tarikh : 20 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com/

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Remaja Rai Ramadan 13 dan 14 Ogos 2011 Senawang

PROGRAM 3R (Remaja Raikan Ramadhan)
dan Majlis Berbuka Puasa
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Tarikh : 13 dan 14 Ogos 2011
Masa : 9 pg (Sabtu) – 7.30 pg (Ahad)
Peserta : Remaja (10-17 tahun)
Yuran : Percuma (sumbangan dialu-alukan)

Anjuran bersama : Surau OS, IKRAM N.Sembilan dan Masjid Bandar Baru Senawang

ANTARA YANG MENARIK !
Solat Dhuha
Talk : Remaja Fuyoo!!!
Qailullah & Zohor & Tadabbur
Bubur lambuk(BL) 3R
Khidmat Masyarakat
Zikir Munajat Iftar, Maghrib, Isya',Tarawikh
Kembara basikal malam
Teens Sharing and Caring
Tadarrus & Tadabbur
Gelombang Theta
Qiamullail, Sahur, Subuh, Kuliah Subuh, Mathurat,

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Mohd Misri (019-2250895)
Datin Hjh Norasmah (013-2512228)
Suriyati (019-3927764)
Nizwan (017-6829721)
Shahidan (013-5012727)
Suhana (012-3484128)
Che’gu Khalid (019-3588795)
Zailan (016-8368872)




Ingin membuat pelaburan unit trust dari KWSP?



Ingin membuat pelaburan unit trust dari sebahagian kecil simpanan KWSP ?

Sila hubungi :

Wan Adnan bin Wan Yaakub (Taman Alamanda, Senawang)
Unit Trust Senior Adviser - MAAKL MUTUAL
Tel : 013-3990096
E-mel : wanadnan_maakl@yahoo.com

*********
Syarat-syarat Pengeluaran

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1.

Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri.

Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Sumber : http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2life&pg=bm_p2life_invest&ac=119

20110807

Jom sokong JUR 2011 Muslimat Rembau


JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 2011

Seperti tahun- tahun sebelumnya, program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) tahun 2011 ini dijalankan seperti biasa.

Sasaran keluarga untuk tahun ini ialah 500 buah keluarga khususnya di DUN Paroi, Chembong dan Kota.

Semalam (6 Ogos 2011) DMPKR telah membuat agihan kepada 10 orang penerima dan Insyaallah pada 7 Ogos 2011, 10 penerima lagi akan menerima bantuan barangan keperluan dan kewangan.

Sasaran untuk satu keluarga ialah RM 50.

Kepada yang ingin menaja atau menyumbang bolehlah menghubungi Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM , No. Akaun: 05-012-01-006165-3

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/08/jejak-ukhuwah-ramadhan-2011.html

Kem Paroi, adakah kerajaan menipu tentera?


Demikianlah tajuk dalam artikel yang ditulis oleh seorang Brigadier Jeneral bersara bertajuk PAROI CAMP - WAS THE ARMY HOODWINKED? Dalam artikel tersebut beliau berkata pada tahun 80an kerajaan N.Sembilan mahu membina stadium di Paroi atas dasar iaitu tentera adalah merupakan ‘setinggan secara teknikal’. Beliau kesal Kem Majidee di Johor yang bersejarah kerana tempat tertubuhnya Pasukan Komando Malaysia tidak dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Sebaliknya Kem Majidee telah dijual kepada pemaju. Kata beliau pengusiran tentera dari kem-kem seluruh Malaysia ini adalah jelas atas kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat.

Artikel penuh Brigadier Jeneral bersara tersebut di http://mindnoevil.blogspot.com/2011/08/paroi-camp-was-army-hoodwinked.html

Artikel : Sejarah Kem Paroi Seremban, ramai tak tahu, jangan terkejut di http://waghih.blogspot.com/2011/02/sejarah-kem-paroi-seremban-ramai-tak.html

Artikel berkaitan Kem Paroi bertajuk : Apa sudah jadi dengan Kem Paroi , N.Sembilan ? http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-sudah-jadi-dengan-kem-paroi_03.html

Penjualan kem-kem tentera di Malaysia di http://pasns.blogspot.com/2010/05/jangan-jual-kem-tentera-rakyat-mesti.html


Judi boleh membawa maut

Satu kisah benar di Malaysia pada 6 Ogos 2011, dimana lima orang telah maut angkara judi seperti dilaporkan dibawah ini. Malah di Malaysia ketagihan judi ini adalah merupakan sakit mental. Laporan pakar mengatakan sekitar 3.3 juta rakyat Malaysia menghadapi pelbagai sakit mental. Jadikan Ramadhan bulan membebaskan penghambaan diri , meminta-minta kepada manusia, agar kita menjadi hamba, taat, meminta dan patuh hanya pada Allah.

Analisis isu : Ketagihan judi sakit mental di http://waghih.blogspot.com/2011/07/ketagihan-judi-sakit-mental.html

Isu 3.3 juta rakyat Malaysia menghidap sakit mental dan negara memerlukan lebih banyak klinik dan hospital mental di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html



LIMA LEMAS TERJUN SUNGAI

SUNGAI PETANI 6 Ogos - Lima lelaki yang sedang leka berjudi ditemui mati lemas hari ini selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau dekat sini ketika cuba mengelak daripada ditahan polis dalam satu serbuan petang semalam.

Kesemua mereka merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 60 tahun ditemui terapung di sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.

Mayat pertama ditemui pukul 2 petang, diikuti mayat kedua pukul 5.30 petang tidak jauh dari lokasi mereka dikatakan terjun.

Mayat ketiga pula ditemui pukul 7.30 petang manakala dua mayat terakhir ditemui serentak pukul 7.45 petang ini.

Seorang penduduk kampung berkata, lebih 30 lelaki dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung itu kira-kira pukul 6 petang semalam.

"Selepas menyedari polis mengadakan serbuan, kesemua mereka melarikan diri dan ada yang bertindak terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada ditangkap," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Mingguan Malaysia difahamkan, tujuh daripada mereka terjun ke dalam sungai itu ketika serbuan. Dua lagi dipercayai dapat menyelamatkan diri.

Kumpulan itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menahan 12 lelaki yang terlibat dalam perjudian yang dinamakan 'judi belangkas' itu.

"Mayat kesemua lima lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.



ORANG ramai melihat mayat seorang lelaki yang lemas selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, semalam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm

20110806

Muhyiddin, tolonglah turun tengok masalah guru ni


Tak tahulah apa nak cakap lagi kepada Timbalan Perdana Menteri kita merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tolonglah turun padang, tengok Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang sepatutnya canggih tapi sebaliknya menyebabkan para guru bangun 4 pagi pergi kafe siber nak masukkan data peperiksaan dan pelajar. Tolonglah jangan dengar penerangan dari Pengarah Pelajaran atau Pegawai Pelajaran Negeri dan Daerah.

Yang malu nanti Tan Sri Muhyiddin juga, Pengarah dan Pegawai Pelajaran kata OK saja, hakikatnya sistem SAPS ini bukannya jadi aset lagi tapi dah jadi liabiliti. Liabiliti kepada Menteri sendiri.

Guru bukan nak dengar ceramah politik atau sejarah kemerdekaan, mereka nak buat kerja mereka saja. Bayangkan habis periksa 12 Ogos 2011, 13 Ogos 2011 semua data ini kena lengkap masuk, dengan sistem yang begitu bermasalah.

Walaupun saya bukan guru, saya sendiri pernah cuba untuk membantu guru masukkan data ini dari pukul 12 tengah malam, pukul 3 pagi baru dapat masuk sistem.

Kalau Tan Sri Muhyiddin ada anak-anak, sepupu, atau Ketua Cawangan yang jadi guru sekolah cuba tanya atau cuba bantu mereka masukkan sistem ini. Jangan cuba di Kuala Lumpur, cuba di tempat yang capaian internetnya GPRS bukan 3G ke 4G ke.

**********************
Sistem SAPS banyak masalah
Berita Harian 6 Ogos 2011

SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.

Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.

Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar.

Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali.

Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’.

Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna.

GURU TENSION,
Kajang, Selangor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article

****************
Kewujudan SAPS bebankan guru
Berita Harian 30 Julai 2011

Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai pelengkap sistem peperiksaan sedia ada.

Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar.

Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah beban guru di seluruh negara.

NORHISYAM MOHAMAD,
Alor Setar, Kedah.

****************
Many teachers complain over slow online system
The Star, Thursday August 4, 2011

PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out well as teachers complained that it was not user-friendly and slow.

The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has caused frustration among teachers.

Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are required to submit the exam data online.

Many teachers described the portal as “extremely slow” and not user-friendly.

“The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at night or early in the morning when the portal is less busy.

“Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at home,” one teacher said.

The system has been developed to collect, store and analyse examination marks online for the Education Ministry, state education departments, education district offices and schools to access the data for analysis.

The National Union of Teaching Union (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng said she had received many complaints from teachers in Selangor and Federal Territory.

“It's not fair to the teachers because their normal routine has been affected.

“MoE should have made sure it was ready for use. NKRA is supposed to solve problems and not create more problems for teachers,” she said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912