Entah apa nak cakap mengenai bil elektrik sekarang ini, naik dan terus naik. Ingatkan rumah saya saja sebelum ni sekitar RM60 sekarang ini sekitar RM100 sejak 1-2 bulan ini. Rupa-rupanya bil surau kami di Senawang pun naik sekitar 2 kali ganda. Kalau dulu sekitar RM30 sebulan, bil pada 18 Julai 2011 sampai RM60 pula.
Jiran saya pula kata dulu dia sekitar RM100 sebulan, kini sekitar RM200. Ada jiran depan rumah dia lagi kesian, sampai dekat RM300 sebulan. Padahal meter elektrik tidak ditukar, tiada penambahan penghawa dingin, tiada penambahan penghuni rumah.
Kalau Astro atau bil Telekom naik macam ni boleh potong je, pakai antena dan prepaid saja. Kalau bil TNB takkan nak potong guna lilin dan kayu api.
Itu baru 2-3 rumah, 2-3 surau dan masjid. Kalau seluruh Malaysia berapa banyak sudah untung agaknya, dan berapa ramai yang mengeluh. Kalau ada yang mengeluh pasti ada yang tersenyum LEBAR !

2 ulasan:
salam
jika dilihat pada deposit rm400 ?
untuk apa dibayar sebanyak itu,sedangkan penggunaan hanya kurang dari rm100 ( ambil balik deposit tu ,bagi hanya secukup nya saja,kerana tnb guna duit tu tanpa membayar faedah ,jika bil tertunggak selama 3 bulan ,tnb akan potong juga walau pun penggunaan kurang dari deposit,kerana itu undang-undang tnb) 2- sila pastikan bila bacaan bil di buat ,jika melebihi 30 hari maka sifir pengiraan akan bertambah besar kerana tnb kira 200 klw x 0.218 ,100 berikut nya x0.334 dan 100 berikut nya lagi x0.400 , lebih lambat tnb cek meter lebih tnb untung
slm pada semua.. satu tindakan perlu diadakan oleh rakyat..contohi bersih umpamanya..kalau tidak TNB dan Kerajaan beEnd akan melampau..protes pertama kena kempen semua orang jgn bayar bil kecuali ikut kadar biasa dia..kalau selalunya RM30 tiba2 naik RM 70..tetap bayar RM30 ja..terutama jika bayar online..kalau ramai buat camni TNB pun pening pala..we need a leader.. sesapa nak offer diri?
Catat Ulasan