KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110721

Kes Curi kenderaan semakin berleluasa angkara rasuah


Pada 6 Julai 2011 kereta Toyota Hilux warna hitam plet no NCK64 kawan saya telah dicuri ketika diletak di hadapan rumahnya di sebuah taman perumahan di Senawang. Pada 19 Julai 2011 kawan saya kata motosikal Yamaha LC jirannya dicuri yang diletakkan dalam kawasan pagar rumah berkunci di Senawang. Ianya berlaku antara waktu tengah malam ke subuh.

Dalam kedua-dua kes kenderaan telah dikunci dengan sistem kunci tambahan.

Timbalan Ketua Polis Negara mendedahkan di bawah ini, antara punca kes curi kenderaan ini semakin berleluasa adalah angkara RASUAH ! Selagi punca utama (root cause) RASUAH ini tidak dibanteras dari pucuk hingga ke akar umbi, rakyat menerima bahana pelbagai kes jenayah seperti curi kenderaan dan lain-lain nampaknya.

**************
RM900J KERUGIAN KES CURI KERETA
Berita Harian 19 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Nilai kecurian kenderaan di Malaysia mencatat kira-kira RM900 juta setiap tahun sejak tiga tahun berturut-turut, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Jumlah kerugian pada tahun lalu mencecah RM890 juta, pada 2009 (RM920 juta) dan 2008 (RM930 juta).

Sambil melahirkan kebimbangan dengan trend samun kereta, beliau berkata, jenayah curi kereta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada indeks jenayah keseluruhan negara.

“Pencuri kereta kini menggunakan sistem teknologi canggih dari Hong Kong dan China serta mudah melumpuhkan sistem penggera untuk melarikan sebuah kereta dalam tempoh masa amat singkat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Langkah-Langkah Lebih Baik dalam Menangani Kecurian Kenderaan di Awana Genting, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan kereta curi dileraikan komponennya sebelum dijual sebagai alat ganti di bengkel alat ganti terpakai atau dilarikan ke luar negara, termasuk Singapura, Thailand dan Australia.

“Kegiatan SINDIKET CURI KERETA INI DIPERMUDAHKAN DENGAN UNSUR RASUAH di pintu masuk sempadan, pelabuhan, kedai kereta terpakai, bengkel membaiki kereta, syarikat insurans dan ini memudahkan mereka meleraikan kereta atau mengeksportnya tanpa masalah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM900jkerugiankescurikereta/Article/index_html


Tiada ulasan: