KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130116

Pekan Chengkau lebih maju dari pekan Rembau




Pekan Chengkau adalah merupakan sebuah pekan yang amat kecil terletak antara pekan Rembau dan pekan Kota yang penuh bersejarah. Ada orang kata nak tengok sesuatu tempat itu maju, kalau ada restoran McDonald maka tempat itu telah maju. Entah ya , entah tidak , entah teori siapa dia pakai tak tahulah.

Baru-baru ini tayar basikal anak saya bocor. Hujung minggu lalu puaslah ronda pekan Rembau untuk cari kedai basikal, tak jumpa. Kalau tak jumpa, kenalah bawa balik Senawang untuk dibaiki. Emak saya kata di Chengkau ada kedai basikal. Saya macam tak percaya, takkan Chengkau ada kedai basikal. Sampai pekan Chengkau, emak saya tunjuk kedai motosikal katanya disitulah kedai basikal.

Taukeh kedai namanya Ah Wah (Awa) kata dia boleh tukar tayar basikal. Dia kata memang di Rembau tak ada kedai basikal lagi, dah tutup.

Bukan main cepat Awa buat kerja, tukar tayar dan tiub, baru RM25.

Nampaknya Chengkau lebih maju dari Rembau dan beberapa pekan lain kalau nak diukur dari aspek ada kedai basikal.

Apakah pekan Rembau lagi maju dari pekan Chengkau kerana di pekan Rembau ada kedai nombor ekor yang berlesen berhampiran Pejabat Agama, Balai Polis dan Masjid Jamek?

Ceramah Sambutan Maulid Nabi, Taman Alamanda



CERAMAH UMUM
Oleh Ustaz Hj Nor Azamir Alias , Timbalan Mufti Kerajaan N.Sembilan
Tarikh : 30 Jan 2013, Rabu
Masa : 7.45 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Aturcara :
- Solat Maghrib
- Ceramah
- Solat Isya/Jamuan/Besurai

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kuliah Ustaz Ruslan 19 Jan 2013



KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 19 Jan 2013, Sabtu
Masa : 7.40 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20130114

Jom ajar anak kita buat roket yang boleh meluncur tinggi





Sempena cuti Keputeraan Yam Tuan, saya mengambil kesempatan untuk mengajar anak saya buat roket, sambil belajar Fizik dan Kemahiran Hidup. Sabjek Kemahiran Hidup amat memerlukan latihan praktikal ibu bapa di rumah. Walaupun Malaysia telah menghantar rakyat ke angkasa lepas pada tahun 2007, namun program sains angkasa termasuk astronomi, fizik tidak begitu meriah di peringkat sekolah walaupun ada ura-ura mengatakan akan penubuhan Kelab Roket di setiap sekolah.

Roket yang dimaksudkan ialah roket air, yang boleh dibuat dengan bahan kitar semula dan bahan yang mudah didapati di kedai “hardware” pada kos yang tidak sampai RM10. Walaupun permainan roket air ini nampaknya mudah dan menyeronokkan, namun ianya adalah merupakan sabjek asas di peringkat universiti dan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Dari roket air yang mudah ini, para pencinta ilmu boleh belajar teknik membuat roket, roket pelbagai peringkat (multi stage) dan macam-macam lagi.

Oleh itu saya menyarankan agar semua sekolah dari sekolah rendah agar mengadakan aktiviti roket air ini untuk menarik minat pelajar supaya seronok belajar pelbagai sabjek berkaitan termasuk Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan sebagainya.

Mulakan dengan membuat pelancar roket yang mudah dan roket dari botol kitar semula , kemudian pandai-pandailah sendiri nak buat roket dengan payung terjun serta pelbagai peringkat.

Jadi di sini saya ingin perturunkan ilmu secara percuma untuk membuat pelancar roket, kerana ada beberapa guru yang menghubungi saya menjual pelancar roket, sedangkan saya lebih suka kalau guru-guru dan para pelajar membuat sendiri pelancar roket tersebut.

Ramuan yang diperlukan ialah :
Paip PVC 1/2 inci sepanjang 2 kaki
Sesiku PVC - 2 unit
Penutup PVC - 1 unit
Gam PVC
Gergaji untuk potong paip PVC
Mesin gerudi
Mata gerudi bersaiz 9/32 inci (7.1 mm)
Tiub tayar motosikal - 1 unit

Potong paip PVC ke 3 bahagian ; 1 kaki , 8 inci , 4 inci
Gunting tiub tayar motosikal untuk dapatkan nat tiub tayar.
Gerudi penutup PVC untuk muat masuk kepala nat tiub tayar.
Masukkan nat tiub tayar dan ketatkan sampai kedap udara.
Sambungkan semua bahan tadi dan gamkan berbentuk L

Biarkan kering. Nah sekarang sudah boleh dipakai pelancar tersebut.

Pelancar yang ringkas tanpa tapak, pegang dengan tangan sahaja. Kalau nak buat tapak, dengan pelancar kawalan jauh dan sebagainya, cuba tanya mana-mana sekolah atau universiti yang ada Kelab Roket.

Saya tak pasti samada Angkatan Tentera Malaysia atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia boleh membantu menyemarakkan Sains Angkasa, Fizik, Astronomi, Matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain di kalangan pelajar kita.

20130113

Jom ke Pameran Buaya di Seri Menanti


Terdapat lebih daripada 3000 ekor buaya di Sungai Linggi, N.Sembilan akan tetapi tidak pernah kedengaran serangan buaya di sini. Buaya-buaya di Sungai Linggi ini adalah merupakan sahabat-sahabat kepada ulama-ulama di Negeri Sembilan, antaranya Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi dan Almarhum Tuan Guru Haji Ali Bin Haji Musa.



Muzium diraja di Kuala Pilah buat pameran buaya
12 Jan 2013

Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Jabatan Muzium akan mengadakan Pameran Buaya di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah selama seminggu mulai Isnin ini.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Drs Shamsuddin Ahmad berkata pameran diadakan dari 9 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

"Pameran ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan ke-65 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir," katanya kepada Bernama di Seremban, hari ini.

Katanya antara jenis buaya dipamerkan ialah buaya tembaga, buaya Siam (putih), tengkorak buaya, buaya Puchong, anak buaya, replika telur 22 biji telur buaya dan biawak air.

"Paling menarik lagi orang ramai berpeluang melihat replika buaya milik Tuanku Muhriz di mana ia telah dipulihara oleh Jabatan Muzium. Buaya ini adalah spesimen yang pernah menghuni sungai di Seri Menanti pada suatu ketika dahulu," katanya.

Sempena pameran itu, turut diadakan jualan buku terbitan Lembaga Muzium Negeri Sembilan, pertandingan kuiz dan ceramah mengenai buaya.

- Bernama



20130112

Siapa Menantu Mithali?


Kita biasa dengar ibu mithali, bapa mithali, suami mithali, isteri mithali tapi jarang kita dengar menantu mithali, terutama menantu lelaki. Saya pernah bertemu dua orang lelaki dari keluarga yang berlainan yang cukup luar biasa menjadi menantu mithali.

Seorang yang saya kenal ialah menantu lelaki, apabila isterinya meninggal dunia, kebiasaannya menantu lelaki akan bawa diri, dan jarang rapat dengan keluarga isteri. Tapi yang ini cukup luar biasa yang saya tak pernah temui. Menantu lelaki tadi tetap tinggal berhampiran dengan ayah dan emak mertuanya walaupun isterinya telah meninggal dunia.

Emak dan ayah mertuanya anggap menantu lelaki dia dah macam anak dia sendiri. Emak mertua dan ayah mertua lelaki tadi sering menyuruh menantunya mencari isteri tapi menantu dia tak nak. Akhirnya setelah bertahun-tahun, ayah mertua dan emak mertuanya yang mencarikan jodoh untuk menantunya.

Yang lebih menarik urusan kenduri perkahwinan pun dibuat di rumah ayah dan ibu mertuanya dan diuruskan oleh ibu dan ayah mertuanya.

Itu menantu mithali yang pertama. Menantu mithali lelaki yang kedua adalah kenalan saya pula.

Dia ni saya jumpa manjang tersenyum saja, macam tak ada masalah. Apabila saya berjumpa dia di majlis pengkebumian abang ipar dia, barulah saya tahu dia menantu mithali. Hampir kesemua urusan diuruskan oleh menantu tadi, walaupun dia ada ipar-ipar yang lain.

Lepas tu saya jumpa dia di plaza tol, sedang bawa lori pick up. Saya tanya dia buat apa, dia kata hantar lori bapa mertua dia buat pemeriksaan Puspakom.

Kemudian saya jumpa dia lagi. Dia kata adik ipar dia pula masuk hospital kena stroke. Dialah dengan isterinya yang uruskan bawa ke hospital, jaga di hospital dan sebagainya.

Dia tak mengadu banyak, dia ceria sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai menantu.

Bukan senang nak jadi anak yang soleh, menjadi menantu mithali yang soleh lagi lah susah.

Adakah kita anak soleh? Adakah kita menantu mithali?

Masjid tak perlu letak tabung lagi dah


Yang ini bukan wang tabung masjid dicuri, tapi dengan tabung, rantai dan mangga sekali dikebasnya. Mudah saja untuk mengelakkan duit tabung atau tabung masjid dicuri. Jangan letak tabung masjid atau tabung surau dalam atau luar masjid/surau. Letak sahaja notis kepada sesiapa yang ingin menderma masukkan ke akaun bank masjid atau hubungi Bendahari di talian yang diberikan. Surau tempat saya tak pernah ada tabung kecuali diedarkan semasa program. Tapi Alhamdulillah ada saja yang sentiasa hulurkan sumbangan.

Tabung besi masjid lesap
Sinar Harian
12 Januari 2013

BUKIT PAYONG, Terengganu Darul Iman - Jemaah Masjid Kampung Bukit Payong, di sini terperanjat apabila mendapati tabung besi masjid berkenaan lesap dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu disedari Pengerusi Jawatankuasa masjid berkenaan, Zakaria Mohamad pagi kelmarin.

Zakaria berkata, dia menyedari kehilangan tabung derma orang ramai itu ketika sampai untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.45 pagi.

“Sebaik sahaja masuk masjid, saya mendapati peti besi bersaiz sekaki pergi yang dirantai pada tiang masjid sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, suspek bertindak memotong rantai yang mengikat tabung itu pada tiang masjid menggunakan gergaji besi berdasarkan terdapat serpihan gergasi besi yang patah berhampiran.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan tabung itu dipercayai selepas usaha memotong kunci peti itu gagal, kerana terdapat dua kunci dipasang untuk mengelak kecurian.

“Dulu pihak masjid hanya pakai satu kunci sahaja menyebabkan sebanyak empat kali peti berkenaan dipecah oleh pencuri tahun lalu, tetapi baru-baru ini kami ubah suai menggunakan dua kunci.

“Namun apabila kita buat begini, pencuri bertindak melarikan dengan peti sekali,” katanya yang kesal.

Beliau tidak pasti jumlah wang tunai hasil derma jemaah yang berada dalam peti itu memandangkan ia sepatutnya dibuka semalam.

Bagaimanapun kebiasaannya kutipan wang di dalam tabung tersebut hanya sekitar RM20 sahaja seminggu.

Katanya, kejadian kecurian kecil-kecilan di kawasan Bukit Payong khususnya sepanjang musim banjir ini amat ketara, menyebabkan ia menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

“Ramai jemaah mengadu kes kecurian banyak berlaku dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Putera Yam Tuan patut diberi lebih ruang dalam akhbar Melayu


Telah lama saya mengamati penulisan Putera Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu YAM Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz dalam akhbar berbahasa Inggeris. Penulisan beliau sentiasa mengajak masyarakat agar sentiasa berfikiran terbuka dan kemudian membuat penilaian sendiri setelah mendengar pendapat dari pelbagai pihak. Tapi sayang, akhbar berbahasa Melayu sepengetahuan saya tidak pernah menerbitkan atau menemuramah YAM Tunku apatah lagi pada 14 Januari 2013 rakyat N.Sembilan akan menyambut Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 65.

Apakah kita hanya melaung-laungkan slogan Hidup Melayu tetapi lupa asal usul kita?Apakah kita hanya melaungkan slogan Daulat Tuanku, tetapi lupa apa jasa Tuanku serta asal usul Tuanku? Apakah untuk N.Sembilan sebenarnya tidak wujud slogan Hidup Melayu, yang ada ialah slogan Hidup Orang Asli dan Hidup Orang Minangkabau?

Tertarik dengan petikan YAM Tunku di bawah ini.

“The Undangs themselves continue to be elected from the Suku Biduanda — a special clan created out of the alliance between Minangkabau immigrants and Orang Asli who were already living in what became Negri Sembilan (political scientists would call this a form of consociationalism).

Of course, none of this is taught in the history textbooks today, which is perhaps why some (even Negri Sembilan) Malays have a very different conception of what it means to be Malay, and why the spirit of inclusion and democratic ideals are absent in their worldview.”


Running risk of even less civil society role
Friday, January 11, 2013 - 16:07
by Tunku ’Abidin Muhriz

I OBSERVED the results of another election earlier in the week. It was the formal appointment of the Datuk Andatar, one of the Orang Enam Istana (literally “Six Palace Officials”) serving the Negri Sembilan palace.

Unique amongst royal institutions in Malaysia, perhaps the world, ceremonial positions in Negri Sembilan are democratically elected from specified clans (called “suku”). Thus, the office of Datuk Andatar is always held by a member of the Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan, while other office holders are members of other clans. Membership of these clans continues to be determined through matrilineal descent.

Whenever a vacancy arises, the members of the clan come together and decide who should represent them in the position. Once the individual is confirmed, a delegation from the clan is accepted at the palace for the new officeholder to be formally introduced to the Yang di-Pertuan Besar in a ceremony overflowing with tradition.

This system was an ingenious way of ensuring inclusion from different clans and geographical areas in what was a fractious political environment before the arrival of the first Yang di-Pertuan Besar, Raja Melewar from Pagar Ruyong.

He, of course, was invited by the Undangs to bring unity to a confederation surrounded by Bugis, Acehnese and Dutch competitors on all sides.

The Undangs themselves continue to be elected from the Suku Biduanda — a special clan created out of the alliance between Minangkabau immigrants and Orang Asli who were already living in what became Negri Sembilan (political scientists would call this a form of consociationalism).

Of course, none of this is taught in the history textbooks today, which is perhaps why some (even Negri Sembilan) Malays have a very different conception of what it means to be Malay, and why the spirit of inclusion and democratic ideals are absent in their worldview.

As it turns out, the new Datuk Andatar is Haji Zulkeply bin Mansor, who had already been serving as Datuk Setia Bijaya since the reign of the late Tuanku Ja’afar. He is also the internal expert on the proper wearing of ceremonial dress, often correcting the lopsided wearing of my tengkolok. My congratulations to him!


Mufti kata solat Jumaat tak wajib?


Satu artikel dibawah ini yang boleh mengundang banyak kontorversi dan menambahkan kekalutan umat Islam di negara ini. Golongan ulama yang berani memperkatakan kebenaran harus diberi lebih banyak ruang memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Islam bukan hanya di TV Al Hijrah tetapi juga di TV1, TV3 pada waktu perdana. Jika tidak berlakulah seperti apa dibawah ini, bekas tahanan ISA tidak lagi menunaikan solat Jumaat setelah dibebaskan kerana atas alasan mufti kata solat Fardu Jumaat untuk mereka dalam tahanan tidak wajib, tetapi solat Sunat Idil Fitri boleh pula dilakukan semasa dalam tahanan. Tak ke pening orang umum bila baca artikel ini kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu yang fardu tak boleh, yang sunat boleh.

Friday prayers are NOT compulsory, said the Mufti
Friday, 11 January 2013

Let us contemplate one example. When I was in Kamunting back in 2008, we were told by the detention camp authorities that we are not allowed to do our Friday congregational prayers. (In fact, after I was released, I made a police report at the Sentul Police Station regarding this matter).

It is not that the 50 or 60 of us detainees wanted permission to walk to the mosque down the road to do these Friday prayers -- even if they handcuffed us and chained us in a chain gang (which means there would be no way we could escape). We wanted to do these Friday prayers within our own cellblock.

But we were told we are not allowed to do our Friday prayers because they are not compulsory and that this was a ruling or decree by the famous Perak Mufti himself. So why are we so stubborn in insisting that we be allowed to do our Friday prayers? The Mufti is the highest religious authority in Perak and Kamunting is in Perak. So don’t be stubborn and listen to what you have been told, they said.

Then came Hari Raya (I was in Kamunting for Hari Raya 2008) and the other detainees got together to do their Hari Raya congregational prayers. I, however, was not allowed to join them because I was in solitary confinement so I was not allowed to mix with the other detainees. Nevertheless, I could hear them do the Hari Raya prayers next door to my cellblock.

Now, as far as I know, the Friday congregational prayers are compulsory while the Hari Raya congregational prayers are not. But the government denied the detainees permission to do the compulsory Friday congregational prayers but allowed them to do the optional Hari Raya congregational prayers. And this was based on the ruling or decree by the highest religious authority in the State of Perak, the Mufti.

I do not have any certificate, diploma or degree from any of the Islamic universities but my common sense tells me that when something is compulsory then you must do it and when something is optional you are not obligated to do it. And even a ten-year-old Malay-Muslim can tell you that the Friday congregational prayers are compulsory while the Hari Raya congregational prayers are not.

Nevertheless, since the ‘big man’ himself, the Perak Mufti, has issued a ruling or decree that the Friday congregational prayers are NOT compulsory, and since Malaysians are obligated to comply with these rulings and decrees issued by these authorities, I have since stopped doing my Friday congregational prayers. I no longer go to the mosque on Fridays.

I am still waiting for the Perak Mufti to issue a new ruling or decree saying that the Friday congregational prayers are, in fact, compulsory. And since he has not and until he does then I would regard this ruling or decree as binding and something that I am obligated to comply with.

So, yes, the Mufti is the highest religious authority in the land. He tells us what we must and must not do. And we must follow what he tells us to do, or not to do. And the Perak Mufti has told us that we cannot do the Friday prayers because they are not compulsory. So who am I to argue with the highest religious authority in the land? I do what he tells us to do and not do what he tells us not to do. And he said: DO NOT do your Friday congregational prayers. So be it. I stopped doing them. After all, I am a good Malaysian and an obedient Muslim


Ribut luar biasa melanda Rembau


Tidak pernah rasanya saya dengar ribut yang melanda Rembau seteruk ini. InsyaAllah saya serta rakan-rakan akan cuba mendapatkan maklumat lanjut serta meninjau apa yang kita sama-sama boleh bantu khususnya Anak Rembau disamping bantuan lain dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan.

30 rumah, dua sekolah rosak dilanda ribut
Sinar Harian
11 Januari 2013

REMBAU – Sebanyak 30 rumah serta dua sekolah rosak dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 4.50 petang kelmarin.

Antara kediaman penduduk yang rosak teruk adalah di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kampung Relong Chengkau, Kampung Penajis, Pulau Acheh dan Astana Raja termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Astana Raja.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, malam kelmarin mendapati lebih 30 pokok tumbang dan turut mengenai sebuah kereta penduduk serta kabel yang terletak di bahu jalan.

Penduduk, Nor Azhar Zulkefly, 22, dia hanya menyedari atap rumah yang didiami sejak 20 tahun lalu rosak dipukul angin kuat selepas merasakan biliknya mulai basah.

Katanya, menyedari kejadian itu, dia bergegas mencari ibu, Sefiah Ismail, 59, yang berada di ruang tamu.

"Saya sempat mematikan suis utama dan membawa ibu ke rumah nenek saya yang terletak berdekatan. Ibu saya masih terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengetua Semenda, Siti Noridah Ujang berkata, dia dan beberapa guru bertindak pantas melihat kerosakan awal.

"Kebanyakan bahagian atap bangunan beberapa blok serta asrama diterbangkan ribut, sementara kelas basah, pendawaian elektrik rosak, cermin pecah selain pintu tercabut," katanya.

Kenderaan JPJ diterbalik, dibakar



Memalukan kita rakyat Malaysia. Pihak berkuasa pun malu, rakyat pun malu. Semoga jalan penyelesaian terbaik dapat ditemui. Semoga pihak berkuasa dan rakyat saling bermaaf-maafan, tak perlulah curah minyak ke dalam api yang sedang membara. Mana pergi sifat ramah mesra, kasih sayang rakyat Malaysia yang kita bangga-banggakan selama ini? Kita harap pihak berkuasa berkata benar walaupun pahit, dan rakyat yang membakar kenderaan JPJ tersebut tampil ke hadapan dan mengakui kesilapan walaupun atas niat yang baik.


Orang Awam Mengamuk Bakar Kereta JPJ
11 Jan 2013

SITIAWAN: Sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditebalikan dan dibakar oleh orang awam berikutan kemalangan di Ayer Tawar yang melibatkan 10 kenderaan, termasuk dua bas sekolah dan sebuah lori, berhampiran lampu isyarat.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, empat pegawai JPJ yang berada di dalam kereta pacuan empat roda tersebut melihat sekumpulan perusuh mara ke arah mereka.

11 kenderaan terlibat dalam kemalangan manakala 15 orang tercedera.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kenderaan JPJ tersebut cuba memintas dan menghentikan sebuah lori.

Pemandu lori berkenaan bagaimanapun menekan brek secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar kenderaan JPJ itu.

Tindakan brek secara mengejut itu mengakibatkan kenderaaan lain di belakang lori merempuh antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Timbalan Supt Ahmad Mat Isa, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis sedang menyiasat punca kemalangan.

Beberapa anggota polis yang dilaporkan berada di tempat kejadian dikatakan gagal mengawal kemarahan orang ramai.


SITIAWAN – Sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung angkara tindakan agresif orang awam yang berang selepas kenderaan itu didakwa menjadi punca kepada kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan lain di Jalan Ipoh-Lumut dekat Pekan Ayer Tawar di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, beberapa saksi mendakwa Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota penguat kuasa JPJ yang dalam perjalanan dari arah Sitiawan secara tiba-tiba menyeberangi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit di laluan bertentangan.

Tindakan yang diambil pemandu kenderaan JPJ itu menyebabkan lapan buah kenderaan lain yang mengekori dan berada di tepi lori membawa buah kelapa sawit berkenaan berlanggar semasa sendiri selain ada kenderaan yang terbabas kerana panik dengan kemunculan mendadak kenderaan JPJ itu.

Lapan buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Proton Waja, Proton Wira, pacuan empat roda Suzuki Jimmy, Perodua Kancil, sebuah motosikal, dua buah bas sekolah dan sebuah lori lain.


Saksi dakwa kereta peronda JPJ sebabkan kemalangan

Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan dakwaan itu, dan berkata kereta peronda JPJ itu telah dilanggar oleh lori.

Ahli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo Ham, yang tiba di tempat kejadian kemalangan sejurus selepas ia berlaku, telah diberitahu oleh saksi bahawa kenderaan pacuan empat roda JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Perbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan lori, yang didakwa
membawa lebih muatan kelapa sawit, membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di belakangnya, kata Ngeh kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut polis, 10 kenderaan - kereta peronda JPJ, dua bas sekolah, dua buah lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta, terbabit dalam kemalangan tersebut.

Ngeh berkata, salah sebuah daripada 10 kenderaan tersebut - Kancil hijau - terbakar selepas melanggar kenderaan lain.

"Mujurlah dua lelaki Cina dan seorang lelaki India memecahkan pintu kereta dan menyelamatkan seorang wanita Melayu yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dan memadamkan api.

"Orang ramai sangat marah dan menuntut pegawai JPJ bertanggungjawab terhadap tindakan berbahaya seperti itu. Mereka kemudian memecahkan kenderaan JPJ, menterbaliknya dan membakarnya. Keadaan tidak ganas, mereka hanya marah, "kata Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak.

Selepas api dipadamkan menurut Ngeh, orang ramai yang marah enggan membenarkan pihak berkuasa untuk mengambil kenderaan yang terbakar itu tanpa memberi penjelasan yang memuaskan hati mereka.

"Mereka kemudian menterbalikkan kenderaan itu untuk kali kedua."

Keterangan para saksi sama dengan yang diberitahu oleh Ngeh, begitu juga dengan gambar dan video kejadian, yang telah dimuat naik dan dikongsi dalam media sosial.

Ngeh mendakwa tindakan masyarakat tempatan itu adalah kemuncak kepada 'penindasan' yang lama oleh kedua-dua pihak polis dan pegawai JPJ.

Beliau mendakwa perniagaan tempatan, termasuk pengusaha dan pemandu lori, telah dipaksa membayar rasuah bulanan kepada polis dan pegawai penguatkuasa JPJ, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya, ketegangan semakin memuncak di kawasan tersebut.

"Saya menggesa kerajaan supaya segera menyelesaikan isu ini, "katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Ahmad Mat Isa mengesahkan
kepada Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Beliau menafikan khabar angin bahawa empat orang mati dalam kemalangan tersebut, dan menjelaskan bahawa tiada kematian dilaporkan setakat ini, dan tiada pelajar di antara mereka yang cedera kerana dua bas terlibat tidak membawa pelajar.

Ahmad menyangkal dakwaan bahawa tiga pegawai JPJ di dalam kenderaan pacuan empat roda telah bertindak secara melulu dan mereka tidak cuba memintas lori terbabit.

Sebaliknya, beliau mendakwa ketiga-tiga mereka adalah dalam perjalanan pulang ke Manjung dari pejabat JPJ Ipoh.

Kenderaan peronda mereka berhenti di hadapan lampu isyarat di depan sebuah sekolah di Ayer Tawar, tetapi dilanggar oleh sebuah lori di belakang kenderaan mereka, menyebabkan kenderaan lain di belakang melanggar lori tersebut, kata Ahmad.

Jika tiga pegawai tersebut menjalankan tugas penguatkuasaan, sepatutnya ada alat penguatkuasaan seperti kon trafik di dalam kereta.

Katanya, menurut laporan polis dan siasatan polis, mendapati tidak terdapat barangan seumpama itu dalam kereta berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa ketiga-tiga pegawai JPJ itu melarikan diri dari tempat kejadian selepas dikelilingi orang ramai. Mereka menaiki pengangkutan awam untuk ke balai polis Manjung untuk membuat laporan.

Pihak polis masih menyiasat tindakan menterbalikkan kenderaan JPJ itu dan siapa yang melakukannya, tambah Ahmad.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.


20130110

Ghairah kibar bendera parti sambut keputeraan Yam Tuan



Rakyat N.Sembilan akan menyambut hari keputeraan Yang Dipetuan Besar pada 14 Januari 2013 ini. Maka sepatutnya banyaklah bendera N.Sembilan berkibar. N.Sembilan ada 4 Undang Luak dan juga Tunku Besar Tampin. Sepatutnya sempena keputeraan ini bendera N.Sembilan dikibarkan bersama dengan bendera Luak Rembau, Luak Johol, Luak Sg Ujong, Luak Jelebu dan Tampin.

Entah-entah orang Rembau sendiri pun dah tak kenal macamana rupa bendera Rembau ini yang wujud hampir 300 tahun sebelum kedatangan Yamtuan dan wujud hampir 400 tahun sebelum terbentuknya Negeri Sembilan.

Kalau kita memandu dari Seremban ke Rembau, hampir di setiap tiang lampu, bendera N.Sembilan disaingkan dengan bendera parti. Sedangkan parti tersebut hanya wujud tak sampai 100 tahun. Sebaliknya Luak Rembau wujud lebih 400 tahun, dan mereka dari Luak Rembau lah yang menjemput Yamtuan yang pertama ke Negeri Sembilan.

BENDERA REMBAU
Warna Kuning - Mewakili Undang / Penghulu Luak Yang Memerintah
Warna Hitam - Mewakili Dato’-Dato’ Lembaga / Orang Besar Undang
Warna Merah - Mewakili Rakyat / Penduduk Luak
Bintang - Mewakili Penduduk Luak Rembau Menganuti Agama Islam
Keris Bersilang - Mewakili Rembau diperintah oleh Dato’ Undang Luak secara bergilir-gilir mengikut perut iaitu Lela Maharaja dan Sedia Raja
Tanduk Kerbau - Mewakili Adat Perpatih yang datang dari Minangkabau
Lingkaran Bunga Padi - Mewakili tanaman utama Rakyat Luak Rembau adalah Padi

Sumber info Bendera Rembau http://www.nagarinantuo.com/?p=312

Majlis Mahabbah Rasulullah 14 Jan 2013



MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH
Tarikh : 14 Jan 2013, Isnin
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Kariah Desa Anggerik, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama :
Ustaz Roslan Mohamed, Panelis Tanyalah Ustaz TV9
Ustaz Mohd Fuad Othman, Pengerusi At-Tibyan
Husaini Mahmur, Finalis Akademi Al Quran

Semua dijemput hadir

Hari Ahad, Sunday ialah sempena hari sembah matahari




Ahad atau Sunday bermaksud hari matahari. Zaman dahulu kala, hari Ahad ialah hari kebesaran untuk mereka yang menyembah matahari (sun). Kajian Dr Samuele Bacchiocchi dari Andrews University menunjukkan bahawa tidak terdapat bukti sejarah awal Kristian yang menunjukkan bahawa hari Ahad ialah hari kebesaran agama Kristian (However, no adequate consideration has yet been given to the theological motivations for Sunday observance presented in the early Christian literature).

Hari Jumaat adalah merupakan penghulu segala hari untuk orang Islam. Merupakan hari perayaan pada setiap minggu untuk orang Islam. Pada hari Jumaat, Allah ciptakan Adam, Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi, Allah mematikan Nabi Adam dan banyak lagi kelebihan yang tertulis sejak awal Islam.

Sekadar renungan, sejauh mana kita memuliakan, menceriakan, meraikan hari Jumaat menurut syariat Islam.

***************
Our investigation into the origin of Sunday observance has so far focused on two major contributory factors. The first, anti-Judaism, which appears to have caused a widespread devaluation and repudiation of the Sabbath, thereby creating the exigency of a new day of worship. The second, the development of Sun-cults with the consequent enhancement of the day of the Sun over that of Saturn, a contingency which apparently oriented Christians toward such a day, since it provided an adequate symbolism to commemorate significant divine acts. However, no adequate consideration has yet been given to the theological motivations for Sunday observance presented in the early Christian literature.

FROM SABBATH TO SUNDAY:  
A HISTORICAL INVESTIGATION OF THE RISE OF SUNDAY OBSERVANCE IN EARLY CHRISTIANITY 
Chapter 8
SUN-WORSHIP AND THE ORIGIN OF SUNDAY
Samuele Bacchiocchi, Ph. D., Andrews University


Serangan internet terhadap remaja Islam, Nabi dah tunjuk jalan



Remaja Islam kini menghadapi serangan akidah yang begitu hebat ketika ini. Serangan risalah melalui internet adalah lebih hebat ketika ini dari serangan melalui media cetak. Nabi saw telah menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menghadapi serangan ini yang semakin hebat melalui cerita sejarah dalam Al Quran dan Hadith.

Dulu ada teknologi yang lebih hebat dari internet, iaitu teknologi sihir. Remaja pada ketika itu begitu asyik dengan sihir. Raja pada ketika itu mengarahkan ketua tukang sihir agar mencari pelapis. Lalu dipilihlah seorang budak untuk dilatih. Budak ini pun berlatih dan pelajari ilmu sihir setiap hari.

Namun setiap hari dalam perjalanan, budak ini akan lalu rumah seorang pendeta agama. Dengan kelunakan, kelembutan pendeta, lama kelamaan budak tadi terpikat dengan ajaran pendeta tadi yang mengEsakan Allah. Dalam pada masa yang sama budak tadi tetap belajar ilmu sihir.

Panjang betul cerita pasal budak ni, carilah sendiri ceritanya di internet.

Akhir sekali budak yang dilatih menjadi tukang sihir sudah terbalik , menjadi seorang pendakwah yang berani tanpa banyak berkata-kata, hanya pandai berdoa kepada Allah. Dan boleh dikatakan seluruh negeri beriman kepada Allah , kecuali Raja yang zalim serta pengikutnya.

Jadi kepada para pendakwah Islam, sebelum nak salahkan pendakwah bukan Islam, tanya diri kita sendiri adakah kita dapat mencontohi pendeta tersebut untuk mempengaruhi remaja kita yang asyik berinternet agar mereka dapat menikmati keseronokan Islam melalui pelbagai cara, perkahwinan, permainan, teknologi, pemakanan dan sebagainya?

Adakah kita hendak memikat remaja kita dengan apa yang halal dan seronok untuk dilakukan, atau hendak memarahi remaja kita dengan tidak melakukan perkara yang haram tapi seronok juga untuk dilakukan?

Bukan untuk remaja saja, tapi untuk bapa dan atok remaja yang leka dengan judi internet dan sebagainya.

Rujukan : Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka jilid ke 10
Surah Pilihan : Surah Al-Buruj ( Juzu’ 30, Surah 85, bermula ayat 4 )

KISAH ASHABUL UHDUD Part 1
Maksud ayat (1-9) Surah Buruj (Gugusan bintang):

1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. Dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum Yang menggali parit,
5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. Sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


20130109

Kalimah Allah ada di Tanah Melayu sebelum kelahiran Nabi saw


Sering saya perkatakan pada teman-teman bahawa N.Sembilan mempunyai banyak kesan sejarah yang lebih hebat dari Melaka. Entah dimana silapnya pelancongan sejarah di Negeri Sembilan ini tidak sehebat Melaka. Lebih malang lagi orang N.Sembilan pun tidak tahu apa kesan sejarah yang hebat di sini. Antaranya ialah di N.Sembilan wujud sejak tahun 137 Masihi iaitu 434 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw batu hidup yang ada tulisan kalimah Allah dalam bahasa Arab.

Di tempat batu ini juga terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka.

Di manakah batu hidup tersebut, siapa ulama tersebut, kisahnya di http://waghih.blogspot.com/2012/11/sejarah-awal-islam-di-malaysia-yang.html

Terlalu banyak kesan sejarah, misteri, karamah dan macam-macam lagi yang boleh memberi manafaat kepada banyak pihak.

Janganlah kita lihat balak, tanah, pasir sahaja sebagai sumber hasil negeri atau individu tertentu.

Bak kata seorang Sheikh Ulama Tarikat yang masih hidup di N.Sembilan, kalau keadilan ditegakkan mengikut landasan Islam di Negeri Sembilan ini akan keluar minyak di perairan Negeri Sembilan.

20130108

Jasa besar keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk Malaysia


Pada 14 Januari 2013 ini rakyat Negeri Sembilan akan menyambut Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu KDYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Seharusnya semua pihak terutamanya orang Negeri Sembilan tahu akan asal usul mereka dan kenapa pemerintahan beraja di Negeri Sembilan ini amat unik, lain dari negeri lain.

Minangkabau serta Pagaruyung telah menjalinkan hubungan yang erat dengan kerajaan Melaka sebelum serangan tentera penjajah Portugis. Orang Minangkabau jugalah yang mengangkat martabat orang Asli dari suku Jakun dengan pembukaan kerajaan Rembau sebelum adanya Negeri Sembilan.

Kesultanan dari Pagaruyung telah mengirim pembesar mereka ke Rembau pada awal tahun 1500. Orang Minangkabau ini datang ke Tanah Melayu bukannya untuk bekerja sebagai pembancuh simen, pekerja ladang, tetapi datang untuk berdakwah dan mempertahankan kerajaan Islam. Mereka juga datang untuk memberi perlindungan kepada pembesar Melaka selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

Orang Minangkabau adalah pembuat senapang dan meriam yang hebat pada kurun ke 15 , yang teknologinya tidak dapat ditandingi Eropah pada ketika itu. Tentera Portugis tidak pernah dapat menewaskan orang Minangkabau apabila bertempur dengan tentera Rembau.

Bukan setakat itu, orang Minangkabau adalah pembuat keris yang hebat pada ketika itu, dan ada satu senjata diberi nama Guloh Rembau yang amat hebat yang tidak dapat dikesan hingga ini.

Maka tidak hairanlah yang menjadi pengasas Askar Melayu ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Rembau pada tahun 1933.

Begitu banyak sejarah-sejarah yang belum terbongkar di Negeri Sembilan ini termasuklah golongan ulama yang begitu tinggi martabat mereka yang banyak karamah, ada yang boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata untuk membantu memadamkan kebakaran di Mekah. Dan golongan ulama ini amat akrab dengan pemerintah.

Semoga Kerajaan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri mengambil pendekatan yang lebih proaktif untuk menarik minat generasi kini untuk mengenang kembali sejarah, agar mereka punya harga diri, dan dapat menyaingi generasi dulu yang begitu hebat akhlak, siasah, peribadi dan teknologi.

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe,* particularly the matchlocks and swords ; and those of Rum- bowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of * " At Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of all the Orient." (Argensola, 1609.)


At Menancabo excellent poniards made, called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609. "A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a great quantity of artillery; a species of warlike machine known and fabricated in Sumatra many years before they were introduced by Europeans

JAKIM, Majlis Agama mandulkan pemikiran khatib kita.



Menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju, pengurusan masjid juga sepatutnya semakin canggih. Untuk mendapatkan pengurusan yang canggih , pemikiran imam, khatib, nazir dan ajk pun perlu canggih. Pemikiran khatib yang canggih sepatutnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan setempat dan mencelikkan jemaah yang tidur, berborak, bermain telefon bimbit, minum cendol, hisap rokok ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan atau dikhutbahkan.

Arahan JAKIM dan Majlis Agama supaya para khatib membaca teks khutbah yang disediakan mereka yang sama seluruh Malaysia seolah-olah memandulkan pemikiran khatib dan seterusnya memandulkan pemikiran ahli kariah setempat.

Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah pecah rumah, takkan teks khutbah bertajuk kurangkan gula. Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah tandas masjid kotor, takkan teks khutbah bertajuk jimatkan penggunaan elektrik. Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah buang ibu bapa, takkan teks khutbah bertajuk buang bayi, dan begitulah seterusnya.

Kalau pemimpin negeri atau pemimpin negara atau JKKK takut sangat teks khutbah tersebut mengandungi isi yang menyokong mana-mana parti, ajarlah para khatib menggunakan komputer, dan hantar teks khutbah 3 hari sebelum dibaca untuk disemak oleh Jawatankuasa Fatwa.

Kalau budak-budak sekolah rendah boleh diberi komputer percuma, takkan khatib tidak boleh diberi komputer dan akses internet percuma.

Kalau ahli Jawatankuasa Fatwa atau pegawai JAKIM atau Majlis Agama tak cukup, tambahlah kakitangan, dengan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi dari kalangan lulusan agama untuk menapis teks khutbah yang dihantar oleh para khatib.

Kemudian tu, buatlah pertandingan teks khutbah terbaik, teks khutbah jiwang, teks khutbah kreatif dan sebagainya.

Berilah kepada JKKK perakam video, dan ajar JKKK ni untuk muat turun video ke Youtube untuk dibuat pertandingan.

Jadi apa masalahnya untuk tidak memandulkan pemikiran khatib kita?

Orang dah guna roket naik ke bulan, naik ke angkasa, tapi para khatib kita dilatih macam burung kakak tua.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh.

20130107

Pentingnya dianjurkan kursus menjaga ibu bapa yang lanjut usia





Menjaga ibu bapa yang lanjut usia bukanlah satu perkara yang mudah walaupun mereka masih sihat, apatah lagi mereka yang sakit. Fenomena ibu bapa di tinggal bersendirian di kampung, tolak menolak antara adik beradik untuk menjaga ibu bapa semakin menjadi-jadi ketika ini.

Sering kita dipromosikan dengan kursus pra perkahwinan, kursus mendidik anak-anak, kursus pelajar cemerlang, kursus usahawan dan sebagainya, tapi tak pernah rasanya saya dengar kursus menjaga ibu bapa.

Cuba perhatikan sekeliling kita, di kalangan keluarga kita sendiri, sanak saudara, jiran tetangga siapa yang berkebolehan menjaga ibu bapa mereka dengan hati yang reda, tenang, pasrah?

Disarankan agar semua pihak terutama Majlis Agama, Khutbah Jumaat, JAKIM, pihak swasta yang menganjurkan kursus motivasi yang hebat-hebat yang yurannya beratus-ratus ringgit, TV1, TV3 dan sebagainya agar memberi penekanan terhadap isu penjagaan ibu bapa yang semakin kritikal dewasa ini.

Adakah penyelesaiannya dengan menubuhkan lebih banyak lagi rumah penjagaan warga emas?

Kursus menjaga ibu bapa ini bukan hanya setakat menjaga ibu bapa yang masih hidup, sepatutnya dimasukkan sekali kursus menjaga ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Semoga Allah menempatkan roh ayah saya, serta roh datuk-datuk dan nenek-nenek saya di kalangan roh orang beriman dan beramal soleh.

Siapa nak bantu baiki penghuni rumah reput di Rembau?



Salam, boleh dapatkan maklumat lanjut bagaimana kita Anak Rembau boleh bantu keluarga ini? Saya pasti, insyaAllah ramai Anak Rembau di perantauan khususnya orang Chengkau Ulu boleh bantu tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka. Chengkau Ulu adalah merupakan kampung asal arwah Atok saya ( Hj Kamaruddin bekas Tok Menteri)

Huni rumah reput
28 Dis 2012

REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu, dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum mendapat perhatian pihak berkaitan.

Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.

“Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali hujan.

“Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan, habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin dan sudi membantunya.

“Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut menambah pendapatan.

“Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup dengan saya.

“Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah yang rosak ini,” katanya.

Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan.

“Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.

“Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai, saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan keselamatan.

“Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah nenek,” katanya.

Bersyukur kereta dicuri serta musibah yang menimpa



Amat benar sekali kata Nabi saw yang amat kita cintai, iaitu orang beriman itu bila beroleh kesenangan di bersyukur, bila ditimpa musibah di bersabar dan sabar itu lebih baik baginya. Beberapa tahun sudah kereta kawan saya yang baru dibeli beberapa bulan dicuri di hadapan rumahnya.

Baru-baru ini saya tanya dia, macamana cerita kereta kena curi hari tu? Dia kata ada juga hikmah kereta dia kena curi dulu, memandangkan ekonomi semasa tidak menentu agak sukar untuk dia membayar ansuran bulanan untuk kereta tersebut. Sekarang dia bersyukur kereta dia dicuri dahulu.

Anak saya dapat UPSR 2A, 2B dan 1C tahun lepas, dia tidak layak untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Agama di Seremban. Tak apalah saya kata, kita cuba sekolah lain, ambil borang SMA Rembau, SMA Gadong, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMK Seri Ampangan (KAA) pergi hantar borang ke Jabatan Pelajaran dan macam-macam lagi.

Anak saya pun pergilah temuduga semua tempat , kecuali SMA Gadong.

Akhirnya ditakdirkan dapat SMA Rembau tanpa asrama. Bukan serampang dua mata lagi, bukan menyelam sambil minum air lagi bahkan anak saya dapat lebih dari itu. Anak saya dapat kelas yang tidak ramai murid dalam kelas, yang guru boleh beri tumpuan. Anak saya dapat tinggal bersama neneknya di Rembau, temankan nenek yang keseorangan (bukan main suka lagi nenek dia). Saya pula dapat balik kampung selalu, solat di masjid dan surau yang arwah ayah saya pernah solat dulu, dapat selalu berjumpa dengan kawan-kawan arwah ayah saya dulu.

Memang benarlah apa yang Nabi saw kita kata supaya orang mukmin ini sentiasa ”happy” saja, susah pun ”happy”, senang pun ”happy”, tak ada masalah. ”Happy” dalam bentuk bersyukur dan bersabar.

Selamat Menyambut Maulid Nabi

Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” – Riwayat Muslim

Laung perpaduan Melayu, Islam tapi rumah tangga punah ranah



Sebelum kita begitu bersemangat melaungkan perpaduan Melayu, perpaduan Islam, tolong laungkan dulu perpaduan rumahtangga. Masalah keruntuhan perpaduan rumahtangga Melayu Islam semakin kritikal sekarang ini yang mengakibatkan keruntuhan akidah dan akhlak anak-anak.

Pakai songkok tinggi tak salah, pakai serban merupakan sunnah, tapi jangan ianya menjadi fitnah , tengok orang tu pakai songkok tinggi tapi anak bini entah ke mana. Tengok orang tu pakai serban , pakai kopiah tapi bergaduh sesama yang pakai serban dan kopiah, anak-anak berpeleseran.

Boleh tak khutbah Jumaat mengupas secara mendalam masalah ini, kerana masalah ini berlaku dimana-mana pada ketika ini.

PADAH HALANG SUAMI BERCUTI DENGAN MADU
7 Jan 2013 - Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 29 tahun menghalang suaminya pergi bercuti dengan isteri barunya mengundang padah apabila tangan kirinya patah akibat dihentak dengan kerusi oleh lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Tasik Selatan, di sini, kelmarin.

DIBELASAH KERANA LAMBAT BEBERAPA MINIT
7 Jan 2013 - Kajang: Angkara lambat beberapa minit mengambil suaminya yang mabuk pulang ke rumah, seorang isteri terpaksa menanggung derita selepas ditumbuk dan dipukul dalam kejadian di Kajang Utama, di sini, kelmarin.

ISTERI CURANG KETIKA BERPANTANG PARAH DIBELASAH SUAMI
Kangar 6 Jan. 2013  - Seorang suri rumah yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, cedera parah dibelasah suaminya yang terserempak wanita itu berpelukan dengan lelaki lain di rumah mereka.


20130106

Tandas masjid kotor, ibu bapa pengotor, anak pun mungkin pengotor


Sebelum Asar saya sempat membasuh tandas surau. Biasalah tandas surau di tempat saya ini, laluan orang, berhampiran dengan padang permainan. Ramai yang menggunakannya, termasuk pelajar sekolah yang ponteng sekolah atau singgah sebentar.

Tandas surau ni biasanya dijadikan tempat hisap rokok. Puntung rokok, kotak rokok, mancis bertaburan atas lantai tu biasalah. Surau pula tiada siak, sukarela siapa ada kelapangan tolong bersihkan kerana rata-rata jemaah kerja dari subuh sampai ke malam, ada yang berulang alik dari Senawang ke Kuala Lumpur.

Kita pun bersihkanlah tandas dengan hati yang tenang, tak perlu marah-marah. Anak-anak biasalah, mereka tidak dididik menjaga kebersihan surau dan tandas.

Dalam pada tengah bersih surau , ada seorang lelaki yang singgah berehat di surau. Lelaki tadi kata, budak-budak ni yang kotorkan tandas. Saya kata pada lelaki tadi, budak-budak ni bermula dari rumah, ibu bapa merekalah yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka menjaga kebersihan, terutama apabila menggunakan tandas surau. Kalau anak-anak ini tidak dibiasakan menjaga kebersihan di rumah macamana mereka hendak menjaga kebersihan tandas surau, tandas masjid, tandas sekolah.

Semoga teks khutbah di Malaysia ini memberi penekanan kepada ibu bapa supaya melatih anak-anak mereka menjaga kebersihan di rumah, di sekolah, di surau , di masjid terutama di tandas.

Mana Imam Masjid yang dilantik kerajaan waktu solat fardu?


Baru-baru ini pada hujung tahun 2012 saya singgah di sebuah masjid di tepi jalan utama di Negeri Sembilan untuk solat Maghrib. Waktu saya sampai waktu Maghrib lagi 5 minit nak masuk. Hanya kelihatan seorang jemaah yang bukan ahli kariah masjid tersebut. Apabila masuk waktu selepas beberapa minit menunggu, disebabkan bilal belum sampai maka jemaah yang seorang tadi yang bukan bilal rasmi masjid tersebut pun azan.

Selepas solat sunat, selepas beberapa minit menunggu, jemaah tadi pun iqamah. Ada seorang jemaah lain lagi baru datang, saya pun mintalah jemaah tadi jadi imam, dia kata dia bukan orang situ, yang azan pun bukan orang situ, lalu mereka minta saya jadi imam. Saya pun bukan ahli kariah masjid tersebut, dalam perjalanan pula, pakai seluar lagi. Dah tak ada orang tempatan dalam jemaah lalu saya mengimamkan solat Maghrib.

Saya mohonlah agar mereka yang bertanggungjawab menjaga masjid terutama yang ada kuasa memerintah supaya tolong perhatikan apa yang berlaku di masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Adakah imam yang dilantik menjalankan tugas, adakah elaun yang diberi cukup untuk imam datang mengimamkan solat, adakah elaun yang diberikan kepada bilal cukup untuk bilal datang melaungkan azan.

Atau kita hanya sekadar jadi juara di Perhimpunan Agung atau Muktamar sahaja?

Atau kita hanya bermegah-megah dengan masjid yang harganya berjuta-juta ringgit tetapi bukan sahaja tiada makmum, bahkan tiada imam rasmi yang dilantik oleh kerajaan untuk mengimamkan solat pada setiap waktu?

Pengalaman saya sebelum ini beberapa masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Antara Kanang dan nasib serta filem Askar Melayu yang terpinggir


Negara kehilangan seorang dari ribuan mungkin ratusan ribu pahlawan iaitu Kanang anak Langkau dari 8 Renjer. Arwah ayah saya walaupun Askar Melayu tapi pernah berkhidmat dalam 1 Renjer. Arwah ayah saya kata memang Renjer ini berani macam Askar Melayu. Eloklah kerajaan hendak menerbitkan filem Kanang. Tapi janganlah hangat-hangat tahi ayam mungkin sebab pilihanraya tak lama lagi seperti apa yang berlaku pada filem Kalabakan.

Kita harap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan jangan pinggirkan pengorbanan Askar Melayu terutama 8 orang Askar Melayu yang terkorban di Kalabakan, Sabah dari 3 RAMD, dan yang terkorban di Somalia dari 19 RAMD di mana apa yang berlaku di Somalia yang terpapar dalam filem Blackhawk Down ialah “lembu punya susu, sapi punya nama”.

Kisah pengorbanan Askar Melayu di Kalabakan, Sabah dan filem Kalabakan yang tak siap-siap di

Kisah filem Holywood Blackhawk Down yang melenyapkan perjuangan Askar Melayu di

Filem Kanang dipercepatkan
5 Jan 2013

KUCHING - Sesi penggambaran filem Kanang anak Langkau akan dipercepatkan untuk tayangan sempena Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan pahlawan negara, mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau (gambar kecil) itu dijangka bermula bulan depan dan selesai dalam masa tiga hingga empat bulan.

"Sebelum meninggal dunia, mendiang Datuk Temenggong Kanang telah mengadakan perbincangan dengan saya untuk beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan filem tersebut.

"Saya juga telah melihat sendiri skrip berkenaan, namun apabila mendiang meninggalkan kita terlebih dulu, saya akan lihat semula skrip itu untuk diolah semula," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

Kanang meninggal dunia di HUS akibat serangan jantung pada pukul 1.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Sungai Apong di sini.

Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya menyerahkan kepada syarikat penerbit dan pengarah filem itu untuk memilih barisan pelakon yang sesuai.

Mendiang Kanang sepatutnya turut berlakon dalam filem itu yang diterbitkan oleh Tangan Seni Sdn. Bhd. Najib pada Julai lalu dipetik berkata, kerajaan akan menyumbang RM4 juta bagi menjayakan pembikinan filem berkenaan.

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam menjelaskan, mayat Kanang dibawa ke Dewan Bukavu, Kem Penrissen sebelum ditempatkan di Dewan Suarah Kuching pada pukul 8 pagi ini untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Menurutnya, mayat Kanang akan disemadikan dalam istiadat penghormatan negara di Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya, Kuching.

Mendiang meninggalkan balu, Datin Brawang Chunggat dan lima anak.

Kanang merupakan wira negara tunggal yang menerima dua pingat keberanian tertinggi iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB), ketika masih hidup.

Mendiang yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia terkenal dengan keberanian menentang komunis di Perak pada tahun 1980.