KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060926

Rayuan Siapkan Rumah Anak Yatim Acheh

Assalamualaikum, Ramadhan Karim,

Kepada mereka yang sudi untuk membantu menyiapkan rumah anak yatim di Acheh yang sedang dalam pembinaan tetapi kekurangan wang untuk disiapkan Ramadhan ini sila salurkan kepada Sdr Mohd Sufian EXCO Yayasan Amal Malaysia tal 013-3589328 e-mel : xupmxutm@yahoo.com atau Sdr Rozmal Malakan tal 012-2267406 e-mel : rozmal@yahoo.com

Berikut SMS yang baru diterima daripada Sdr Sufian :
“Tolong carikan sumbangan untuk bina bangunan anak yatim Acheh, Mungkin bulan September last kerja, duit dah habis bangunan belum siap. Latest dah bayar RM 7,200 kepada kedai hadrware di Meulaboh, Acheh untuk duit simen konkrit tingkat satu. Tkasih”

Jadual Tazkirah Ramadahan Surau Alamanda

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Siri Tazkirah Ramadhan yang diadakan selepas solat witr jam 9:15 malam di Surau Taman Alamanda , Senawang :

Rabu 27 Sep – Us Azahari Talib - JEHAINS
Jumaat 29 Sep – Us Aimi Hamzah – SMA Pedas
Isnin 2 Okt – Us Mohd Fuad Othman – SMA Ulu Gadong
Rabu 4 Okt – Us Suhaimi Kassim – Ampangan
Jumaat 6 Okt – Us Arshad
Isnin 9 Okt - Us Mohd Fuad Othman – SMA Ulu Gadong
Rabu 11 Okt – Us Shamsul Azhar – YDP ABIM NS
Jumaat 13 Okt – Us Mohd Hidir – SK Senawang

20060921

Ekspedisi Malaysia 4WD & SUV 2 – 9 Dis 2006

Kepada mereka yang berminat :

EKSPEDISI MALAYSIA 4WD & SUV 2006
2 - 9 DECEMBER 2006
JARAK - 3000 KM
http://ekspedisi4wdsuv.tripod.com/

Ekspedisi Malaysia 4WD & SUV 2006, adalah ekspedisi menjelajah seluruh semenanjung Malaysia berkenderaan pertama dan yang seumpamanya di Malaysia. Dengan konsep terbaru iaitu Ekspedisi, Pelancongan, Rekreasi dan Cabaran, ekspedisi akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia selama 8 hari.

Ekspedisi bermula di Kuala Lumpur, munuju ke Selatan tanahair, sebelum menerusi laluan ke Pantai Timur dan berpatah balik ke Utara Semenanjung. Dari Utara, ekspedisi akan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan akan menempuh perjalanan sejauh 3000km, melalui laluan jalan-raya kampung, bandaran dan persekutuan serta sedikit laluan off-road.

Melalui pelbagai bentuk muka bumi seperti tanah rata, bukit, laluan bertanah dan berbatu pasti memberi kesan yang mendalam kepada peserta kerana ekspedisi akan melalui perjalanan sejauh 3000km dalam masa 8 hari selain melawat dan melalui pelbagai laluan menarik seperti negeri-negeri di semenanjung, Bandar, daerah. Pekan, kampung, tanah rancangan dan merangkumi pelbagai bentuk geografi Malaysia seperti bukit, tasik, laut, tanah tinggi, sungai dan hutan-hutan di sepanjang perjalanan.

LALUAN
KUALA LUMPUR - NEGERI SEMBILAN - MELAKA - JOHOR - PAHANG - TERENGGANU - KELANTAN - PERLIS - KEDAH - PULAU PINANG - PERAK - SELANGOR - KUALA LUMPUR

JADUAL PERJALANAN
2 Disember 2006 - Kuala Lumpur - Negeri Sembilan - Melaka
3 Disember 2006 - Melaka - Johor
4 Disember 2006 - Johor - Terengganu
5 Disember 2006 - Terengganu - Kelantan
6 Disember 2006 - Kelantan - Perlis
7 Disember 2006 - Perlis - Pulau Pinang
8 Disember 2006 - Pulau Pinang - Perak
9 Disember 2006 - Perak - Selangor - Kuala Lumpur

PENYERTAAN
Penyertaan di buka kepada semua peminat aktiviti ekspedisi pelancongan menggunakan kenderaan 4WD & SUV. Setiap penyertaan mestilah mempunyai kenderaan sendiri atau mengikuti dengan kenderaan yang di sediakan oleh pihak penganjur.

Penyertaan : Terbuka kepada semua
Had Umur : Dari 1 Tahun ke atas,
Kanak-Kanak Mestilah bersama penjaga (Ibu & Bapa) (Jika Di Bawah 17 Tahun)
Warga Tua Mestilah mendapat pemeriksaan Kesihatan di Klinik

BAYARAN
Bayaran adalah sebanyak RM650.00 untuk sebuah kenderaan termasuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bayaran tambahan untuk setiap dewasa ialah RM250.00 dan setiap tambahan bagi kanak-kanak ialah RM130.00 untuk seorang.

Untuk penyertaan tanpa kenderaan ialah sebanyak RM 400.00 seorang bagi dewasa dan RM 200.00 untuk kanak-kanak. Terhad hanya 3 dewasa untuk sebuah kenderaan atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kenderaan di sediakan oleh penganjur.

14 Tahun ke – atas (Dewasa)
14 Tahun ke-bawah (Kanak-kanak)

PEMBAYARAN
Bayaran boleh di buat dengan pemindahan akaun / bank-in atau cek atas nama ADZ AUTO ENGINEERING
BANK : Bank Islam, Jalan Raja Laut
NO AKAUN : 14014010126644

PEMBAYARAN BERPERINGKAT :
Untuk kemudahan dan keselesaan penyertaan, pembayaran boleh di buat dalam beberapa peringkat mengikut kesesuaian seperti berikut :
Bayaran Pertama : RM 250.00 (Deposit)
Bayaran Kedua : Jumlah Keseluruhan, Sebelum 28 Nov 2006
(* Tertakluk Terma Dan Syarat)

KENDERAAN
Terbuka kepada kenderaan jenis Pacuan Empat Roda (4WD), Sport Utility Vehicle (SUV) yang berkeadaan baik dan mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah. Model kenderaan tidak terhad pada sebarang jenama atau model.

Peralatan Kenderaan :
Peralatan asas kenderaan perlu di sediakan seperti :
1. Tayar Ganti
2. Alatan (Tool) Membuka Tayar
3. Alatan (Tool) untuk membuka peralatan dan komponen asas
4. Jack Tayar
5. Tangki Air simpanan untuk peralatan seperti Radiotar dan Pengilap Cermin
6. Tangki Minyak Simpanan (Jerry Can). Minima satu unit.

LESEN MEMANDU
Peserta ekspedisi wajib memiliki lesen memandu yang sah yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak tamat tempoh.

CUKAI JALAN DAN INSURANS KENDERAAN
Kenderaan peserta yang mengambil bahagian perlu memiliki cukai jalan dan insurans yang sah dan tidak tamat tempoh.

BAHAN API
Di tanggung sepenuhnya oleh peserta ekspedisi

TOL
Mengikut jadual perjalanan, ekspedisi ini akan melalui jalan tidak bertol dan jika melalui jalan bertol, ia akan ditanggung sendiri oleh peserta ekspedisi.

JENIS PENGINAPAN
Perkhemahan, Camping.

MAKANAN DAN MINUMAN
Peserta di kehendaki membawa makanan dan minuman yang secukupnya untuk keperluan peserta selama 7 hari perjalanan ekspedisi ini. Selain makanan dan minuman, peralatan untuk memasak juga di wajibkan terutama untuk kegunaan perkhemahan.

ALATAN KECEMASAN (FIRST AID KIT)
Peserta di wajibkan membawa peralatan kecemasan di dalam kenderaan

PAKAIAN DAN PERALATAN DIRI
Pakaian dan peralatan diri perlu di bawa dalam jumlah yang mengcukupi untuk perjalanan selama 8 hari.

ALATAN PERHEMAHAN
Peserta di wajibkan membawa peralatan perkhemahan seperti :
1 Khemah
2 Kanvas
3 Tikar
4 Tali
5 Parang / Pisau
6 Lampu Suluh
7 Lampu (Kegunaan Malam)
8 Peralatan Memasak
9 Beg Sampah
10 Dan lain-lain yang berkaitan


Maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :
ADZ AUTO ENGINEERING
013-6055533 / 013-6055545 / 03-6038 6431
12, Jalan 1/3, Desa Coaldfield,
47000 Sungai Buloh,
Selangor. Malaysia
email : malaysia4wdsuv@yahoo.com
http://malaysia4wd-suv.tripod.com

20060919

Anak umur 12 tahun lewat buat MyKad denda RM16

Perhatian kepada ibu bapa, penjaga dan guru-guru. Pastikan anak-anak kita semua apabila mencapai umur 12 tahun hendaklah membuat MyKad dalam tempoh 30 hari apabila mereka berumur 12 tahun. Saya sendiri tak perasan peraturan ini, baru-baru ini isteri saya membaut MyKad untuk anak saya yang berumur 12 tahun 40 hari dikenakan denda RM 11. Jika berumur 13 tahun dendanya RM 12, umur 14 tahun RM 14 dan umur 15 tahun RM 16 jika masih belum membuat MyKad.

AWAS ! Mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun pula jika belum menukar MyKad selepas umur 27 tahun akan dikenakan denda RM 40 hingga RM 220 jika berumur 35 tahun ke atas.

Harap dapat sebarkan maklumat ini kepada semua.

Sila rujuk laman web Jabatan Pendaftaran Negara.

http://www.jpn.gov.my/main.htm

Naik Gaji Polis Tak Selesai Masalah

Memang tidak dinafikan tugas polis mutakhir ini semakin mencabar dan begitu membahayakan nyawa. Tidak selesai dengan masalah musuh nombor satu negara iaitu dadah datang pula pelbagai bentuk jenayah dari kes ragut, rompakan bersenjata, pembunuhan kejam, pendatang tanpa izin, lumba haram dan bermacam-macam lagi kes-kes jenayah yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.

Namakan sahaja apa bentuk gejala sosial dan jenayah, yang pasti orang ramai akan menuding jari kepada pihak polis untuk menyelesaikannya termasuklah penderaan rumah tangga, kes buli pelajar sekolah, pencegahan maksiat dan banyak lagi.

Apakah dengan menaikkan gaji polis akan membuatkan anggota polis lebih bersemangat melakukan tugas mereka ? Belum lagi disahkan polis akan mendapat kenaikan gaji, sudah pula ada suara yang menyeru agar kerajaan menetapkan gaji minima pekerja di Malaysia ini.

Yang pasti setiap kali ada kenaikan gaji, harga barangan pasti akan naik, tidak banyak, sedikit. Yang mendapat kenaikan gaji mungkin tidak akan terasa kenaikan harga barangan. Bagaimana mereka yang tidak mendapat kenaikan gaji ? Bagaimana mereka yang tidak mendapat kenaikan gaji sejak bertahun-tahun ? Bagaimana mereka yang diberhentikan kerja kerana langkah penstrukturan semula sektor swasta dan korporat ? Malah yang lebih teruk lagi bagaimana mereka yang menganggur ?

Sedikit sebanyak kenaikan gaji sesuatu pihak akan menimbulkan iri hati kepada pihak yang tidak mendapat kenaikan gaji atau yang tidak bergaji langsung.

Maka apakah jalan pilihan untuk menyelesaikan masalah bebanan polis yang semakin mencabar dengan imbuhan yang tidak berpadanan dalam masa yang sama dapat mengelakkan kenaikan harga barangan serta tidak menimbulkan iri hati mereka yang tidak senasib dengan mereka ?

Yang paling utama ialah kebajikan anggota polis itu sendiri terutama mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Bagi anggota polis yang menjalankan tugas hendaklah dipastikan mereka mempunyai anggota, peralatan, kelengkapan yang cukup dan terkini. Adalah agak menyedihkan apabila anggota polis melakukan rondaan menggunakan motosikal “kapcai” mereka sendiri sedangkan mat-mat rempit menggunakan motosikal yang telah diubahsuai, sementara peragut-peragut pula menggunakan motosikal yang berkuasa tinggi.

Tahap perlindungan anggota polis yang melakukan tugas rondaan hendaklah juga dipertingkatkan. Memandangkan penjenayah dewasa ini tidak gentar untuk bertempur dan bergelut dengan polis, adalah disarankan anggota polis yang melakukan rondaan ini dibekalkan dengan jaket kalis peluru dan kalis tikaman. Di satu pihak kita lihat anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mempunyai peralatan yang begitu canggih, segak dan terkini umpama “Robocop” untuk mencegah rusuhan, sedangkan anggota polis biasa hanya memakai pakaian seragam polis yang biasa yang tidak menggerunkan langsung para penjenayah.

Berbalik kepada kebajikan anggota polis, tidak dinafikan anggota polis mendapat kemudahan rumah kediaman, perubatan dan sebagainya. Ianya perlu dipertingkatkan lagi dengan menyarankan agar anak-anak anggota polis mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat diploma atau ijazah, ini termasuklah bantuan yuran persekolahan, bantuan pakaian persekolahan, bantuan bas sekolah dan bantuan biasiswa.

Ini adalah sebahagian daripada contoh dimana kita boleh menghargai jasa pihak polis dalam masa yang sama semua pihak akan berpuas hati. Dan yang pentingnya para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.

Dalam hal dimana kita dengar tugas polis yang semakin banyak cabangnya sekarang ini, maka adalah disarankan diwujudkan unit-unit yang baru dengan pengambilan anggota-anggota yang baru dengan memberi keutamaan kepada anggota polis sedia ada yang mempunyai ijazah atau diploma. Jika PDRM sekarang ini ada Jabatan Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Trafik, wujudkanlah pula Jabatan Remaja untuk menangani kes remaja seperti gansterisma, Jabatan Agama Islam untuk menangani kes maksiat serta unit-unit lain lagi yang perlu.

Dengan penubuhan jabatan dan unit yang baru ini akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada anggota polis sedia ada yang berkelayakkan untuk mempertingkatkan karier mereka.

Walauapapun keputusannya , yang pasti tugas polis semakin mencabar sekarang ini, kerjasama semua pihak adalah perlu untuk mencegah jenayah yang semakin menjadi-jadi ketika ini.

20060917

Gadis 21 tahun hilang dari rumah, tolong cari

Dari laman web Us Nasaruddin http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Wednesday, September 13, 2006
MENJEJAK YANG HILANG.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya MOHD SHAUPI BIN SULAIMAN o. Kad Pengenalan: 591205-03-5053
Amat mengharapkan semua pihak dapat membantu menjejaki anak perempuan saya, NORAHIMAH BINTI MOHD SHAUPI
Umur : 21 tahun
Kad Pengenalan:851120-01-5756
Berasal dari Kampung Berchang, uala Lipis Pahang
yang meninggalkan rumah sejak 3hb Jun 2006 yang lalu. Puas saya dan keluarga mencari dan bertanyakan melalui kawan-kawan rapatnya dan saudara mara kami di merata tempat, kami masih gagal menemuinya.
Bersama ini dikirim gambar anak perempuan saya yang hilang itu dan gambar saya sebagai ayahnya.
Lapuran Polis sudahpun dibuat di Balai Polis Padang Tengku pada 30hb Jun 2006
(No. Repot: 284/2006)
Kepada sesiapa yang menemui anak saya sila hubungi di talian saya seperti berikut:-
019-9686068 (MOHD SHAUPI BIN SULAIMAN) - AYAH
019-9376210 (ZIMAH BINTI IBRAHIM) - IBU

20060914

Pelajar Melayu Senawang Bergaduh Sampai Koma ?

Semalam ada seorang “parent” beritahu saya kejadian gaduh antara dua kumpulan pelajar Melayu dari dua buah sekolah sekitar Senawang dan Seremban, sekitar 1-3 minggu lepas.

Cerita sebenar belum diketahui, saya masih mencari laporan akhbar dan sebagainya. Banyak cerita mulut , tapi ini semua tidak dapat disahkan. Menurut cerita pergaduhan adalah berpunca kes perempuan dan berlaku di luar kawasan sekolah. Kumpulan pelajar Melayu dari sekolah A menyerang kumpulan pelajar Melayu dari sekolah B, agak parah, dengar cerita koma. Kemudian kumpulan pelajar Melayu dari sekolah B pula membalas dendam dan menyerang kumpulan pelajar Melayu dari sekolah A, dengar cerita ada yang mati, ada yang putus telinga, ada yang tangan hancur dilanggar tayar motosikal dan sebagainya.

Sejauh mana kebenaran cerita ini , saya belum dapat sahkan. Cuma ianya datang dari sumber “parent” yang ada jawatan. Dan anak-anak jiran saya di taman juga mengesahkan cerita tersebut, cuma terdapat beberapa versi.

Jika sekiranya cerita ini benar, ini bermakna kita ibu bapa, terutama di Senawang dan Seremban harus mengambil serius perkara ini. Baru-baru ini saya sempat meleraikan pergaduhan di kalangan anak-anak jiran saya yang baru tingkatan 1. Puncanya yang A ejek B, kemudian B tumbuk A. B lari jumpa saya kerana A kejar nak tumbuk balik dengan 2 orang rakannya. Saya bawa B jumpa A dan minta mereka jumpa ibu bapa masing-masing kalau ada masalah.

Semua pihak harus ambil peranan dalam isu gensterisma ini, jangan serah bulat-bulat pada polis dan sekolah, ibu bapa dan jiran-jiran harus bersatu. Hidupkan masyarakat , hidupkan surau dan masjid.

Polis dan JPJ juga harap dapat melakukan operasi tahan semua pelajar yang bawa motosikal dan kereta tanpa lesen. Walaupun dalam kawasan taman perumahan. Motosikal inilah salah satu punca pelajar bebas bergerak dan mula membentuk kumpulan. Saya perhatikan kawasan Senawang dan Seremban ini pelajar begitu bebas bawa motosikal ke sekolah ada yang tingkatan 1. Ada yang sekolah rendah pun bawa motosikal.

Bulan sudah kereta isteri saya dilangar oleh pelajar tingkatan 5 yang tiada lesen. Akibatnya emak ayahnya juga yang susah, kena hantar anak hospital, kena baiki motosikal, kena bayar ganti rugi tunai.

Sama-samalah kita membentuk generasi yang beriman dan bertakwa. Jangan hanya berpeluk tubuh dan berdoa. Jangan ambil sikap kau, kau , aku, aku.

20060913

Revolusi Nasyid Xifu , Kenapa Saya Peluk Islam

Satu Revolusi Muzik Nasyid paling kreatif telah dilakukan oleh kumpulan yang diberi nama " Xifu & The Algebra". Tajuk album CD ini diberi nama "Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam"

Gandingan Ustaz,Profesional & Artis telah menghasilkan satu album yang sesuai
untuk didengar oleh semua pihak tak kira tua,muda mahupun kanak-kanak.

Yang terlibat menjayakan revolusi ini adalah Xifu Naseer & Xifu Mu'adz dibantu oleh
Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded),Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba' Islamic Media), Alex Koh (Muallaf), Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad)

Lirik nasyid yang dialunkan adalah merupakan petikan Hadis 40 oleh Imam Nawawi.

Edisi adalah terhad, InsyaAllah sesiapa yang berminat boleh hubungi Sdr Shamsul : 019-653 2973 (The Little Chaliph Shoppe, Senawang Park City) atau e-mel skamalidz@yahoo.com

Untuk tempahan; COD.Harga semasa : RM20.00/CD

20060912

Projek Di Palestin Sempena Ramadhan 1427

Berikut ialah projek-projek umat Islam di Malaysia boleh sertai di Palestin sempena bulan Ramadhan 1427 melalui Yayasan AMAN Palestin :

1. Majlis Berbuka Puasa 3 US Dollar untuk setiap individu, 10 USD untuk setiap keluarga

2. Pakej Makanan : Pembelian bahan-bahan makanan untuk penyediaan waktu sahur dan berbuka puasa. 20 USD untuk setiap pakej makanan

3. Hadiah Hari Raya Idil Fitri. Diberikan kepada keluarga yang miskin dan memerlukan. USD 30 untuk setiap orang.

4. Zakat Fitrah. USD 33 untuk setiap orang.

Sumbangkan ke akaun AMAN PALESTIN BERHAD sebelum 17 Oktober 2006 (24 Ramadhan 1427 H)
Maybank : 562263010787
Bank Islam : 12029010047880
No 1, Jalan 3/3B. Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-89267019 , Fax : 03-89259963
E-mel : alquds3@streamyx.com / alaqsa3@streamyx.com

Ceramah Penghayatan Ramadhan 19 Sep Senawang

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kami bagi pihak Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda menjemput muslimin dan muslimat semua untuk menghadiri majlis berikut :

Program : Ceramah Penghayatan Ramadhan
Hari : Selasa
Tarikh : 19 September 2006
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Yg Bhg Ustaz Khairul Azhar bin Kamaruddin

“RAMADHAN , KEDATANGAN MU DINANTI-NANTIKAN , PEMERGIAN MU DITANGISI”

20060910

Bersama Us Fuad 14 Sep Masjid BB Senawang

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput menghadiri majlis ilmu bersama Us Mohd Fuad pendakwah muda yang mengupas isu-isu terkini dan kontroversi, serta fatwa-fatwa semasa untuk kepentingan umat Islam yang dilanda pelbagai cabaran dewasa ini.

Penceramah : Ustaz Mohd Fuad
Tarikh : 14 September 2006
Hari : Khamis
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

20060909

Biar Mahal Asalkan Halal

Setiap kali kita ke pasaraya yang terkenal di mana-mana, begitu sukar sekali untuk mendapatkan produk makanan yang diusahakan oleh usahawan Islam. Kalau ada pun diletak ditempat yang tidak strategik dan tidak banyak pilihan.

Kebiadapan pengusaha Roti High 5 yang menggunakan minyak yang tidak halal dan keadaan kilang yang amat kotor sepatutnya menyedarkan umat Islam di Malaysia ini agar lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan tidak kedekut untuk memilih makanan yang halal. Jangan kerana ianya lebih murah 20-30 sen atau 1-2 ringgit dan lebih mudah didapati kita lebih suka membeli produk yang bukan diusahakan oleh orang Islam.

Banyak sebenarnya produk makanan yang diusahakan oleh bumiputra Islam di Malaysia ini, dan kebanyakkan adalah dibawah bimbingan beberapa agensi kerajaan seperti FAMA, Jabatan Pertanian, MARA, Persatuan Nelayan, LKIM, industri kampung dan sebagainya.

Sebenarnya telah ada beberapa pengusaha bebas yang telah mengusahakan produk-produk ini secara berpusat seperti Halal Mart atau Halal Hub. Di Lembah Kelang mungkin konsep ini telah meluas, tapi di negeri lain ianya baru bermula.

Justeru itu adalah disarankan agar umat Islam mengusahakan perniagaan ini, dan anggaplah ianya sebagai ibadah untuk memberikan makanan yang halal kepada umat Islam di Malaysia ini. Dan umat Islam hendaklah menyokong usaha ini, sepertimana orang Yahudi di negara luar akan menyokong produk Yahudi mereka walaupun ianya lebih mahal dan lebih jauh untuk diperolehi.

Dengan ini secara tidak langsung akan menambahkan peluang pekerjaan dikalangan orang Islam. Walauapapun yang penting ialah makanan halal yang diredhai Allah, jika makanan kita tidak halal segala ibadah kita sia-sia sahaja.

Baru-baru ini semasa Expo Koperasi di Paroi kami sekeluarga mencuba Sirap keluaran Agromas. Harganya bawah RM 5. Kualitinya jauh lebih baik dari sirap lain di pasaran yang terasa bahan pengawetnya dan gula yang tidak asli.

BIAR MAHAL ASALKAN HALAL

Baru-baru ini saya dapati di Taman Desa Dahlia, Senawang baru dibuka kedai yang berkonsepkan Halal Hub ini. Berikut alamatnya dan dilampirkan gambar kedai berkenaan :

AZBINS FROZEN FOOD
No 22, Lorong D/D 1/8, Taman Desa Dahlia, 70450 Senawang, NS

Pengurus : Mej (B) Sazali bin Abd Aziz
Tal : 019-6238344 , 06-6770809

Menjual dan mengedar ; Makanan sejuk beku, makanan ringan, makanan segera, produk hasil laut, produk hasil ternakan, jus buah-buahan

20060908

Siapa Boleh Bantu Benjamin a.l. Sukumaran ?

Benjamin a/l Sukumaran dahulunya seorang yang sihat, bekerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang di Senawang. Dia hanya inginkan kehidupan yang seadanya, mencari pendapatan seharian, menanggung isteri dan membesarkan anak-anaknya. Namun tanggal 26 Februari 2006 telah merubah segala-galanya. Dia telah ditimpa kemalangan jalanraya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Akibatnya dia lumpuh separuh badan dan hanya mampu bergerak sekarang ini menggunakan kerusi roda.

Keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan sekerja membantunya dari masa ke semasa. Namun sekarang beliau terpaksa keluar dari rumah yang disewanya di Seremban Jaya. Dia telah berusaha untuk mendapatkan rawatan pakar. Beliau juga telah berusaha untuk mendapatkan pampasan , pencen ilat atau apa yang sepatutnya daripada Perkeso. Namun sehingga ke saat ini tiada jawapan ya atau tidak diberikan daripada Perkeso. Tiada maklumbalas apa-apa daripada Perkeso setelah lebih 1 tahun beliau lumpuh.

Beliau telah berjumpa pelbagai agensi kerajaan, beliau telah berjumpa wakil rakyat MIC, beliau telah cuba menyuarakan masalahnya kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Malah beliau telah cuba menghubungi pihak media , namun semua pihak tiada yang memberikan jawapan yang dapat menyelesaikan masalah beliau.

Kepada rakyat Malaysia yang perihatin, yang sudah 49 tahun Merdeka, sekiranya anda boleh membantu Benjamin untuk mempermudahkan urusan pampasan dari Perkeso, urusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seumpamanya , silalah hubungi beliau di talian 013-2717570 atau saya sendiri Rozmal bin Malakan 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com

Forum Wanita Solehah 17 Sep Pusat Dakwah Paroi

Muslimin dan muslimat semua serta anak-anak dijemput hadir ke :

Forum : Wanita Solehah Teras Pembangunan Keluarga dan Masyarakat

AHAD 17 September 2006
Jam 9 pagi hingga 12 tengahari
Di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban

Ahli Panel :
Ustaz Mohamad Uda bin Kassim , Penceramah Radio Msia Selangor, Penalis Al Kuliyyah TV3
Ustazah Faridah Hanum Mohd Zainol , Pendakwah Bebas dari KL

Moderator : Ustazah Razidah Adam , Jabatan Agama Islam NS

Acara Lain Yang Pasti Menarik :
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Pidato dan Kuiz Pelajar Sekolah Menengah
Gerai Jualan Aneka Barangan

Anjuran Bersama :
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Roti High 5 Diragui Halal dan Kilang Amat Kotor

Sila rujuk laporan akhbar Berita Harian dan Kosmo 7 September 2006 serta gambar sekitar premis kilang di laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia http://www.muslimconsumer.org/ppim/news.php?extend.220
"Sokong,Bantu dab Belilah dari Industri Usahawan Islam"

Kilang roti terkenal diarah tutup – Berita Harian 7 September 2006

NILAI: Sebuah kilang memproses roti jenama terkenal di Nilai 3, dekat sini diarahkan menghentikan operasi selama dua minggu mulai petang semalam kerana didapati kotor serta menggunakan bahan yang disyaki tidak halal.

Arahan dikeluarkan selepas pihak berkuasa yang disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan di kilang berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.

"Kira-kira tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada sidang media di kilang itu petang semalam.

Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.

"Serbuan berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.

Dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.

"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060906233255/Article/

20060903

Kes Lina Joy: 4 akibat bakal ditanggung umat Islam

Oleh Maslan Yusoh KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara, Haji Mohamed Naser Disa merumuskan empat akibat boleh melanda umat Islam sekiranya kes Lina Joy berpihak kepadanya.
Pertamanya, orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati dan Mahkamah Syariah tidak boleh mengendalikan kes orang yang mengaku bukan lagi beragama Islam.

Kedua, membuka ruang isu berkaitan Islam akan ditentukan hakim mahkamah sivil yang bukan pakar dalam perundangan Islam, manakala pandangan ulama atau fatwa tidak lagi diperlukan.

Ketiga, membuka ruang Islam diamalkan mengikut kepercayaan dan pemahaman individu dan tidak boleh dikawal selia majlis agama. Dan keempat, pemahaman serta pengamalan agama untuk anak-anak dewasa yang berumur lebih 18 tahun tidak boleh lagi ditentukan oleh ibu bapa.

Isu keempat itu selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan yang boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang memeluk agama pilihannya dan mengamalkannya mengikut pilihannya.

Mohamed Naser membentangkan fakta tersebut dalam kertas kerjanya bertajuk Cabaran-cabaran Merealisasikan Islam dalam Perlembagaan Malaysia pada seminar Isu Murtad di Hotel Perdana semalam.

Turut membentang kertas kerja pada seminar anjuran Gabungan Profesional Kelantan (GPK) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), pensyarah perlembagaan dari UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob. Seminar separuh hari itu mendapat sambutan menggalakkan. Hadir sama Presiden GPK, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif Kias, Dr Johari Mat.

Sebelum ini isu Lina Joy hangat diperkatakan apabila dia memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengeluarkan butiran status agama Islam pada kad pengenalannya, namun telah ditolak Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kemudian kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang turut mendapat sokongan Kumpulan Artikel 11 dan Majlis Peguam. Keputusannya belum lagi diumumkan sehingga sekarang.

Sehubungan itu Peguam Kanan Persekutuan terbabit menggariskan beberapa langkah ke arah memperkukuhkan lagi Islam antaranya memperbetulkan kefahaman semua pihak mengenai Islam agama Persekutuan dan bukan sekadar agama rasmi.

"Menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pemerintahan negara sama ada kerajaan, kehakiman atau perundangan akan kewajipan untuk melaksanakan ikrar kepada Yang Dipertuan Agong bagi mempertahankan Islam.

"Islam perlu dijadikan asas pertimbangan dalam penggubalan dasar-dasar, peraturan dan undang-undang negara. Penafsiran perlembagaaan dan undang-undang yang berkuatkuasa perlu dibuat berasaskan Islam dan bukan pemahaman barat," katanya.

Selain itu, menyedarkan semua pihak bahawa sebarang usaha untuk memperteguhkan kedudukan Islam di negara ini adalah dilaksanakan dalam perspektif perlembagaan bagi mempertahankan Islam.

Peguam-peguam Muslim juga disaran mempersiap diri dan mempertajamkan fikiran serta memantapkan hujah untuk menggalas tanggungjawab menghadapi golongan yang agresif berusaha untuk menghakis Islam.

Dr Abdul Aziz pula berkata, perlembagaan akan menjadi Islam atau lebih Islam jika umat Islam mengamalkan agama Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

"Masalah kita hari ini bukan kerana tidak ada peruntukan undang-undang. Ini cukup jelas dalam soal undang-undang pengawalan penyebaran agama lain kepada orang Islam sebagaimana yang dibolehkan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Beliau juga mencadangkan Kumpulan Artikel 11 sekiranya terus berdegil perlu dikenakan tindakan sebagaimana yang sepatutnya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar ketika merasmikan seminar tersebut berkata, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang syariah, namun Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan pula menyekat kuasa negeri.

Menurutnya, Perkara 75 menyatakan sekiranya undang-undang negeri berlawanan dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri terbatal setakat mana ia berlawanan.

"Peruntukan undang-undang itu menjadikan Islam seperti dagang di bumi sendiri. Perlembagaan Persekutuan telah berjaya menjadi benteng untuk menyekat kedaulatan syariat Islam.

"Pengalaman pahit kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Syariah II adalah sebagai bukti bahawa ia tidak mampu memecah benteng penyekat Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4075&Itemid=1