KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120726

Kakitangan kerajaan buat overtime samun kafe siber

Namun gagal apabila dikejar dan dibelasah teruk oleh suami mangsa, lari lintang pukang, tertinggal kunci kereta, kereta dan kad pengenalan. Akhirnya ditangkap polis dibawa ke hospital. Jika kakitangan kerajaan tersebut beragama Islam, semoga mereka insaf di bulan Ramadhan ini.

Two would-be cyber café robbers thwarted by victim’s husband
July 26, 2012

KUANTAN: Two civil servants who were robbing a cyber cafe ended up running away in shock after the husband of their victim showed up and turned the tables on them.

State CID liaison officer ASP Noor Asyikin Shamsuri said the man chased the machete-wielding suspects and hit one of them with a steel pipe.

"The suspects aged 22 and 24-years-old had walked into the cyber caf at Lorong Tun Ismail here at about 3.40am Thursday and told the 24-year-old shop assistant to hand over the money.

"When she told them all the cash had been given to her boss, the suspects took her cellphone and some money from her pockets," said ASP Noor Asyikin at the state police headquarters Thursday.

She said the suspects tried to flee when the woman's 27-year-old husband arrived shortly afterwards.

"He reached for a steel pipe and gave chase. The suspects tried to escape in their car but dropped the key when they were hit repeatedly. They just ran away leaving their car behind," said ASP Noor Asyikin.

She said several policemen rushed to the scene when they received a distress call at about 4am .

"The policemen found two identification cards in the car. They patrolled the area and found the suspects hiding beside a hotel at Jalan Bukit Ubi at about 4.30am.

"The 22-year-old suspect's head and left arm were bruised and lacerated," said ASP Noor Asyikin, adding that the suspects were promptly arrested and taken to Hospital Tengku Ampuan Afzan for treatment.

She said the case was being investigated under Section 395/397 of the Penal Code for armed gang robbery.


Dua Lelaki Diberkas Selepas Setengah Jam Samun Kafe Siber
Julai 26, 2012

KUANTAN: Dua lelaki yang menyamun di sebuah kafe siber di Jalan Tun Ismail dekat sini awal pagi Khamis, berjaya diberkas polis kira-kira setengah jam selepas kejadian.

Kedua-dua suspek bersenjatakan parang sebelum itu bertindak menyamun pembantu premis berusia 24 tahun yang sedang menunggu suaminya di premis berkenaan.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsur berkata dalam kejadian 4 pagi itu, wanita berkenaan didatangi suspek berusia 20 dan 24 tahun yang bertindak merampas telefon bimbit mangsa dan wang tunai berjumlah RM420.

"Kedua-dua suspek terbabit melarikan diri dan pada masa yang sama suami mangsa, 27, tiba di premis berkenaan bertindak mengejar mereka.

"Suami mangsa sempat mencapai sebatang besi paip dan berjaya memukul seorang suspek," katanya.

Kedua-dua suspek berjaya diberkas polis kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

"Mereka ditemui di tepi sebuah hotel di Jalan Bukit Ubi di sini. Seorang daripada suspek cedera di kepala, tangan dan badan dipercayai akibat dipukul suami pembantu premis itu,"katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


20120725

Jenayah makin meruncing, makmurkan masjid jalan penyelesaian

Pagar rumah ibu saya di Rembau sentiasa terkunci terutamanya bila tiada lelaki di rumah. Beberapa bulan lalu anak buah saya kata ada van berhenti depan pagar rumah, walaupun dah dinasihatkan supaya jangan layan sesiapa yang tidak dikenali, anak buah saya pergi juga. Saya tidak ada dirumah ketika itu. Anak buah saya kata orang tadi kata kalau nak turap jalan depan rumah mereka boleh buat. Anak buah saya tak layan, pintu pagar berkunci, mereka pun beredar.

Beberapa hari selepas itu diberitakan sebuah rumah berhampiran Masjid Kg Bongek disamun pada siang hari. Modus operandinya ialah beberapa orang menaiki van bertanya kepada warga emas pemilik rumah tadi untuk perkhidmatan turap jalan. Disebabkan warga emas tadi keluar rumah dan pintu pagar tidak berkunci, dia pun disamun.

Sebelum Ramadhan, Ustaz Kamil ceramah di Surau Alamanda. Katanya di taman perumahan beliau di Nilai, dulu kes pecah rumah amat banyak. Makin dibuat rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Akhir sekali mereka memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah, kuliah ilmu dan ceramah.

Akhirnya kes pecah rumah di kawasan tersebut berkurangan dengan drastik sekali.

Pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

Hanya kepada Allah tempat kita mohon perlindungan dan pertolongan. Makmurkanlanh masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah, majlis ilmu, ceramah, tazkirah dan sebagainya.

Menyamar suami isteri, samun guru
25 Julai 2012

SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami isteri yang mahu menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini semalam, sebelum bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang ke tabika berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua guru terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kedua-dua suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang kemudian menyerbu masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan barang berharga.

“Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan barangan kemas, dua telefon bimbit bernilai lebih RM500.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan kanak-kanak yang berada di dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan berada di pejabat mereka,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak meminta kunci kereta jenis Perodua Myvi milik salah seorang guru yang berada di luar kawasan tabika itu. 

“Kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan kereta berkenaan dan meninggalkan motosikal jenis Honda di tabika berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal kita mendapati, motosikal berkenaan dicuri di Klang dan siasatan sedang dilakukan untuk memburu suspek,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta jenis Toyota Camry milik seorang guru dilarikan enam lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Taman Desa Indah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an didatangi sebuah kereta jenis Toyota Estima dinaiki enam lelaki berhenti di hadapan rumah sejurus pulang dari bekerja.

“Tiga daripada suspek kemudian bertindak mengugut mangsa supaya menyerahkan semua barangan berharga seperti komputer riba, barang kemas, broadband, dan telefon bimbit.

“Suspek turut bertindak melarikan kereta Toyota Camry mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM117 000,” katanya.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

“Kita sedang mengesan kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

20120723

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012

MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC)
Tema: ‘Saudara Baru Saudara Kita’
Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU
Masa : 5.30 petang – 9.30 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan

Jualan Kerusi: RM 100 (biasa), RM500 (VIP)

Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) , 019-257-5486 (Hj Asri Loke )

Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Luar Negara

Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, QAS Management (M) Sdn Bhd  telah berjaya menempatkan pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam pengajian perubatan di negara-negara seperti Indonesia, Mesir & Russia.

Kesemua universiti tersebut telah diiktiraf oleh JPA dan Malaysian Medical Council (MMC).

Ramai pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM berlumba-lumba mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di IPTA.Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00.

Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi mendapat CGPA 4.00 sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung 1200 tempat sahaja.

Bagaimana pula dengan yang mendapat CGPA 3.0 ? Persaingan yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS tempatan yang mana kos pengajiannya pula ada yang  mencecah hampir RM 400,000

KENAPA MESIR?
1. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu dimana ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di universiti Al-Azhar
2. Rakyat Mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka
3. Kos sara hidup yang rendah,iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .RM0.5 =1L.E (sila semak matawang semasa)
4. Yuran pengajian adalah TERMURAH jika dibanding dengan Universiti di Malaysia , Indonesia  dan Russia
 5. Majoriti Masyarakat Mesir adalah Muslim , budaya ,mendapatkan makanan halal dan menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia
6. Rakyat Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 9500 orang.
7. Program Perubatan,Pergigian dan farmasi hanya dibuka untuk golongan Bumiputra Muslim sahaja
8. MARA, JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke Universiti di Mesir.

SYARAT KELAYAKAN
• BUMIPUTRA MUSLIM
• Dengan mendapat B dalam semua subjek BIOLOGI, FIZIK, KIMIA, MATEMATIK MODEN & MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM

Untuk pertanyaan serta maklumat lanjut sila hubungi :
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R,Subang Business Centre,
47620, Subang jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian Bebas Toll   1-800-888-727

019-332 6583 (Zaini) , 019-939 9360 (Norizah) , 019-727 2362 (Anwar)

Laman web : www.qas.com.my
Pengiktirafan JPA  : http://pengiktirafan.jpa.gov.my

20120717

Jom Beramal


SUMBANGAN RAMADHAN 1433 H

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadhan 1433 H serta penyerahan bantuan kepada beberapa keluarga yang memerlukan sekitar Negeri Sembilan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com

Maklumat lanjut aktiviti Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com  

20120708

Forum Perdana


Program Remaja 3R 15 Julai 2012 di Masjid Senawang

PROGRAM 3R – Remaja Rai Ramadhan 1433 H
Tarikh : 15 Julai 2012, Ahad
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Terbuka kepada remaja berumur 14 ke 17 tahun

Istimewa bersama Imam Muda Aran

Untuk penyertaan atau pertanyaan sila hubungi Muhammad Afif - 0133582870 , Nurul Asyikin binti Abdullah - 0139573626
Maklumat lanjut di www.facebook.com/ikram.sembilan

20120707

Kenapa perlu marah promosi arak bulan Ramadhan?

Bila kita baca berita sebuah pasaraya buat promosi jualan arak sempena Ramadhan, boleh kata semua orang Islam marah. Eloklah marah, tetapi sebelum marah pada pemilik pasaraya tersebut, marah dulu pada diri sendiri, marah dulu pada umat dan bangsa sendiri. Mungkin pemilik pasaraya tadi keliru, sebab dia tengok ada umat Islam terutamanya orang Melayu yang minum arak, apatah lagi jika ada yang minum arak tersebut terdiri daripada mereka yang berpengaruh atau berjawatan tinggi. Atau mungkin pemilik pasaraya tadi keliru kerana ada premis yang membuat arak atau menjual arak dirasmikan sendiri oleh orang Melayu.

Tanganilah isu ini dengan perasaan kasih sayang. Perasaan benci hanya kepada maksiat atau perbuatan maksiat tetapi perlu ada perasaan kasih sayang terhadap pelaku maksiat. Kita hendak kita dan pelaku maksiat tadi sama-sama masuk syurga.

Saya begitu tersentuh apabila diberitahu ada sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan dimana ada seorang guru beragama Hindu amat prihatin sekali akan pelajar Islam di sekolah berkenaan, hinggakan guru tadi memastikan semua anak-anak muridnya solat berjemaah Asar di surau di sekolah tersebut. Malukan, kita sendiri tak boleh tak pastikan anak-anak kita solat jemaah, anak-anak murid kita solat jemaah, pekerja kita solat jemaah.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada guru beragama Hindu tadi.


Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’ sengaja dilakukan?

PUTRAJAYA 16 Julai 2012 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan pasar raya di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk menguji kesabaran umat Islam.



Jamil Khir Selar Tindakan Pasar Raya Eksploitasi 'Ramadan Sale' Jual Minuman Keras
6 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Jumaat menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah 'Ramadhan Sale' untuk jualan minuman keras.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang ada.

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan

Harakahdaily, 05 Jul 2012

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Lanjutan kisah wanita di serang di tempat letak kereta

Akhbar hari ini mengesahkan kejadian yang menimpa Nooralida M Noor yang diserang di tempat letak kereta sebuah pasaraya terkenal di ibu kota pada siang hari. Pembaca boleh membaca detik-detik serangan tersebut secara terperinci yang disiarkan di beberapa blog di internet antaranya di http://meramonst.blogspot.com/2012/07/serius-cubaan-merogol-dan-merompak-di.html . Jenayah kejam yang dilakukan pada siang hari di tempat awam sebegini benar-benar meletakkan rakyat Malaysia dalam kebimbangan, seolah-olah penjenayah di Malaysia ini bebas melakukan sekehendak hati mereka.

Hanya kepada Allah kita mohon perlindungan.

Leher dirodok penyamun
Harian Metro 7 Julai 2012

AMPANG: Seorang wanita kini bertarung nyawa namun stabil selepas menjalani pembedahan pada paru-para kanan lebih tujuh jam ekoran tragedi hitam yang menimpanya apabila hampir disamun dan diculik seorang lelaki di sebuah pasar raya besar di Ampang, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang Selasa lalu itu, mangsa berusia 30-an bersendirian membeli beberapa barangan di pasar raya berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki ketika mahu masuk dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan pasar raya itu.

Lelaki itu meletakkan pisau di leher mangsa. Ketika mangsa meronta mahu melepaskan diri, lelaki terbabit merodok lehernya hingga mencederakan paru-paru kanannya.
Kejadian itu tersebar melalui laman sosial facebook mangsa yang dikenali sebagai Nooralida M Noor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa menerima rawatan lanjut di Hospital Gleneagles, di sini.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek.

Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan memberitahu mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kritikal pada leher dan paru-paru kanan akibat dirodok dengan pisau dan menjalani pembedahan jam 8 malam kelmarin sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Dalam laman facebook, Nooralida berkata, dia diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika mahu masuk dalam keretanya.

Katanya, lelaki itu meletakkan pisau pada lehernya dan memegang tangannya dipercayai bagi mengelakkannya melawan.

Menurutnya, dia melawan tindakan lelaki itu menyebabkan lelaki terbabit merodok lehernya hingga berlaku pendarahan serius.

“Saya membunyikan hon menyebabkan seorang wanita bersama anak lelakinya berusia 20-an hairan dan mengesyaki sesuatu berlaku.

“Lelaki itu yang menyedari kehadiran mereka melarikan diri sebelum saya menahan kesakitan dan memandu kereta ke balai polis berhampiran membuat laporan,” katanya.

Katanya, polis menghantar mangsa ke hospital dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati paru-paru kanannya mengalami kecederaan serius akibat terkena tikaman.

Bagaimanapun, mangsa sudah menjalani pembedahan dan kini dimasukkan ke ICU selain dilaporkan stabil.

Usaha Harian Metro semalam untuk menemui keluarganya gagal apabila enggan ditemu bual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian menimpa mangsa.

20120705

PROMOSI KRAF MANTAI 2012

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18 Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan.

Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf (produk rotan, buluh, batik, songkok dll), jualan masakan tradisional (lemang, bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok dll, jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan), aktiviti interaktif kraf dan pelbagai aktiviti menarik.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Mantai 2012

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Urusetia Promosi Kraf Mantai 2012
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503, Seremban
06-7671388 ( T )
06-7671450 ( F )

FORUM MENJELANG RAMADHAN


20120702

Siri Ceramah Menjelang Ramadhan

CERAMAH MENJELANG RAMADHAN 1
Tarikh :7 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Ruslan Abd Razak

CERAMAH MENJELANG RAMADHAN 2
Tarikh : 14 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Kamil Ismail

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kuliah Ustaz Dato Arshad 6 Julai 2012

KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir