Tanganilah isu ini dengan perasaan
kasih sayang. Perasaan benci hanya kepada maksiat atau perbuatan
maksiat tetapi perlu ada perasaan kasih sayang terhadap pelaku
maksiat. Kita hendak kita dan pelaku maksiat tadi sama-sama masuk
syurga.
Saya begitu tersentuh apabila
diberitahu ada sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan dimana ada
seorang guru beragama Hindu amat prihatin sekali akan pelajar Islam
di sekolah berkenaan, hinggakan guru tadi memastikan semua anak-anak
muridnya solat berjemaah Asar di surau di sekolah tersebut. Malukan,
kita sendiri tak boleh tak pastikan anak-anak kita solat jemaah,
anak-anak murid kita solat jemaah, pekerja kita solat jemaah.
Semoga Allah memberikan petunjuk dan
hidayah kepada guru beragama Hindu tadi.
Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’
sengaja dilakukan?
PUTRAJAYA 16 Julai 2012 - Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya
yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang
dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor
Osman berkata, tindakan pasar raya di sebuah kawasan perumahan di
Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk
menguji kesabaran umat Islam.
Jamil Khir Selar Tindakan Pasar Raya
Eksploitasi 'Ramadan Sale' Jual Minuman Keras
6 Julai 2012
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Jumaat menyelar
tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi istilah
'Ramadhan Sale' untuk jualan minuman keras.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) boleh mengambil tindakan terhadap premis berkenaan
mengikut peruntukan yang ada.
The Store buat promosi Carlsberg
sempena Ramadhan
Harakahdaily, 05 Jul 2012
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya
di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya
'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan
ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan
dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari
pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui
facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam)
dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang
ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga
yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang
Bukan Islam yang tidak faham.
1 ulasan:
akhir usia dunia ni, Allah bayar cepat salah kita. tak sempat abih becakap mcm org pandai ramalan panas sebulan, hujan lebat turun seminggu sampai banjir. tak abih lg sebok pasal sijil halal, keluar pulak promo carlsberg bulan posa. masalahnya manusia tak sedar2.
promo bjoget waktu magrib masa mlm nisfu syaaban takdak pulak sapa2 bising.
Catat Ulasan