KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090430

Ceramah Us Ismail Kamus 2 Mei Seremban

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Penceramah : Ustaz Dato Hj Ismail Kamus
Sabtu 2 Mei 2009
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam) , Ampangan , Seremban
Jam 9 malam

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Jamuan makan malam selepas solat Maghrib disediakan

Jambori Remaja Muslim 6 Jun 09 N.Sembilan

JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL 2009
Tarikh : 6 - 9 Jun 2009 (Sabtu – Selasa)
Lokasi : Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, N.Sembilan
Kumpulan Sasaran : Remaja Lelaki (13 - 17 Tahun) sahaja
Yuran : RM 70 Sahaja

Pelbagai aktiviti menarik , antaranya :
Perkhemahan , mendaki gunung , berkawad, “war games” , “water games” , khidmat masyarakat , malam kesenian, “team building” , pengisian rohani dan banyak lagi acara dan pertandingan yang pasti menarik.

Anjuran : Kelab Remaja ISMA (KRIM) www.remajaisma.wordpress.com

Untuk pendaftaran dan pertanyaan hubungi :
En. Norhelmi 019-2445736 ibnujamil@yahoo.com
En. Nazri 019-2310935 syazrain@yahoo.com
En. Mursyidi 013-2070696 syidi971@yahoo.com

Maklumat lanjut di pautan berikut : http://isman9.wordpress.com/2009/04/28/hebahan-jambori-remaja-muslim-nasional-09/

Objektif program:
- Membimbing peserta untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup secara menyeluruh.
- Menyemai sifat kasih dan cintakan Islam di kalangan remaja.
- Membentuk hubungan persaudaraan dan mengukuhkan lagi ukhuwwah Islamiah di kalangan remaja Islam.
- Memantapkan jati diri remaja supaya berakhlak mulia, berdikari, berdisiplin dan mampu mewujudkan kerjasama yang baik di kalangan peserta.

20090428

A Samad Said lawan PPSMI di Gemencheh 8 Mei 09

Ceramah khas dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan diadakan pada 8 Mei 2009 (Jumaat) jam 9 malam di hadapan Pejabat PAS Tampin, 4464, Taman Datuk Mohd Taha, Gemenceh , N.Sembilan

Turut berceramah ialah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.

Isu utama ialah penentangan PPSMI.

Semua dijemput hadir. Maklumat lanjut di http://pastampin.blogspot.com

Festival Nasyid Belia 9 Mei 09 Seremban

FESTIVAL NASYID BELIA 2009
Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi (pendaftaran)
Tempat : Dewan Wisma Negeri (Theateratte) , Seremban

Syarat-syarat:
1. Satu kumpulan seramai 10-15 orang termasuk ahli muzik
2. Berumur antara 15-40 tahun sahaja
3. Johan negeri akan ke peringkat kebangsaan di Melaka
4. Hadiah Johan RM 1,500
5. Tarikh tutup penyertaan 4 Mei 2009 (Isnin)
6. Syarat-syarat lanjut boleh merujuk kepada sekretariat ABIM Negeri di talian 06-7630789 (Siti) atau pejabat belia daerah/ jabatan belia Negeri.

Anjuran Jabatan Belia dan Sukan dengan Kerjasama ABIM Negeri Sembilan

Gotong Royong Surau Alamanda 2 Mei 09

GOTONG ROYONG SURAU ALAMANDA
Sabtu 2 Mei 09
Bermula jam 8:30 pagi
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Semua dijemput hadir

20090427

Tanah Rezab Melayu Rembau, Siapa Pengkhianat ?

Saya telah menjalankan beberapa kajian mengenai tanah orang Melayu di Rembau yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Adakah pampasannya setimpal, adakah kepentingan Tanah Rezab Melayu diberi pembelaan sewajarnya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Jawapannya terlalu amat mengecewakan tetapi tidak memeranjatkan.

Bukan sahaja Tanah Rezab Melayu, malahan tanah ladang di Perhentian Tinggi Estate pun diberi pampasan yang terlalu rendah jika dibandingkan dengan tanah di Semenyih, Selangor.

Sila buat rujukan di pautan berikut :

Kes Estate Perhentian Tinggi vs Pentadbir Tanah Daerah Rembau
http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/latest/Rayuan%20Sivil%20No%5B1%5D.pdf

Kepentingan Akta Pengambilan Tanah 1960
http://www.instun.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=187&lang=en


Dalam satu kes di Semenyih melibatkan tanah seluas 4.498 hektar , pampasannya ialah RM 3,000,000.00 bersamaan RM 6.20 sekaki persegi.

Dalam satu kes Tapak Sekolah Keb Cina Telok Pulai tanah seluas 1.416 hektar , pampasannya ialah RM 1,486,800.00 bersamaan RM 9.75 sekaki persegi.

Sedangkan dalam kes Ladang Perhentian Tinggi di Rembau melibatkan tanah seluas 8.094 hektar, pampasannya cuma RM 898,500.00 , bersamaan RM 1.03 SEKAKI PERSEGI (Tahun 2002). Pihak Estate lawan kes ini di mahkamah menuntut hanya RM 2,139,302.00 bersamaan RM2.46 sekaki persegi. NAMUN pihak Estate Perhentian Tinggi kalah dalam kes menuntut harga ini disebabkan beberapa masalah teknikal. Antaranya lambat menghantar Borang Bantahan iaitu Borang N.

Saya nak tanya diri saya sendiri dan orang-orang Melayu di Rembau, orang Melayu yang tak kisahlah UMNO ke , PAS ke , PKR ke , berapa anda dapat pampasan penjualan tanah Projek Pembinaan Landasan Berkembar Keretapi atau Pelebaran Jalan ke Gunung Datuk atau Pelebaran Jalan Chengkau-Penajis-Astana Raja ? Boleh gantikah tanah Rezab Melayu yang dah terjual ? Boleh beli balik tanah suku ekar yang terjual dengan suku ekar yang lain ?

Bangsat sangatkah Melayu Rembau ni , hinggakan begitu mudah Tanah Adat , Tanah Rezab Melayu diambil ?

Kepada anak-anak Rembau di perantauan, balik-baliklah jenguk Tok, Wan, Paklong, Pakngah tanya mereka terlibat tak dengan pengambilan tanah oleh kerajaan. Jangan kita menang sorak , kampung tergadai !

***************************
Hak Anda Sebagai Pemilik Tanah

Perlembagaan Malaysia dan Akta Pengambilan Tanah 1960 membenarkan Kerajaan mengambil tanah anda untuk maksud awam.

Apa hak anda dan apa yang boleh anda lakukan apabila tanah anda diambil oleh Kerajaan?

1. ANDA BERHAK diberitahu melalui satu notis mengenai hasrat Kerajaan untuk mengambil tanah anda dan menjemput anda menghadiri satu siasatan/ perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan.

Hak anda seterusnya di http://www.kptg.gov.my/hak_anda.html

Konvensyen Falak N.Sembilan 8 ke 10 Mei 09



KONVENSYEN FALAK NEGERI SEMBILAN 2009
8 – 10 Mei 2009 ( Jumaat – Ahad )
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) , Jalan Tunku Kurshiah , Sikamat , Seremban

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan http://www.muftins.gov.my/

Maklumat lanjut hubungi En Junaidan 06-7652430

Aktiviti-aktiviti menarik seperti :
- Pameran falak/teleskop
- Bengkel
- Pertandingan
- Gerai-gerai jualan
- Seminar
- Forum


Peta ke SHAMS pada pautan di SINI

Saudara kita di Ulu Kota, Sarawak amat perlu dibantu

Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bersama Jawatankuasa Pembelaan Masyarakat Islam Ulu Kota Pakan, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Masjid Darul Hidayah dan Masjid As-Syakirin Bintulu telah melancarkan Dana Saudara Kita pada Khamis, 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu.

Fokus utama dana ini ialah sebagai Tabung Pembinaan Surau Al-Azhar, Komuniti Saudara Kita Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain insya Allah akan turut dikembangkan bagi membantu Saudara Kita (Mu’allaf) di tempat-tempat lain di seluruh pelusuk negeri Sarawak. http://amalsarawak.net/?p=520

Kepada sesiapa yang bersedia untuk menyumbang boleh terus ke dalam akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama

" JAWATANKUASA PEMBELAAN SAUDARA KITA ".
No akaun : 110 3000 7659 728.

Rujukan : http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/2009/04/pohon-sumbangan-untuk-saudara-kita-ulu.html

BANTULAH SAUDARA KITA DI ULU KOTA

Usaha dakwah telah dilaksanakan di berbagai kawasan Wilayah Tengah Sarawak, khususnya di Ulu Kota, Pakan, Bahagian Sarikei, Sarawak.

Rumah Bandok, Ulu Kota merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Pakan dan Julau Sarikei. Jarak perjalanan dari Sarikei ke rumah panjang Ulu Kota mengambil masa lebih 3 jam.

Keadaan jalan agak sukar - berbukit dan berlumpur serta berlubang, menyukarkan perjalanan untuk sampai ke Ulu Kota. Bagi memudahkan perjalanan yang mencabar, para penduduk dan orang yang melawat biasanya menggunakan pacuan 4 roda (4×4W) serta lasak.

Pada masa sekarang pihak Saudara kita yang diketuai oleh Encik Azhar bin Abdullah, sedang mengusahakan pembinaan rumah mereka yang sementara dan dibina daripada bahan buluh-buluh dan seumpamanya. Ini kerana mereka tidak mempunyai peralatan seperti mesin pemotong kayu balak, tiada dana yang mencukupi untuk membeli atap dan sebagainya. Pihak kami amat terharu melihat keadaan mereka ini.

Sebelum ini pihak BaitulMal ada menyumbangkan RM2,000 bagi membina Surau. Jumlah ini amat jauh daripada mencukupi untuk membina sebuah Surau apatah lagi untuk membina sebuah rumah. Pada masa sekarang belum ada mana-mana pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka dalam membina rumah baru.

Mereka ini memerlukan rumah dan Surau. Namun kos untuk melaksanakannya agak besar dan sulit bagi mereka. Justeru, sumbangan berupa bahan binaan atau wang ringgit daripada sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian adalah diperlukan untuk membantu mereka ini.

SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH BERHUBUNG DENGAN:
1. Ustaz Mohd Amir Ridhwan Bin Abdullah
Pegawai HIKMAH Wilayah Tengah Sarawak.
E-mail: daieallah@hotmail.com Telefon: 019-8643076

2. Encik Azhar Bin Abdullah (Ketua Saudara Kita Ulu Kota)
Telefon: 013-5786991

3. Saudara Mukhtar Suhaili
Pengerusi AMAL Sarawak
Tel : 016 -890 9717 email : al_akhyar81@yahoo.com
http://muhtarsuhaili.wordpress.com

4. Saudara Ibrahim Mat Isa
Pengerusi JK Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota
merangkap Pengerusi Unit Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Sarawak
Tel : 019 - 4535 119 Email : abuierfan@gmail.com
http://abuierfan.blogspot.com

http://abuierfan.blogspot.com/2009/03/bantulah-mereka-disana.html

http://amal-miri.blogspot.com/2009/02/kembara-amal-ke-ulu-kota-pakan-sarikei.html

20090426

Ijtimak Sedunia 9 Julai 09 di N.Sembilan

IJTIMAK MALAYSIA 2009
Tarikh : 9 hingga 12 Julai 2009 ( Khamis – Ahad )
Tempat : Berhampiran Bandar Enstek dan Kuarters KLIA

Maklumat lanjut di http://ijtimakmalaysia.blogspot.com dan http://ibnuzainrembawi.blogspot.com/2009/04/takaza-ijtimak-malaysia-2009.html

Semalam saya menghadiri satu mesyuarat agung sebuah pertubuhan amal di Kompleks Tabung Haji Klana Jaya. Salah seorang ahli dari Sarawak menyarankan agar Jemaah Tabligh menghantar seramai mungkin kumpulan jemaah ke Sarawak. Tugas dakwah di Sarawak adalah amat-amat diperlukan dari semua kumpulan amal dan persatuan dakwah terutama di kawasan pedalaman.

Keluhan Mufti N.Sembilan yang baru

Mari kita dengar keluhan Mufti Negeri Sembilan yang baru Sohibus Sammahah Dato' Yusof b Hj Ahmad ketika satu majlis rasmi di Balai Undang Johol.

Kesian, kasihan, kesian sungguh Mantan Mufti dan Mufti yang baru ini. Dahlah uzur , pejabat pula 4 tingkat, tak tahulah ada lif ke tidak.

Dah tu, Timbalan Mufti tak ada. Tak tahulah apa nak jadi dengan Islam di Negeri Sembilan ini. Yang buat hal bukannya orang Kristian, Hindu atau Buddha, tapi yang buat hal orang Islam sendiri.

Keluhan sepenuhnya Mufti Negeri Sembilan yang baru pada pautan berikut
http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/04/anti-wahhabi-atau-jaga-mb-siri-3.html

20090425

Sekitar operasi cegah ponteng sekolah di Seremban

Pada Khamis 23 April 2009 saya telah sempat menyertai operasi mencegah ponteng sekolah yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama PDRM, MPS , Sekolah dan PIBG. Saya telah mewakili PIBG. Operasi tersebut melibatkan beberapa sekolah menengah sekitar Ampangan , Seremban.

Kumpulan saya telah ditugaskan untuk melakukan operasi ke atas beberapa pusat siber (Cybercafe). Terdapat tidak kurang 5 pusat siber yang menjadi tumpuan pelajar sekolah.

Pihak MPS baru-baru ini telah memperkenalkan atau menambah syarat baru untuk operasi pusat siber di mana ianya menyebut : “Tidak membenarkan murid-murid sekolah samada berpakaian seragam atau tidak , memasuki pusat siber pada waktu persekolahan”.

Sebelum ini syarat tersebut ialah tidak membenarkan pelajar berpakaian seragam sekolah masuk ke pusat siber, sekarang ini ianya ditambah samada berpakaian seragam atau tidak , pada waktu persekolahan.

Langkah ini adalah salah satu langkah untuk mengelakkan pelajar ponteng melepak di pusat siber. Pelajar yang ponteng akan tetap ponteng juga , mereka akan cari tempat lain.

Langkah ini adalah untuk membersihkan imej pusat siber sebagai tempat pelajar ponteng sekolah.

Justeru itu kita mintalah kepada ibu bapa dan guru-guru menasihati anak-anak kita dan anak-anak murid kita supaya tidak pergi ke pusat siber pada waktu persekolahan walaupun tidak berpakaian seragam sekolah. Jika tidak sia-sia sahaja pengusaha siber tersebut akan di saman dan boleh di kompaun maksima RM 1500 atau mungkin lesen mereka ditarik.

Terdapat beberapa pendekatan lain yang perlu dipertimbangkan oleh pengusaha pusat siber ini agar ianya menjadi pusat siber yang sihat. Antaranya ialah kedudukan skrin komputer hendaklah boleh dilihat dari pintu utama tidak terselindung kerana ini akan menggalakkan pengunjung melayari laman web lucah. Pusat siber juga sepatutnya tidak boleh menggunakan cermin gelap.

Ibu bapa harus memainkan peranan penting untuk membendung gejala ponteng sekolah , jangan serah semuanya pada guru, polis atau PBT. Sekali sekala ibu bapa kena buat “spot check”. Ibu bapa juga jangan sekali-kali membenarkan anak-anak yang tiada lesen membawa motosikal atau kereta.

Bayangkan sekarang ini ibu bapa senang-senang benarkan anak mereka yang sekolah rendah menunggang motosikal. Anak-anak ini panjang akal mereka, tambahan berkawan dengan rakan yang lagi panjang akal. Dengan bawa motosikallah mereka belajar menipu, belajar hisap rokok, belajar ponteng sekolah dan sebagainya.

Anak saya sekolah rendah bawa juga motosikal, tapi bila balik kampong bawa motosikal kapcai atuknya dalam kawasan rumah atok yang berpagar.

Kepada ketua-ketua jabatan, Menteri Pelajaran, Pengarah Pelajaran, Ketua Polis, YDP MPS cuba turun sekali sekala buat operasi ponteng sekolah ini, baru mereka tahu adakah operasi ini berkesan atau tidak, baru mereka tahu apa kelemahan Akta dan Undang-undang sedia ada. Jangan duk bahas dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sahaja.

Kita ni ahli PIBG bila buat operasi begini terpaksa mohon cuti tahunan dari majikan, bukan senang-senang boleh ponteng kerja. Cuti tahunan pula untuk sektor swasta tak sampai sebulan.

Sedikit kelemahan pada syarat tambahan MPS tadi ialah tidak dinyatakan waktu persekolahan dari pukul berapa ke pukul berapa. Dari hari apa ke hari apa. Bagaimana mereka yang sekolah sessi petang dan sebagainya.

Bayangkanlah ibu bapa semua , kita dua orang suami isteri nak jaga anak 5 orang macam saya ni pening kepala, ini kan pula guru nak jaga 1000 orang pelajar. Bertolak ansur sikitlah ibu bapa dan guru-guru ni, janganlah nak tunjuk siapa pandai. Demi anak-anak dan anak-anak murid kita marilah kita turun padang bersama untuk menyelesaikan pelbagai masalah sekarang ini lepak, ponteng sekolah, rokok, dadah, seks bebas dan sebagainya.

Kepada orang politik yang tak tahu politik, teruskanlah merebut jawatan, teruskanlah merebut jawatan Menteri Besar, Setiausaha Badan Perhubungan dan sebagainya.

Politik , politik juga tapi janganlah sampai nak jemaah masjid tak sempat, nak tengok masalah rakyat rumah terbengkalai tak sempat, nak tengok rakyat masalah pembentungan tak siap-siap tak sempat, masalah banjir tak sempat.

Forum MaulidurRasul 25 Apr 09 Senawang

FORUM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Ahli Panel :
Al Fadhil Ust Dato Hj Arshad bin Hj Abd Samad
Al Fadhil Ust Hj Norazman bin Hj Mohammad
Al Fadhil Ust Sofhan bin Abd Halim
Al Fadhil Ust Khusairi bin Hamthan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20090423

SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK

SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Tarikh : 1 Mei 2009
Hari : Jumaaat
Masa : 8:30pg - 5:30 ptg
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, Senawang, N.Sembilan

Tempat terhad !

Maklumat lanjut hubungi Sdr Wahiduddin b Mohd Aris , Pengerusi Hidayah Center Seremban , tel: 012-3725283 , emel: wahba06@yahoo.com

Matlamat seminar ini antara lain adalah untuk memupuk kesedaran meluaskan dakwah kepada masyarakat majmuk, menyediakan pendakwah dengan ilmu-ilmu yang perlu untuk berdakwah dan ilmu berkaitan sokongan kepada saudara baru.

ATURCARA
08:00 pg Pendaftaran dan sarapan
08:30 pg Ucapan Pengerusi Program
08:45 pg Ucapan Perasmian oleh Ybhg Sdr Muhammad Adnan Abdullah, Pengerusi GANDA ( Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan )
09:00 pg Seminar bermula dikendalikan oleh Sdr Kamarulzaman Nor Muhammad , Jurulatih DDMM, JIM Pusat
12:00 tgh Makan tengah hari dan solat Jumaat
2:15 ptg Sessi 2
4:00 ptg Perbincangan, muhasabah dan penggulungan
4:30 ptg Solat Asar
5:00 ptg Bersurai

Peta ke Masjid Bandar Baru Senawang pada pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com

20090422

Khidmat Kesihatan Percuma 26 Apr Senawang

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
Ahad 26 April 2009
9:30 pg – 1 tgh
Di No 66 & 68 , Jalan Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dan Unit Amal Paroi

Maklumat lanjut hubungi Sdr Mohd Zain 013-6235011

Perkhidmatan Percuma :
Tekanan Darah
Kandungan Gula Dalam Darah
BMI

20090421

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis 9 Mei 09 KL

KONVESYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS
Sabtu 9 Mei 2009
8 pagi - 5 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur
Penyertaan: RM 10
Anjuran: PEMBINA dan Aman Palestine
Maklumat lanjut di http://www.kbaz.net

Konvensyen yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen.

PANELIS :
Dr. Mohsen Saleh , Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi , Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan

Dr. Roslan b Mohd Nor , Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 , PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVESYEN
8.00 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 PAGI: PEMBENTANGAN 1 - Dr. Roslan bin Mohd Nor (Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 PAGI: Ucapan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
10.45 PAGI: Jamuan ringan
11.00 PAGI : Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi (Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
12.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh (Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
1.00 TGH: Rehat, makan dan solat
2.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi (Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh (Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran , Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:

Muaz: 013 3044180
Zaizul: 019 6641406
Dr. Kamil: 016 9490623
Dr. Kamsani: 013 6130189
Pn. Suriani: 019 6654746
Pn. Kamisah: 019 2796792
e-mail: amanpalestin@yahoo.com
Website: http://kbaz.net/
Untuk keterangan lanjut, hubungi: Aman Palestin Berhad

::BERMINAT MENAJA::

Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.

Derma bolehlah disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
Bank Muamalat Malaysia Berhad: 12070005133717

Program ke Menara Gading 24 ke 26 Apr Seremban

Pada 24 hingga 26 April 2009, PPINS (Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan)
akan mengadakan program Menara Gading 2009 khusus untuk pelajar lepasan SPM.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM dan hala tuju pelajar selepas mendapat keputusan SPM.

Program ini juga akan memberi pendedahan tentang alam pengajian tinggi yang sedia ada di Malaysia ini.

Maklumat program seperti berikut:

Nama program : Menara Gading PPINS 2009
Tarikh: 24-26hb April 2009 (Jumaat – Ahad)
Tempat: TASKI Taman Alamanda , Senawang

Sasaran peserta: Pelajar lepasan SPM seluruh Negeri Sembilan

Sesiapa yang berminat, sila hubungi saudara Ahmad Izzat- 013-3539359 untuk keterangan lanjut tentang program ini.

Tempat adalah terhad.

Maklumat lanjut pada pautan berikut : http://ppins.net/blog/?p=46

Dialog Bicara Hak Pekerja 1 Mei 09 Senawang

DIALOG BICARA HAK PEKERJA
Sempena Hari Pekerja
Tarikh : 1 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Taman Tuanku Jaafar, Senawang, N.Sembilan

Ahli Panel :
1. Tn Hj Syed Shahir (MTUC)
2. YB Char Kee Chin (Peguam),
3. YB Hj Taufek (bekas warga Industri Senawang)

Pengerusi : cheGuBard

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Ust Nasharudin Mat Isa 28 Apr Seremban

CERAMAH UMUM & MAJLIS MERAIKAN PETUGAS PRK BUKIT GANTANG
Selasa 28 April 2009
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Aturcara :
8 malam – Jamuan / Solat Isya
9:15 malam – Ceramah Umum

Penceramah :
YB Ustaz Nasharudin Mat Isa , Timbalan Presiden PAS
Sdr Shamsul Iskandar Md Akin , Ketua AMK Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan hubungi Sdr Hassan Taha 013-3426346

20090419

Rayuan sumbangan derma pembelajaran pelajar Rembau

Saya telah menerima satu permohonan rayuan sumbangan derma pembelajaran untuk satu keluarga yang mempunyai 9 orang anak di mana 8 orang masih lagi belajar di peringkat rendah hinggalah ke peringkat kolej.

Antara anak-anak ini yang sedang belajar di beberapa institusi ialah adik Syarifah Khaulah Syamimi bt Syed Ahmad Johari yang akan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Mesir, adik Syed Ahmad Syakuur bin Syed Ahmad Johari yang mengambil kursus Diploma Syariah Islamiyyah di Kolej Islam Perak, adik Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari yang berada di Tingkatan 6 Sek Men Al Hidayah Perak.

Kepada mereka yang sudi membantu bolehlah menghubungi terus Sdr Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd, No 1477 , Kampung Mulia , 71300 Rembau, N.Sembilan , tel 019-2628051 , e-mel syedahmadjohari@yahoo.com.my .

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun bank Sdr Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd di No akaun CIMB 0501-0001630-20-8

20090418

Gerakan Anti Wahabi di N.Sembilan

Cerita mengenai gerakan Anti Wahabi di Negeri Sembilan SINI dan SINI

Fikir-fikirkan.

Kuliah Sheikh Abdul Raof Tmn Jasmin Senawang 21 Apr

KULIAH TAUHID
Oleh : Al-Ustaz Al-Fadhil Al-Haj Al- Sheikh Abdul Raof bin Haji Nurin Al Bahanji Al-Aleey http://pondoktampin.blogspot.com
Hari : Selasa 21hb April 2009
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Jasmin
Kitab : Kifayatul Muhtadi
P/S : Kitab berharga RM 15 setiap satu, boleh didapati dari AJK surau Tmn Jasmin
Maklumat lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com/2009/04/kuliah-tauhid-tmn-jasmin-oleh-al-ustaz.html

20090417

Warga Polis Seremban prihatin yang takut ALLAH

Polis wanita risau 'tergoda' dalam kereta peronda
Utusan Malaysia 17 April 2009

SAYA terpanggil untuk memberi cadangan kepada PDRM khasnya di Seremban supaya tidak menempatkan anggota polis wanita dalam kereta peronda polis bersama-sama anggota lelaki semasa bertugas.

Ini akan banyak menimbulkan perkara yang tidak baik.

Bayangkanlah mereka bertugas dari malam hingga ke pagi, macam-macam boleh terjadi apabila wanita dan lelaki berdua-duaan dalam kereta, tidak kiralah mereka suami-isteri ataupun masih bujang.

Bila seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan, ada syaitan di tengah-tengah. Harap PDRM ambil kira perkara ini.

Tugas mereka adalah murni, untuk membanteras jenayah, tapi seolah- olah memberi mereka ruang untuk melakukan perkara-perkara negatif umpamanya (maksiat).

Sepatutnya anggota polis wanita ditempatkan ke bahagian-bahagian lain, tapi bukan di dalam kereta peronda polis.

Di negeri Johor umpamanya tiada anggota polis wanita diserapkan di dalam kereta peronda.

Diharap pihak PDRM sedia menerima cadangan saya.

WARGA PDRM
Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Rumah Lindungan Kasih Tampin perlu bantuan

TAMPIN 16 April - Masyarakat disaran supaya tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu penghuni-penghuni Rumah Lindungan Kasih di Taman Suria dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sebarang bantuan sama ada dari segi kewangan atau barangan keperluan harian amat dialu-alukan.

Selain itu, katanya, orang ramai boleh membantu dengan berkhidmat secara sukarela sebagai pembimbing kepada seramai 16 penghuni yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak dan remaja di pusat jagaan tersebut.

''Saya berharap lebih ramai anggota masyarakat akan tampil memberi sumbangan kepada Rumah Lindungan Kasih," katanya.

Osman berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan dan lawatan ke Rumah Lindungan Kasih di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan dan Pegawai Daerah Tampin merangkap Pengerusi Rumah Lindungan Kasih, Datuk Mohd. Yusof Yunus.

Sementara itu, kata Mohd. Yusuf, Rumah Lindungan Kasih yang mula beroperasi pada 1 Januari tahun lalu merupakan sebuah pusat jagaan yang menempatkan penghuni perempuan sahaja.

''Terdapat dua kategori penghuni di Rumah Lindungan Kasih iaitu anak yatim dan miskin serta remaja yang pernah terjerumus dalam masalah sosial.

''Kemasukan ke pusat jagaan tersebut adalah secara sukarela, terbuka kepada semua kaum serta tiada bayaran dikenakan," jelasnya.

Tambahnya, pada masa ini, Pusat Lindungan Kasih memerlukan sumbangan perabot bagi membolehkan kesemua penghuni menjalani kehidupan dalam suasana lebih selesa.

Utusan Malaysia 17 April 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

20090415

Bangkitlah Melayu Rembau

Tertarik dengan tajuk muka depan Utusan Malaysia 15 April 2009 bertajuk “Bangkitlah Melayu”. Saya nak tambah pula “Bangkitlah Melayu Rembau”.

Sekarang ini banyak tanah-tanah orang Melayu di Rembau akan diambil oleh kerajaan mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 ( Seksyen 10 ) untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dan Cadangan Naiktaraf Jalan ke Gunung Datuk.

Malah saya pun terlibat, ramai orang Melayu Rembau lain terlibat. Saya nak tengok sendiri berapa pampasan kerajaan yang akan atau telah berikan kepada Melayu Rembau.

Berapa ringgit satu kaki persegi ? Adakah sama dengan tanah milik orang Cina di Seremban , Cheras , Kajang dan sebagainya yang dibeli untuk tujuan kepentingan umum yang sama.

Kalau pampasan dibayar kepada orang Melayu Rembau lebih rendah daripada orang Cina Seremban , orang Cina Kajang, tak payahlah pemimpin-pemimpin politik Melayu melaung-laungkan “Bangkitlah Melayu” , “Bersatulah Melayu”

Saya nak tengok adakah pampasan yang kerajaan akan berikan nanti boleh saya beli tanah dengan keluasan yang sama , tempat strategik yang sama dan seterusnya.

***************************
BANGKITLAH MELAYU
Utusan Malaysia 15 April 2009

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

20090413

Serah borang cukai pendapatan sebelum 30 Apr 09

Jangan terlepas pandang. Borang cukai pendapatan perlu dihantar secara on-line sekarang ini. Tarikh akhir 30 April 2009.

Maklumat lanjut di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri
http://www.hasil.org.my
https://e.hasil.gov.my

Kejohanan Futsal DUN Paroi 9 Mei 09

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI

TARIKH : 9hb MEI 2009 (SABTU)
MASA : 8 pagi - 5 ptg
TEMPAT : Gelanggang Futsal, Seremban

JOHAN : RM 800.00 + Medal + Piala Pusingan Y.B. Tuan Haji Mohamad Taufek
NAIB JOHAN : RM 500.00 + Medal
KETIGA : RM 300.00 + Medal
KEEMPAT : RM 200.00

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI
Sdr Rozmal - 012 2267406
Sdr Hakki - 013 3840022
Sdr Azizul - 012 9740363

BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT MULAI:
Tarikh : 13 Mac 2009 ( Jumaat ).
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat DUN Paroi, No. 22, Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban

Bayaran Melalui Cek boleh dibuat kepada :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Maklumat lanjut pada pautan berikut :
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/04/kejohanan-futsal-dun-paroi-2009.html

20090412

Ekonomi gawat , perlu yakin rezeki Allah yang beri





Pemuda Rembau berjaya ternak ikan keli

Siang tadi saya berkesempatan bertemu seorang sahabat pemuda Rembau yang menternak ikan keli. Dia ternak dalam kolam konkrit depan rumah dia. Ada enam kolam besar dan beberapa kolam kecil.

Sambutan amat menggalakkan. Dia merancang untuk meluaskan pasaran. Ikan keli salai berhampiran pekan Pedas pun dia yang bekalkan.

Ketika ramai yang risau menghadapi ekonomi yang gawat, masih banyak lagi peluang perniagaan dan peluang kerjaya yang orang kita terlepas pandang.

Itulah yang seringkali saya katakan pada teman-teman. Kita perlu yakin bahawa rezeki Allah yang beri. Jangan kita rasa bahawa rezeki kita ini ditentukan oleh ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Eropah. Kalau Amerika Syarikat bankrap , habislah kita di Malaysia ini, kebulurlah kita semua.

Malam tadi juga jumpa seorang sahabat kontraktor di Rembau. Dia kata susah cari makan kontrak kelas F di Rembau. Ada 40 tawaran kerja yang datangnya lebih 200 kontraktor. Tapi sebab dia yakin rezeki Allah yang beri, dia dapat tawaran kerja kontrak yang tidak putus-putus di luar Rembau.

Yakinlah sungguh-sungguh , rezeki Allah yang berikan.

Jika kita menolong agama Allah , Allah akan menolong kita.

Kalau sesebuah negeri itu melaksanakan syariat dan hukum Allah , maka negeri itu akan dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah.


Awas jika guna Perodua Viva

Semalam Viva saya tiba-tiba buat hal. Pagi tak ada masalah, tengahari nak solat zuhur bila hidupkan enjin tiba-tiba tak boleh hidup, dan bateri terus lemah. Cuba “jump start” tak berjaya. Panggil kawan mekanik, dia pun pening kepala, tak boleh “jump start” , lampu “alarm” menyala saja. Kawan saya kata kena tanya Perodua. Mujur rosak di rumah.

Bila jumpa mekanik Perodua katanya Viva tak boleh “jump start’. Mekanik Perodua datang rumah bawa bateri terpakai yang elok. Senang saja hidup enjin lepas tu.

Kepada pengguna Perodua Viva berhati-hati jika bateri tiba-tiba lemah, jangan cuba “jump start” dan jangan panik. Kemungkinan besar hanya masalah bateri.

Pengalaman saya sebelum ini semua jenis kereta termasuk jenama Perodua yang lain tak ada masalah untuk “jump start”. Mungkin Perodua perlu beri penjelasan pada pengguna agar tidak ditipu oleh mekanik yang tidak bertanggungjawab dengan memberi alasan lain , padahal masalahnya hanyalah bateri lemah.

20090411

Ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man 13 Apr Lenggeng NS

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Sdr Zulkefly Mohamad bin Hj Omar
Sdr Fariz Musa

Isnin 13 April 2009
Jam 9 malam
Di Lot 2893 , Kg Dacing, Lenggeng, N.Sembilan (Rumah Sdr Mokhtar Idris)

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Sdr Razali 019-2515618

20090406

Gotong Royong Perdana SMAD KLANA 11 Apr 09

GOTONG ROYONG PERDANA
Tempat : Sek Men Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban
Tarikh : 11 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8:30 pg – 12:30 tgh
Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir

Maklumat lanjut di PIBGSMADKLANA

20090404

Ayat Al Quran pun di curi orang di Surau Senawang

Minggu lepas jam taqwim solat di Surau Taman Alamanda, Senawang didapati hilang. Sebelum tu ada juga perasan ayat Al Quran yang berbingkai di depan mimbar hilang, saya ingatkan ada orang alihkan. Lepas tu tadi 4 April 2009 satu lagi ayat Al Quran yang berbingkai juga didapati hilang.

Sahabat saya suruh buat repot polis. Bukan tak nak buat, tapi sekarang ini sibuk tugasan lain. InsyaAllah saya akan buat repot polis secara “on line”.

Pada fikiran saya mungkin orang yang mencuri barang-barang tadi ingin menjual sebagai perhiasan terpakai. Berapalah sangat yang boleh dijual, mungkin RM 5 , paling tinggi pun RM 10. Yang jam taqwim tu pula bukan senang nak jual, sebab ada buku cara nak program waktunya, jam diambil , buku tak diambil.

Berbaloikah RM 5 dengan dosa yang ditanggung ambil harta benda surau yang didermakan oleh orang ramai. Yang bahagian saya , saya halalkanlah , tapi bahagian orang lain, bahagian orang yang dah meninggal dunia. Jawablah sendiri dalam kubur dan akhirat nanti.

Kepada semua ahli dan AJK surau dan masjid seluruh Malaysia, berjaga-jagalah, sekarang ni musim orang curi apa sahaja untuk dibuat duit.

Apa yang mampu kita buat, solat hajat, berdoa, tawakal.

Pejabat YB jadi gelanggang silat



Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu majlis pengiktirafan satu pertubuhan silat di perkarangan pejabat ADUN Paroi YB Hj Mohamad Taufek ( http://mohdtaufek.blogspot.com/ ) . Tidak sampai sebulan , anak murid di kawasan Taman Tasik Jaya mencapai 40 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Apa yang menariknya ibu bapa turut hadir memerhatikan anak-anak mereka berlatih.

Para remaja dan belia memang dahagakan aktiviti sebegini, tetapi tidak banyak pihak yang tampil ke hadapan membantu usaha-usaha begini. Mungkin ianya bukan satu aktiviti yang menguntungkan dari segi wang ringgit tetapi menguntungkan untuk membina remaja yang berakhlak mulia dan sihat secara tidak langsung mengelakkan aktiviti kurang sihat, melepak dan sebagainya.

Saya juga berkesempatan berbual dengan Guru Utama pertubuhan seni silat tersebut. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama.

Salah satu kisah yang dikongsi terdapat pada pautan berikut http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=1151

Seminar Bijak Solat 18 Apr 09 Senawang

SEMINAR `SMART SOLAT' http://easysolat.blogspot.com
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8 pg – 1 tgh
Tempat: No 993 , Jalan Teratai 11 , Taman Marida , Senawang
( Rumah Persatuan Kanak-Kanak Dyslexia Seremban )

Penceramah: Ustaz Hj Norazman bin Hj Mohamad http://lobai-kampung.blogspot.com
Pengurus Pembangunan Insan , Universiti Al-Azhar( Syariah Islamiah ) , Sijil Neuro Linguistic Programming ( NFNLP ) USA.

Terbuka kepada remaja/belia lelaki dan perempuan 12 – 25 tahun

Yuran penyertaan : RM 30/org

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi :
Hj.Pazilan b. Abdul Hadi/Puan Azizah Manaf
Tel : 06-6785160 / 012-6257289

PENGISIAN:
8.00 pagi - Pendaftaran Peserta
8.30 pagi - Motivasi Solat
10.00 pagi - Rehat
10.20 pagi - Praktikal Solat, Rukun 13, Sunat ab'adh, Sunat hai'ah
12.30 tgh - Makan tengahari , bersurai

20090402

Program Sumbangan Beras Untuk Fakir Miskin

Cubalah kita duduk di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat ke , pejabat Baitul Mal ke , pejabat Khidmat Masyarakat DUN ke. Pasti kita akan merasa insaf, pasti kita akan merasa kita ni lebih bertuah dari mereka yang datang mengadu nasib.

Selama ni mungkin kita hanya bandingkan nasib kita dengan jiran tetangga atau kenalan kita yang berkereta mewah, berumah banglo dan berjawatan tinggi. Tapi apabila kita mendengar pelbagai, ribuan keluhan masyarakat, baru kita sedar betapa untungnya kita ini.

Pelbagai kisah kepayahan hidup diadukan. Ada yang berbulan-bulan sewa rumah tak dapat bayar, juga bil air dan elektrik. Ada yang ditinggalkan suami. Ada yang tidak dapat mendapatkan rawatan perubatan. Ada yang keputusan bekalan makanan dan gas untuk memasak. Macam-macam kepayahan hidup manusia. Mereka ini jiran-jiran kita, mereka tidak mengadu pada jiran-jiran, tapi mereka datang berjumpa pegawai Kebajikan, pegawai Baitul Mal dan wakil rakyat.

Jika mereka ini tidak dibantu akan pasti akan berlaku pelbagai masalah sosial yang lain.

Justeru itu saya ingin mengesyorkan kepada mereka yang berkemampuan supaya memberi sumbangan makanan kepada agensi, persatuan atau individu yang menghulurkan bantuan. Ada banyak.

Satu contoh mudah ialah jika kita hendak memberi sumbangan beras, kita boleh tempah dari kedai pemborong beras dan mereka boleh hantar ke mana yang hendak disalurkan.

Sebagai contoh di Senawang ini boleh beli beras di kedai pemborong berikut :
Beras House
No 29 G, Jalan Cempaka 28, Cempaka Commercial Centre
70450 Senawang
(sebelah Taman Seri Pagi , seberang jalan Secret Recipe Dataran Senawang)
Tel : 06-6784190 , Hasrul 017-4834221 , Mardiah 012-6631717

InsyaAllah mereka boleh hantar sekitar Senawang atau boleh hantar ke
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi (http://mohdtaufek.blogspot.com )
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Gawat Ekonomi bolehlah kita tolong, Gawat Iman kita hanya mampu berdoa pada Allah agar diberikan taufik dan hidayah.

Kegawatan Iman lebih teruk dari Kegawatan Ekonomi

Tak ada selera membaca berita-berita di akhbar sekarang ini. Tidak banyak berita yang menggembirakan, banyak dipaparkan kes jenayah, perceraian rumahtangga artis, kes penipuan, hiburan sana, hiburan sini, remaja melepak, remaja hidu gam. Inilah yang dipaparkan di dada-dada akhbar saban hari.

Cerita yang memberi keinsafan kepada manusia hanyalah menjadi bahan sisipan akhbar, kerana berita sebegini tidak dapat menjadi pelaris akhbar.

Akhbar perdana Malaysia harus berubah. Memaparkan kes jenayah, kes perceraian , kisah artis , mungkin dapat melariskan akhbar , tetapi ianya tidak dapat membina masyarakat.

Masyarakat hanya baca sekadar seronok, tapi lebih suka tunggu dan lihat dan berpeluk tubuh.

Masyarakat harus turun padang sekarang ini. Gerakkan jiran tetangga. Bagi umat Islam yang paling utama ialah solat. Penuhkan masjid dan surau dengan solat jemaah. Isteri-isteri harus “menghalau” suami-suami untuk solat di surau dan masjid.

Andaikata setiap surau dan masjid di negara ini penuh dengan jemaah bersolat, setiap isi rumah umat Islam bersolat, maka akan banyaklah kegawatan lain dapat diselesaikan dengan izin Allah.

Gawat ekonomi bolehlah dibantu dengan memberikan sumbangan wang ringgit, beras, keperluan makanan, biasiswa dan sebagainya.

Tapi gawat iman akan menyebabkan institusi keluarga dan masyarakat hancur.

Dalam tempoh sebulan di dada akhbar menceritakan tidak kurang 3 kes pembuangan bayi di atas jalan raya, pembuangan janin di tanah perkuburan dan pembuangan bayi di tapak pembuangan sampah berlaku di Senawang. Saya pasti perkara ini berlaku di mana-mana di Malaysia ini. Dan yang tidak dilaporkan lebih banyak lagi.

Cukuplah akhbar perdana menyiarkan berita-berita sebegini. Tidak akan ada kesudahannya kalau kita sekadar membaca. Kita harus bertindak.

Mulakan dengan yang paling mudah , iaitu solat.

Anak-anak menjelang senja, ayah-ayah dan ibu-ibu prihatinlah sikit. Panggillah anak-anak masing-masing pulang solat Maghrib berjemaah.

Cukup-cukuplah tu mencari rezeki, cukup-cukuplah tu bersembang, cukup-cukuplah tu berPoco-Poco. Sampai waktu solat ajak semua bersama.

Jika tidak sampai bila-bila kes jenayah, pembuangan bayi , perceraian rumah tangga, rasuah, salah guna kuasa, politik wang, fitnah tidak akan selesai.

Ingat-ingatlah sikit mati. Entah esok atau lusa. Apa persiapan kita ? Akhir-akhir ini juga cuaca tidak menentu, gempa bumi pun ada, dulu tak pernah ada. Angin putting beliung pun ada. Tak cukupkah itu tanda untuk semua kita insaf ?

Ceramah Us Abd Ghani Abd Rahman 18 Apr Senawang

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Sabtu 18 April 2009
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Tasik Jaya (Fasa 1), Senawang
Penceramah : Ustaz Abdul Ghani bin Abdul Rahman , Pesuruhjaya PAS Melaka

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kuliah Ust Dato Arshad 10 Apr Senawang

KULIAH – HADITH 40
Jumaat 10 April 2009
Selepas Maghrin
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
Bersama : Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Bantuan baik pulih rumah warga India di Senawang

Adalah dimaklumkan Unit Amal Paroi akan membantu membaik pulih rumah satu keluarga Hindu di Senawang yang rosak teruk akibat tanah mendap. Anggaran perbelanjaan untuk kerja-kerja membaik pulih tersebut adalah seperti berikut :

1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg
3. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori

Anggaran Perbelanjaan adalah RM700

Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi iaitu Sdr Nazri Esa 012-6775537