KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090404

Ayat Al Quran pun di curi orang di Surau Senawang

Minggu lepas jam taqwim solat di Surau Taman Alamanda, Senawang didapati hilang. Sebelum tu ada juga perasan ayat Al Quran yang berbingkai di depan mimbar hilang, saya ingatkan ada orang alihkan. Lepas tu tadi 4 April 2009 satu lagi ayat Al Quran yang berbingkai juga didapati hilang.

Sahabat saya suruh buat repot polis. Bukan tak nak buat, tapi sekarang ini sibuk tugasan lain. InsyaAllah saya akan buat repot polis secara “on line”.

Pada fikiran saya mungkin orang yang mencuri barang-barang tadi ingin menjual sebagai perhiasan terpakai. Berapalah sangat yang boleh dijual, mungkin RM 5 , paling tinggi pun RM 10. Yang jam taqwim tu pula bukan senang nak jual, sebab ada buku cara nak program waktunya, jam diambil , buku tak diambil.

Berbaloikah RM 5 dengan dosa yang ditanggung ambil harta benda surau yang didermakan oleh orang ramai. Yang bahagian saya , saya halalkanlah , tapi bahagian orang lain, bahagian orang yang dah meninggal dunia. Jawablah sendiri dalam kubur dan akhirat nanti.

Kepada semua ahli dan AJK surau dan masjid seluruh Malaysia, berjaga-jagalah, sekarang ni musim orang curi apa sahaja untuk dibuat duit.

Apa yang mampu kita buat, solat hajat, berdoa, tawakal.

1 ulasan:

weber berkata...

ni la malapetaka kat malaysia.. macam mintak Allah jatuhkan bala agaknya.. masjid dan surau adalah rumah ibadah (house of worship) bagi umat Islam malah dipanggil sebagai rumah Allah.. tapi boleh plak jadi tempat pencuri mancari habuan...

woi pencurik.. pulang an balik bondo2 yang kau cughik tu.. nak meghompak poie bank Amerika la woi..