KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090427

Tanah Rezab Melayu Rembau, Siapa Pengkhianat ?

Saya telah menjalankan beberapa kajian mengenai tanah orang Melayu di Rembau yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Adakah pampasannya setimpal, adakah kepentingan Tanah Rezab Melayu diberi pembelaan sewajarnya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Jawapannya terlalu amat mengecewakan tetapi tidak memeranjatkan.

Bukan sahaja Tanah Rezab Melayu, malahan tanah ladang di Perhentian Tinggi Estate pun diberi pampasan yang terlalu rendah jika dibandingkan dengan tanah di Semenyih, Selangor.

Sila buat rujukan di pautan berikut :

Kes Estate Perhentian Tinggi vs Pentadbir Tanah Daerah Rembau
http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/latest/Rayuan%20Sivil%20No%5B1%5D.pdf

Kepentingan Akta Pengambilan Tanah 1960
http://www.instun.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=187&lang=en


Dalam satu kes di Semenyih melibatkan tanah seluas 4.498 hektar , pampasannya ialah RM 3,000,000.00 bersamaan RM 6.20 sekaki persegi.

Dalam satu kes Tapak Sekolah Keb Cina Telok Pulai tanah seluas 1.416 hektar , pampasannya ialah RM 1,486,800.00 bersamaan RM 9.75 sekaki persegi.

Sedangkan dalam kes Ladang Perhentian Tinggi di Rembau melibatkan tanah seluas 8.094 hektar, pampasannya cuma RM 898,500.00 , bersamaan RM 1.03 SEKAKI PERSEGI (Tahun 2002). Pihak Estate lawan kes ini di mahkamah menuntut hanya RM 2,139,302.00 bersamaan RM2.46 sekaki persegi. NAMUN pihak Estate Perhentian Tinggi kalah dalam kes menuntut harga ini disebabkan beberapa masalah teknikal. Antaranya lambat menghantar Borang Bantahan iaitu Borang N.

Saya nak tanya diri saya sendiri dan orang-orang Melayu di Rembau, orang Melayu yang tak kisahlah UMNO ke , PAS ke , PKR ke , berapa anda dapat pampasan penjualan tanah Projek Pembinaan Landasan Berkembar Keretapi atau Pelebaran Jalan ke Gunung Datuk atau Pelebaran Jalan Chengkau-Penajis-Astana Raja ? Boleh gantikah tanah Rezab Melayu yang dah terjual ? Boleh beli balik tanah suku ekar yang terjual dengan suku ekar yang lain ?

Bangsat sangatkah Melayu Rembau ni , hinggakan begitu mudah Tanah Adat , Tanah Rezab Melayu diambil ?

Kepada anak-anak Rembau di perantauan, balik-baliklah jenguk Tok, Wan, Paklong, Pakngah tanya mereka terlibat tak dengan pengambilan tanah oleh kerajaan. Jangan kita menang sorak , kampung tergadai !

***************************
Hak Anda Sebagai Pemilik Tanah

Perlembagaan Malaysia dan Akta Pengambilan Tanah 1960 membenarkan Kerajaan mengambil tanah anda untuk maksud awam.

Apa hak anda dan apa yang boleh anda lakukan apabila tanah anda diambil oleh Kerajaan?

1. ANDA BERHAK diberitahu melalui satu notis mengenai hasrat Kerajaan untuk mengambil tanah anda dan menjemput anda menghadiri satu siasatan/ perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan.

Hak anda seterusnya di http://www.kptg.gov.my/hak_anda.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siapa yang menjaga kementerian perumahan dan kerajaan tempatan ? mCA. inilah kerja mca rampas tanah orang melayu dengan bantuan united munafik nasional organasasi.