KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090412

Ekonomi gawat , perlu yakin rezeki Allah yang beri





Pemuda Rembau berjaya ternak ikan keli

Siang tadi saya berkesempatan bertemu seorang sahabat pemuda Rembau yang menternak ikan keli. Dia ternak dalam kolam konkrit depan rumah dia. Ada enam kolam besar dan beberapa kolam kecil.

Sambutan amat menggalakkan. Dia merancang untuk meluaskan pasaran. Ikan keli salai berhampiran pekan Pedas pun dia yang bekalkan.

Ketika ramai yang risau menghadapi ekonomi yang gawat, masih banyak lagi peluang perniagaan dan peluang kerjaya yang orang kita terlepas pandang.

Itulah yang seringkali saya katakan pada teman-teman. Kita perlu yakin bahawa rezeki Allah yang beri. Jangan kita rasa bahawa rezeki kita ini ditentukan oleh ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Eropah. Kalau Amerika Syarikat bankrap , habislah kita di Malaysia ini, kebulurlah kita semua.

Malam tadi juga jumpa seorang sahabat kontraktor di Rembau. Dia kata susah cari makan kontrak kelas F di Rembau. Ada 40 tawaran kerja yang datangnya lebih 200 kontraktor. Tapi sebab dia yakin rezeki Allah yang beri, dia dapat tawaran kerja kontrak yang tidak putus-putus di luar Rembau.

Yakinlah sungguh-sungguh , rezeki Allah yang berikan.

Jika kita menolong agama Allah , Allah akan menolong kita.

Kalau sesebuah negeri itu melaksanakan syariat dan hukum Allah , maka negeri itu akan dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah.


1 ulasan:

Rue Anemone berkata...

slm~ sy sgt suka mkn ikan keli..
kalau sy nak bela kecil2an di kwsan rumah mcm mana ye?? boleh ke??