KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090427

Saudara kita di Ulu Kota, Sarawak amat perlu dibantu

Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bersama Jawatankuasa Pembelaan Masyarakat Islam Ulu Kota Pakan, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Masjid Darul Hidayah dan Masjid As-Syakirin Bintulu telah melancarkan Dana Saudara Kita pada Khamis, 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu.

Fokus utama dana ini ialah sebagai Tabung Pembinaan Surau Al-Azhar, Komuniti Saudara Kita Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain insya Allah akan turut dikembangkan bagi membantu Saudara Kita (Mu’allaf) di tempat-tempat lain di seluruh pelusuk negeri Sarawak. http://amalsarawak.net/?p=520

Kepada sesiapa yang bersedia untuk menyumbang boleh terus ke dalam akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama

" JAWATANKUASA PEMBELAAN SAUDARA KITA ".
No akaun : 110 3000 7659 728.

Rujukan : http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/2009/04/pohon-sumbangan-untuk-saudara-kita-ulu.html

BANTULAH SAUDARA KITA DI ULU KOTA

Usaha dakwah telah dilaksanakan di berbagai kawasan Wilayah Tengah Sarawak, khususnya di Ulu Kota, Pakan, Bahagian Sarikei, Sarawak.

Rumah Bandok, Ulu Kota merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Pakan dan Julau Sarikei. Jarak perjalanan dari Sarikei ke rumah panjang Ulu Kota mengambil masa lebih 3 jam.

Keadaan jalan agak sukar - berbukit dan berlumpur serta berlubang, menyukarkan perjalanan untuk sampai ke Ulu Kota. Bagi memudahkan perjalanan yang mencabar, para penduduk dan orang yang melawat biasanya menggunakan pacuan 4 roda (4×4W) serta lasak.

Pada masa sekarang pihak Saudara kita yang diketuai oleh Encik Azhar bin Abdullah, sedang mengusahakan pembinaan rumah mereka yang sementara dan dibina daripada bahan buluh-buluh dan seumpamanya. Ini kerana mereka tidak mempunyai peralatan seperti mesin pemotong kayu balak, tiada dana yang mencukupi untuk membeli atap dan sebagainya. Pihak kami amat terharu melihat keadaan mereka ini.

Sebelum ini pihak BaitulMal ada menyumbangkan RM2,000 bagi membina Surau. Jumlah ini amat jauh daripada mencukupi untuk membina sebuah Surau apatah lagi untuk membina sebuah rumah. Pada masa sekarang belum ada mana-mana pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka dalam membina rumah baru.

Mereka ini memerlukan rumah dan Surau. Namun kos untuk melaksanakannya agak besar dan sulit bagi mereka. Justeru, sumbangan berupa bahan binaan atau wang ringgit daripada sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian adalah diperlukan untuk membantu mereka ini.

SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH BERHUBUNG DENGAN:
1. Ustaz Mohd Amir Ridhwan Bin Abdullah
Pegawai HIKMAH Wilayah Tengah Sarawak.
E-mail: daieallah@hotmail.com Telefon: 019-8643076

2. Encik Azhar Bin Abdullah (Ketua Saudara Kita Ulu Kota)
Telefon: 013-5786991

3. Saudara Mukhtar Suhaili
Pengerusi AMAL Sarawak
Tel : 016 -890 9717 email : al_akhyar81@yahoo.com
http://muhtarsuhaili.wordpress.com

4. Saudara Ibrahim Mat Isa
Pengerusi JK Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota
merangkap Pengerusi Unit Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Sarawak
Tel : 019 - 4535 119 Email : abuierfan@gmail.com
http://abuierfan.blogspot.com

http://abuierfan.blogspot.com/2009/03/bantulah-mereka-disana.html

http://amal-miri.blogspot.com/2009/02/kembara-amal-ke-ulu-kota-pakan-sarikei.html

Tiada ulasan: