KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071130

Pemeriksaan Kesihatan Percuma 2 Dis Senawang

Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk Wanita juga untuk Lelaki
Ahad 2 Disember 2007
Jam 9 pagi – 12 tgh
Di Taman Alamanda, Senawang

Pemeriksaan : Tekanan Darah, Gula Dalam Badan dan Indeks Berat Badan

Sempena Pertandingan Roket Air dan Pengembaraan Angkasa 2007
Semua Dijemput Hadir

20071129

Pertunjukan Roket & Pengembaraan Angkasa 2007

Pertunjukan Roket dan Pengembaraan Angkasa 2007
Ahad 2 Disember 2007 - Jam 9 pagi – 12 tgh
Di Taman Alamanda, Senawang, NS

Acara Menarik :
Pertandingan Roket Air
Bengkel Membuat Roket Air
Pertunjukan Chemical Rocket, Solid Propellant Rocket, Advanced Propellant Rocket
Demonstrasi Aero Modelling
Simulasi Space Station Manager
Space Station Design (ISS)
Space Camp
Space Adventure
Flight Simulator
KidzCAD Video Presentation
Kuiz Aero Angkasa
Pelancaran Kelab Angkasa MALaysia NS

Semua Dijemput Hadir – Percuma
Maklumat lanjut hubungi Rozmal 012-2267406 , rozmal@yahoo.com , http://ikam-space.blogspot.com

Sila klik sini untuk peta ke Taman Alamanda http://2.bp.blogspot.com/_be2hi8BU7tg/R0Klbf2YMBI/AAAAAAAAAHE/ZT66GRx0eZ8/s1600-h/TamanAlamanda.jpg

Anjuran : Surau & Taman Alamanda , Kelab Angkasa Malaysia NS, Institut Kajian Angkasa Malaysia & Aerospace Education Malaysia

Kem Generasi Soleh Dis 07 NS

Satu program yang bermanafaat untuk mengisi cuti persekolahan anak-anak.

Kem Generasi Soleh
Tarikh : 6 - 10 Dis (Khamis – Isnin) untuk pelajar sekolah rendah , 10 - 14 Dis (Isnin – Jumaat) untuk pelajar sekolah menengah

Tempat : Pusat Pemantapan Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, KM 17, Jalan Kongkoi, 71650 Titi, Jelebu, N.Sembilan

Yuran : RM 80 (termasuk makan, penginapan dan sijil). Terhad kepada 120 orang peserta sahaja. Keutamaan peserta yang daftar dan bayar awal

Anjuran : ISMA, Masjid Jamek Johol dan Masjid Yam Tuan Raden Kuala Pilah

Perunding Motivasi : Total Success Resources

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi Ustaz Azmi 019-6585171 , Dr Hussaini 019-9159958

20071127

Harimau Cari Perlindungan di Rumah Orang

Kawan saya baru pulang dari Bangladesh, dia bekerja di sana. Katanya banyak perkara ajaib dan pelik berlaku ketika negara tersebut di landa ribut taufan. Banyak binatang liar yang mati. Dan banyak antara binatang liar yang hidup ini mencari perlindungan di rumah orang kampung. Sehinggakan ada harimau liar yang mencari perlindungan di rumah orang, tinggal bersama penghuni rumah tersebut, tanpa mengapa-apakan penghuni rumah tersebut. Harimau tadi duduk diam-diam saja. Bukan setakat harimau malah serigala-serigala liar. SUBHANALLAH.

Misi Kemanusiaan ke Bangladesh

Yayasan Amal Malaysia akan mengadakan Misi Kemanusiaan ke Bangladesh untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di sana. Pasukan Bantuan Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ini akan berlepas pada 5 Disember 2007. Kepada mereka yang ingin turut serta menyertai misi ini atau ingin menyumbang sila hubungi Pengarah Operasi Misi Kemanusiaan Bangladesh En Jamal 019 6644796

Maklumat lanjut di http://www.amalmalaysia.net

Pendaftaran Maahad Tahfiz As Saidiyyah kini dibuka

Kemasukan ke Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5 Tahun 2008 Maahad Tahfiz As Saidiyyah, Seremban dibuka sekarang. Maklumat lanjut di http://saidiyyah.blogspot.com

20071121

Skim Copek Kayo

Bila orang nasihat tak nak dengar. Tiada jalan mudah untuk kaya. Jangan mudah terpengaruh. Bila ada orang minta derma kata tak ada duit, tapi kalau nak melabur ada yang sanggup pinjam duit. Siapa yang salah ? Apo nak dikato ? Melayu mudah lupo.

Wang pelabur lebur
Harian Metro 21 Nov 07. SEREMBAN: Seorang pengerusi sebuah syarikat yang juga pengedar tunggal produk penjimatan bahan api kenderaan menggunakan teknologi Jerman didakwa menghilangkan diri selepas mengumpul puluhan ribu ringgit menerusi satu skim pelaburan.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan bijak mempengaruhi orang ramai melabur dalam syarikatnya yang didakwa mampu meraih keuntungan 100 peratus dalam lapan bulan.

Berita lanjut http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/75316/Article/index_html

MengAngkasakan Bangsa Malaysia

Berikut program yang amat sesuai untuk menarik minat anak-anak kita dan para remaja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Aero Angkasa yang akan diadakan sekitar Lembah Kelang :
The Wonders of The Night Sky - 22 November 2007
Flight Simulation Workshop - 6 December 2007

Maklumat lanjut hubungi Ahmad Azwan Bin Shamsudian 019-380 3847 atau layari laman web http://www.aerospacedu.com/

Jangan lupa Pertandingan Roket Air Alamanda " Water Rocket Competition Alamanda" di Senawang , N.Sembilan pada Ahad 2 Disember 2007 dengan beberapa aktiviti lain yang sedang dirancang, antaranya Demo Fuel Rocket, Flight Simulation Program For Kids, Space Camp Malaysia, Space Tourism Adventure Malaysia, Rocket Club dan banyak lagi. Maklumat akan dikemaskini di Blog IKAM http://ikam-space.blogspot.com/

Klik pada gambar untuk Poster lebih jelas


Ibadah Qurban di Palestin, mereka lebih memerlukan

Saudara kita di Palestin lebih memerlukan. Sertai Program Qurban & Aqiqah Barakah Palestin 2007. Maklumat lanjut di
http://amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=91

20071118

Hutan Gunung Angsi, Ulu Bendul NS dalam Bahaya

Hutan Simpan Kekal di Tanjung Tuan, Melaka telah rosak.

Sekarang projek di kaki Gunung Angsi dalam bahaya.

Ada beratus sungai jernih di atas sana. Hujannya jarang, tapi air sentiasa ada. Air itu datang dalam bentuk embun yang sentiasa membasahi gunung itu.

"Tanjung Tuan memiliki khazanah yang tidak ternilai. Di situ ada batu karang yang tidak boleh didapati di mana-mana. Malangnya, ada kalangan mereka yang memberikan kawasan itu kepada pihak tertentu," kata Basir.

Berita lanjut di http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/pm-di-ambush-akibat-pemusnahan-hutan-simpan-tanjung-tuan.html

20071116

TV3 Bersama Mu , Masa Untuk Berubah

Saya amat tertarik dengan rancangan TV3 Bersama Mu yang disiarkan pada 14 November 2007 yang lalu. Segmen pada malam tersebut membawa pendekatan yang lain daripada yang lain. Pendekatan yang amat-amat saya harapkan dan sentiasa ditekankan selama ini.

Selalunya saya tidak mengikuti secara penuh dan bersungguh rancangan TV3 Bersama Mu kerana tidak dapat menahan sebak. Sebak kerana tahu betapa susahnya mereka yang memerlukan tetapi tidak dapat membantu mereka. Tahu betapa susahnya kehidupan mereka tetapi tahu sebenarnya mereka itu adalah sebilangan kecil sahaja yang disiarkan kisah kesusahan kehidupan mereka, sedangkan di sekeliling kita ramai lagi yang mengalami nasib serupa atau mungkin lebih teruk lagi.

Kisah pada segmen malam tersebut ialah seorang ibu tunggal di Kelantan yang terpaksa bekerja keras hingga lewat malam menanggung 5-6 orang anaknya. Anaknya yang baru mendudukki peperiksaan PMR tahun 2007 dengan rela hati mencari pekerjaan sebagai pembantu di kedai makan selepas tamat PMR kerana niatnya ialah untuk menjelaskan yuran persekolahan yang tertunggak sebanyak RM 600.

Setelah disiarkan kisah kehidupan tersebut, kebiasaannya krew Bersama Mu TV3 akan menghulurkan bantuan, membantu membelikan peralatan rumah, dapur, pakaian dan sebagainya.

Tetapi kali ini tidak. Pengacaranya membawa krew melihat kawasan sekeliling kampung. Mereka dapati rata-rata penduduk sekitarnya tidaklah susah sangat, malah terdapat ramai juga antara mereka yang mempunyai rumah banglo. Lalu mereka singgah di salah sebuah rumah banglo milik seorang ahli perniagaan. Setelah menceritakan kisah penderitaan keluarga ibu tunggal tersebut di hujung kampung mereka, ahli perniagaan tadi dan isterinya mengalirkan air mata. Dan mereka dengan rela hati menghulurkan bantuan untuk membaiki rumah ibu tunggal tadi.

Lalu dipanggillah ketua kampung dan beberapa penduduk kampung untuk membantu membaiki rumah ibu tunggal tadi, serta menghulurkan beberapa bantuan lain.

Ini adalah satu contoh mudah bagaimana rakyat Malaysia boleh membantu mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan ini berada di sekeliling kita, dan mereka yang berkemampuan untuk membantu pun ada di sekeliling kita. Kalau tidak mampu membantu dari segi kewangan, kita bantu dari segi tenaga, kalau tidak mampu membantu dari segi tenaga, kita cari atau salurkan ke mana-mana individu atau agensi yang boleh membantu. Masakan seorang ibu tunggal, seorang warga tua, seorang yang lumpuh mampu turun naik Pejabat Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri, Baitul Mal Negeri, pejabat Wakil Rakyat untuk mengharapkan bantuan.

Masyarakat sekelilinglah yang bertanggungjawab. Takkan kita hendak mengharapkan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk mengetahui setiap satu keluarga yang susah di lokaliti mereka, sedangkan mungkin mereka terpaksa meneliti beribu-ribu permohonan. Takkan kita hendak mengharapkan wakil rakyat turun setiap hari untuk mencari keluarga yang susah, sedangkan mungkin rata-ratanya seorang wakil rakyat biasanya mempunyai 5,000 keluarga di kawasannya yang memerlukan perhatian bermakna jika dia pergi rumah ke rumah setiap tahun, sehari dia perlu melawat 13 rumah sekurang-kurangnya , sedangkan mereka mempunyai tugas lain yang lebih penting.

Masa untuk berubah. Sikap kita harus berubah. Kita harus ambil peduli apa yang berlaku di sekitar kita. Masalah gejala sosial, masalah dadah, masalah pecah rumah, masalah ragut, masalah keciciran pelajar,pengangguran dan sebagainya bermula apabila kita semua mengambil sikap tunggu dan lihat, mengambil sikap berpeluk tubuh dan menuding jari. Ini bukan kerja aku, ini kerja dia, ini kerja AJK Masjid, ini kerja JKKK, ini kerja wakil rakyat, ini kerja guru.

Tahun 2008 adalah tahun yang lebih mencabar. Harga petrol dan gas dijangka akan naik dengan banyaknya. Bawang pun susah nak cari sekarang ini. Roti dah naik harga. Baru-baru ini ada seorang pelajar tahun akhir di IPT tempatan dari Negeri Sembilan mengadu, yuran pengajiannya tertunggak sebanyak hampir RM 10,000 walaupun dia ada dapat bantuan atau mungkin pinjaman, namun ianya tidak mencukupi, sedangkan ayahnya bekerja kampung.

Dan sekarang ini Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan pula menjalankan operasi memotong bekalan air bagi mereka yang mempunyai tunggakan bil air. Dan ramai antara kenalan saya bekalan air mereka telah dipotong. JBA hanya menjalankan tanggungjawab mereka, kerana mereka pula ada perbelanjaan lain yang perlu dijelaskan. Ini semua adalah satu rantaian. Pandanglah mata anak-anak kita, fikirkan apa akan jadi pada nasib mereka, nasib generasi selepas mereka. Generasi kita dulu, walaupun Malaysia belum lagi mencapai pelbagai kejayaan , tetapi rata-rata kita semua mendapat biasiswa. Akan tetapi sekarang ini, terlalu sukar untuk mendapat biasiswa. Yang ada hanyalah pinjaman PTPTN dan kerja pula belum dijamin selepas tamat pengajian

Berubahlah kita semua, kalau kita sayangkan diri kita, sayangkan anak-anak kita, sayangkan keluarga kita, sayangkan negara kita. Kalau di Indonesia Mottonya ialah Peduli Umat, menunjukkan kita perlu prihatin dan ambil peduli nasib jiran-jiran kita. Jangan jadi Peduli Engkau atau Lantak Engkau maka kita lihatlah apa yang berlaku di negara kita sekarang ini dengan masalah ponteng sekolah, Mat Rempit, Pendatang Asing, Dadah dan sebagainya yang tidak nampak lagi jalan penyelesaiannya.

Tahniah SRIAS Seremban 25% dapat 5A UPSR 2007

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah, Seremban yang mencatatkan keputusan UPSR 2007 yang amat cemerlang. Keputusan yang terbaik setakat ini sejak penubuhannya. 25% pelajarnya mendapat keputusan 5A. Pendaftaran untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 kini sedang dibuka. Tempat amat terhad. Keutamaan pelajar yang daftar awal. Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com

20071115

Tangkap Gambar Kubung di Ulu Bendol

Ahad lepas anak-anak ada aktiviti sekolah di Ulu Bendol. Jadi kami sekeluarga pun tumpang sekaki. Tengah berborak dengan guru-guru, salah seorang tunjuk ada binatang atas pokok. Semua tak tahu apa binatang tersebut. Nampak macam kelawar. Salah seorang beritahu itulah Kubung, memang besar. Lalu saya pun tangkaplah gambar Kubung, pertama kali saya nampak. Pautan berikut maklumat penuh tentang Kubung http://ms.wikipedia.org/wiki/Kubung
Hidup Bahasa Melayu

20071113

Kem Motivasi SEJATI

KEM SEMAI JATI DIRI (SEJATI) - "Sahsiah Murni, Insan Bestari"
Tarikh: 25, 26, 27 November 2007 (Ahad, Isnin, Selasa)
Masa: 2 pm 25 Nov – 2 pm 27 Nov
Tempat: Taman Rekreasi MPS, Seremban
Yuran: RM 90 seorang
Penyertaan: Terbuka kepada semua remaja lelaki/perempuan umur 11 - 15 tahun
Anjuran: Tinta Strategi Management
Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi:
Ustaz Fahri 012-258 9637 , Sdr Borhan 013-630 2002 , Sdr Izwan 013-376 3833

20071112

20071108

Roket Kuning Sonyum 11 dilancarkan di Seremban

Bukan main seronok remaja Alamanda bermain roket. Mereka menamakan prototaip roket pertama ciptaan remaja sekolah rendah Taman Alamanda, Senawang ini sebagai Roket Sonyum 11. Kos membuat roket tersebut termasuk pelancar dan pam air kurang dari RM 15. Saksikan aksi mendebarkan dan menarik pelancaran Roket Air Sonyum 11
ps : Kalau nak beli pam basikal dan lain-lain keperluan buat roket murah boleh beli di Kedai Hardware Taman Matahari Height , Senawang (dekat kedai Tayar)
ROKET AIR SONYUM 11


AIR DALAM ROKET SEDANG DIPAM


ROKET TERBANG TINGGI SAMPAI TAK NAMPAK

Ibu tunggal bakal menderita tahun 2008

Sejak minggu lepas pergi kedai cari bawang susah betul, kalau ada pun banyak yang dah busuk. Puas nak pilih yang elok. Malam tadi ceramah Us Idris Ahmad dia kata bawang besar di Terengganu sekarang ni RM 5 sekilo. Ramadhan lepas, jemaah Surau Alamanda adalah buat sikit kutipan untuk bantu keluarga yang memerlukan sekitar taman in. Alhamdulillah dapatlah RM 500, bagi-bagilah 4 keluarga di sini. Ketua Wanita taman saya ajak isteri saya untuk agih-agihkan. Menurut isteri saya yang paling daif ialah Puan A, seorang ibu tunggal anak 3 , tinggal di rumah kos rendah. Tak ada apa-apa perabot langsung di rumahnya.

Saya pun tak boleh bayangkan macamana kehidupan Puan A menjelang 2008 ni. Sewa rumah RM 250, api air tak masuk lagi. Kerja sebagai jurujual, gaji bersih tolak itu ini sekitar RM 580. Anak 3 orang, sorang nak masuk darjah 6, sorang darjah 5, sorang 5 tahun, mungkin tak masuk tadika sebab tak mampu.

Kepada mereka yang ingin membantu Puan A, bolehlah hubungi saya, nanti saya akan berikan no tel dan no akaun Puan A, berilah bantuan terus pada dia. Dan saya yakin ramai lagi sekeliling saya, sekeliling tuan puan yang nasib mereka macam atau lebih teruk dari Puan A.

Kita boleh jangkakan dengan keadaan ekonomi sekarang, harga minyak bakal naik, harga barang makin lama makin naik, kalau kita tidak membantu, akan ramailah anak-anak yang keciciran, akan ramailah ibu tunggal hanya mampu mengikat perut.

Sayang sekali, kalau dulu pemimpin negara seperti Khalifah Saidina Umar ra akan turun padang cari keluarga susah. Tetapi sekarang keluarga susah terpaksa menunggu giliran , untuk mengisi borang bantuan Baitul Mal. Siapa yang memegang tanggungjawab tersebut bersedialah dengan jawapan apabila ditanya dalam kubur kelak.

Bagi pihak saya hanya inilah yang saya mampu lakukan. Beri kesedaran pada kita semua. Tak ada duit, kita cari siapa boleh bantu. Aku hanya berserah pada Mu Ya Allah.

Seronok melihat anak di Sekolah Islam

Assalamualaikum,
Malam tadi dapat satu risalah. Terperanjat tengok ianya risalah sekolah anak saya, iaitu Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Seremban. Semua anak saya sekolah situ. Yang nombor 1 dan 2 sekarang di Sekolah Menengah Keb Agama Sheikh Mohd Said Seremban dan Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra, Ampangan. Anak no 3 ke 5 masih di SRIAS. Apa yang membanggakan ialah kejayaan bekas pelajarnya, iaitu Alumni SRIAS. Mereka ini bapa-bapa mereka semua saya kenal, Prof Badlishah, Cikgu Hassan, Hj Ir Jamil, semua dah jadi doktor, guru dan jurutera. Begitu cepat masa berlalu. Walaupun sekolah swasta ni banyak cabaran dan rintangan, tapi Alhamdulillah saya berpuas hati, melihat pula kejayaan Alumninya , lagi seronok rasanya.

Jadi saya dedikasikan Blog http://puspa-ns.blogspot.com (Puspa singkatan untuk Pusat Pendidikan As-Saidiyyah) khusus untuk guru-guru, PIBG, ibu bapa, lembaga pengarah sekolah yang telah membangunkan sekolah tersebut selama ini. Harap Alumni, PIBG serta teman-teman semua dapat promo Blog ini.

Juga kita bangunkan bersama institusi pendidikan Islam lain di N.Sembilan ini antaranya Pusat Pendidikan Al Irshad, Seremban, http://alirshadns.blogspot.com , Yayasan Sofa, Kota, N.Sembilan http://yayasansofa.blogsome.com dan beberapa lagi yang belum terdapat laman web seperti SRI Seremban dan sebagainya.

20071107

Orang Hilang , Nordyana Akma , Mari Bantu

Menyedari kadar jenayah dan gejala sosial yang semakin meningkat, Reformis Muda N.Sembilan telah mengadakan satu Blog di http://orang-hilang.blogspot.com khusus untuk membantu mangsa penculikan, tipu daya, lari dari rumah dan sebagainya, terutamanya mereka yang terdiri dari golongan kanak-kanak dan remaja. Kes pertama ialah remaja Nordyana Akma yang dilaporkan hilang pada Jun 2006 dari Tampin. Sesiapa yang ada maklumat, foto atau apa-apa yang berkaitan yang boleh membantu sila hubungi keluarga mangsa, pihak polis atau e-melkan ke amk_ns@yahoo.com

********************************
The Star Wednesday November 7, 2007

Father of missing girl still hopeful

Compiled by ZANI SALLEH AND A. RAMAN

THE Hari Raya pineapple tarts and chocolate chips are still there. Sulaiman Idris is keeping them for his 17-year-old daughter Nordyana Akma, who went missing in June last year.

He told Harian Metro that it was the only way for him to keep the memories of his youngest child of four siblings.

“It is the second Hari Raya that she is not home. And I still long to see her,” he added.

He said the tarts and chocolate chips with almonds were his daughter’s favourite.

Nordyana Akma was to register for a law degree course at UiTM Kuantan campus, Pahang, in July 2 last year.

Her mother, Suhaini Abdul Shukor, 51, died weeks after Nordyana Akma left her family home in Kampung Baru, Tampin.

Sulaiman is seeking the public's help to trace her and can be contacted at 013-6315275.

20071105

Pertandingan Roket Air 2 Dis 07 Seremban

Maklumat lanjut di sini http://ikam-space.blogspot.com/2007/11/pertandingan-roket-air-2-dis-07.html

Bila Orang Melayu Malas Membaca

Orang Melayu ni , tak semualah. Tapi kebanyakkannya malas membaca. Mereka lebih suka berborak, melepak, duduk kedai kopi, baca majalah hiburan, gossip, politik kosong, merempit, kalau melayari internet tu “chatting”, laman lucah dan sebagainya.

Nak tak nak, untuk menyedarkan orang Melayu yang dari golongan ini kenalah melalui bacaan ringan, pantun dan komik. Sila klik sini http://kartun-malaysia.blogspot.com/2007/11/melayu-akan-hancur.html

20071102

Direktori Usahawan Negeri Sembilan

Saya dalam usaha untuk mengumpulkan maklumat perkhidmatan yang disediakan di sekitar Negeri Sembilan. Segala maklumat saya masukkan dalam Blog SAHABAT ROZMAL di http://sahabatrozmal.blogspot.com

Perkhidmatan dalam Sahabat Rozmal ini adalah percuma. Mengikut kelapangan waktu yang ada pada saya.

Perkhidmatan ini bukan sahaja membantu teman-teman serta sahabat-sahabat tetapi akan membantu orang ramai secara tidak langsung, disamping meluaskan lagi jaringan perniagaan serta ikatan yang erat antara pengusaha dan pengguna.

Premis Menarik Di Marang Water Front

1 Unit Kedai Pejabat Untuk Dijual. Lokasi : Marang Water Front, Bandar Marang, Terengganu. 100 meter ke Jeti Pulau Kapas. Pemandangan Pulau Kapas yang jelas dengan panaroma yang menarik dan tenang. Harga RM365K. Hubungi 019-2467067

Perumahan Terbengkalai di NS

Bilakah ianya akan berakhir ? Nak beri bantuan kewangan, kita bukan jutawan. Nak beri bantuan guaman, kita bukan peguam. Yang mampu kita bantu ialah dengan mempromosikan laman web Perumahan Terbengkalai NS http://terbengkalai.blogspot.com . Moga-moga pihak yang terlibat dan bertanggungjawab akan lebih peka dan prihatin untuk membantu.

20071101

Apo-apo tontang kereto kek Soghomban

Kepada mereka yang ingin servis “air cond” kereta dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kereta bolehlah mengunjungi kedai Aksesori Kereta sahabat kita ini :
GTA - Global Tech Auto
No. 19, Jalan BSS 1/2D, Bandar Seremban Selatan
Hubungi En Hilmie 06-6777857 , 012-9062288

Perkhidmatan yang disediakan seperti berikut :
Air conditioning system
Audio system - Alarm system
Window film tinted (termasuk tingkap/pintu rumah)
Electrical wiring - Batteries
Basic services - Radiator services